Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: November 20, 2008 onlineAda sedikit perkara yang telah berlaku kepada aku kebelakangan ini. Aku benci dengan perkara macam ni sebab ianya boleh menggangu konsentrasi aku. Walaupun benda yang mengganggu ini tidak merosakkan tubuh fizikal aku, tetapi ianya boleh melemahkan fikiran dan fokus… wahahaha. Bunyinya macam serious jer
Sebenarnya, catatan ini tidaklah serious mana pun. Tidak seperti catatan-catatan sebelumnya, kali ini aku akan menulis dengan gaya kuak lentang, santai dan cool (pssst: ada orang cakap catatan aku 2-3 hari lepas terlalu keras dan serious.. ahakss). Jadi jika ada yang ingin terus membaca catatan ini sampai habis, tolonglah senyum sekarang sebab catatan ini memang santai
Walaupun ini cuma catatan biasa, tapi ianya adalah kisah dari pengalaman aku yang lepas. Seronok weh kalau bercerita mengikut pengalaman ni. Aku memang suka bercerita, dah lupa?
Lagipun, tadi kata nak bersantai`kan? ekekeke…
Persoalannya sekarang, apa yang membuatkan fikiran, minda dan fokus aku agak kacau kebelakangan ini?
Fikiran dan fokus aku terasa sedikit kacau bukan kerana ekonomi dunia, bukan kerana politik dan bukan kerana jiran sebelah rumah. Fikiran dan fokus aku agak terganggu kerana aku telah menerima info yang terlalu banyak. Betul, inilah masalahnya.
Kebiasaannya, akan berlaku satu situasi bila mana kita terlalu banyak menerima info, kita akan lari dari fokus. Kita akan flop, kita akan jammed, kita akan stuck dan kita akan confuse. Situasi sebegini acap kalinya akan membunuh “fokus” kita. Apabila situasi sebegini mula menular, selalunya kita perlu merehatkan minda dan fizikal kita.
Bagi diri aku, aku akan mengambil cuti beberapa hari untuk berehat. Tang amik cuti ikut suka hati ini, memang takleh nak dinafikan. Itu sememangnya satu kelebihan bagi seorang full time blogger. Tapi dari segi kekurangan seorang yang bergelar full time blogger ini pun, banyak gak.
Salah satunya macam yang aku katakan tadi, terlalu banyak info. Ini juga boleh membunuh fokus kita. Itu nak dibuat, ini nak dibuat. Sampai tidak tahu yang mana satu nak difokuskan. Mungkin ramai yang tidak pernah mengalaminya tetapi inilah masalah yang boleh mengganggu kita. Macam orang mengarang skrip dan lirik, bila takde idea…. gersang jer kepala otak. Tapi bila idea tu nak datang.. mak aiiihh… sampai tak tahu nak buat yang mana satu dulu.
Jadi pokok pangkal yang kita perlu ingat ialah, jangan biarkan diri dan minda kita melayang terlalu jauh sangat. Maksud pengertian ataupun mesej yang ingin aku sampaikan ialah jika kita hendak belajar atau melaksanakan sesuatu projek, pastikan kita block semua perkara yang boleh menggangu kita. Tidak kiralah siapa kita. Newbie ke, otai ker… semuanya harus diseragamkan.
Biar aku memberi contoh yang paling mudah.
Katakanlah kita ini newbie. Kita baru hendak menceburkan diri dalam dunia blogging. Suatu hari, kita terbaca dari satu blog mengenai cara untuk menjana pendapatan melalui adsense. Kita pun bertekad untuk mempelajarinya. Dengan bersemangat, kita menunggu blog yang sama akan catatan-catatan hariannya. Tetapi, selang seminggu selepas itu.. kita terjumpa pula satu lagi blog yang memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk menjana pendapatan online melalui Ebay. Kita pun seronok tidak terhingga sehingga terus bookmark blog tersebut. Tetapi selang seminggu selepas itu, kita terjumpa pula dengan satu lagi blog yang mengajar kita bagaimana hendak menjadi seorang IM (Internet Marketer) yang berjaya. Kita pun mengalihkan tumpuan kita kepada blog itu pula.
Jika perkara yang sama tetap berlaku, ianya pasti akan menimbulkan masalah sehinggakan di akhirnya, kita berasa bosan, tertekan dan tension dengan segala macam info yang kita terima. Haaa…. pada waktu inilah, fokus kita sudah mula terganggu. Fikiran pula semakin keliru kerana tidak tahu yang mana satu benar, yang mana satu palsu. Aku pasti dan aku tahu perkara sebegini sering berlaku di kalangan kita-kita sendiri. Bila masuk blog si polan ini, kita pun bersemangat hendak jadi seperti dia. Bila masuk blog yang satu lagi, serta merta wajah dan semangat kita berubah hendak menjana pendapatan sama seperti apa yang pemilik blog itu lakukan. Phewww… masak… masak.
Bahaya`kan?
Asalnya tadi untuk fokus pada adsense sahaja, tapi semuanya dah jadi haru-biru. Tiada satu pun yang dipelajari sampai habis. Inilah sebenarnya antara penyebab kenapa kita masih lagi di takuk lama. Semuanya kita nak buat, sampai tak terbuat. Sepatutnya sebagai seorang yang inginkan kejayaan, kita perlulah fokus pada satu perkara dahulu, barulah perkara yang lain`kan?
Orang tua-tua kata pernah berkata “Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Memang ada benarnya peribahasa Melayu lama ini.
Cuma kalau dah di Inggeriskan, perkataan “fokus” itulah yang akan membawa kepada semua maksud peribahasa tersebut.
Pukul 11.30 tadi ada satu rancangan telemovie di TV1. Aku sungguh tertarik dengan salah satu dialog yang diucapkan di dalam telemovie itu. Lebih kurang beginilah bunyinya:
“Takdir bukan ditentukan oleh orang lain walaupun mak bapak kita sendiri. Janganlah sesekali kita menyalahkan mak bapak kita sekiranya apa-apa terjadi kepada diri kita kelak. Takdir itu sebenarnya berada dalam tangan kita. Kita boleh berusaha dan memperbaikinya !!! “








Uish santainya..hehe, menusuk kalbu mendengar ayat-ayat telemovie..ape tajuknya?apa yang membuatkan di ckap camtu? hehe..
EZAD – Telemovie Novel Latifah namanya. Aku follow beb cite ni. Kisah tentang seorang suami yang haram tak guna satu sen pun. Kesian isteri dia.
hehehe. aku pun kategori orang yang cepat hilang fokus. terus terang aku katakan beberapa bulan ini aku sering “kesana” dan “kemari”. Aku rasa kau pun sedar akan ini kan kan kan.
tapi sekarang aku dah balik semula ke pangkal jalan dan tujuan asal aku start blogging juga iaitu pengiklanan.
TAUKEY – Baguslah kalau kita dah sedar. Dan alangkah lagi bagus kalau catatan yang tidak seberapa ini dapat menyedarkan orang lain juga akan matlamat mereka berblogging.
1. Blogging untuk suka-suki.
2. Blogging sebagai perniagaan.
Pilihlah yang mana satu atau kedua-duanya
Ya betul…kita menentukan takdir kita.
macam perli aku je (telemovie tu)!
satu lagi tak perlu lah copy paste segala perjalanan cerita kejayaan seseorang sehingga temui jalan buntu.
sebelum ini mungkin si polan berjalan menggunakan jalan tersebut tetapi kemungkinan si polan ke 2 tidak berjaya.
sentiasa berada dalam keadaan bersedia, melakukan test & error. barulah boleh mencapai kejayaan!
apa yang berlaku sekarang ialah apabila seseorang itu takut untuk mencuba tetapi terus nak capai kejayaa. sori beb no effort no gain!
ps : semangat membara tak jalan pun tak guna juga huhu
MENJ – macam dalam dramalah ayat ko ni.
MEGAT – pun macam drama gak.. wahahaha
yeap..tindakan tu palling penting..
RICHIE – Langkah pertama akan memastikan segalanya.
Dulu memang selalu camni.. last-last hapah pun takdak.. sekarang?? kadang2 tu terjadi juga.. hehe
nuaemans entri yang terkiniBuat apa baca al-Quran kalau dah tak faham kandungannya.
Biasaklah tu. Nak mengatasi semuanya, mustahil. Tapi kurangkan dan elakkan memang boleh.
FOKUS…. benda keramat yang aku belajar semula…
Alternatif… benda yang terpaksa kita buat bila FOKUS tak menjadi…
samdaddycools entri yang terkiniPadang padi
SAM – Betul gak apa yang ko kata tu. Aku memang cukup setuju.
[...] Bermakna, mungkin blognya sudah mula tidak balance. Ini bahaya. 3. Blogger itu sendiri semakin tidak fokus. Mungkin dahulunya blogger itu berblogging semata-mata kerana hobi tetapi kini, blogger itu mula [...]
Diulas pada December 3rd, 2008 at 7:01 pm