Ingin beriklan? Sila klik di sini


Aku suka monetize blog ini melalui Sitemeter dan Mybloglog (tracking section). Kalau orang lain sibuk dengan Google Analytics dan Google Webmaster Tools, tapi aku masih tetap dengan cara old skool aku kerana ianya lebih sentimental dan agak manual. Dulu manalah ada Google Analytic dan menatang webmaster tools tu semua`kan?

Sebenarnya, blog ini sedang menjalani fasa remajanya yang tersendiri. Traffik semakin meningkat, begitu juga dengan pageviews’nya. Aku masih ingat lagi suatu waktu dahulu ketika aku ingin menaikkan traffik blog Inggeris aku, rasanya sungguh membosankan. Asyik update blog, submit artikel, update blog, submit artikel. Secara manual plak tuh. Kalau semangat ni tak kuat, dah lama aku berhenti berblogging.

Adsense yang ditarget, tidak pernah pun tercapai. Rupa-rupanya bukan senang untuk menjana menjana wang ADsense dalam jangka waktu yang singkat (bukan dengan cara grey hat mahupun black hat). Setelah aku membuat usaha yang sama berulang kali (berkali-kali ganda), barulah aku dapat lihat keputusannya.

Waktu itu ada 2 blogger sahaja yang menjadi idola aku iaitu Hemmy.net dan Kahsoon.com. Malang sekali Kahsoon menyepi begitu sahaja tapi Hemmy still maintain. Bayangkan pendapatan dari ADsense Hemmy sahaja tidak lari dari USD2000 sebulan. Itu belum dicampur dengan pendapatan pengiklanan dari WeblogAds.com.

Berikut adalah pendapatan Hemmy untuk bulan May 2007. Iyaaa… 2007!
Google Adsense - 1436.31
Kontera - 218.76
Blogads - 105
Text Link Ads - 55.45
Chitika - 45.20
Amazon - 30
——————-
Total - USD1890.72
——————-
Phewww… itu tahun lepas… berapalah agaknya pendapatan otai aku ni sekarang yea?

Sekarang perasaan yang sama aku rasa. Blog ini sedang ke arah itu cuma aku tidak utamakan ADsense untuk blog Melayu ini. Cukuplah sebagai tempat untuk aku bersantai dengan blogger Malaysia yang lain. Buat masa sekarang, aku prefer untuk untuk bermain dengan SEO. Dan tengah hari selepas sembahyang Jumaat, aku tergelak apabila aku memeriksa Sitemeter aku. Berikut adalah screenshot yang diambil:

proton_msx.gif
Ada yang cari pasal Melayu Bercium dan macam-macam lagi. Tapi part yang paling best tu bila ada orang googling pasal Proton MSX dan kemudian diletakkan lagi nama Paultan diakhirnya. Pelik bin hairan… mengapa tidak dia pergi ke blog Paultan dan terus googling mengenai Proton MSX?

carian.gif

proton_msx.JPG

Walau apa-apapun, aku tersenyum sipu dan tergelak bila tengok SERP (Search Engine Result Page) menunjukkan link blog Paultan berada di BAWAH link blog ini walaupun nama Paultan ada ditulis sekali bersama Proton MSX di dalam kolum carian tadi. Ekekeke…. apa nak buat.. itulah permainan SEO.

* Jeles giler tengok traffik Hemmy dan Paultan. Tapi kalau mereka tidak maintain blognya dengan penuh disiplin, sudah pasti mereka tidak akan jadi seperti apa yang mereka jadi sekarang ini.

Satu motivasi yang sungguh bagus untuk kita, bukan? :)


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 25 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. KNizam said:

    hebat ko !
    tahniah

    KNizams entri yang terkiniApsal La Streamyx & Maxis Broadband Slow Cam Siput Malam Ni Ek ?

  2. [...] View original here: Apabila Paultan dikalahkan oleh rohaizad dot com dalam permainan SEO dan Blogging Idol. [...]

  3. rohaizad said:

    Secara tak sengaja jer tuh Zam.

  4. paultan yang femes tu pun kalah SEO dgn kau. apa rahsia? sila beri tunjuk ajar

  5. izzat said:

    pergh..hebat jugak penangan SEO ni.. ak perasan blog ni x pakai all in one seo pack..hoho.. hebat2..

  6. rohaizad said:

    IZZAT – Memang tak pakai pun.

    SYAM (aeropama) – takde rahsia sebenarnya sebab keyword yang budak tu pakai jarang orang pakai. Orang selalunya cari “proton MXS”, bukan “proton MSX paultan”.

    Kelakor plak bila dia taip keyword tu… ekekke

  7. taukey said:

    apa sal lak kahsoon tu menyepi erkk…hehehe ke dia ada projek lain. hmm…apa pun jumlah income byk utk tahun 2007.

    nampaknya kena rajin cari dan fikir keyword la ni yer

  8. Mohd Ismail said:

    Hemmy tu dari bulan 9 x update.. sebelum tu hari2 aku tgk.. salah satu sumber ‘pembuang masa’ aku.. ha ha

    *tp diaorg punya method tarik traffic mmg aku kagum..*

  9. rohaizad said:

    TAUKEY – Itu memang aku tak tahu.

    MAEL – Dia dah boleh rileks dah… Satu minit purata 100 unique visitors. Kalau 60 minit? 1 jam, 12 jam, 24 jam? Pheww… goyang kaki je lah…

  10. samdaddycool said:

    best aku tengok result SERP ko!.. tahniah!

    p/s – ada perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata2 … betul tak?

  11. rohaizad said:

    SAM – Fuuhh.. macam bait puisi plak …

  12. Paul Tan said:

    I think we’re all nothing compared to raymond.cc another Malaysian blogger. Look at his RSS subscribers and Alexa rank.

  13. rohaizad said:

    Yep Paul, you are right. I still remember his early days when he using his black theme for his blog. But me myself just can’t blend with his niche`lah Paul. I’m not a coder, neither a programmer.

    wahahaha….

    *What? Paultan drop a comment in rohaizad dot com blog???
    *1:27 a.m in the morning?

    Damn… now that’s what I called a surprise maaa..!!!! :D

  14. samdaddycool said:

    surprise surprise!!! :)

    samdaddycools entri yang terkiniPulau Besar Melaka

  15. |1f34|-|1r3 said:

    melampau giler traffic hemmy tuh…1 minit 100 unique visitor ..giler weh !!

  16. titan said:

    itu normal. Hehe..kalau pandai main tag dan keyword. Memang anytime leh potong.. :)

  17. taukey said:

    hahaha…dah la entri ni ada kaitan dengan paul tan. ekekekeke….

  18. nuaeman said:

    Paul tan pun bagi komen.. dasat seh.. tapi aku macam pernah tengok perkara nih berlaku kat blog ko.. err.. dejavu kee nih..

    nuaemans entri yang terkiniPerjalanan seorang anakmuda membina empayar dengan Facebook

  19. rohaizad said:

    Sudi jugak Paultan singgah kat teratak buruk aku ni :)

  20. NoktahHitam said:

    Sebab ko pakai Keyword kat title post dan keywords meta. mesti la ko lagi tinggi.

    Permainan SEO dah lame aku tinggalkan. Buat ape kalau orang search kat google, pastu terus ciau. tak berbaloi.

  21. rohaizad said:

    NOKTAHHITAM – Alaa… sajer jer main-main ngan SEO. Tapi adsense aku semua datangnya dari SEO bukannya returning visitors. Itu pasti.

  22. EsEMPOI.com said:

    hmm..aku pun da lame tak buat seo…. blog esempoi pun tak buat…

  23. menj said:

    Keyword ko tu tak ramai guna, tu sebab kedudukan tinggi. Campur lagi dgn keyword tu jadi title post ko, mestilah dia naik.

  24. megat said:

    entah sejak raya tu hari aku dah malas nak bermain dengan seo. aku dah kembali kepada tujuan asal aku menulis.

    dunia penulisan blog melayu belum capai seperti diluar negara sana. perlu lakukan beberapa perkara sebelum mencapai matlamat!

    tahniah! skang ni dah nampak semakin serius dalam blog maleyu eheh. ada rahsia disebaliknya!?

    megats entri yang terkiniSelamat Pengantin Baru, Bertambah Ahli Keluarga

  25. catzer said:

    erm aku selalu menang keyword berunsur sex..hahahah..moh pornokan lagi blog aku :P

    catzers entri yang terkiniDerma Darah – Bantulah Mereka Yang Memerlukan