Melodi – melingkup lebih baik?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: November 21, 2008 onlineDalam kesibukan kita bersungguh-sungguh untuk membina kejayaan, tetiba terkeluar pula cerita dunia hiburan tempatan yang sungguh menyedihkan. Melodi dengan berita yang entah apa-apa entah berjaya membuatkan dunia hiburan di Malaysia semakin haru-biru!
Semua ini berpunca dalam satu insiden menunjukkan wartawan Melodi yang dikatakan cuba memanipulasi cerita sebenar di sebalik majlis persandingan pelakon Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari, hujung minggu lalu.
Kesilapan ini telah mencetus perasaan tidak puas hati sesetengah pihak yang terlibat bukan saja kepada pengantin baru, Ashraf Sincalir dan Bunga Citra Lestari malah wartawan hiburan lainnya yang menerima tempias dek ‘kesilapan’ dilakukan rancangan berkenaan.
Tidak hairan hampir seluruh akhbar terkemuka dalam negara membidas Melodi kerana dianggap menghidangkan fakta yang kurang tepat mengenai insiden berkenaan.
Hek eleh… kalau ikutkan aku, Melodi memang dah lama menyakitkan hati aku. Menyakitkan hati bukan dari segi apa, tapi dari segi cara mereka mengorek publisiti-publisiti murahan yang sungguh jelek. Yang pasti, scene jelek itu bukan datangnya dari dalam studio bersama Wahid dan Farah Fauzana, tapi temubual yang dibuat di luar studio.
Aku dahulunya memang seorang penonton Melodi. Bahkan hujung mingu kadang-kadang tidak seronok jika tidak dapat menonton Melodi. Bukan pasal pengacaranya, tapi kerana konsep “selamba” rancangan itu yang tidak terlalu mengikut skrip. Senang cerita, sempoi dan memotivasikan. Dahulunya, banyak cerita yang boleh membina semangat artis Malaysia untuk terus berjaya. Tapi bila Melodi mula disertai dengan beberapa wartawan yang entah apa-apa entah, Melodi aku rasa semakin teruk jadinya. Dengan kata lain, melingkup lebih baik!
Mengapa aku berkata sedemikan?
Bacalah sendiri:
Bukannya mahu memperbesarkan isu ini, sebaliknya perkara yang dianggap tidak patut hadir, lalu meracuni bidang seni ini harus dicegah terlebih dahulu sebelum menjadi lebih parah dan merosakkan nama keseluruhan wartawan hiburan tanah air khususnya.
Kalau sanggup mengadu-dombakan seseorang individu ini dengan individu yang lain, inilah darah dan nanah dalam industri hiburan tanah air sebenarnya. Aku memang cukup jelek dengan seorang wartawan yang selalu menemubual artis dalam rancangan Melodi tu. Aku rasa korang pun tahu. Macam dia best, macam dia bagus, macam dia tu perfect sangat latarbelakangnya. Ukur baju di badan sendirilah wehh… (wartawan Melodi yang dulu-dulu takdepun macam dia).
Yang pasti, bila dah disebut publisiti murahan, bagaimana dengan standard wartawan yang membuat liputan murahan itu? Apa gelaran yang patut diberikan kepadanya? Sibuk dengan berita yang tidak patut diperbesarkan.
Aku memang dah lama nak suarakan pendapat aku mengenai Melodi ini tapi siapalah kita ini. Sebelah mata pun orang tidak pandang. Tapi bila dah masuk paper, rasa macam niat dan hajat di hati ini telahpun tercapai.
Satu pujian harus diberikan kepada wartawan Kosmo FAIZAL SAHARUNI kerana berani menegakkan kisah sebenar di sebalik rancangan Melodi dalam mendapatkan publisiti murahan. Aku TABIK SPRING pada wartawan kita yang satu ini sebab beliau telah menunjukkan kredibiliti sebenar kewartawanan yang telus dan jujur. Aku rasa Melodi sendiri patut menuntut ilmu dengan En Faisal kita kerana dia sememangnya mempunyai dedikasi tetapi selamba. Aku suka dengan orang yang ada point bila mengeluarkan pendapat. Bukan setakat andaian kosong sahaja.
Aku percaya artikel yang tersiar di akhbar Kosmo hari ini telah berjaya membuka mata banyak pihak terhadap kualiti rancangan hiburan di Malaysia ini. Dan jikalau artikel yang beliau tulis hari ini berjaya menjadi titik tolak untuk artis lain supaya berani menyuarakan pendapat masing-masing terhadap publisiti murahan yang dilemparkan kepada artis itu sendiri sehingga boleh menjejaskan imej dan maruah mereka, pihak pengurusan Kosmo sepatutnya mencari lebih ramai lagi wartawan yang bagus seperti beliau!
Kalau setakat publisiti murahan, semua orang pun boleh buatkan?
Oh yaa… aku terserempak pula dengan Gambar Panas Michelle Melodi TV3 with Boyfriend. Kalau berita sebegini, nak dikirakan sebagai gossip? publisiti kelas atasan? atau publisiti murahan?

Gambar: Dari blog Artis-Malaysia.
Untuk kesimpulannya, aku rasa sudah sampai masanya bagi Melodi untuk memikirkan tentang KUALITI (info yang bagus), bukan KUANTITI (rating). It’s about Quality, not Quantity!
*tong kosong.



Err..Aku tak minat sangat melodi ni. Tapi suka tengok fara fauzana je.. Ha ha.
..Aku dah lama tv tak tengok aku…
Dulu memang suka keletah Fara Fauzana – selamba..
Tapi ada beberapakali aku tonton melodi, cara wartawan tanya soalan memang tak patut dan kadang-kadang menjatuhkan air muka yang ditemubual.
samdaddycools entri yang terkiniPulau Besar Melaka
Haa…. ko pun tau kan siapa yang aku maksudkan? Memang tak patut menjatuhkan air muka orang walaupun atas dasar nama “kerja”. Bagi aku, kalau aku kerjanya untuk menjatuhkan air muka orang, baik cari kerja lain lah weh…
* Asyik jatuhkan air muka orang, kalau terkena batang hidung sendiri baru tau. Diaorang ni belum jumpa buku dengan ruas…
ya lah dulu belum popular, belum ada rating yang tinggi. atau dulu mengikut tren lama, tren kini lebih selamba dan sembrono!
kau boleh bezakan generasi dulu, kita dan generasi sekarang. cara perbualan, cara pergaulan sudah menunjukkan jurang besar!
untuk mendapatkan rating kini, terpaksalah ikut tren terkini. aku rasa generasi sebelumnya dari kita mmg dah tak layan dah melodi!
aku pun dah mulai menyampah dan mula terasa melodi dah jadi sampah. kesian pengacara dah jadi macam tersepit.
apa derang dah jauh dari petunjuk ke sampai sesuka hati nak korek rahsia artis lain? aku tak kisah klu memang dah nampak tapi klu bab mengorek tu yang aku kisah!
megats entri yang terkiniWalimatul Urus, Hari Pernikahan Semakin Hampir
MEGAT – Betul-betul marah nampaknya abang Mega kita nih.
hehe..semua orang tau pasal budak yg suka siasat-siasat tu. Tak tau la tu kehendak dia atau kehendak orang atasan meloadi.
So, aku nak salahkan sape pun aku tak tau. Tapi memang dah agak melampau sangat la melodi sekarang nih banding dulu..
TITAN – Perghh.. aku suka dengan ketelusan dan sound direct ko ni. Memang to the point!
Haha..bende kalau dah terang. Tak salah kita bersuara. Tapi pepahamla, diorang mesti pertahankan hak diorang. Aiya..diorang ni cakap tak serupa bikin pun ada..
aku kesian dengan artis2 nih. Kekadang, bila kene terjah. muka pucat giler. Nk jawab pun tak tau apa..bila diam. Orang pikir lain. Bila bagi komen. Orang pikir lain. Apa yg diorang nak sebenarnya? Haiyaa…
sudah lama aku tidak menonton melodi ini.. sebarang perkembangan terbaru aku baca dalam surat khabar je.. Hurm..
sallikin@nikillass entri yang terkiniFlash Entry Ep. 9
melodi dah gile sengal ingat diaorg apa..paparazi ke..cam siot jerk..terjah2 tanya soalan biasa2..takde kesedaran civik langsung melodi ni. menyampah gile aku bile rancangan takde pengisian.
catzers entri yang terkiniDerma Darah – Bantulah Mereka Yang Memerlukan
Hai Rakyat Malaysia, terutama Melayu berugama Islam. Janganlah kamu mendedahkan perkara aib sesama kamu. Dan janganlah biarkan orang lain terutama yang bukan Islam mengaibkan kamu. Itu adalah kefahaman saya tentang larangan berkaitan mengaibkan orang lain seperti diajar oleh ISLAM. Janganlah terpedaya dengan nafsu syaitan yang sentiasa berusaha memecah belahkan umat Islam. Mereka ini datang dalam berbagai rupa dan lagak. Buatlah macam negara jiran yang mengharamkan rancangan TV, ruangan media seperti itu. Tiada yang mendapat keuntungannya malahan menimbulkan perasaan dendam dan sakit hati sesama umat. Marilah kita sama-sama melaknati sesiapa yang berkecimpung dalam aktiviti yang sedemikian ini. Tima kasih.
“Wartawan hiburan sepakat buat laporan polis.
WARTAWAN-wartawan hiburan dan jurugambar membuat laporan polis berikutan sebuah laman facebook yang mengutuk dan menghina pihak media bertajuk, All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks di IPD Brickfields, semalam.
KUALA LUMPUR 17 Mac – Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) serta 11 wartawan hiburan daripada pelbagai media hari ini membuat dua laporan polis terhadap satu akaun laman sosial, Facebook, yang dianggap menghina golongan itu.
Presidennya, Fauziah Raof (gambar) berkata, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Travers pada pukul 2 petang manakala wartawan dan jurugambar itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, pada pukul 12.30 tengah hari.”
Soalan saya;
1. Tiadakah undang-undang yang melarang perkara-perkara aib dan peribadi disiarkan oleh media?
2. Kenapa tiada artis atau pertubuhan artis yang menggunakan saluran undang-undang menyekat penyebaran aib dan perkara peribadi dihebahkan?
3. Apakah tugas sebenar Wartawan Hiburan? Samada untuk memajukan industri hiburan atau memajukan surat khabar atau TV, atau kepuasan nafsu dapat mendedahkan aib orang lain.
4. Sesiapa yang bersalah patut dihukum samada melalui Mahkamah Awam atau Mahkamah Syariah. Tidak perlu didedahkan secara terbuka.
Tak tahulah saya. Kenapa di negara kita ni perasaan saling menghormati antara satu sama lain telah hilang sama sekali.
kadang-kadang ni kan ceritanya tak seberapa, tapi cara wartawan melodi tu yang lebih2…. tak berapa suka segmen bikin panas tu la, dah macam terjah lak aku tengok, apa2 pun semua komen yang keluar ni harap ambik positif la ek, kita tegur untuk kebaikan semua bukan nak jatuhkan orang lain….
dlu aku minat tgk melodi tp skg xlg cz galaksi lg best….lgpn semua y sensasi dh blh bc kt blog2 hiburan…jd watpe tgk benda ya berulang..y pntg melodi dh kureng best..