Cakra Alam – Ustaz Arif penipu (aku masih tak puas hati!)

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Video - Tarikh diterbitkan: November 23, 2008 online

cakra_alam_penipu.gif


10 perkara yang kita perlu tahu mengenai Cakra Alam setelah terdedahnya penipuan pemiliknya, Ustaz Arif dengan cara rawatannya yang dikatakan PALSU:

Fakta 1:
- Sesiapa pun tidak boleh terima temberang Ustaz Arif ini. Aku sendiri memang tidak puas hati (jika video itu BENAR) dengan apa yang digeromalkan oleh Ustaz Arif dalam kedua-dua video ini. Agama Islam mungkin akan dipandang rendah oleh bangsa lain nanti.

Fakta 2:
- Sesetengah perkara mistik amat sukar hendak dibuktikan dengan akal dan fikiran. Tapi kalau hukum fizik boleh membuktikannya (dalam kes ini, ianya adalah mengenai “aliran elektrostatik” -betulkan aku kalau aku salah-), bermakna Ustaz Arif telah berbohong kepada ramai pesakitnya.

Fakta 3:
Jangan permainkan harapan dan kepercayaan orang yang ingin “berubat” dengannya.

Fakta 4:
Pembohongan yang besar dan nyata. Kalau kes penipuan MLM seperti yang dihebohkan di Kosmo hari ini diberi perhatian, kes ini juga wajar diberi perhatian kerana penindasan terhadap orang miskin yang berubat di kliniknya telah jelas terbukti.

Fakta 5:
- Memalukan semua ustaz-ustaz dan pakar rawatan alternatif yang menjalankan perniagaan secara HALAL di Malaysia.

Fakta 6:
- Adakah semua pekerja di kliniknya itu juga bersekongkol?

Fakta 7:
- Jika Ustaz Arif benar, Ustaz Arif bolehlah menyaman MythBuster dari Jepun/Korea yang ada dalam video itu tadi.

Fakta 8:
- Apakah perasaan anak didik beliau yang berguru di bawah Cakra Alam selepas menonton video ini? Adakah mereka malu kerana Tok Guru mereka seorang penipu? Jika mereka benar, bertindaklah atas prinsip “berani kerana benar”.

Fakta 9:
- Sudah berapa banyak pesakit Ustaz Arif yang telah dirawat melalui cara “lampu kalimantang”, “test pen”, “mentol” nya itu sembuh? Jika tidak, berapakah wang yang telah dibayar kepada Ustaz Arif oleh pesakitnya?

Fakta 10:
- Jika video itu salah, buktikan. Jika bukti video itu benar, maka POLIS perlu mengambil tindakan kerana seorang penipu dan penjenayah sedang beroperasi dengan selamatnya menipu duit dan kepercayaan orang ramai. Sama level’nya dengan Ayah Pin!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 46 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. KNizam said:

    bila la berita neh nak keluar mainstream media ni eh ?

    KNizams entri yang terkiniPisang Nak Kena Tebang Ni !

  2. selama ni kita tertipu kan.. eh.. bukan ke dia yang cakap siti nurhaliza akan kawen ngan jejaka S.. Hah.. Tipu2..

    sallikin@nikillass entri yang terkiniand now.. the story begins..

  3. rohaizad said:

    ZAM – Memang betul apa yang ko cakap tu.Kalau betullah dia tipu, aku memang marah tahap gaban sebab orang miskin kena tipu hidup-hidup. Scam betullah.

  4. Kujie said:

    ramai sungguh yang tak puas hati…malu kita, kan sebagai rakyat M’sia digelakkan org mcm tu

  5. taukey said:

    ni scam hidup hidup ni. siap keluar kat TV3 dulu. hehehehe. kalau buat magik show boleh rasanya dia tu ( mana tau jadi Criss Angel Malaysia) ekekekeke. kalau buat perubatan yang menipu tu tak boleh la. Duit tu jadi haram dah. Macam mencuri

  6. rohaizad said:

    KAK Jie – Betul tu. Apalah perasaan jiran dan keluarga dia yang dahulunya percaya 100% dengan cakap dia?

    TAUKEY – Haaaa… itulah maksud aku. Kalau DAVID COPPERFIELD yang kantul macam nie, orang tak melatah sangat sebab dia memang sinonim dengan dunia sebegini. Ini USTAZ tuuuhhhh… lagi sekali aku tekankan….USTAZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!

  7. samdaddycool said:

    ….. Pendapat aku..

    1.Kalau betul perubatan dia, kenapa asyi knak menunjuk-nunjuk skil keluarkan cahaya melalui test pen / lampu kalimatang? Kan lebih baik merujuk testimoni pesakit daripada tunjuk magis.

    2. Telur keluar darah.. kenapa dia kata ‘sometime have only 1 time, sometime don’t have?’

    3.Paling malu bila ON, OFF sambil kaki dia turun naik! (gambar curi)

    samdaddycools entri yang terkiniMuar second mosque

  8. rohaizad said:

    Sam – Point yang bernas juga tu.

  9. shaxx said:

    buat malu kita jer… huhuuu

  10. !x0r@ said:

    erk,tipu semata-mata ke?! nasib baik tak percaya bulat-bulat..

  11. rohaizad said:

    SHAXX – Tidak dapat dinafikan.

    !xOr@ – Songkok haji sama putih, tapi hati lain-lain.

  12. am said:

    al kisahnya… situa ni menipu kita semua bertahun2 dah… napa takde orang perasan sebelum ni hah..

  13. rohaizad said:

    AM – Sebab masanya belum sampai. Sekarang semuanya sudah terlambat.

  14. nuaeman said:

    Paling takleh tahan bila mat saleh tu sebut Si Arief ni dah jadi senang kat Malaysia sebab dia ambil duit dari orang ramai yang tak tahu trick dia.. adeh..

    Benda ni perlu dibanteras segera.. Sudahlah guna gelaran Ustaz.. pastu yang tak sedap si jepun tu cam panggil arief ni Mohammed kan.. memang imej islam tercalar..

    nuaemans entri yang terkiniBagaimana buat duit dengan Ciao.com

  15. rohaizad said:

    NUAEMAN – Menipu ni memang sesiapa pun boleh tipu. Malah ramai lagi Pak Ustaz palsu di mana-mana. Bersepah. Begitu juga dengan Sami Buddha pernah keluar berita dengan kes merogol pesakitnya. Ini semua manusia bertopengkan syaitan.

    Cuma bezanya, Ustaz Arif ni telah dapat kepercayaan dari orang ramai. Siap ada persatuan lagi!

  16. Mohd Ismail said:

    kenapa media mainstream lambat pick cerita dr blogger? sbb blogger politik kene label penipu oleh kerajaan, dgn kita2 sekali kene tempias..

    *aku harap sgt TV3 yang first pick mende ni.. jgn Harian Sensasi atau Sensasi Kl atau tabloid lain.. cerita ni jd murahan nnt..*

  17. rohaizad said:

    MAEL - Itulah yang aku fikirkan. Tapi kalau mereka belum dapat tahu akan hal ini, tak boleh buat apa.
    Maka tugas blogger non-politik seperti kitalah yang dapat membantu mengenengahkan penipuan sebegini.

    * time gini peranan blogger tidak boleh dipandang rendah. betul?

    * aku tahu ramai pelajar didikan Ustaz Arif dah tahu kot? dan aku tak sabar nak tengok reaksi mereka. kalau katakanlah Ustaz Arif itu diperdaya oleh mamat Jepun/Korea itu, kebenaran harus ditegakkan. ini melibatkan maruah.

    * Ustaz Arif benar atau dipihak yang salah? rasanya semua dah tahu jawapannya.

  18. Richie said:

    aku palin tak suka bila dia tunjukkan anak murid dia bleh cucuk2 badan..bajet kebal.. dah terang2 islam tak bg seksa badan.. apsal dia buat.. kata ustaz..

  19. rohaizad said:

    RICHIE – Bila ko cakap macam ni`kan, aku rasa dah tiba masanya kita mintak RTM buat debat perdana antara Ustaz Arif dengan pesakitnya sendiri (yang mendapat rawatan mentol tu dan seumpamanya). Barulah kita dapat lihat kebenaran yang sebenar.

    * Ada yang setuju? kalau ada yang setuju, sila angkat baju di ampaian, hujan dah nak turun……… hahhh ???
    @ting tong!!! – kepala aku sampai pening memikirkan kes Ustaz Arif ni sebab kalau benarlah semua ini penipuan, Ya Allah…. buruk betuk akibatnya. nak ikut akta apa? sama macam ayah pin ker?

  20. asx said:

    pasal duit , semua boleh jadi . haihh..

  21. |1f34|-|1r3 said:

    aku pn tak tahu la apa nak jadi kat malaysia..aku tulis mende ni kat blog aku pon ramai gak yg persoalkan sama ada betul atau tidak. ko try tgk kat youtube pasal Asia Hebat. ada citer pasal UStaz Arief gak…lg byk demonstrasi yg dia tunjuk !

    |1f34|-|1r3s entri yang terkiniHow to put corner screen widget on your blog?

  22. titan said:

    no komen. aku rasa si ustaz tu tak layan youtube kot. kene tunjuk video tu depan mata dia. baru kita tahu reaksi dia..

    Aku dari dulu tak percaya benda2 tu semua..

  23. ezad said:

    Bro ni lah masanya Melodi kena terjah!!,lg satu katanya Ustaz Arief ni leh baca pemikiran diorang krn dah smpai satu tahap ilmu yg tinggi, tapi geng2 korea tu dtg nak buat spy xkan x tahu kot? tu yg nmpak sgt tuh..kantoi giler!!!

  24. ezad said:

    Tunggu jek la laporan 360 kat TV3 hari Rabu ni..layannnnn..huhu

  25. kataks said:

    memang mengong ustaz tu…dah lama sangat menipu orang.

  26. Rizal said:

    ramai yang menipu dengan rawatan yang kononnya berteraskan agama…bkn setakat agama Islam…malah ada gak penganut agama lain yang menyeleweng dan menipu atas nama AGAMA…

  27. Truckster said:

    actually citer dia kantoi ni dah lama dlm bln 5 kot…apsal baru nak kecoh skang ekk??? pelik gak

    lagi satu uncle seekers siap saman lagi mamat ni,

    dgr citer ustad ni buat laporan polis sampai uncle seekers kena jail, masa nak buat kajian penipuan mamat ni……

    Trucksters entri yang terkiniMenarik Minggu Ini 25 Nov.

  28. ustaz affuan said:

    sape kata tipu? memang tipu pun! haha.

    *kita tunggu je dulu kuar kat mainstream media. depa sibuk duk cover cerita2 politik lagi tu. hehe.

  29. zool said:

    Aku dapat tau pasal penipuan ni lepas ada satu magician dalam tv tunjukkan camne boleh buat telur keluau darah…

    Sepatutnya En Arif tu jadi cam izad (magixx) baru ok kot..
    Baru leh femes cam David Blaine..

  30. [...] dahhhh !!!! Aku semakin tidak puas hati dengan penjelasan yang entah apa-apa entah dari Ustaz Arif dalam randangan 360 kelolaan Mazidul [...]

  31. [...] dahhhh !!!! Aku semakin tidak puas hati dengan penjelasan yang entah apa-apa entah dari Ustaz Arif dalam randangan 360 kelolaan Mazidul [...]

  32. [...] Harap kepada pembaca dan pengunjung yang terlepas edisi istimewa Cakra Alam dan Ustaz Arif di sini dan di [...]

  33. faris said:

    ustat arif tu betul la.. dia betul.. org korea tu yg tipu..

    kohkohkoh…

    wat malu je kan.. imej org Islam yang dibawa oleh org macam arif dan pekerja dia tu.. erm..bagus abg Rohaizad membuka topik ni, sedikit sebanyak membantu perkembangan pemikiran rakyat Tanah Melayu..

  34. rohaizad said:

    Yup, that’s right.

  35. 26 said:

    seingat aku cakra alam ni dah lama kan?dulu masa aku pas SPM ade gak member ajak join tapi tangh yuran dia tu tak mampu aku masatu nak bayar :p

  36. rohaizad said:

    26 – Mahal sangat ker?

  37. hadiey said:

    aku baru tau da

  38. Lucas said:

    Salam,
    Benda2 mcm ni melibatkan sihir atau kejahatan setan,jin dan roh2 jahat,ramai student cakra alam memihak pd uztat arief sbb sudah diberi minum air doa jampi semasa ambil kursus tiap tingkatan ilmu.Sungguh sedih kerajaan berwajib lepas tangan dlm hal begini membiarkan ramai mangsa tertipu.Pihak berkuasa sepatutnye bantu la mereka dari terus teraniaya oleh Uztat Mamak ni.Apa boleh buat,kita nasihat student uztat arief pun mereka tak nk dengar malah makin yakin dgn kekeramatan Uztat Mamak ni.

  39. green said:

    Kalau betul…
    meh panggil semua pesakit2 dia yang pernah dirawat beliau dan kita lihat betul ke tidak!

  40. green said:

    aku pernah berguru dengan ustaz ni… macam yakin tak yakin je aku.. tapi aku habiskan juga lah kursus tu dengan jayanya… hehehehe… lanjutan kursus?? aku tak join sebab mahal nak mampus!

    heheheheh…rugi aku rm 400 tu .. boleh beli baju Reebok england.. hahahaha

  41. Zaidi Salleh said:

    Aku cukup terkilan dgn Cakera Alam ni. Aku pernah bawa arwah bapa berubat kanser di Cakera Alam. Masa tu thn 2003. Aku ingat lagi pagi Sabtu kami pergi rawatan, ustaz tu beri akar2 kayu utk direbus minum. Mak aku pun buat la cm ustaz suruh. Sabtu n Ahad minum, Isnin pagi sebelum Suboh meninggal. Mmg ajal maut ditangan Allah tp punca kematian tu aku musykil sampai ke hari ni. Adakah arwah bapa aku meninggal kerana kanser atau air rebusan akar kayu tu. Betul ke akar kayu? Atau auta saja…?

  42. mr sam said:

    Aku tgok Wisma Cakra Alam kat Taman Maluri tu dah ditutup,untuk dijual..ada notis tampal kat pintu masuk cakap diorang ni pindah ke Kampung Pandan tapi yang musykilnya tak pulak disertakan map nak ke tempat baru tu,hanya bagi no hp jika nak buat temujanji..

  43. nana tanjung said:

    mintak maap ya,nk celah skit,ni ustaz cakra alam ka,putaq alam? nk bagi teka teki :- Dimanakah Terletaknya kekuatan ustaz cakra alam? di kepalanya ka? di tangannya kah? di lidahnya kah? atau di kakinya kah?kah!kah!kah!kah!

  44. din said:

    putar alam…samala dgn mad radhi…penipu besaq…

  45. mat said:

    aku pernah la ambil package wang kembali ker apa ntah lupa ala2 ibu duit ler. rm2800 dia bagi duit indon dan suruh baca surah aljin sebanyak mana tak ingat tapi aku baca lebih ler. satu hari tu aku gi demo perguruan budi suci sejati katanya scan free. aku pun scan terkejut aku dia kata aku ada bawak barang(mungkin jin kot) baru aku teringat duit tu dlm dompet. beberapa hari lepas tu aku g balik cakra alam dia kata dah boleh pakai dah ni. tapi aku tak sesuai dengannya nasib baik dia pulangkan balik rm2800(kalau tak silap) tu.
    sekarang baru aku faham..

  46. Karam Singh Walia said:

    Cakra Alam kini hidup kembali ! Sekarang bini dia pula menipu ! Awas jangan tertipu !

    Pusat Perubatan Tradisional Al-Hikmah

    No. 23, Tingkat 1, Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
    (Berdekatan Sek. Men. Aminuddin Baki & Kelab Belia dan Sukan Kg Pandan. Bersebelahan Stesen Minyak Petronas)

    Tel: 03-9282 5296 / 03-9284 1642
    019-328 0707
    Fax: 03-9283 3641

    http://pusatrawatanalhikmah.blogspot.com