Pengalaman sebenar menggunakan minyak masak sawit sebagai minyak hitam kereta.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Orang - Tarikh diterbitkan: November 23, 2008 online
Masih ingatkah kamu lagi pada catatan aku yang lepas berkenaan minyak masak sawit yang kini digunakan sebagai minyak hitam kereta?
Hari ni, kita akan mendengar pengalaman sebenar salah salah seorang pembaca blog ini iaitu Encik Amin dalam menggunakan minyak masak sawit sebagai minyak hitam kereta. Pengalaman ini dihantar sendiri oleh beliau melalui email dan sebagai tanda terima kasih, aku akan menyalinnya kembali untuk dibaca sebagai tatapan umum di hujung minggu ini.
Berikut adalah email yang dihantar:
Salam sejahtera dari saya sahabat baru semua,
Saya dah mula mengguanakan minyak masak kelapa sawit hampir seminggu. saya menggunakan proton wira 1.5 auto.alhamdulillah berkesan. di sini saya huraikan kelebihan dan kelemahan minyak kelapa sawit sebagai minyak enjin.
Kelebihan:
1.enjin jadi smooth gegila
2.kelajuan kereta berbeza bila di atas jalan, tak sedar tekan 100km sejam,kalau idak atas highway tekan 110km sejam,enjin kereta saya mula mengeluarkan bunyi yg agak kuat cam pakai turbo..walhal standard ja.tetapi bila pakai minyak kelapa sawit,enijn jadi sepi.
3.penjimatan minyak yang ketara, saya bergerak hampir 120km, hanya dengan menggunakan minyak petrol sebanyak RM10.tu pon saya guna minyak BHP.Kelemahan:
1.minyak kelapa sawit hanya 90% di dalam enjin dan tetap kena tambah 10% minyak enjin kereta (beli yg botoi kecik kat ESSO), saya cuba biarkan enjin kereta tidak di matikan selama 1jam 30 minit, mula membuat enjin kereta semput.tetapi setelah di atas jalan ia kembali normal.
2.susah cina kat bengkel nak percaya bila kita pi tukar minyak ni, mula banyak soalan..penat nak menjawab..akakakkekekkaakkekItu sahaja saya nak kongsi pengalaman.
Antara kenderaan yang saya dah test :
proton wira auto dan manual
kancil
satria
proton saga
evanza 1.3
datsun lamaMotorsikal:
honda cup 70
ex5
kriss
RXZItu sahaja..
sekian..wassalamSebarang persoalan leh email dekat email saya : aiztech@streamyx.com
-amin: alor setar
Terima kasih En Amin. Semoga usaha berani En Amin akan dapat membuka mata ramai pihak. Lagipun mengikut apa yang diberitakan 2 hari lepas, jualan per tan kelapa sawit di pasaran dunia turun. Mungkin sesuatu boleh dibuat untuk meningkatkan nilai dan harga kelapa sawit.
Ada sesiapa yang pernah mencubanya setakat hari ini?







Wah cam best je…
Tapi belum ada promosi besar-besaran dari pihak berkaitan..
Tapi gamble ek mamat tu.. tak takut efek kat kenderaan dia
kawan saya pun tengah test buat seumpama ini… nanti aku check balik progression dia…
rasanya dia buat daripada sisa minyak masak tue…
abahfatehs entri yang terkiniSelamat Hari Jadi
erkkk harga dia berbeza ke dengan minyak hitam yang lain?
TAUKEY – Hanya MINYAK MASAK SAWIT sahaja. Minyak sayuran dan yang lainnya tidak sesuai untuk MINYAK ENJIN. Tetapi minyak sayuran dan yang lainnya itu boleh dibuat sebagai alternatif untuk MINYAK PETROL (biodesel).
Harap jangan TERKELIRU.
* Minyak Cap Kapak macam mana?
kenapa tak de promosi pasal nih?
SHAXX – ENtahler. Maybe diaorang “tertidur” kot. Susahlah nak cakap. Bila takde, macam-macam yang nak dibuat. Tapi bila dah ada bukti orang buat, macam tak nampak jer sokongan dari pihak yang “tidur” itu tadi.
*bilalah mereka-mereka itu semua nak bangun?
itu short termla… kalau long term apa plak pro n cons dia…?
AM – Macam yang aku kata tadi, tunggu mereka-mereka tu bangun dan menyokong sumber ini.
fuh…menarik gak tuh..minyak kelapa sawit cap ape dia guna tuh? nak tahu jugak..tp aku takut pembaca2 bubuh kt tank minyak petrol nanti kang..jadi mythbusters plak dah nanti..
|1f34|-|1r3s entri yang terkiniHow to put corner screen widget on your blog?
hehe..tak berani try lagi. Biarlah ramai yg kata ok. baru aku try..
Boleh la guna utk motor mospeada gue..hehe
Jap lagi aku nak gi kedai.. beli minyak masak.. selamba lah!
samdaddycools entri yang terkiniEating scented rice
pernah dengar, pernah baca, dan pernah tahu ada org yg jual info nih utk RM20 henget…huhu…
TITAN – Aku pun tengah tengok-tengok dulu.
EZAD – Dah test ker?
SAM – Memambg ko nak beli, tapi untuk goreng ayam`kan? Cehhh….:D
RIZAL – Ini pun ada orang nak jual infonya? Betul-betul bijaklah diaorang nie..
benda2 camnie memang senang nak jual.. cam ebook run your car with water to.. best seller tu.. tapi ebook tu terlalu technical lah.. susah aku nak faham terutama bila dia masuk bab nak configure engine tu…
minyak masak kelapa sawit ni kita leh anggap sebagai satu alternatife nak jimatkan kos perbelanjaan rumah,
rasanya sampai sekarang saya menten ja guna minyak masak kelapa sawit..dah nak masuk hari ke 10…
tepuk dada tanya selera..kalau takut di landa ombak jangan buat rumah tepi pantai..itu hak anda yang menentukannya…
p/s orang melayu memang susah nak terima fakta, cuba saya pi buhung semua yang ada di sini yang saya ada minyak enjin khas untuk kereta yang ajaib..tobat semua pakat private kan saya untuk membeli minyak tu..tak percaya?saya dah pun cuba dekat org2 tertentu hal minyak ajaib, saya cuba demonstrasi dekat motor si polan ini dan tunjukkan perbezaan nya, terus beliau sanggup membeli dengan harga yang saya tawarkan iaitu RM50 untuk 1 liter, tetapi bila saya bgtahu yg sebenarnya minyak ini nilainya RM2.50 dan ianya minyak masak kelapa sawit, terus dia jadi BLANK..susahkan jadi MELAYU?saya sengaja tak kongsikan ilmu ini dengan bangsa lain sebab nak bagi bangsa sendiri dapat mengkaji baik buruknya..tapi susah sebab orang kita pandai bercakap tapi tak pandai nak menyelidik,me eksperimen (atas alasan tak PASS Sains SPM),walhal saya SPM pangkat 3 ja,matematik ngan sains GAGAL..cina kat bengkel tu semua lulus cemerlang ke SPM?
jadi apa lah salahnya ilmu ini kita jadikan satu peluang untuk berubah..
di N9 dah ramai yang menggunakannya, sampaikan di felda2 boleh dikatakan bukan satu perkara baru buat mereka..takkan kita di negeri lain nak jadi was was?
Kalau semua kengkawan WASWAS, tunggu sebulan…tengok update report mengenai kereta saya..boleh?
untuk pengetahuan korang design projek aku related ngan biodiesel ni lah..hehehehe..best2..aku suke minyak masak
walaupun ianya telah menyebabkan parut pada tgn aku bile mencecah suhu didih.
catzers entri yang terkiniDerma Darah – Bantulah Mereka Yang Memerlukan
Assalamualaikum….wbt
Alhamdulillah….penggunaan minyak kelapa sawit paling best…..saya memang travelling satu malaysia pakai kete proton saga berumur 18 tahun….
apalagi….pecut mcm kete baru…tanpa masalah
kelebihannya sangat ketara….apatah lagi dalam satu hari guna dekat 3 ribu km masih tetap maintain je….tada asap putih kuar pun….selalu tukar minyak hitam 5 kali sebulan….sekali tukar dekat rm 70, sekarang cuma rm14 sekali ngan filter……kos jimat sungguh….
nak tahu cara yang lebih efektif, hubungi saya di no 017-5051868
Satu testimonial yang sungguh memotivasikan. Terima kasih En Jamal.
aku baru bubuh dlm honda city aku semalam. memang best.. enjin smooth betoi…
PAKWAN – Ni yang jeles ni…
Aku dah test! best!
samdaddycools entri yang terkiniCooking oil vs Engine oil
Fuhhhh… betul ke? Perghhh
ada berani myvi ko bagi minum minyak masak??
samdaddycools entri yang terkiniCooking oil vs Engine oil
Haaa… itulah aku tengah berkira-kira ni. MyVi baru 4 bulan pakai. WAHAHAHAH
… tak beranilah!.. (ni kira cabar).. kikiki
samdaddycools entri yang terkiniCooking oil vs Engine oil
setelah terbaca kat satu forum…maka gua selamba isi minyak sawit peket kat moto kriss waa…dan enjinnya mcm sodap bak goreng pon sodap..cuma balancing enjin kriss yng tak sedap,sbb brg kriss..layan jerlah..
bagus 2 ringgit sepeket dpt satu moto berbanding minyak castrol yng botol merah tu 10 ringgit satu.
salam… aku dah try kat 2 bln dah kat kete kenari aku…mmg btul engine smooth.. mula2 mmg takut ada yg kutuk kang engin rosak la apa la..
aku isi pastu trus blk kg ke utara pjlanan pegi balik kat 1000k alhamdullilah xde apa2..
jimat byk sehhh…
setakat ini takde masalah pun kete aku.. tapi lepas setiap kali sampai umah, aku terbau aktiviti menggoreng ikan
samdaddycools entri yang terkiniAlternative during economy crisis
Aktiviti menggoreng ikan?
Wahahahaha… ko buatkan aku tergelak sorang-sorang laaa….
Salam..
Bagaimana dgn engin diesel?
Boleh kah penggunaan nya ?
Hanya petrol sahaja.
Xkisah kapasiti 3500cc ? yg penting engin petrol ?
Ok bro, tq
salam semua..lama tak post dalam blog ni..perkembangan terbaik..tapi ada yang tak baik nya jugak..tapi alhamdulillah telah di ubahsuai dan dijadikan yang terbaik.
maksud saya, jika kita gunakan 100% minyak kelapa sawit, takat short distance menten..tapi 2ribu km yang pertama kena tukar..untuk proses pencucian enjin..tapi pastu leh guna 4 hingga 5 ribu km..
tapi utk long distance..memang susah nak menten..sebab dia akan berlaku proses pemeruwapan sehingga 10% jika jarak perjalanan 100km ke atas dengan kelajuan minima 80km/j.. jadi kena pakat dok check kerap minyak enjin..
dan untuk short distance..kalau try 4ribu km tu bermakna enjin anda memang terpaksa bekerja keras..kerana power dia kian kurang..tapi leh tekan minyak sehingga 5ribu km lagi..cuma dah jadi cam minyak enjin biasa..
jadi saya berusaha mencipta pembaharuan dengan bantuan pakar, kini dalam proses simpan duit nak hantar ke SIRIM..mencipta minyak protection/treatment/clean untuk enjin kereta dan motor..kiranya 3 in 1..berasaskan 40% minyak kelapa sawit (yang ditempah dari kilang-bukan lagi minyak masak).
kiranya, selalu tuan2 pi beli minyak treatment abih murah RM10..abih mahal RM50..tu tak beli minyak clean atau flush engine..tak beli minyak protection enjin lagi..kos yang tinggi untuk menjaga enjin kan?
tetapi setelah diproses dengan teliti dan sudah pun di uji terhadap 6 biji kereta dan 5 buah motorsikal..memang amat memberangsangkan..kiranya minyak yang saya cipta ini dah di iktirafkan sebagai minyak Full Sythethic yang mampu mengubah enjin kereta bertambah baik..
lagi berkesan terhadap enjin kereta bawah tahun 2005..yang atas tahun 2005 tu enjin still baru..jadi kurang merasai kehebatannya, tapi boleh digunakan sebagai pemeliharaan enjin agar tidak bermasalah..
kereta bawah tahun 2005 ni selalunya pickup dah kureng power..jadi minyak ni mampu membaik pulih 10%-30% pickup enjin kereta dan motorsikal..
dab yang pastinya kos utk memproses minyak ini teramat murah!..
selalunya Full Synthethic berharga RM130 – RM300..tetapi modal pemprosesan minyak ini hanya berharga RM60!
Dan kini di Alor Setar, saya hanya menjual untuk kawan2 yang berdekatan serta saudara mara sahaja..yer la kan..nak promosi cara power..dah abih duit kat eksperimen ni..nak kampui balik modal nak send ke SIRIM pun dah nak RM1k..tu tak kira nak pattern kan product..mau modal tinggi jugak..
yang pasti..wakil2 syarikat minyak besar seperti PETRONAS/ESSO/BHP salah menilai minyak kelapa sawit..mereka memberi respon yang minyak masak kelapa sawit tidak sesuai untuk kenderaan..(maybe tergugat kot product dierorg)..saya akan berusaha menjayakan product ini dan memertabatkan minyak buatan MALAYSIA yang pokoknya di tanam di MALAYSIA (walhal PETRONAS ni kompeni MALAYSIA)..
Sebarang persoalan sila email atau buat isyarat asap..akekkekekekeke
P/S.. saya try kat enjin KEBOTA…timing lari tune..dok besa 1rpm..tetiba naik jadi 4 rpm..penat nak ligan dalam bendang…akakakkekeke..
assalamualaikum semua… dasyat saya dengr.. tp lama dah cerita ni, tenggelam gitu jer… esok saya nk try tgk la.. beli sebotol… nk masuk kat kereta nissal… satu old school, satu wagon, nk buh kat sarena kang…. kenaligan ngan org tua , naya…
to al amin: jgn sampai kebota tu masuk lam petak benih padi dah la… tp kebota tu ka ker enjin diesel?… ini untuk pengguna enjin petrol jer bang
bravo to al amin..usaha anda memberangsangkan. satu evolusi bt tatapan semua.
kebota pon jalan gak..maknanya dia tak terhad untuk petrol..diesel pon tibai serupa ja
Kebota tu apa ye? Aku orang JB ni tak pernah dengar perkataan tu.
tu..yg mesin untuk bajak sawah…
setahu aku,minyak masak digunakan untuk racer (mat rempit) untuk game singkat… sekilo dua je…sebab minyak ni lebih ringan berbanding dengan 4T …untuk kegunaan harian biasa,tak pernah plak dengar….hehe
Aku baru update tentang minyak masak pada kereta aku..
salam..aku dh pakai kt wira 1.5 manual ngan Honda ex5..dh dekat sebulan..so far ok..asap jadi wangi semacam je..(bau minyak lepas goreng ikan..hehe)
satu teknik utk kasi mekanik bengkel x banyak soal..korang gi tuang siap2 minyak masak tu dlm bekas minyak hitam yang empty tuh..then pegi bengkel just bagi jer bekas minyak yg dh diisi minyak masak tu kt mekanik..sure diorg x perasan..hikhik..selamat mencuba..
Aku pun dah cuba gunakannya pada Wira aku. Smooth jer.. tapi Myvi auto ni belum test lagi… huhuhuhuu.
April dah ni.. please report progress
Jenis keter : Waja 1.6A tahun 2002
Type Enjin : 1.6 SOHC direct injection + NGV TOMASETTO LOVATO Dual Compresser 65L Semifibre.
Jenis MInyak Masak : SAJI sebab Kadar bahan tidak tepu rendah (2g utk 1500ML; Fully recomanded Paling rendah LAM SOON…
Oil Treatment : NASA 3000 ( wajib Bubuh ) jgn nak jimat sgt….
Hari pertama; Jarak perjalanan 250KM (Tg Karang – Nilai3 – Damansara – Puchong) : Perjalanan lancar tiada masalah….suhu enjin sentiasa sejuk walaupun keter hidup sejam tanpa jalan sebab anak tido dlm keter dan isteri pi shopping kat Nilai3. Kat Highway NKVE aku test kelajuan sehingga 130km/j selama 30minit enjin ada senggut2 sikit so aku slow balik sebab keter sendiri tu buat kajian wooo…sayang keter aku….
Hari Kedua – lima; jarak perjalanan 80KM (aku pi kerja balik kerja aje) : tiada masalah yg timbul…Pagi start lancar tanpa sengut2 atau semput. Bab ni yg aku puji minyak SAJI ni… Kelajuan 0 – 100KMJ
Hari ke-6 ; jarak perjalanan 400KM ( aku balik kampung kat johor ) : Perjalanan lancar dgn enjin tiada sebarang masalah…..selepas 4 jam drive ( dr rumah pi ambik anak binik pastu singgah sembahyg kat hentian aku tak off enjin) tanpa henti aku berenti kat Air keroh melaka pi ngeteh sebab enjin dah mula senggut2…Lepas berhenti 30 minit perjalanan lancar (tiada senggut lagi) sehingga ke johor…
hari ke7 -9 ; jarak perjalanan 300KM ( aku pusing2 menziarah adik beradik kat johor ) : Perjalanan ceria selalu tiada masalah…memotong keter kat jalan lama pun tak de masalah….pick up cun melencun…
Hari ke 10 ; jarak perjalanan 400KM ( Balik ke Puchong ) : Perjalanan macam hampeh jem giler dari lebuh AMJ ke Tol Air Keroh (cuti 3 hari pekerja) pas tu naik highway pun dpt bawak slow aje…sampai hentian air keroh aku berhenti sejukkan enjin sebab enjin dah rasa berat… Selepas rehat/sejukkan enjin aku sambung perjalanan lagi (pkl 6ptg)…sampai simpang ampat terus jem giler tahap babun punyer…tapi enjin masih lembut dan tiada senggut2…. sampai hentian seremban (pkl 9mlm) aku berenti lagi sejukkan minyak Saji dlm enjin tu…selepas rehat sejam aku sambung balik dgn tiada masalah pada enjin dan lancar….
Hari ke 11 ; Jarak perjalanan 150KM (Pi KL) : Perjalanan lancar….masuk bandar KL tghari pun selamba je….Petang balik KL aku BUBUH OIL Treatment NASA 3000…. Pastu aku test rempit kat highway LDP malamnye enjin tiada masalah senggut2 lagi…..so aku berpuas hati buat masa ni….
Kesimpulannye Fakta : Enjin akan sengut2 bila enjin hidup lebih 4-5 jam tanpa henti (bergantung pada jln jem ke tidak) so untuk mengatasi masalah ini diWAJIBKAN campur Oil Treatment ( apa2 brand pun boleh )……Sebab apabila minyak SAJI bertambah panas, kadar kelikatan minyak akan menurun (menjadi terlalu cair).
Setiap kali enjin terasa senggut2 aku periksa balik minyak enjin aku dapat rasakan pakai tangan aku minyak tu kurang likat…lepas campur Oil treatment baru boleh guna keupayaan maksimum seperti sedia kala….Malam boleh rempit terus dah…Kat tepi highway enjin tgh panas2 pun aku still boleh pegang minyak tu….utk periksa tahap kelikatan minyak tu…bagus la minyak sawit ni….
Masalah senggut2 ni mungkin hanya engin pakai NGV sahaja sebab secara FAKTA engin NGV lebih Panas berbanding Petrol….dan bila enjin aku senggut2 aku tukar enjin aku ke MOOD petrol terus masalah senggut2 tu hilang….
Sekian laporan dari pengguna MINYAK Saji…..Kang nanti kalau enjin aku meletup ke apa kee aku cakap la kat korang semua….Sambil tu aku boleh tolong orang kampung yg kerjanye tanam kelapa sawit…sian wooo harga sawit sekarang murah….mengeluh org kampung termasuk abg aku jugak……
Dah hampir 2 minggu aku test alhamdulillah aku bangga dgn minyak sawit malaysia yg abg aku tanam/usahakan….
Aku uji minyaki sawit ni dalam beberapa peringkat seperti dibawah :-
step pertama : aku test enjin aku tanpa Oil treatment….ada masalah senggut2 …
Step kedua : minyak Saji dgn Oil Treatment ….buat masa ni tiada masalah….enjin lagi lembut…sebelah pagi tak payah tunggu lama nak jalan…warm up sekejap dah boleh terus jalan….Mlm boleh terus rempit….
Test condition pun ada dua : first conditrion guna NGV…second Condition pakai Petrol…..
Test Keadaan perjalanan ada 3 type : 1) Jarak jauh (4-5 jam tanpa henti) 2) Parking 30 minit- 1jam ( tanpa off enjin )… 3) Jalan Jem 5 Jam tanpa henti…kat highway PLUS…
Test Keadaan kelajuan : masa laju (100KM/j – 140KM/j) masa perlahan <100KM/j
FAKTANYE : Aku bukan nak promote orang pakai minyak SAJI dalam enjin tauuu….sendiri buat keputusan…
[...] pengalaman beliau sendiri dalam menggunakan minyak masak sawit sebagai minyak hitam kereta (sila scroll down ke bawah untuk membaca testimonial yang diletakkan di dalam komen). Satu sahaja perkataan yang aku boleh [...]
Diulas pada May 8th, 2009 at 12:20 pmSaya pun pakai pada motor honda wave125s sebagai minyak pelicir ganti minyak jenama NASA semi sintetik.kesannya enjin motor jadi lebih senyap dan minyak agak jimat sikit .Campurla oil treatment NASA dalam enjin.Minyak sawit yg disyorkan adalah minyak SAJI,TIARI,SERI MURNI DAN VESAWIT.minyak sawit cap buruh kurang umph……lagipun kajian CAP minyak cap buruh ada lemak babi so anda kena berhati-hati .Nanti kenderaan anda kena samak KAN SUSAH TU…..
saya nak cerita tt pengalaman guna minyak sawit sebagai 2t yang mana dah masuk tahun ke 5.saya ni ada kontrak potong rumput kat kilang sawit,tepi jln dan pej.kerajaan serta rumah persendirian…..memang banyak guna 2t sebulan kena beli sampai 5 liter.kesan nya pada mesin galas adalah spt berikut:Enjin mesin jadi ringan,mesin galas mudah hidup,plug tahan lama,piston jadi bersih(enapan karbon hampir tiada selepas guna 1 tahun).kadar campuran spt biasa 25:1 minyak yang saya pakai adalah cap saji dan seri murni.memang berbaloi …………hati-hati bila ramai dah pakai mesti minyak sawit jadi mahal…..kelapa sawit-pokok emas…
syabas bro al-amin…
boleh invest ke?
he…he…he…
Kereta : Wira 1.6 auto tahun 1997 standard.
Aku guna minyak masak saji 100%.Isi dirumah bapak aku kt Seremban.Kalo dia tahu mmg kena bebel.Kemudian balik ke Felda kt Kota Tinggi(rumah mertua) aku dengan kelajuan 90-110km/j guna PLUS.Besok balik semula ke Shah Alam rumah aku.
Keputusan: Enjin bergerak lancar temperature pon mcm biasa.Minyak ada jimat sikit rasanya coz enjin rasa lg ringan drpd guna minyak enjin yg biasa aku pki.
Cuma lps ni kena tambah oil treatment kot supaya lg lasak.Aku rasa miyak masak sawit 100% ni lebih bagus daripada minyak enjin yang direcycle kat luar tuh.Nak tau minyak recycle ker tak cuba bau minyak baru tuh ada bau hangit atau terbakar.
Bukan nk promosi tp sekadar berkongsi pengalaman.
rohaizad Reply:
August 27th, 2009 at 5:32 pm
Terima kasih MAL atas testimonial yang diberikan. Bilalah agaknya kerajaan nak buat R&D terhadap potensi minyak kelapa sawit ye?
puakaa Reply:
October 10th, 2009 at 6:01 pm
mal,kau felda mana?
MAL Reply:
October 27th, 2009 at 1:12 pm
Felda Lok Heng Timur
assalamualaikum…salam ramadhaaan…
wooohohohohoho..meri aidilfitry…
lamo betui tak join dalam forum nih…teringat nak baca balik..dalam tak sedar..dah masuk setahun saya gunakan minyak masak sebagai minyak alternatif untuk enjin…
sepanjang setahun ni saya banyak merantau dalam malaysia ni bila ada orang bagitau minyak masak memberi masalah sampai enjin kong…
walhal saya dok pakai xder pon masalah…
hakikatnya bodohnya orang kita..bila dah guna minyak masak ni depa anggap minyak ni boleh menjaga keseleruhan enjin kereta..ingat minyak sihir ka apa?
penjagaan enjin tu terletak atas diri kita sendiri..throttle body/minyak gearbox/minyak brek/minyak power stering mana ada kaitan dengan minyak masak yg dok kontrol enjin tu! bila ada kerosakan gear nak pi salah minyak enjin..bila saya sanggup buang masa dan karan turun jauh nak tengok betui ka punca dari minyak kelapa sawit..jawapan dari mekanik hampeh!lain yang rosak..takdak kaitan langsung dengan minyak kelapa sawit..pasni tatau la ada plak komen pasai minyak kelapa sawit ni menyebabkan bunga tayar kereta botak…kehkehkehkehkeh…
apa2 pun penjagaan enjin ni penting..minyak kelapa sawit ni sebagai asas atau laternatif kita berjimat sahaja…
tetambah bila kita pakai ron95…dah la enjin bertambah senyap..minyak lagi la jimat…kiranya ron95 susur highway – sungai petani2(dekat giant tu..) sampai alor setar – kelajuan tetap 140km/j slow kekadang bila ada bas atau lori memotong..minyak RM10 ja..tak muhung aih…bebulan posa muhung buat apo…
tapi semalam saya tukar tayar 195/55/15, saya tak test lagi di atas highway..sebab selama ni pakai 195/50/15..mekanik kata lagi tebai tayar..lagi pikap kureng sket..tapi jatuh lopak tak la teruk nak chambering tayar kekerap sangat…
anything email kat aiztech@yahoo.com sebab email streamyx saya dah potong buang..pakai p1wimax sekarang ni…lagi sempoi…
wassalam…
p/s sesapo nak bagi duit raya kat anak saya tahun nih email saya segera…akakakakakakakka…
Asalamualaikum ! Salam Aidil Fitri,
Bro, blh tak bgtau alamat blog abg yg buat water for gas , kalu tak silap dia kat sempadan seramban-kl.
Dulu ada tengok blog dia. Mungkin cerita ini patut di jadikan discustion.