4 sebab mengapa aku pergi ke cyber cafe.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: November 24, 2008 online
Selalunya, ada 4 sebab mengapa aku akan membuat dan menyambung kerja di cyber cafe. Walaupun semuanya telah tersedia, tetapi kadang-kadang bosan juga asyik terperap di rumah. Siapa kata blogging itu “best, duduk kat rumah jer kerjanya”.
Jadi dibawah adalah 3 sebab yang besar mengapa aku selalu lepak kat cyber cafe:
1. Bosan tahap gaban.
- Bila tiba satu tahap, aku memang akan pergi ke cyber cafe bila idea dah takde. Di cyber cafe selalunya poisture dan kerusi yang empuk serta mahal itu akan membuatkan aku rasa lebih selesa. Oh ya… cyber cafe tempat aku memang menyediakan kerusi yang agak mewah.
Blogging space aku tidaklah semewah yang aku inginkan. Tetapi aku memang ada impian untuk membuat satu bilik khas untuk kerja blogging yang ber’air-cond’ dan berkerusikan boss chair.
Kadang-kadang aku juga ada terfikir, kenapa kebanyakan cyber cafe yang aku pergi tidak tahu untuk “tackle” hati pelanggannya. Internet connection laju tapi kerusi tak selesa…hampeh, sakit bontot. Tidakkah pengusaha cyber cafe itu sedar bahawa lebih selesa pelanggannya, lebih lama mereka akan duduk dan berinternet?
*sengal.
2. Tiada internet connection.
- Ini memang standard… Streamyx`lah katakan.
3. Bila ada tutorial blogging.
- Kalau lelaki bujang, aku tidak kisah untuk buat tutorial blogging di rumahnya. Tapi kebanyakan client yang ingin tutorial, semua isteri orang. Jadi untuk mengelakkan parang dan kapak diletakkan dileher aku, adalah lebih baik aku membuat tutorial ini di tempat awam seperti cyber cafe.
Niat di hati memang nak punyai premis sendiri, tapi apakan daya… modal tak cukup. Ada ker sesiapa di sini yang bermurah hati untuk jadi investor …? huhuhu.
4. Hujan dan petir pada skala 7 petala langit, 7 petala bumi.
- Aku dah tak larat dah nak beli modem lagi. Area dan tempat aku ni memang selalu jadi tempat favorite petir berdentum dan menyambar bumi. Jadi walaupun internet connection pada waktu itu amatlah bagus tetapi petir sudah mula mengeluarkan petandanya, aku akan terus cabut semua plug dan menyambung kerja di cyber cafe seperti biasa.
Jadi itulah 4 sebab utama mengapa aku ke cyber cafe.
Kamu pula bagaimana?
Mengapa kamu pergi ke cyber cafe?
Adakah kerana mamat dan awek yang kendalikan cyber cafe itu hensem atau cun?








aku pegi CC kalau aku nak main game. bleh jer main game online tp kalau game LAN lg best..tak sangkut2..internet malaysia ni xcukup smooth lg kalau nak main online..
1. sebab internet cam siput sedut.. 2. Sebab leh tgk manusia bila kat CC.. Hah.. Syok weh usha org.. Lagi2 kalau awek cun berada di sebelah.. Kontrol macho.. Haha..
nikillass entri yang terkiniTouch And Go..
Hehe..dah lama xpegi CC,kalu keadaan darurat baru la pegi,skang CC pilihan terakhir selepas Wifi Mamak dan Broadband di rumah, tapi xtau la kalu CC menjadi pojaan hatiku yg membuat tarikan utk datang lagi..Mood environmental baik ok ON..huhu
Cc kat area umah aku lagi lembab gile dr broadband aku pakai.. bising pulak tu..kalau yang kat kampung aku gak best.. berdesup lajunya..
dah lamer rasernyer aku tak pegi cc..semenjak dah pakai maxis broadband yang “Power” sgt tu…hehehe..lagipun skang cc byk sgt bebudak main game…takder privasi…
aku pun dah lama tak pergi CC. Aku jenis orang yang malas nak pergi jalan jalan. hehehe. lagipun CC kat area aku ni ada slow sikit. jadi tak best. Lagipun privacy tu yang takder. hehehe
privacy apa yang kau orang maksudkan ni…???besar maksud privacy tu…hehe…aku pulak,kalau streamyx tak stim ada la aku kat CC.
ehehehe. bukan privacy cemaner pon. cuma orang sebelah menyebelah dapat tgk apa kita buat dalam internet. tak best arrr. macam kena perhatikan orang jer.e ekekekeke
.. aku gi cc bila wifi kedai komputer abg aku depan umah buat hal… ataupun urgent aku ada di tengah bandar.
samdaddycools entri yang terkiniTauge masak lemak
aku pg cc bila internet xada.tuh je.hehe…lama x lepak cc..rindu dowh !!
dulu je g cc neh coz dlu streamyx x available lagi kat area rumah. skrang ni dah ada dah..so macam malas nk g cc..duk rumah lagi best..
aku cuti ari nie..selalu berblog dari opis…maka kena la gi cc hehe
kemats entri yang terkiniDari Rumah Sakit
aku pergi cc bile..erm bile aku pi cuci pic kat sek 2 dan aku rasa nak jumpa kawan lama aku yg jaga cc tu..hahahhaha
catzers entri yang terkiniDerma Darah – Bantulah Mereka Yang Memerlukan
Aku plak terpaksa pergi CC sebab dah aku keje kat situ.. Haha
Laaa… wahahaha!
Hu hu.. bile aku pegi CC idea aku melimpah ruah.
Sebab tu la domain name pun aku pakai co.cc gak.
hehe..sebab2 aku lepak cyber cafe.
nak main game. kat rumah bukan tak ada game. Tapi di cyber cafe, aku akan lawan CS atau warcraft dengan pelbagai otak. Cina, india dan melayu berentap. Memang best kalau time bosan..
yang kedua. kalau streamyx sengal, terpakselah aku gi cc gak untuk semak email. Kang customer lari plak..
yang ketiga. saje buang duit syiling. kat sini RM2 je sejam..selalupun aku lepak 1-2 jam aje..
[...] diikutkan dengan apa yang telah dinyatakan dalam catatan yang lepas, mungkin ini juga boleh dijadikan sebagai faktor tambahan. Seperti yang kita telah ketahui, [...]
Diulas pada November 30th, 2008 at 11:04 amko punya koleksi modem panah petir tu.. boleh buat muzium dah.. banyak sgt dah.. he he..