rohaizad.gif


Ustaz Arif - penipuan terbongkar di TV3 (aku semakin tidak puas hati !!!)

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh disiarkan: November 26, 2008 online

Pigi dahhhh !!!!
Aku semakin tidak puas hati dengan penjelasan yang entah apa-apa entah dari Ustaz Arif dalam rancangan 360 kelolaan Mazidul Akmal Sidek tadi di TV3. Semua soalan yang diajukan oleh pihak krew 360 nampaknya dijawab dengan tenang oleh Ustaz Arif tapi semuanya ke laut!

Ada ke Ustaz Arif dengan CONFIDENT’nya mengatakan bahawa “mana ada bunyi dari alat pengesan logam elektrostatik itu? saya dah lihat video itu, mana ada ?? “

Hok oloh… Ustaz… berbohong itu hukumnya berdosa besar wehhh…!
Satu dunia dah dengar bunyi beep..beep.. itu dan itulah bukti yang telah ditontonkan kepada orang ramai. Part yang lebih best lagi apabila krew 360 memainkan semula video itu yang dengan jelas menunjukkan apa yang dikatakan oleh Ustaz Arif itu tipu!

Iya.. Ustaz Arif penipu.
Kalau aku hendak mengatakan dengan jujur bahawa Ustaz Arif di pihak yang benar, teramatlah sukar kerana segalanya telah terbongkar. Pendek kata, KANTOL!!!!

Dan ini adalah rumusan yang boleh dibuat berdasarkan apa yang telah disiarkan tadi:

Fakta 1:
- Syabas kepada pihak 360 kerana telah membuka mata ramai pihak tentang kelentong, penipuan dan “kepandaian” Ustaz Arif ini.

Fakta 2:
- Sekali lagi, aku keliru dengan apa yang dicakapkan oleh Ustaz Arif ini. Dia mengatakan bahawa video itu dikirim oleh “seseorang”. Buat pengetahuan Ustaz Arif, aku pedulik haper dengan siapa yang mengirimnya. Yang aku ingin tahu, kebenaran video tersebut. * Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

Fakta 3:
- Kalau sebelum ini, kita belum pasti dengan cerita sebenar… kali ini aku dah pasti Ustaz Arif ini berbohong sebab ada satu petanda yang aku nampak. Secara psikologi, apabila seseorang itu menjawab sambil pegang hidungnya, maknanya dia tak sure dengan apa yang dikatakannya.

Fakta 4:
- Tapi itu secara teori. Praktikalnya, mengapa tidak diajak Ustaz Arif itu membuat demo seperti apa yang disiarkan di Youtube secara langsung sewaktu temubual dijalankan?

Fakta 5:
- Kalau perlu untuk buat appointment, aku sarankan biarlah pihak 360 membuatnya tapi ditempat awam. Di tengah padang rumput sekolah dan sebagainya dan diwajibkan Ustaz Arif supaya “berkaki ayam”.

Fakta 6:
- Janganlah ditunjukkan adegan mengepit kulit dengan playa itu. Aku, engkau dan ramai lagi sememangnya tidak heran dengan aktiviti tersebut. Itu bukannya topik yang ingin diperkatakan.

Fakta 7:
- Jika dahulu kita pernah melihat debat antara Anwar Ibrahim dengan Sabery Chik, kali ini aku berkenan sangat untuk melihat berdebat Ustaz Arif dengan Ustaz Harun Din. Jika benar, maka Ustaz Arif akan berada di pihak yang benar. Jika tidak, maka inilah masanya penipuan dan dakyah omong kosong ini ditutup buat selama-lamanya. Kalau dahulu Anwar Ibrahim tidak berani bersumpah akan kebenaran kes liwatnya dengan nama Allah, sekali lagi aku cabar Ustaz Arif supaya bersumpah dengan nama Allah bahawa segala penipuan yang ditunjukkan dalam video Youtube itu adalah tidak benar.

Fakta 8:
- Pihak polis diminta membuat siasatan lanjut akan perkara ini. Siap yang benar, benarlah. Biar kebenaran itu tuntas dengan cara yang paling baik. Ada sesiapa yang merekod alasan yang diberi oleh Ustaz Arif bila diminta melakukan demo itu tadi?

Fakta 9:
- Jika benar Ustaz Arif itu pengamal yang boleh mengubat orang dengan cara yang ditontonkan memalui video itu, maka buktikanlah segala testimonial dan report pesakit. Takkanlah kliniknya tidak menyimpan rekod perubatan pesakitnya? Jika semua rekod perubatan pesakit tidak disimpan, adakah engkau rasa betul perjalanan klinik ini?

Fakta 10:
- Ustaz Arif, keluarlah dan buatlah demo di televisyen sepertimana yang direkodkan dalam video itu dengan syarat seperti di no 5. Kalau dahulu bukan main dahsyat lagi demo yang dipertontonkan di dalam televisyen, maka tidak ada alasan bagi Ustaz untuk mengatakan TIDAK. What the hell?

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal !


Jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, pastikan anda isikan email anda di ruangan yang telah disediakan. Sebarang catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda. .


« « 4 sebab mengapa aku pergi ke cyber cafe.*** Video temubual Ustaz Arif Cakra Alam dalam rancangan 360 TV3 terbongkar !!!! » »

Kuasakan Enjin Anda !! Iklan anda Iklan anda Iklan anda

Sudah 30 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. nuaemanNo Gravatar said:

    Takde apa yang dia buat untuk membela diri dan membuktikan apa yang dilakukan adalah benar. Yang jelas ianya semakin menampakkan pembohongan beliau.

    Macam ko kata dari segi psikologi, kalau org bercakap pegang hidung atau tangan masuk kocek ni pentanda ia berbohong.

    Dibawa pulak isu orang memfitnah.. habis kalau benar difitnah kenapa tak gunakan peluang sebaiknya untuk membuktikan kepada umum. Bukankah ini saat terbaik.

    Jawapan berdolak dalik macam orang yang tengok video tu tak pergi sekolah pulak.

    Kesimpulannya Arief masih lagi di cop sebagai pembohong selagi dia tidak berani kedepan untuk membuktikan kebenaran.

  2. KNizamNo Gravatar said:

    hehe mcm2 la sekarang ni kan
    aku puns empat tengok 360 tadi. hehe :)
    KNizams entri yang terkini20 Tempat Yang Wajib Dikunjungi Semasa Cuti Sekolah Dalam LIBUR December 2008 !

  3. FaizNo Gravatar said:

    dah malas nak dengar cite dia bro.kalau nama dah penipu,sanggup buat apa saja..traffic ni.hehe.

    Faiz,
    http://scromix.bis.my

  4. MarzukiNo Gravatar said:

    part sumpah tu bukan boleh sewenangnya2 kita bersumpah. dalam hal ni tak perlulh brsumpah.

    Marzukis entri yang terkiniKamu Sudah Bersunat Belum?

  5. […] Apa yang aku lihat, klip soal jawab beberapa minit bersama pemilik cakra alam tadi hanya menguatkan sangkaan orang ramai bahawa beliau memang berbohong melainkan ada lagi kemunculan beliau selepas ini bagi menyanggah sangkaan orang ramai. Mengatakan seliparnya tidak berbunyi hanya satu kenyataan tak berasas seolah-olah mereka-mereka yang menonton video tersebut adalah tuli. Korang boleh baca rumusan tentang temubual bersama Ustaz Arief secara panjang lebar DISINI. […]

  6. megatNo Gravatar said:

    memang sudah dijangka akan berlaku seperti itu! mereka sudah bersedia untuk ditemuduga tetapi dalam keadaan terpaksa dan menyediakan alasan yang kununnya berlaku sedemikian!

    megats entri yang terkiniIsu Cakra Alam, Bakal Disiarkan Di 360 - TV3 Esok!

  7. nikillasNo Gravatar said:

    x sempat nak tgk la tadi.. tapi mmg tunggu2 pun 360 buat liputan mengenai ustaz tu.. hurmm.. akhirnya terbongkar.. dah terang lagi bersuluh dah.. x nak mengaku lagi tu.. haish…

    nikillass entri yang terkini5 Things..

  8. rohaizadNo Gravatar said:

    NUAEMAN -> “Dibawa pulak isu orang memfitnah.. habis kalau benar difitnah kenapa tak gunakan peluang sebaiknya untuk membuktikan kepada umum. Bukankah ini saat terbaik”.

    Betul.. kalau katakanlah orang korea itu tipu, saman sahaja. Habis cerita. At least, dapat menjernihkan keadaan dan menyelamatkan maruah nama Malaysia di persada antarabangsa.

    KNIZAM - Betul tu.

    FAIZ - Mengapa tidak?

    MEGAT - Tipah tertipu bang…

    NIKILLAS - Boleh tengok kat website dia nanti lepas diaorang upload.

  9. |1f34|-|1r3No Gravatar said:

    thanks rohaizad atas fakta2 tuh..aku tak tgk lg 360 tuh…nanti kena download nii..hehe

    nuaeman..aku setuju sgt pd ko..dia ada peluang nak buktikan dia difitnah…kenapa tak buat ??

  10. […] ** Anda juga boleh membaca respon dari blogger Megat & Rohaizad […]

  11. ezadNo Gravatar said:

    Lompat tinggi2 pun akan jatuh ke tanah juga, melainkan ada gi join kerajaan langit..hehe

  12. menteilNo Gravatar said:

    erm… tak sempat nak tengok..
    memang kena download..

    aku setuju dengan ko supaya dia buat demo depan orang ramai dengan berkaki ayam..

  13. CallisterNo Gravatar said:

    hm~~setelah di study fakta2 di atas, aku rasa memg betul sgt dia tipu..
    guna nama Islam lak 2..
    pengkhianat!

  14. shaxxNo Gravatar said:

    kau pun rasa x puas hati n adengan sepit playar tu x yah tunjuk la…

  15. izzatNo Gravatar said:

    haha…yang ak perasan bila krew 360 suruh Ustaz Arif wat demo..dia x nak.. habis tu x kan cakap je kowt? bukti r skali yang ustaz di pihak benar..xyah selindung-selindung.. lawak lak ak tgk 360 tadi..adeyh.. mmg dah kantoi dah tu..

  16. samdaddycoolNo Gravatar said:

    Dia membuka pekung di dada…

    samdaddycools entri yang terkiniI like night shot

  17. catzerNo Gravatar said:

    ooo..cite ni byk kali aku baca tak habis..dan sadisnya aku just layan channel 303, 715, 701 dan 711 sahaja..jadi 360 tu takde dlm remote control aku..muahahahha..apalah nak tipu..takde keje sungguh

    catzers entri yang terkiniDerma Darah – Bantulah Mereka Yang Memerlukan

  18. taukeyNo Gravatar said:

    wakakakaka….demo tak boleh tunjuk. sebab akan keluar dengan sendiri dan spontan. wakakaka. masa rakaman korea tu boleh pulak erkkk….hahaha

  19. […] Rohaizad : Ustaz Arif - penipuan terbongkar di TV3 (aku semakin tidak puas hati !!!) […]

  20. cakra alam = cakra haram

  21. rohaizadNo Gravatar said:

    L4H - aku pun tengah tunggu temubual ini diuploadkan ke Youtube. Saper nak traffik mencanak, pergilah upload ke Youtube cepat-cepat.

    EZAD - Dia dah nak sampai ke tanah ni rasanya.

    MENTEIL - Kita tunggu dan lihat.

    SHAXX - Yupp betul. Itu playar takda kena mengena dengan ini cerita. :(

    IZZAT - Cover agaknya.

    SAMDADDYCOOL - Absolutely!

    CATZER - Orang nak cari duit di dunia ni macam-macam cara…

    TAUKEY - Tu yang kantoi wehhh…

    SWEET THINKER - Marah betul nampak :)

  22. ezadNo Gravatar said:

    Linknya kat youtube..huhu

    http://www.youtube.com/watch?v=a_qUC30VrhI&eurl=

  23. rohaizadNo Gravatar said:

    Thanks Zad. Aku akan postkan pasal video tu.

  24. ambsmartNo Gravatar said:

    Alasan macam Chua Soi Lek bagi masa video lucahnya tersebar. “Ada orang nak jatuhkan saya..”

  25. rohaizadNo Gravatar said:

    AMBSMART - Wahahaha.. kelakar plak bila ko recall pasal ayat tu… dunia, dunia.

  26. samdaddycoolNo Gravatar said:

    traffic… banyak gak orang mencari informasi tentang benda ni! .. proven!

    samdaddycools entri yang terkiniCakra Alam, Cakra 360, Cakra TV3.. Putar Alam?

  27. titanNo Gravatar said:

    benda ni simple je sebenarnya. Tulis je kat paper. kat Malaysia nih, apa benda orang tulis kat paper. 90% orang malaysia akan percaya. Berapa juta rakyat kita yang baca paper hari-hari? Time tu, baru mengelabah Ustaz arif ni dibuatnya..

    Ok. Mana wartawan nih. Apa kata korang tulis benda nih esok?? artikel best nih. Mesti editor dengan bos sayang korang nanti..

  28. RizalNo Gravatar said:

    ermm… polis nak siasat pun takde yang nak repot… apa kata yang pernah pegi sana buat la repot… tunjuk segala bukti bayaran semua……tapi haku rasa ramai yg tanak repot, sebab takut dituduh sebagai bod** dan sewaktu dengannya…

  29. KhaleedaNo Gravatar said:

    Yang..part yang kata Anwar tak berani bersumpah tue sy x setuju…sebab sumpah nie bukan boleh buat2 main2…Anwar x sumpah sbb telah dinasihatkan oleh para ulamak supaya jangan bersumpah sebab walaupun benda nie belum tahu sahihnya tapi biarlah mahkamah yang tentu dulu..dan jikalau tidak selesai juga barulah sumpah di anjurkan…
    Tp..mmg bijaklah firasat para ulamak…kan..skrg tgklah…saiful entah kemana,razak baginda fly to negara lain utk sambg blaja…so abg…kita pikirlah sama2 erk..hehehe

    Khaleedas entri yang terkiniFruit juices may lead to diabetes

  30. rohaizadNo Gravatar said:

    Tapi kalau benar, tidak perlu ditakukan akan sumpah itu. Semuanya benar kerana Allah. Walillahi billah.

    Khaleda : * “so abg…kita pikirlah sama2 erk..hehehe”
    - adehhh… dah lama orang tak paggil aku dengan panggilan sebegitu … huhuhuhu. serik..serik….