Bayar untuk 6 bulan, lagi 6 bulan PERCUMA!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hosting - Tarikh diterbitkan: November 28, 2008 onlineMungkin ada yang masih tercari-cari hosting yang berbaloi untuk wang masing-masing. Jadi hari ini, aku akan berkongsi sedikit info mengenai satu syarikat web hosting yang sedang berlumba dengan syarikat yang lain untuk promosi akhir tahun mereka. Masih ingatkah anda lagi pada promosi yang dibuat oleh Dreamhost baru-baru ini?
Tetapi itu tidak menghalang syarikat lain terutamanya di U.S sana untuk “berperang” sesama sendiri. Percayakah kamu bahawa kadang kala harga yang dikenakan oleh sesetengah syarikat untuk pakej atau plan hosting sebenarnya bukan menjadi perkara pokok pada mereka?
Walaupun ramai yang berkira-kira tentang keuntungan yang boleh diperolehi dari hasil jualan hosting, tetapi ada sesuatu yang sebenarnya dikejar oleh semua syarikat penyedia web hosting ini. Apakah ia?
Ianya adalah statistik pembeli.
Statistik sebenarnya adalah EGO bagi setiap syarikat webhosting. Apabila tiba pada satu tahap di mana mereka berperang untuk mendapatkan keahlian paling ramai bagi setiap suku tahun, pertengahan tahun dan penghujung tahun, maka timbullah promosi gila-gila yang tidak masuk akal. Sehinggalah perkara ini berlaku, apa yang seharusnya kita lakukan selepas itu adalah senyum dan terus senyum. Mengapa?
Mudah sahaja.
Lihat sahaja promosi seperti gambarajah di atas. Bukankah ianya berbaloi bagi orang seperti kita untuk mendapatkannya? Inilah masa yang tepat untuk kita senyum kerana nilai hosting yang ditawarkan berbaloi untuk pelaburan kita sendiri. Kita beli pada harga murah dan kita boleh menggunakan features UNLIMITED itu sehingga kita mabuk hosting.
Jadi ambillah peluang ini kerana tinggal lagi 3 hari sahaja lagi. Bagi aku, 500 GB diskspace yang aku beli dengan Dreamhost inipun sudah memadai kerana terlalu besar. Tapi untuk membelinya lagi pada kadar dah harga yang sebegitu menarik seperti di atas, semestinya ianya tidak menjadi masalah. Setidak-tidaknya, boleh dibuat back up untuk next projek.
Dari mana aku mendapat tahu akan promosi sebegini?
Senang jer. Semuanya diperolehi dari shabat handai yang telah menjadi kawan internet sejak bertahun lamanya (di US sana tu haa). Apa-apa pun, silalah baca apa-apa yang patut berkenaan promosi tersebut. Itu pun penting juga.









adeh semakin menggila betul DH nie! ada pulak tawaran macam nie yang lepas pun tak guna-guna lagi huhu
megats entri yang terkiniBangsat Cakra Alam, Jangan Perbodohkan Orang Ramai!
*** MEGAT -Hosting ni takde kena mengena dengan Dreamhost. Ini company lain. Harap jangan salah faham.
murah nyer. kira cam free setengah tahun. mana nak cari tuu
murah…siap bagi kredit iklan adword ngan yahoo free
Kalau rasa nak pakai yang unlimited, inilah masa yang sesuai
aduh.. meleleh aku..
nuaemans entri yang terkiniTravelog Dakwah: Perjalanan Seorang Hamba Mendampingi Tuhannya
tu dia promosi.. ini sempena Thanksgiving ke? =)
*off-topic – bro, add YM! eastmail20.. ade benda nak tanya.. minta bantuan kepakaran ko =) terima kasih..*
Hemm.. paypal tak buat lagi la. Apa debit card yang boleh withdraw paypal ye?
NUAEMAN – Sabor.. sabor..
MAEL – Cek YM ko.
JIMMY – Al- Rajhi Debit Card (RM20 jer)
baru consider nk bli hohoho..tp tgk balik..
-ada lak setup fee..bli 2 tahun baru free setup fee
-untuk setahun jek..
xper2..sabor je la..
tp walaucamnepun, mmg impress gak dorang nyer promotion..
huk aloh.. aku nak.. (sambil membantu rakan wakil penjual).. tapi percayalah… ada benda lain yang aku kena selesaikan dulu 18 juta kali lagi penting..
samdaddycools entri yang terkiniHOW TO FORWARD E-MAIL APPROPRIATELY
IZZAT – tu dia.
SAM – Takper. Ini just info je.
debit card alrajhi bleh appply oonline x?
percarian hosting aku sudah tamat…