Tak sampai KL, bawah sikit je.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: November 29, 2008 onlineHari Selasa dan Hari Rabu yang lepas sebenarnya aku berada di Selangor. Lebih tepat lagi Serdang dan Kajang untuk menguruskan tempat penginapan adik aku yang baru dapat kerja sebagai Pegawai Penyelidik di HQ Mardi, UPM. So rumah sewa dah pun dapat di apartment Sungai Ramal Kajang. Kira settlelah semuanya.
Lepas settle semua, aku ingat aku nak jumpa Menj kat Mines. Aku pun telefon mamat 6 kaki tinggi 2 inci (Menj ni tinggi orangnya) ini dan cakap sorry sebab tak sempat untuk jumpa dia. Mana nak cari barang adik aku lagi, mana nak siapkan keperluan rumah sewanya dan macam-macam lagi.
Apalagi, habis aku kena bamboo dengan mamat galah ni kat phone. Wahahaha….!
Helo brader, aku bukannya pergi berjalan… tapi aku pergi sana ada kerja. Esok-esok aku naik KL atau lepak kat rumah sewa adik aku tu, aku akan jumpa ko. Malah, aku akan suruh ko jemput aku bagai anak raja, bawak aku bersiar-siar di KLCC dan bersantap di Shangri La Hotel di Putrajaya. Jangan sampai ko tak terlayan dengan karenah aku, sudahlah… huhuhu.
Petangnya sebelum balik, aku sempat solat Zuhur di Masjid Putrajaya. Sebelum ini hanya tengok dari luar jer. Kalau pergi Kuala Lumpur pun, aku tak masuk Putrajaya sebab terus shoot balik ikut Sungai Besi. Kiranya sempat jugaklah layan blues di Putrajaya.. hah..hah…hah….
Apa-apa pun, lega semua dah selesai dan selama 2 hari itu pun, banyak kerja yang tertunda. Tapi basib baik dateline untuk kerja tu esok. Kira masih sempat lagi untuk organise balik mana-mana yang terkucil.
Malam esoknya selepas aku sampai JB, Nuaeman dan Chuckiesd jumpa aku di Bandar Baru Ude. Pergi ngeteh dan berbual pasal menatang internet ini. Macam kata Kak Jie: “hidup biar sedap .!!! “
psst: Cornetto pun kata macam tu jugak… ekekeke.



gaya mutu keunggulan itulah dunhill. ekekek cam model
TAUKEY – Model masjid… oklah tu. Tutup aurat ape… ekekeke
ok la tu. takder masalah tu. bagus per.
.. emang blues layan blues kat Putrajaya ni… tempat memang lawo
samdaddycools entri yang terkini18sx affiliate programme paid me
ooo patutlah lama menghilang huhu.
megats entri yang terkiniPengurusan Masa, Demi Kehidupan Yang Lebih Terjamin Dan Stabil
[...] * Bila rambut kembali panjang, muka aku pun turut berubah. Seperti di sini. [...]
Diulas pada December 8th, 2008 at 7:44 amWahahahaha….mamat galah ko panggil aku ye? Siap ko nanti :p
menjs entri yang terkiniJom buat laporan polis terhadap kenyataan menghina Islam!
Wahahaha…!
[...] Wash di sebelah Giant, basuh kereta. Dah hampir seminggu kereta aku tak mandi (semenjak balik dari Kajang, Selangor). Balik rumah selepas makan tengah hari, aku kena hantar adik aku pulak ke Terminal Larkin. Dia [...]
Diulas pada December 11th, 2008 at 12:18 amkeluar dari kawasan kita boleh realeasekan stress.. tgk2 tempat org la katakan..