Bagaimana untuk edit gambar jika anda berada di cyber cafe?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: November 30, 2008 online
Kalau diikutkan dengan apa yang telah dinyatakan dalam catatan yang lepas, mungkin ini juga boleh dijadikan sebagai faktor tambahan. Seperti yang kita telah ketahui, kemudahan yang disediakan di dalam cyber cafe adalah faktor terpenting mengapa seseorang itu boleh menjadi pelanggan setia cyber cafe itu sendiri. Semakin banyak kemudahan yang disediakan (seperti apa yang boleh didapati di rumah sendiri), semakin seronok bagi kita untuk lepak di cyber cafe itu.
Tetapi bukan semua yang kita inginkan ada di cyber cafe. Termasuklah perisian Adobe Photoshop. Buat pengetahuan kamu semua, aku adalah seorang yang suka dengan Adobe Photoshop dan kerja sebagai full time blogger memang menuntut aku untuk menggunakannya. Bukanlah bermakna aku ni expert dalam PS tetapi ianya merupakan salah satu keperluan dalam menyelesaikan kerja-kerja harian. Iya… kalau dahulu PS (Photoshop) hanyalah sekadar keinginan, tetapi sekarang ia adalah keperluan.
Di tempat aku ini sendiri, belum pernah aku melihat cyber cafe yang menyediakan perisian Adobe Photoshop dalam Program computer mereka. Mengapa? Aku tahu sebabnya dan aku rasa kamu semua pun tahu. Dan untuk itu, aku sentiasa mencari online tools yang boleh membantu memuaskan hati aku. Mungkin ramai yang perlukan PS untuk CROP image tapi aku inginkan lebih dari itu.
Hakikatnya, banyak free online tools yang kita boleh gunakan untuk CROP image. Kalau tidak percaya, taip sahajalah “FREE CROP IMAGE TOOLS” dan kamu akan jumpa dengan pelbagai website yang menawarkan perkhidmatan itu secara live dan percuma. Cuma bagi aku yang sudah terbiasa dengan PS, aku mempunyai citarasa aku sendiri.

Ini adalah laman webnya: www.pixlr.com/app
Jadi inilah online tools yang selalu aku gunakan di cyber cafe untuk kerja yang melibatkan imej dan grafik. Agak mudah dan lebih kurang sama dengan Adobe Photoshop. Jika kamu rasa boleh berpuas hati dengan free online tools ini, jangan lupa untuk bookmark URL’nya di laptop ataupun PC kamu.
Opss… terlupa pula.
Jika kamu berada di cyber cafe, bagaimana untuk memeriksa bookmark yang kamu buat tadi di laptop dan PC kamu itu? Adakah kamu perlu perah kepala untuk mengingati alamat URL`nya?
Tidak perlulah berbuat demikian kerana jika inginkan bookmark yang mudah, jangan lupa untuk bookmark URL laman web ini sekarang di del.icio.us kamu. Bukankah semua kemudahan telah disediakan secara PERCUMA?
Selamat mencuba !!!



aiaykkkk….tak terfikir plak aku tentang bookmark guna web cam tu. biasa bookmark kat komputer jer. hehehe. kreatif sungguh
selalu aku pakai PAINT aje. Haha..copy, paste, crop..edit sana sini. pilih font yg sesuai. Dah jadi. hahah..tapi takdela selawa PS punye..
Bagus info ni. Selalunya kalau kat cybercafe, pakai PAINT. Tapi kalau kat rumah, pakai GIMP jer (GNU punya software). Belum mampu beli PS lagi.
kotohs entri yang terkiniMy October Online Income Report
… bagus lah Encik Rohaizad punya tips kali ini… Aku memang berbulu kalau pergi cc tak dapat nak edit gambar.. dahlah nak cepat!
samdaddycools entri yang terkini18sx affiliate programme paid me
TAUKEY – Web cam?
TITAN – Mungkin sudah tiba masanya untuk guna yang ini pula.
KOTOH –
SAM – Samalah ngan aku wehh.
hahahaha…bila aku baca sekali lagi mesti orang akan confius dengan web cam dan ingat web camera. hahaha. sebenarnya ayat tu adalah “web macam”. hahaha
ooo…takder photoship pun bley guna jugak ala-ala photoshop kan…nice info jat..
chuckiesds entri yang terkiniPagi Isnin yang Indah.
zad. aku baru lancarkan roket smalam. ooppss sori. lancarkan blog. klik kat namaku. itupun baru beginning. x sempat nak siapkan lagi coz bz ngan keje.
fadils entri yang terkini
FADIL – Not bad. Apa niche tu? Travel?
Berkenaan dengan bandar KL. Cuma nak kena tambah informasi supaya visitor mat saleh dpt tahu KL yang terkini. Tq zad sbb lawat blog yang x seberapa tu.
fadils entri yang terkini
Kalau gitu, jangan lupa PING kat Pingoat.com.
Ok zad.. tq for your support..
fadils entri yang terkini
Mmmm..bagus info ko nie..
tapi adope PS memang menjadi satu keperluan
tidak terlepas dari menggunakannya…
PS tetap di hati aku..wakakaka
ALIF – samalah kita
skrg ni byk editing tools yg free…so far okla…cuma tak sehebat cam Photoshop CS….
dahler satu software adobe tu mahal….awatlah takder kedai kat msia ni jual software..bleh byr bulan2….kang senang…hehe
biase pakai paint. cut,copy,paste,crop.
kadang2 pakai excel (pernah cube?)
pcuserzs entri yang terkiniSome Basic Facts About Formula One (F1)
PCUSERZ: Paint tu biasalah, tapi excel tak pernah cuba? Share sket kat sini.
pakai pendrive simpan file install photoshop (dengan crack-nya kalo ada atau nombor registernya)
pergi internet cafe masukan pendrive ,install photoshop … viola.. jadilah
wah..bende baru ni.nanti aku try
fazamanias entri yang terkiniSamseng Pun Terkena Pengaruh X-Men
satu online apps yg menarik.. bookmarked!