Ingin beriklan? Sila klik di sini

tahun_baru.gif

Kalendar Islam Maal Hijrah 1429 telahpun berlalu dan kalendar Masihi masih lagi berbaki 6 jam lagi ketika catatan ini ditulis. Rasa gembira ada, rasa sedih pun ada. Pendek kata, perasaan gembira berbaur sedih memang ada dalam jiwa aku sekarang ini. Tak tahu apa yang nak dikatakan. Speechless.

Alhamdulillah Cabaran Blogging telahpun tamat. Aku rasa seperti sudah terlepas dari satu ikatan yang kuat antara aku dan laptop aku ini. Cabaran ini benar-benar menguji disiplin aku sebagai seorang blogger. Walaupun aku tidak nafikan mungkin aku ada terlepas satu hari dalam rutin Cabaran Blogging ini tapi aku boleh katakan ianya masih lagi berada di tahap yang boleh dibanggakan kerana ada sesetengah hari itu, aku masih lagi menerbitkan 2-3-4 catatan dalam satu hari.

Buat rakan-rakan blogger kental yang pernah ingin turut serta dalam Cabaran Blogging ini pada hari ianya dilancarkan, aku harap kamu semua berjaya dalam cabaran ini. Jika tidak, mungkin next time ya.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Perlu ke aku approve`kan komen bodoh seperti ini?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: December 31, 2008 online

Aku tidak pernah delete komen yang datang ke blog ini. Malah aku menerima semua komen dengan hati yang terbuka kerana aku tahu pembaca setia dan silent readers blog ini adalah mereka yang mempunyai nilai etika seorang blogger yang bagus. Blog ini seperti blog yang lain juga. Ada perasaan dan juga “jiwa”,

Tapi hari ini aku mendapat satu komen yang agak luar biasa. Begini ceritanya. Baru 5 minit yang lepas, aku terima satu komen dari seorang hamba Allah. Aku tidak faham apakah maksud komen ini tapi sebelum aku huraikan dengan lebih lanjut, biarlah aku menunjukkan statistik komentar blog ini terlebih dahulu sejak ia ditubuhkan.

Ini adalah statistik komentar di blog ini (sila tunggu sehingga screenshotnya muncul):

statistik-komen.JPG

Aku dah lama berblogging tapi aku still lagi confuse dengan komen sebegini. Nak kata bodoh, pandai pula dia beri komen. Nak kata pandai, dia suka pula beri komen yang bodoh. Di sini aku sertakan sekali komen yang aku terima tadi (sila klik untuk gambar yang leboh besar dan jelas):

komen_bodoh.JPG

Jadi pada sesiapa yang handal dalam trace-meng`trace IP address, aku dengan segala hormatnya mempersilakan kamu untuk tunjukkan bakat kamu dalam mengesan siapakah hamba Allah yang telah membuat onar ini.

Amacam?
Ada berani?

YP.com dijual kepada Yellow Pages dengan harga USD3,850,000.00.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Domain, Internet - Tarikh diterbitkan: December 31, 2008 online

yp.JPG

YP.com domain telah dijual kepada Yellow Pages dengan harga yang sungguh seronok untuk dikongsi bersama. Inilah yang dikatakan “end user” yang sebenar. Bermakna selepas ini YP.com tidak akan didagangkan lagi di dalam dunia domaining. Tiada lagi istilah reseller price untuk domain YP.com ini.

Walaupun domain ini sudah lama didagangkan pada peringkat reseller price, tetapi kali ini jerat dan umpan yang dikenakan benar-benar mengena. Huruf YP sememangnya sungguh sinonim ddengan nama “Yellow Pages”. Tiada satu huruf pun di dunia ini yang sesuai melainkan YP.

Mari kita baca laporan penuh mengenai pembelian domain ini:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Article submission – senarai website untuk submit artikel anda.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: December 30, 2008 online

article-submission.jpgSemua tahu bahawa article submission adalah salah satu dari cara yang berkesan untuk menarik traffik.

Article submission juga sebenarnya boleh menolong kita dalam memasarkan produk affiliate dan juga produk sendiri.

Bagi mereka yang tahu cara untuk memanipulasi website-website article submission, ini adalah satu bonus yang amat bagus untuk dimanfaatkan.

Berikut adalah senarai-senarai website yang boleh kita gunakan untuk menghantar artikel kita:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Azam tahun 2009 – mengapa yang satu ini tidak pernah dimasukkan?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: December 28, 2008 online

Adakah azam tahun 2008 ini telah tercapai? Inilah soalan yang selalu kita tanyakan pada kawan-kawan apabila tiba penghujung tahun bukan? Tapi pernahkan kita bertanya diri kita tentang azam kita sendiri?

Dahulu masa aku menjadi pelajar IPT, kenangan tentang “azam” ini tersangatlah banyak. Kehidupan sebagai seorang pelajar IPT swasta di Melaka banyak mengajar aku tentang apa itu erti kehidupan. Hidup, jatuh dan bangun semuanya terletak kepada kebijaksanaan diri sendiri. Kalau setakat azam, memang banyak. Tapi hampir tiada satu pun yang boleh dibanggakan kecuali pada satu perkara. Aku sebenarnya dari aliran sains tetapi aku bangga menjadi student yang terbaik dalam kos B.A (Business Admnistration).

Aku ingat lagi pada satu hari sewaktu aku di Melaka dahulu, ayah aku telah menghantar wang belanja (wang saku). Aku suka nak mampus sebab minggu itu, memang aku berangan-angan hendak membeli sebuah “organizer”. Ianya adalah organizer biasa (bukan organizer elektronik). Maklumlah, 11 tahun lepas mana ada semua gadget-gadget ini. Duit pun bank-in melalui BSN.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tunggu punya tunggu….

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: December 28, 2008 online

- On laptop.
- Check email.
- Sign in Yahoo Messsenger!
- Check siapa yang online.
- Awek tu masih belum online.
- Try untuk BUZZ awek tu.
- Dia masih tak online lagi….. DAMN!!!!

Adibah Ahmad yang sebenar.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Orang - Tarikh diterbitkan: December 27, 2008 online

Assalamualaikum…
Hello.

Untuk pengetahuan semua, Adibah Ahmad adalah sahabat saya dari sekolah lagi. Sebagai sahabat beliau, saya terpanggil untuk membela beliau kerana saya tahu penulis sebenar ‘CONFIRM’ bukan beliau.

Nak dikira logik, mana mungkin beliau sendiri menulis data peribadi dan no telefon tempat kerja apatah lagi memuatkan gambar gambar sendiri.Cari nahas namanya. Hari hari beliau dihujani dengan panggilan telefon di tempat kerja, sama ada yg ajak berjumpa, yang maki hamun, tidak kurang juga yang meluahkan simpati. Bayangkan sudahlah sibuk dengan kerja, kemudian di tambah lagi dengan panggilan panggilan sebegini. Sudah tentunya mengundang depresi dan menganggu kehidupan peribadi. Nasib baik bos dan rakan sepejabat memahami, cuma syarikat tidak mahu nama mereka terbabit.

Adibah Ahmad yang sebenar amat menghormati agamanya sendiri.Mempercayai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Beliau juga bukannya cetek pengetahuan agama, juga berketurunan baik baik.

Saya amat pasti beliau di khianati. Lebih 10 tahun saya mengenali beliau.Jadi, jangnlah ada yang cepat menjatuhkan hukum. Menaggilnya dengan kata kata yang tak elok dan sebagainya. Lebih lebih lagi sebagai orang Islam, seharusnya kita menyiasat kesahihan siapakah penulis sebenar terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan semua, sudah 5 laporan dibuat beliau, ( yang terakhir mlm semalam setelah ia tersiar di Buletin Utama ), tapi hanya akhir akhir ini, baru kedengaran berita positive dari pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

Semoga kita mengaharpkan kebenaran terbukti, dan marilah kita doakan sama sama ketenangan bagi pihak Adibah Ahmad yang sebenar. Semoga yg menjadi dalang di sebalik blog jahat ini terbongkar juga.

Yang pasti, Adibah Ahmad juga tidak mengenali penulis blog jahat itu dan tujuannya berbuat begini.
Sememangnya, org begini memang bukan sahaja cetek akal, malah saya rase mungkin menghidapi mental illness yg kritikal.

Marilah doakan agar segala galanya dapat diselesaikan secepat mungkin. Insya Allah.

XOXO,
Sahabat Adibah.
Email: farahanim_fauzi@yahoo.co.uk

Alhamdulillah. Semoga tuan punya diri dapat dibela nasib dan masa hadapannya (sumber: menj)

*siapalah agaknya manusia yang sungguh busuk hati yang memfitnah saudari Adibah itu?

2009 Godaddy Promo Code and Coupon List.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Internet - Tarikh diterbitkan: December 27, 2008 online

Aku dapat promo code ini dari seorang member di DP. Bagi mereka yang inginkan tawaran berbaloi untuk domain baru masing-masing, bolehlah gunakan promo code di bawah:

*****************************************
DIJAMIN BERBALOI UNTUK WANG ANDA!
*****************************************

ZINE1 for 10% off.
ZINE2 for $5 off any $30+ purchase.
ZINE25 for $25 off any purchase of $100.
ZINE3 for $7.49 .com domains.
MTECH1 to get 10% off anything.
MTECH2 to get 20% discount when you spend 50 dollars or more.
MTECH330 to get 30% off .com domain names.

******************************************
ATAU BOLEH GUNAKAN YANG INI JUGA!
******************************************
OYH3 – $3 off / $6.95 any .COM (renewals too).
BTPS7 – 20% any order of $50 or more.
BTPS255 – 25% off any order of $100 or more.
OYH1 – 10% off whatever.
OYH2 – $5 off a $30 purchase.
BTPS50 – 50% off .co.uk domains.
BTPS4 – 10% off anything.
chill1 – 10% off.
chill2 – $5 off $30.
chill3 – $6.95 .coms.
hash1 – 10% off.
hash2 – $5 off $30.
hash3 – $6.95 .com registration.
gdd1101c – 10% off any order of $40 or more.
RRTV1 – 10% off whole order.
RRTV2 – $5 off orders of $30 or more.
RRTV3 – Get your domain for one year for only $6.95.
best1 = 10% off any order.
best2 = $5 off orders $30+.
best3 = $7.49 .COM domains and renewals.

Opsss… ada lagi.
Promo code: gdp1227c. Ini adalah untuk dot info discount sahaja. 30% off on .info domains renewal which means $6.99 only. Kupon dot info ini akan tamat pada January 14, 2009.

← Catatan sebelumnya