Ingin beriklan? Sila klik di sini


Kurang tidur boleh menimbulkan kemarahan.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: December 2, 2008 online

mengantuk.gif

Dulu- tidur memang cukup.
Dulu- maksud tidur sungguh stereotype.
Dulu- bagaikan ada satu automated system yang telah di-install dalam kepala.
Dulu- pukul 12.00 tengah malam adalah satu sempadan antara tilam serta bantal.
Dulu, semuanya tidak payah dirisaukan sebab apa yang penting untuk keesokan paginya adalah mandi, sarapan dan pergi ke tempat kerja.

Sekarang- malam bagaikan siang.
Sekarang- tidur sudah semakin berevolusi.
Sekarang- seolah-olah ada penyakit insomnia.
Sekarang- tidur malam semakin tidak menentu.
Sekarang- tidur malam semakin kurang (walaupun boleh tidur di sebelah siangnya).
Sekarang- orang tidur, kita sibuk mencari rezeki dan mencari idea baru kerana semua urusan berlangsung secara “live” mengikut waktu di barat sinun (kita malam, mereka di sana siang).

Tapi kurang tidur sebenarnya memang boleh membawa stress dan bad mood. Hal ini berlaku lagi kepada aku hari ini. Cehhh… sungguh hampir membinasakan diri.

Sebenarnya, walaupun aku tidur pada pukul 3.00 dan 4.00 pagi, ianya tidak pernah membawa masalah pada diri aku. Aku sendiri sudah boleh memanipulasi minda aku dengan waktu tidur yang sebegitu. Tidur-tidur ayam sehingga waktu Subuh pula telahpun menjadi kelaziman yang boleh diterima akal terutamanya bila job yang ditempah perlu disiapkan (kejar dateline). Kemudian, minda akan kembali rileks setelah aku sambung tidur sehingga ke tengah hari.

Tapi hari ini, rutin seperti itu tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Aku dapat tidur untuk 2 jam sahaja.

Berikut adalah kronologi seorang manusia yang tidak dapat tidur yang secukupnya (aku ler tuh):

1. Selepas Subuh, aku kena hantar anak saudara.

2. Terus shoot dengan MyVi Batman aku ke Hospital Pakar Johor untuk bawak emak aku balik kerumah (kakak aku operation). Mata mula sangap, mulut apatah lagi.
3. Hospital Pakar tu memang selesa. Mata yang makin mengantuk ni semakin rabak dibuatnya.
4. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku singgah membeli sarapan untuk emak aku.
5. Lepas sarapan ingatkan nak sambung tidur tapi ada satu appointment plak pukul 11.00 pagi (nasib baik tak terlepas).
6. Mata semakin rabak. Tapi boleh kontrol lagi.
7. Appointment habis pukul 12.00 tengah hari.
8. Member pulak ajak pergi ke Taman Tan Sri Ya’acob. Aku tak kisah, tapi kepala semakin melayang bagai debu-debu yang berterbangan di udara. Aku pun tak sure sangat apa yang aku bualkan dalam kereta dengan member aku tu. Agak sebu. Layannnn…
9. Lepas hantar member aku, aku dengan gembiranya memecut pulang ke rumah sebab tilam dan bantal dan bermain di kaca mata aku. Seronoknya dapat tidur .. ngantuk giler nih.
10. On the way nak balik rumah, emak aku telefon. Dia dapat panggilan dari Hospital Pakar. Kakak aku yang sepatutnya check out lusa, terpaksa pulang hari ini sebab doktor yang menjaganya terpaksa pergi luar negeri. So jahitan yang perlu dibuka lusa ditunda ke minggu depan. Pukul 1.00 mesti ada di hospital sebab budget keluar waktu lunch.
11. Terpaksa drive balik ke rumah untuk ambik emak aku dan bawa ke hospital semula (tolong packing barang kakak aku). Giler… mata aku dah macam apa dahhh….

hospital_pakar.gif

12. Pukul 1.30 tengah hari, sampai ke hospital. Aku budget pukul 2.30 petang, semua boleh settle. Jadi, bolehlah balik ke rumah dan bantai tidur, tapi check out yang sepatutnya tidak sampai 30 minit, berlarutan hingga ke pukul 5.00 petang. Bukan disebabkan protokol hospital tapi urusan claim insurance yang terpaksa mengambil masa yang lama. Kesabaran aku dah tahap Gaban.

10. Mata aku semakin rabak sebab 3 jam menunggu. Aku dah macam orang lalok yang baru lepas kena ganja. Jadi sekali lagi aku tidur-tidur ayam di lobby hospital (macho still boleh kontrol lagi dengan jayanya. awek ramai tuuuhhh..)
13. Pukul 5.15, still tak settle lagi. Aku dah makin baran. Rasa macam nak naik ke tingkat 5, pastu nak hentak meja. Mana tidaknya, emak dan kakak aku kat tingkat 5, tapi aku still di lobby. Jam sudah menunjukkan pukul 5.20. Sekali lagi aku kena keluar dari kawasan hospital untuk ambik anak saudara aku tadi di RHB Taman Sentosa.
14. Hantar anak saudara tadi pulang ke rumah.
15. Ingatkan lepas amik anak saudara aku, dapatlah balik rumah kejap layan ngantuk dalam 1-2 jam sebab aku budget urusan claim insurance hingga ke malam. Tapi on the way nak balik rumah, aku dapat panggilan dari hospital lagi sekali (kakak aku telefon). Dia kata semua urusan claim insurance dah settle. Aku dah mula naik darah sebab kena shoot lagi sekali ke hospital!
16. Kepala dan mata dah tak seragam. Bawak kereta pun dah mendongak sebab aku sandarkan kepala aku ke belakang 100%. Sungguh merbahaya. Jalan pulak dah semakin sesak. Aku dah macam Incredible HULK dalam kereta… !
17. Sampai hospital, aku tak kuar kereta langsung. Aku parking keta kat lobby, pastu staff hospital tologn punggah barang ke belakang kereta. Servis staff hospital memang best. Ada class. Aku hanya mampu memberikan senyuman maut yang berlesung pipit ini sebagai tanda terima kasih.
18. Maghrib, baru sampai rumah. Mata, kepala serta badan sudah terhuyung-hayang. Tidak tahu nak buat apa. Nak tidur waktu Maghrib, memang aku tak biasa. Tapi mata ini sudah makin berpinau macam gula-gula lollipop. Akhirnya selepas mandi, barulah segar sedikit.

Pendek kata, kurang tidur memang boleh menyebabkan orang itu moody, baran dan tidak keruan. Kalau ikutkan mood aku tadi, memang aku dah cepuk driver kereta Volkswagen hijau yang sunnguh menyakitkan hati aku. Bawak kereta power tapi gerak macam kereta lembu!

Paling teruk selepas mandi, aku check adsense dan sekali lagi aku geram sebab masih ada lagi advertiser yang sanggup bagi USD2.22 untuk satu klik. Arrgghhh… kalaulah aku tahu iklan mana yang di klik tadi… memang sah malam ni lagi sekali aku tak tidur untuk buat post mortem!

adsense.gif

Tapi apakan daya, mata ini memang dah merayu untuk bantal dan tilam….


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 13 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. megat said:

    ini kisah hari ini atau semalam? rasa macam hari ni. sungguh gagah perkara ‘kamu’.

    tak dapat dinafikan aku juga pernah hadapi situasi seperti ini. situasi baru je lepas iaitu masa majlis kawen adik aku huhu.

    megats entri yang terkiniPengurusan Masa, Demi Kehidupan Yang Lebih Terjamin Dan Stabil

  2. nuaeman said:

    biasanya malam aku cukup gagah.. tapi bila masa balik kerja aku kerap nak terlena ketika drive. satu situasi yang amat-amat berbahaya.. kerana kiri dan kanan perjalanan aku ada gaung-gaung yang curam.. arghh..

    nuaemans entri yang terkiniDerma atau Berniaga Semata?

  3. AliF said:

    Aku nak cite aku malas…tapi rutin aku tiap hari
    kena p beli nasi..kat adik bradik aku..masalahnya..nak beli nasi kena beli kat tempat nie..mak bapak aku suruh bli kat situ…sbb sedap..tempat lain x sedap..masalahnya..arghhhh..ramai org..kena tunggu sekurang2nya 30 minit baru siap..aku nak beli 4 bungkus jea..wakakaa..tapi nie kira oklah..sbb time cuti skolah lagi..tapi bila dah start skolah..akulah yang kena drive..tue x pea lagi..dgn badan x mandi..basuh muka jea..control macho beb bawak keta…

    tue x pea lagi..adsense aku still x gerak lagi nie..wakakaka ke atas diri aku.huhuhu

  4. samdaddycool said:

    antara tidur dengan adsense tu.. aku cukup terapaut dengan nilai $2.22

    tapi untuk aturkan kembali waktu tidur dengan sempurna….. kaf ha wau ya nun ….. :P

    samdaddycools entri yang terkiniI went to Tangkak High Court

  5. eSempoi.com said:

    sekali sekala tak tidur..ape salahnye..hehe

  6. ajie said:

    patutlah lately…susah benor nak jumpa ko….bz memanjang

    “tido tu nikmat..terlebih tido tu tak sihat”….hehe

  7. titan said:

    hehe..aku ada peristiwa yg lebih kurang aje camtu. 3 hari tak dapat tido..hari ke empat. aku kunci pintu. lantakla apa nak jadi. aku nak tdo gak..

    aku kunci jam dan handpon waktu solat aje. waktu yg lain. aku bantai tdo..haha!

    Tapi serius. 4 hari tu memang sibuk dan aku moody gila cam kes rohaizad ni la..

  8. rohaizad said:

    AJIE – Bukan ko ker yang takde masa untuk member-member lagi? Semenjak ada awek dan tengah gasak bercinta ini, ko dah jadi lain dah….

  9. bila x cukup tidur.. mata mula berasa mengantuk.. bila mata mengantuk.. badan rasa letih.. bila badan rasa letih.. bad mood bula melawat.. bila bad mood mula melawat.. perasaan marah mula merasuk diri.. haish..

    sallikin@nikillass entri yang terkiniBOSS

  10. ajie said:

    hahah…aku ada la..manader ilang…hehehe

  11. chuckiesd said:

    wah…betul-betul sibuk ko jat…patutlaa masyuk …

  12. rohaizad said:

    SALLIKIN – macam pernah mengalami jer.

    CHUCKIESD – Fuuhhh.. dah pakai domain sendiri nampak. Cayalah!

  13. ReD said:

    yer…kurang tidur leh buat bad mood.. :D