Ingin beriklan? Sila klik di sini


Perlukah motivasi dalam berblogging?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: December 3, 2008 online

Dunia blogging mempunyai karenahnya yang tersendiri. Bagi kamu yang tidak pernah berblogging tetapi menjadi pembaca setia blog ini, aku harap catatan kali ini boleh memberikan sedikit info mengenai selok belok berblogging yang mungkin akan ditempuhi.

Sebenarnya, karenah berblogging ada bermacam gaya.
Ada yang merasakan blogging perlu menunggu mood, ada yang berblogging kerana dipaksa dan terpaksa, ada yang berblogging kerana wang, ada yang berblogging kerana tidak sengaja, ada yang berblogging kerana ingin belajar dan tidak kurang pula ada yang berblogging kerana terikut-ikut dengan kehendak dan trend masa kini.

Hakikatnya, blogging adalah satu cetusan, idea dan pendapat (selain dari berblogging untuk menjana pendapatan). Kerja seseorang blogger sebenarnya lebih kurang sama dengan apa yang dibuat M Nasir, Pak Ngah, Manan Ngah, Habsah Hassan dan juga P Ramlee. Mereka akan mengeluarkan segala yang tersirat di dalam minda sebagai ilham dan kemudian terus menjadikannya sebagai perkara tersurat pada waktu dan masa yang tertentu.

Aku sendiri pernah mendapat idea untuk berblogging ketika dalam tandas dan aku rasa ramai lagi pernah mendapat ilham di tempat Jason King itu. Sesungguhnya idea dan ilham amat subjektif untuk dibincangkan. Ini adalah kerana masing-masing mempunyai cara dan gaya yang berbeza berserta sudut pandangan yang bervariasi.

Sungguhpun begitu, blogging mempunyai satu elemen yang boleh membezakannya dengan hasil kerja kesemua tokoh hebat di atas. Mereka mencari ilham untuk menjana DAN menyara kehidupan mereka. Mereka membuat duit dari semua hasil idea itu. Itulah MOTIVASI sebenar mereka dalam berkarya. Lirik mereka untuk dijual, lagu mereka juga untuk dijual TETAPI blogger biasa akan akan berkongsi semua idea, cetusan dan pendapatnya secara PERCUMA. Fahamkan itu.

Dan, di sinilah wujudnya masalah untuk blogger biasa (bukan money oriented blogger kerana money oriented blogger dibayar untuk kerja yang mereka buat). Kadangkala, blogger biasa tiada MOTIVASI untuk berkarya walaupun di dalam blog mereka sendiri. Hari ini, member kita Megat telah meluahkan masalah yang sama. Apa yang aku boleh katakan mengenai apa yang dicatatkannya ialah “perasaan sebenar” seorang blogger.


Tetapi mengapa masalah seperti ini boleh terjadi kepada blogger seperti Megat?

Aku sendiri pun kurang pasti tetapi mungkin aku ada jawapannya. Berikut adalah 3 sebab-musabab yang mungkin boleh dikongsi bersama:

1. Tiada idea dan mula kembali kepada permasalahan asal.
2. Blogger itu tidak sedar blognya sedang berubah arah. Bermakna, mungkin blognya sudah mula tidak balance. Ini bahaya.
3. Blogger itu sendiri semakin tidak fokus. Mungkin dahulunya blogger itu berblogging semata-mata kerana hobi tetapi kini, blogger itu mula meneroka dunia “menjana” pendapatan melalui blog. Yang pastinya sekarang, telah timbul masalah kekeliruan.


Jika seseorang blogger itu mempunyai masalah nombor 1, ini jawapan dari aku:

- Rehatkan minda, ambil cuti dan buat perkara yang sudah lama kita tidak buat selain dari berblogging. Macam memancing ker, main bowling ker dan juga berjogging.

Jika seseorang blogger itu mempunyai masalah nombor 2, ini jawapan dari aku:

- Terlalu banyak blog hoping juga akan mengusutkan minda. Jangan selalu melihat NICHE orang lain kerana ianya akan membuatkan konsep dan fikiran kita bercelaru.

Jika seseorang blogger itu mempunyai masalah nombor 3, ini jawapan dari aku:

- Asingkan dunia antara blogging sebagai hobi dan blogging sebagai penjana pendapatan. Jika ini dapat dilakukan, maka semestinya motivasi seterusnya untuk berblogging akan menjadi lebih seronok. Kalau tidak percaya, cubalah buat.

Terus terang aku katakan motivasi juga diperlukan dalam berblogging. Motivasi sebenarnya adalah satu permainan fikiran dan adrenalin yang mengalir. Jika tahu untuk memotivasikan diri sendiri, bermakna musuh sebenar boleh dikawal iaitu HATI.

Jadi bagaimana aku memotivasikan diri sendiri dalam berblogging?
Kalau diperhatikan, cara untuk memotivasikan diri dalam berblogging sudah banyak aku sebutkan dalam blog ini. Tetapi hari ini aku akan kongsikan sekali lagi demi pembaca setia blog ini:

1. Aku selalu mengimbas kembali impian aku yang lepas-lepas.
2. Aku selalu menjadikan blogger yang berjaya sebagai mentor.
3. Aku akan meletakkan target yang tertentu untuk mencabar kewibawaan diri sendiri. Cabaran Blogging adalah salah satu daripada motivasi kenapa aku terus mengekalkan sekurang-kurang 1 catatan untuk setiap hari untuk bulan ini.

Jadi boleh aku tahu apakah yang menjadi motivasi kamu semua untuk berblogging?

- Kerana dicabar?
- Kerana duit?
- Atau blogging sekadar hobi?

Oh ya, bayaran daripada Text Link Ads sudahpun diterima dan semalam aku telahpun withdraw kesemuanya sekali. Dibawah adalah screenshotnya:

tla_november_payment.gif

* Walaupun nilainya tidaklah besar seperti otai yang lain tetapi aku harap screenshot ini dapat memberikan sedikit sebanyak MOTIVASI kepada semua pembaca setia blog ini kerana aku bukanlah orang yang sesuai untuk berikan nasihat. Hanya sekadar pendapat… :D


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 33 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. megat said:

    terima kasih sifu! bila aku pejam mata, tenangkan fikiran dan hati. aku cuba fokus kembali ternyata aku punyai masalah yang rumit yang aku anggap boleh diselesaikan jika masalah aku satu lagi selesai.

    masalah no 1 dan no 3 menjadi masalah kedua dalam hidup aku. dan jika masalah pertama selesai semuanya selesai, insya allah.

    mood aku hanya akan selesai apabila aku jumpa orang-raoang macam kau
    , sifu.

    insya allah aku dah dapat balik semangat aku apabila menerima impak dari komentar di blog aku. masih ada rakan-rakan dan pembaca setia di blog aku, itu yang perlu aku tahu sebenar-benarnya!

    megats entri yang terkiniApakah Sudah Sampai Masa Aku Berhenti Menulis!?

  2. rohaizad said:

    “mood aku hanya akan selesai apabila aku jumpa orang-raoang macam kau” – Ko takleh berpendirian macam tu Megat. Blogger yang sebenar adalah blogger yang sentiasa berblog atas mood dan kehendaknya sendiri, bukan disebabkan oleh orang lain.

    Amit Agarwal adalah contoh blogger terbaik yang aku selalu rujuk. Dulu, masa mula-mula dia berblogging, semua orang tanya kenapa dia pakai blogspot? (sekarang telah di backup oleh domainnya sendiri). Tapi dia tetap dengan gayanya. Pada awal kemunculanya, dia tidak pernah fail untuk keep update blognya walaupun satu hari satu post!!!

    Itulah disiplin Amit. CONTENT IS STILL A KING. Anyway, dia adalah salah seorang dari mentor aku. Dia start blogging 2004, 2005 aku follow.

  3. KNizam said:

    seb baik la blog aku pasal jalan2 cuti2 malaysia. so senang la nak blog. hehe kadang2 blog rojak la yang paling best sekali kan. hehe :)

    KNizams entri yang terkiniBerguna Juga “Cock Brand Fire Starter” Perniagaan Si Hai Tong Ni Ek ! Hehe :)

  4. Apam said:

    Banyak dapat duit. o_O

    Berapa lama nak kumpul banyak tu? :D

  5. |1f34|-|1r3 said:

    aiyaaaaa…banyak giler TLA ko…aku try install TLA nyer plugin dr dulu sampai skang tak jadi2….hehe…ampagas btol

  6. rohaizad said:

    Apam -itu monthly payment.

    L4h – kalau ko kat jb, ko boleh join tutorial aku. Janji ada modal dan rajin baru boleh earn lebih dari itu.

  7. AliF said:

    wah baguslah korang nie..ada sentimental value pasal berblogging nie..

    p/s bilalah aku nak dapat pendapatan cam ko rohaizat…mmmm maybe skit2 lagi kot..he3

    AliFs entri yang terkiniMari Lihat Ranking Blog Anda

  8. Syuxx said:

    wahh, banyak betul dapat dari TLA.
    aku tak berani nak main TLA ni.
    Takut PR jatuh pulak nanti.

    btw, nice blog! pertama kali singgah sini.

  9. bob said:

    besau wang. :)

  10. izzat said:

    wa…blog ini sudah cukup memberikan ak motivasi…hohoho, nampaknya ak kena overcome masalah 1 dan 3..haih, kena disiplinkan diri neh.. :D

  11. rohaizad said:

    ALIF – Boleh… yang penting tahu untuk membuatnya. Itu ada dalah salah satu tutorial yang aku listkan dalam perkhidmatan aku.

    SYUXX – janganlah main TLA dengan blog yang kita sayang. Buat blog yang khusus untuk TLA. Kenapa perlu peningkan kepala`kan?

    BOB – Tu dia. Aku ingatkan dah tak nak muncul lagi kat blog aku ni haa.

    IZZAT – Jangan cakap jer.. langkah pertama dah buat? :D

  12. AliF said:

    Tuelah masalh nya..nak buat benda biar jadi..
    aku nie just try and error dlu dan explore jea..
    mybe ambil masa..tapi perlukan bimbingan yang baik dari seseorg yg. punyai ilmu yang bagus..

    p/s..nak tanya nie..brapa agak2 nya yg ko cas kalau aku ingin dapat petunjuk skit2 nga ko bro?hehehe3

    AliFs entri yang terkiniMari Lihat Ranking Blog Anda

  13. rohaizad said:

    ALIF – Pheeww.. taklehlah nak bagitau kat sini sebab aku ikut level orang yang nak belajar tu. Kena face to face macam biasa.. baru boleh tau needs orang itu dulu. Ni main sebut harga jer… kang ada yang terperanjat plak. huhuhu…

    * aku bukan jual tutorial ataupun mengajar, tetapi aku tunjukkan jalan bagaimana aku membuat duit dari blogging based dari pengalaman sendiri. harap dapat difahami dengan mendalam :D
    * kalau ko duduk JB, bolehlah aku face to face.

  14. AliF said:

    Tuelahlah..sbb aku tanya 2..
    sbb aku dok jauh nie..aku dok klantan..
    wakakka pergh..jauh tue..

    AliFs entri yang terkiniMari Lihat Ranking Blog Anda

  15. rohaizad said:

    ALIF – Susah sket kot sebab aku tak dapat cater sejauh mana needs ko.

  16. wah. bleh wat korban raya nnti tue!

  17. rohaizad said:

    SWEET THINKER – Boleh tapi ingat nak guna untuk rolling modal projek yang lain.. huhuhu. InsyaAllah.

  18. abahfateh said:

    hidup itu ibarat roda, samalah macam berblog.

    satu masa kalau boleh setiap jam nak wat entri… sampai satu ketika seminggu sekali pun payah sekali…

    boleh pakaikah?

    abahfatehs entri yang terkiniPendorong Perubahan

  19. rohaizad said:

    ABAHFATEH – Macam yang telah dikatakan, kita ni saling tak tumpah macam M Nasir. wahahaha.. cari ilham memanjang.

  20. shaxx said:

    wow! banyak tu bro! btw, kat mana ko letak TLA tuh. nak tgk la sample dia camna sebab masih x faham konsep dia… thanks!

  21. amoi said:

    hai…bila la nk dpt income mcm tu…huhu…

    amois entri yang terkiniNew Comment on Blogspot

  22. chuckiesd said:

    Betul laa jat. motivasi diri untuk berblogging tu penting. kan aku penah cakap nagn ko, kadang sampai takder idea nak tulis kat blog. Tapi biler tgk ko punyer entri ni..baru tersedar sikit. Motivasi tu penting. Harap-harap orang2 macam ko meneruskan perjuangan untuk bantu blogger yang lain..takder laa sunyi sepi..

  23. azlan said:

    heheh jgn buat kat blog yg kita syg hehehe

    sedap ayat tu, klasik..

    bro,
    nak main TLA ni kena ada PR ke ? content pasal ape yerk ?

    azlans entri yang terkiniThe day I Rock My BoTTom

  24. ezad said:

    Baru tadi aku appraisal dgn bos aku, aku katakan padanya aku kurang motivasi untuk diri sendiri, dan secara xlangsung dia memberi aku semangat semula bukan sahaja untuk bekerja malah untuk kehidupan ini, kita selalu mudah menganggap bahawa org lain memandang rendah pada kita, tetapi sebenarnya kita yang sendiri berkata begitu bukan org lain.. InsyAllah Bro.

  25. rohaizad said:

    SHAXX – Nanti aku email ko.

    AMOI – Bila? Yang pasti, kena fahamkan konsep dia dan syarat-syaratnya dahulu.

    CHUCKIESD – Aku tak rasa plak dunia blogging ini makin sepi. Cuba keluar dari blogosphere Malaysia. Lihat apa yang terjadi.

    AZLAN – Login dalam TLA. Check niche yang demandnya tinggi.

    EZAD – Yup.. itu yang aku cakap kat atas (masalah HATI).

  26. shaxx said:

    ** tengah tunggu email dari rohaizad.com… **

  27. rohaizad said:

    wahahahaha…. !

  28. Bat said:

    Aku pernah tulis pasal ni dulu, motivasi ni dia macam kejap ada, kejap takda, hehe..

  29. [...] kata motivasi perlu dalam blogging. Anda boleh baca artikel tersebut. (klik sini). Diharap anda mendapat sesuatu dari artikel tersebut. Saya sudah mempelajari sesuatu. Anda bila [...]

  30. rohaizad said:

    Itulah sebabnya. Motivasi ini kena tulis selalu. Kalau tak.. “lupa”.

  31. titan said:

    hoho. simly, trust yourself. :)

  32. [...] mendapat pelbagai reaksi dan komen yang bervariasi di catatan motivasi yang lepas, hari ini aku suka untuk menyambung kembali perbincangan yang agak menarik [...]

  33. [...] “Sense of blogging” – inilah klimaks kepada kejayaan seseorang blogger. Bila ini wujud dalam diri dan juga blog kita, maka “the money will come later!” [...]