Sosialnya seorang full time blogger di mana ya?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: December 7, 2008 online
Ramai yang kata full time blogger kurang bersosial dalam hidupnya. Cerita-cerita mengenai full time blogger hanya duduk dalam rumah sering kali diperkatakan. Ada pula yang kata “buat apa full time blogger nak bersosial jika kawan yang hendak di ajak sosial itu tidak sekepala” dan macam-macam lagi. Jadi bagaimana sosialnya seorang full time blogger?
Aku adalah seorang full time blogger yang menyara hidup hanya dari blog yang aku miliki. Aku juga mempunyai beberapa kepakaran yang aku boleh tawarkan kepada mereka yang memerlukan seperti khidmat rundingan yang berkaitan dengan dunia weblogging itu sendiri. Kesemua ini adalah skop pekerjaan aku dan aku rasa ramai lagi yang membuat perkara yang sama untuk menyara hidup masing-masing.
Untuk memenuhi keperluan sosial semasa, seorang full time blogger selalunya akan mencari cara sosialnya yang tersendiri. Aku tidak pasti bagaimanakah corak sosial full time blogger yang lain tapi yang pasti, aku boleh katakan corak yang aku lalui adalah BEBAS dan sungguh MENYERONOKKAN. Mungkin inilah kelebihan seorang full time blogger.
Dalam waktu yang sama, terus terang aku katakan aku tidak suka kerja yang diarah oleh orang lain dan aku tidak suka membuat kerja atas kehendak orang lain. Aku juga adalah seorang yang akan memberontak sekiranya idea yang aku rasakan bagus ditolak oleh orang atasan. Bukan itu sahaja, aku juga tidak suka dengan orang atasan yang suka mengambil kesempatan atas kelebihan orang bawahan. Pernah dahulu aku memberikan satu pandangan dan idea yang bernas untuk syarikat tempat aku bekerja kepada superior aku. Tetapi bila idea dibawa ke dalam meeting, yang dapat nama adalah superior itu tadi. WTF?!
Berbalik kepada sosialnya seorang full time blogger.
Sebenarnya sosialnya seorang full time blogger terletak pada hatinya sendiri. Ini adalah kerana dia yang mengatur masanya. Kehendaknya adalah sosialnya. Jika dia rasa dia hendak duduk di rumah dan bersosial melalui internet, itulah sosialnya (inilah yang berlaku pada ramai full time blogger).
Sebab itulah ramai dari full time blogger sekarang lebih cenderung untuk bergabung dengan internet marketer yang lain supaya dapat bersosial di alam nyata melalui seminar, gathering, sesi perkenalan dan seumpamanya. Walaupun pada dasar awalnya sesetengah event yang dianjurkan itu lebih berorientasikan keuntungan, tetapi apabila ramai kenalan yang hadir disitu… maka nilai sosialisma itu akan terlahir dengan sendirinya.
Dan pada hari Sabtu semalam, aku dan 2 orang lagi blogger JB telah berjumpa, berbincang dan bertutorial bersama. Perjumpaan ini bukanlah besar seperti yang selalu dibuat di KL nun, tapi hanyalah satu perjumpaan sosial biasa. Lagipun, ini kali pertama kami berjumpa dan kami lebih selesa dengan cara yang agak sempoi ini. Dan buat pengetahuan kamu semua, Nuaeman dan Shaffik juga sempoi orangnya.
Apa yang pasti, akan ada banyak lagi peluang yang mungkin boleh dijana selepas ini. Usaha, usaha, usaha dan berdoa. Insya Allah








Hmmm..best tuh lepak kat alam nyata.. lepas kenal dalam alam maya..
p/s- lagi seronot kalau blogger ‘bunga’ dapat join.. kan? hik.. hik..
samdaddycools entri yang terkiniKeledek Vitato ???
Blogger bunga???
SAM – Tapi aku tak rasa JB ni ada blogger bunga la. Kalau ada, mesti dah dapat detect punya.
mesti ada nyer. senyap jer kot. ekekeke. tak mendedahkan diri.
Fuhh…sempat lagi lepak bersama-sama.
Ijat sesuai laa mencari bunga..cam aku n nuaeman tgk jer..lau lebih takut lebam biji mata plak..
Sam..untuk pengetahuan ko, aku ngan member aku tk panggil bunga..panggil keledek..heheheh…lain dr yg lain kan…
Ijat thanks a lot..banyak info aku dapat dari ko smlm…sup pun sedap…hehehe..maklumlaa orang belaja…sedap jer…menj & sam..bile turun jb?
blogger kene pastikan selalu berpijak di bumi yang nyata,
jangan terlalu asyik di alam maya,
hubungan sosial sesama manusia perlu,
go out,
see the world,
meet people,
experience more!
pcuserzs entri yang terkiniprison of speech
Jad> ko perlu lebih kerja keras utk detect bunga blogger.. errr keledek…
chuckiesd> lepak JB…macam sodap dengar tu! Lama aku tak turun sana (last sekali masa register SPACE UTM thn 2005)…
samdaddycools entri yang terkiniKeledek Vitato ???
Apa susah? Rajin-rajin lah membawa sub-notebook seperti nokia e90/blackberry atau netbook seperti eepc dan digandingkan dengan celcom 3g broadband untuk menyenangkan pengemaskinian blog di-mana jua kita berada.
Kalau dilihat dari sudut lain, aku rasa pro-blogger lah antara orang yang mempunyai paling banyak masa untuk bersosial berbanding orang yang berkerja 9-5 di pejabat.
dan mengenai sekepala-tak sekepala tu, semua orang menghadapinya, bukan setakat blogger saja. Jadi, pandai-pandailah belajar dan/atau “improvise” ‘social-skill’ sendiri. kalau masih tak tahu macam mana, carilah pertolongan profesional. kekeke.
bile lagi nk buat makan2?
pcuserzs entri yang terkiniselamat hari raya aidiladha
hoho..dimana-mana boleh baa.
Ada blogger bunga nak join kita lepak sebenarnya.. tapi sekarang dia kat KL nun.. ini bukan bunga biasa.. ini bunga berduri.. hehe..
yer ker…ader jugak blogger bunga nak join…nuaeman lau deorang turun JB..bley lepak2 sama2..hehehehhe…aku pulak yg lebih…
[...] pada tanggal 7hb Disember 2008, aku pernah menerbitkan satu artikel bertajuk “Sosialnya seorang full time blogger di mana ya?“. Pada waktu itu, aku hanya mempunyai beberapa orang rakan blogger sahaja di JB. Malah tidak [...]
Diulas pada November 1st, 2009 at 2:40 pmhanya bersocial melalui internet sahaja.
Idea bernas aku pun sama.paling aku tak suka.penyelia tempat lama aku berkerja suka guna kelebihan yang aku ada.bukan satu penyelia.orang paling rapat dengan aku penyelia juga pun sama memperbodohkan aku.