Ingin beriklan? Sila klik di sini

Warkah untuk Surind sempena Hari Raya Haji.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: December 7, 2008 online

surind.gif

Ini adalah artikel kebanggaan Surind, seorang blogger yang sungguh pandai di Malaysia:
http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

Aku tidak pasti apakah motif mamat bernama Surind ini menyiarkan artikel sebegini dalam sebuah negara berdaulat yang majmuk seperti Malaysia ini.

Untuk saudara Surind, ini adalah warkah yang saya ingin saudara baca:

Kepada saudara Surind,

Nama saya Rohaizad dan saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat saya sebagaimana saudara Surind memberikan pendapat saudara. Walaupun apa yang akan saya nyatakan sebentar lagi berbentuk pendapat, tetapi pendapat yang akan saya utarakan ini jauh BERBEZA dari apa yang saudara utarakan.

Saya akan memberikan pendapat saya mengenai artikel yang Saudara Surind tulis, bukan mengenai agama saudara sepertimana yang saudara lakukan kepada agama saya di blog saudara. Tujuan saya mengutarakan pendapat saya adalah kerana saya merasakan bahwa saudara telah melakukan satu kesilapan besar. Saya juga merasakan bahawa saudara mempunyai agenda yang tersendiri.

Sebenarnnya, saya adalah antara di kalangan rakyat Malaysia yang hormat pada agama lain. Untuk pengetahuan saudara juga, saya mempunyai ramai kawan berbangsa Cina dan India dan ada dikalangan mereka adalah teman baik saya seperti C.K Wong yang tinggal di Pasir Gudang dan juga Rajendran yang tinggal di kawasan Taman Universiti, Skudai.

Sepanjang saya berkawan dengan mereka, tidak pernah saya mengeluarkan sepatah pun perkataan yang memperkecil agama dan fahaman mereka apatah lagi untuk menyiarkannya sebagai satu artikel sepertimana yang saudara lakukan. Jika saudara gemar memberikan pendapat saudara mengenai keburukan Islam serta suka menimbulkan api kemarahan dikalangan umat Islam, itu adalah satu langkah yang sungguh tidak bijak.

Saya tidak tahu siapakah saudara sebenarnya dan saya pun tidak pernah mahu tahu akan hal tersebut. Pendek kata, saya tidak peduli siapa saudara tetapi apa yang saya boleh andaikan, saudara adalah seorang yang mudah untuk dipengaruhi oleh orang lain. Saya tidak melihat kebenaran yang saudara tunjukkan itu datangnya daripada saudara sendiri.

Saya berasa sungguh kasihan terhadap saudara kerana dengan mudahnya saudara terus percaya bulat-bulat dengan apa yang ada di laman Youtube dan juga laman web yang lain. Entah benar atau tidak segala info buruk mengenai Islam yang disiarkan itu pun, tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Kalaulah apa yang sampai kepada saudara itu satu pembohongan, alangkah malangnya saudara dan sekali lagi saya katakan .. kasihan.

Mengapa?
Kerana kita tinggal di dalam sebuah negara yang majmuk. Kita sudah saling kenal budaya dan fahaman masing-masing. Saya percaya jika saudara Surind seorang rakyat Malaysia yang sejati, saudara tidak akan berbuat sedemikian rupa. Tapi hakikatnya, saudara Surind telahpun berjaya membuat satu kenyataan yang telah mengguris hati dan perasaan umat Islam Malaysia khususnya dan sedunia amnya.

Mereka pasti akan terasa hati dengan tulisan saudara kerana esok adalah Hari Raya Haji. Bukan itu sahaja, persoalan yang saudara bangkitkan iaitu “Haji – satu perjalanan yang memalukan dalam sejarah” juga akan menimbulkan persoalan besar kerana kami tidak pernah memperkata apa-apa pun tentang perjalanan saudara ke Batu Caves pada hari Deepavali.

Sebaliknya, kami berasa sungguh bertuah kerana dapat melihat, merayakan dan berkongsi perayaan Deepavali bersama-sama. Jadi mengapa perlu dibangkitkan perihal Haji pada waktu kami sedang merayakannya? Adilkah itu semua?

Mengapa saudara mengatakan sebegitu?
Apakah bukti yang boleh menyokong fakta saudara itu?
Adakah pemahaman yang saudara dapat itu dari pemerhatian saudara sendiri ataupun dari web bebas seperti Youtube?

Sedarkah saudara bahawa suatu ketika dahulu… datuk, nenek, moyang saudara sendiri pernah berganding bahu bersama-sama dalam mencapai kemerdekaan?

Jika wujudlah kenyataan seperti yang saudara nyatakan di zaman itu, saya pasti ianya akan membuatkan datuk, nenek, moyang kita berasa sedih. Iya, mereka sangat menghargai hubungan sesama sendiri untuk memperjuangkan kedaulatan dan kedamaian negara tercinta pada waktu itu.

Hakikatnya, mereka tidak akan memperkecil dan mengata tentang agama masing-masing kerana mereka tahu itu akan membawa masalah. Tetapi apa yang saudara lakukan sekarang adalah sebaliknya. Saudara mencari masalah!

Saudara lebih suka menjadikan agama sebagai satu cara untuk menaikkan traffik ke blog saudara (publisiti murahan). Seperti yang saya katakan di atas, saya tidak pasti apakah MOTIF saudara menyiarkan artikel itu. Jika adapun motif itu, maka saya rasa saudara patut menjelaskannya.

Saya sama sekali tidak akan melatah, memaki hamun ataupun memperkecil fahaman cetek saudara di dalam artikel yang saudara tulis itu kerana jika saya berbuat demikian, maka taraf saya sama seperti saudara. Sekali lagi, saya adalah orang yang menghargai agama dan fahaman bangsa lain. Saya pasti 100% bahawa saudara sedar risiko dan ujian yang saudara akan hadapi selepas ini.

Apa pun, itu semua terpulang kepada diri saudara sendiri. Saya hormati pendapat saudara tetapi seperti yang saya katakan tadi, saya sungguh kasihan kepada orang seperti saudara yang mengalami masalah “mudah terpengaruh”. Sebagai bukti, saudara dengan jelas telah menyatakan sokongan saudara kepada bintang lawak terkenal iaitu MR BEAN (saya percaya Mr Bean belum pernah mengeluarkan kenyataan sepertimana yang saudara lakukan !!!)

surind_1.JPG

Mr Bean?
Sekali lagi, saya berasa sungguh kasihan kerana dengan mudahnya saudara telah dipengaruhi oleh fahaman Mr Bean ????

Sebagai rekod, saya tidak akan mengajak atau mempengaruhi orang lain untuk mengenengahkan perkara ini… apatah lagi untuk menjadikan ianya satu topik yang hangat seperti apa yang pernah kita lihat sebelum ini (sehingga didakwa). Terus terang saya katakan itu semua tidak berkesan.

Ini adalah kerana Nabi dan agama saya juga mengajar saya untuk untuk bersangka baik. Tetapi tidak pula saya mengambil peluang untuk kondem ataupun mengutuk agama saudara.

Dengan senang hati, saya juga boleh menerima saudara sebagai kawan saya. Kalau boleh, saya ingin tunjukkan kepada saudara bahawa Islam bukanlah seperti yang saudara lihat di video Youtube itu. Itu yang paling penting.

Lagipun jika wujud dakwa-mendakwa ini, ianya akan membuatkan saudara semakin berasa tidak puas hati dan tertekan. Itu semua membuang masa kerana apa yang saya dan umat Islam lain mahukan sekarang adalah KEPASTIAN mengenai artikel yang saudara siarkan.

Kalau benar motif saudara untuk menjernihkan keadaaan (untuk menunjukkan Islam itu ganas -kononnya-), itu bukanlah caranya.

Jika benarlah apa yang saudara sokong berdasarkan info-info luar yang diterbitkan oleh orang persorangan atau sesebuah organisasi, adakah ianya boleh dikaitkan dengan keadaan sebenar di Malaysia?
Adakah semua perkara yang dipaparkan secara slide di dalam video itu berlaku di Malaysia?
Kalau ada, buktikan.

Tetapi jika saudara ada motif yang tertentu yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan fahaman rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, maka saya rasa sudah tiba masanya saudara melakukan sesuatu kerana saya pasti saudara tidak mahu berhadapan dengan risiko yang boleh membuat kehidupan saudara terganggu.

Saya juga tidak teragak-agak untuk melibatkan pihak berkuasa dalam hal ini kerana saya sentiasa inginkan kehidupan yang aman damai. Saya tidak suka keadaan yang boleh membuatkan semua bangsa di Malaysia ini bertelagah mengenai agama masing-masing. Saya juga percaya keluarga saudara sendiri tidah mahu perkara ini menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Cuba saudara bayangkan selama ini tiada satu orang yang marah dengan saudara (Hasbullah, Mahaguru dan saya sendiri). Tetapi apa yang telah berlaku sekarang?

Iya… situasi sekarang telahpun berubah. Saudara telah “mengusik” dan “memulakannya” terlebih dahulu. Kami tidak pernah mencari pasal. Saudara telah menyalakan api yang mungkin membakar diri saudara sendiri. Sama ada saudara percaya atau tidak, akan ada beribu lagi umat Islam yang tidak berpuas hati dengan saudara.

Tidak percaya?
Tunggu sahajalah reaksinya dan kalau saudara masih lagi tidak faham, silalah rujuk kepada pepatah ini:

- Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
- Sarang tebuan jangan dijolok.

Sekali lagi, mengapa artikel itu disiarkan dan apakah motif saudara?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
* Jangan mencari populariti dengan cara merendahkan agama orang lain!

« « Sosialnya seorang full time blogger di mana ya?*** Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1429. » »


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

468x60

Sudah 26 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. menj said:

    Memang dasar xxxxx penyangak agaknya, timing dia pulak kena dengan Raya Haji besok. Memang dia dah merancang perkara ini nampaknya.

    Rohaizad: cool menj – ” Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang,
    menang dengan otak tak mesti dengan pedang “

  2. chuckiesd said:

    orang-orang yang macam ni laa yang menjadi punca rakyat malaysia berpecah belah. Terlalu pandai sangat sampai sesuka hati menulis. Selama ni kita tak pernah pun bangkitkan aper artikel atau cerita mengenai agama dia. Kenapa di tulis cam tu? Jangan ingat kita semua ni senyap kita takut..ada batasnya jugak beb..

  3. rohaizad said:

    MENJ – Konspirasi?

    SHAFFIK – Satu peringatan yang keras.

    * Macam yang aku cakap kat atas, lepas ni dia akan lihat beribu lagi komen yang akan terbit dari entri ini.

  4. taukey said:

    aku baru sahaja membaca blog surind tersebut. Aku pun ada baca blog hasbullah dan mahaguru.

    Aku masih hairan. Masih wujud lagi kah manusia sedemikian rupa di Negara Malaysia ini?

    Dimanakah sikap tolak ansur? Dimanakah sikap hormat-menghormati? Dimanakah sikap-sikap moral yang telah diajar oleh ibu bapa, guru-guru sekalian?

    Adalah lebih baik dia ceritakan tentang agama dia sendiri sahaja. Kenapa perlu kritik agama lain? Apakah motif disebaliknya? Adakah sengaja menghina? Adakah sengaja nak menimbulkan ketegangan di negara Malaysia?

    aku cuma ada satu ayat untuk orang macam tu. BODOH !!!!

  5. rohaizad said:

    TAUKEY – Fuhhh.. aku tak pernah nampak ko marah macam ini.

  6. ezad said:

    Ini semua konspirasi..we muslim no better when the world will end and know who’s right or wrong, and this guy name surind is going to hell for sure..thats the fact, and that facts not from Mr.Bean for sure..haha

  7. |1f34|-|1r3 said:

    aku dh baca dh blog tuh…aku pon perasan ko komen..hehe

    menj..tak elok ko wat komen camtuh…nanti org kata ketam mengajar anak berjalan lurus…pikir2kan..

  8. rohaizad said:

    L4H – Surind dah silap langkah. So dia kena hadapi semua ini. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, buruk padahnya.

    Kucing bawa tidur rimau bawa igau,
    masuk tempat orang bawa otak bukan pisau…

  9. pcuserz said:

    people who plays with FIRE must ready to face the HEAT.
    if not he/she (or whatever you may called “it”) will eventually CRASH & BURN!
    ps.: never let our anger overwhelming our insanity.

    pcuserzs entri yang terkiniprison of speech

  10. |1f34|-|1r3 said:

    memang btol beb…tp adakah semua perkara kena amik keputusan keras macam tuh? bila kita berhadapan ngan org jahil..kita takleh salahkan dia camtuh…kalau kita dh sound…tp buat keras kepala jugak…mmg patut kita pon turut melenting..cam kes surind ni..dia wat keras kepala…aku leh paham kenapa ko nak melenting…aku pon tak setuju kenapa dia nak mengomen pasal agama org lain…dan kesimpulan aku…surind adalah jahil,bodoh dan patut jd kera sumbang…papehal pon aku respek comment DR.SARAVANAN R kt blog dia..

  11. izzat said:

    bila mula2 ak baca blog dia menerusi entri kat blog hasbullah, awal2 lagi ak dah x setuju, ak x habis baca entri die lagi…ak baca tajuk je dah rasa semacam.. kenapa tiba2 nak hina agama lain? dah hampir lebih 50 tahun, kenapa tiba2 timbul isu ni?

    hal die punye sumber dari youtube tu toksah citer r.. ni la jenis blogger yang hanya refer source dari satu sumber je, pastu buat kesimpulan sendiri yang membakar diri..

    ak ada kawan2 dari kalangan pelbagai agama, buddha, hindu, kristian dan sebagainya. x penah sekali timbul hal mempersoalkan hal keagamaan masing2..kenapa si surind ni tiba2 nk bercakap hal agama lain dengan fahaman sendiri yang mengarut? ak rase mungkin dia hnya ada kawan di kalangan dia sahaja, sbb itu x pernah nk merasa macam mana budaya menghormati antara kaum dan agama.

    kita tgk apa tindakan dia seterusnya. nak berkeras atau sebaliknya.

  12. rohaizad said:

    PCUSERZ – Betul

    L4H – Dia perlukan sedikit brainwash.

    IZZAT – Sebab itu aku cakap berkali-kali kat dalam catatan di atas, aku “kasihan” dengan dia. aku rasa sedih dan pedih dengan pandangan dia yang sungguh cetek itu.

  13. [...] blogger lately. You can read more about the issue that has been elaborated really well by Rohaizad here. And I agreed every point that has been said by Rohaizad in his latest blog [...]

  14. samdaddycool said:

    ..hmmm .. menyayat hati.. isu yang tak epatutnya diketengahkan oleh seorang warganegara Malaysia dalam masyarakat majmuk dan berbilang bangsa…

    Idiot!

    samdaddycools entri yang terkiniKeledek Vitato ???

  15. NoktahHitam said:

    keras lawan keras? Tak bole. Islam mengajak kite utk berlemah lembut. Dalam erti kate lain, tak bole la kite nak maki hamun ke atas perkare macam ni. Si surind ni mungkin mentah + jahil. Biarkan die. Kau bole kutuk sekeras2, tp buat ape nak turun ke level macam die?

    Dulu mase aku kecik aku pernah terpikir gak pasal arab buat profit dgn suruh kite tunaikan haji. Bile dah kaji2, haji @ pilgrimage di buat sebelum Nabi lahir lagi.

    Dulu Raja Yemen nampak oppurtunity macam ni, lalu die buat satu tempat ala-ala kaabah kat Yemen. Abu Jahal (kalau tak silap) pergi ke Yemen, berak depan kaabah tipu tu.

    Sbb bengang nye pasal, Raja Yemen hantar troop ke Makkan utk robohkan kaabah. Mase tu Abu Mutalib (datuk nabi) ketua Makkah, di suruh semua orang berundur/keluar dari makkah, sbb takut mati di lanyak tentera Yemen.

    Time tu la burung ababil datang bawah batu berapi, dan nabi dilahirkan shortly lepas tu.

    Kalau kau fikir balik, Sape punye salah to begin with? Abu Jahal ke Raja Yemen?

    Ini bukan cerita dongeng. Aku bace ni dari tafsir.

    Mungkin kau rase cerite ini tak de kene mengene, tp sebenarnye segale2 nye kene ikut sejarah sebelum nya.

    Berbalik kepada Surind, sbg masyarakat Islam, AKU CADANGKAN kepada semua, tak perlulah berkasar kepada Surind. Biar die menyalak, jgn kita menyahut.

  16. rohaizad said:

    SAM – Dia tidak sedar apa yang dia cakap.

    NH – Aku rasa ko dah dapat point aku. Harap Surind boleh berfikir secara rasional, bukan emosinal.

  17. Truckster said:

    xhabis-habis la percubaan mencetuskan api perkauman kat Mesia ni…..

    apapon mamat ni perlu kita pahamkan mengenai apa saje ajaran islam

  18. pcuserz said:

    kita kene guna reverse psikologi nk lawan orang macam surind ni.
    we can’t fight fire with fire.

    pcuserzs entri yang terkiniselamat hari raya aidiladha

  19. azwan said:

    aku rasa Surind perlukan kasih sayang, mungkin masa kecik-kecik dulu dia x cukup kasih sayang sehingga dia sanggup menghina agama lain hanya untuk mendapat perhatian.

  20. rohaizad said:

    AZWAN – Kalau betul begitu, kasihan…. Surind. Tapi kalau dia mempunyai agenda di sebaliknya, dia akan terima akibatnya.

  21. emme said:

    Kawan2 semua, apa lagi FLAG la blog dia…

  22. rohaizad said:

    EMME – Satu idea yang agak selamba jugak tu… ekekeke.

  23. megat said:

    tak perlu nak salah kan satu pihak sahaja. apa yang aku mampu katakan lihat sahaja dunia kini, saling tuding menuding dan timbul budaya ‘taici’.

    dan atas sikap macam tu maka bakal timbul perkara macam ni. nak salahkan siapa?

    skang ni pun kita boleh nampak macam mana sosial antara kaum kini dan sebelumnya. berbeza bukan?

    kadang-kadang aku fikir, bukannya bertambah baik tapi bertambah buruk. kenapa?

    sebab wujudnya manusia seperti si surind yang mementingkan fahaman sendiri atau fakta yang tidak sahih. memang kasihan!

    tahu tak kenapa islam suruh menjaga hubungan antara kaum tak kira agama, bangsa dan warna kulit!? lu fikir lah sendiri!

    megats entri yang terkiniTrajedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, Bicara Dari Langit

  24. er… bro.. pepatah akhir tu.. jarang tebuan..?? bukan ke sarang tebuan ke..?? huhuh..

    sallikin@nikillass entri yang terkiniIf you’re… I will be…

  25. rohaizad said:

    SALLIKIN – Oh yea.. terima kasih . Tak perasan plak. Pembetulan sudah dibuat.

  26. [...] blog kita bersifat apa, sesiapa pun boleh menyertainya. Kita pernah dicerca dengan manusia bernama Surind laknatullah sebelum ini. Malah ramai lagi manusia seperti Surind yang wujud di muka bumi Allah ini [...]

belanja-saya