Motivasi (unsur motivasi) ada di mana-mana.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: December 9, 2008 online
Setelah mendapat pelbagai reaksi dan komen yang bervariasi di catatan motivasi
yang lepas, hari ini aku suka untuk menyambung kembali perbincangan yang agak menarik ini.
Tiada apa yang panas dalam catatan kali ini, cuma sekadar ingin meluahkan sedikit idea yang mungkin seronok untuk dibaca.
Blogger sebenarnya adalah manusia biasa.
Blogger juga perlukan suntikan motivasi dan dorongan minda. Tidak kiralah sama ada dia berblogging sepenuh masa ataupun separuh masa, jiwa dan hatinya kadang-kadang seolah-olah berasa malas untuk melihat dunia yang bermacam-macam ragam ini.
Seperti yang aku pernah katakan di catatan yang lepas, motivasi adalah satu permainan minda dan juga aliran adrenalin. Jika ianya terjadi, maka segala yang telah dirancangkan pasti akan terlaksana. Ia saling tak tumpah umpama suis bot yang perlu dipetik, lalu menderumlah ia melawan badai dan juga ombak yang mendatang (fuhh… handal seh aku bersastera hari nih…).
Tapi kita sebagai seorang manusia selalu terlupa untuk membantu diri sendiri. Dalam kesibukan menolong orang lain, kita seharusnya mempunyai masa untuk membelek keadaan dan juga situasi diri sendiri.
Maksudnya, kita sering kali tidak endahkan akan keselesaan diri dan juga ketenangan minda. Dunia akan terus berputar dan laut tidak akan pernah pernah berhenti bergelora.
Jadi, mengapa tidak kita beri peluang kepada minda kita supaya selalu berada pada tahap motivasi yang unggul?
Aku bukanlah seorang yang tahu mengenai ilmu psikologi mahupun cara untuk bermotivasi. Tetapi aku ada juga membaca sedikit sebanyak tentang subjek motivasi ini.
Hakikat yang kita perlu tahu ialah jika kita boleh menempatkan diri kita dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan bermotivasi, maka itu adalah satu anugerah yang tidak terhingga.
Inilah salah satu cara yang paling baik dalam menghargai diri sendiri. Jika tidak… mungkin kita akan aniaya diri kita sendiri tanpa kita sedari. Atau dengan perkataan lain, kita akan membiarkan diri kita berada dalam keadaan yang letih, kusut dan juga lemah.
Sebenarnya motivasi ada dimana-mana, cuma bezanya cara kita menyerap nilai motivasi itu. Sama ada kita perasan atau tidak, minda boleh menguasai segala tingkah laku dan juga perbuatan kita. Dan baru sebentar tadi, adrenalin aku telah mengalir dan minda aku telah berevolusi setelah menonton rancangan Awan Dania di saluran Astro.
Telemovie Awan Dania ini agak menarik bagi aku kerana ianya mengisahkan tentang 2 watak yang tiada keyakinan tetapi mempunyai peluang untuk mencapai apa yang diinginkannya. Si wanitanya ingin menjadi FA (flight attendant) yang terbaik di Air Asia manakala si lelakinya pula menyimpai seribu impian untuk menjadi seorang Pilot. Sungguh memotivasikan.
Tapi dalam semua adegan yang aku tonton tadi, aku terkesan sekali dengan satu adegan di mana Nasha Aziz bercakap dengan dirinya sendiri.
Dalam adegan itu, dia merasakan sudah sampai masanya untuk menunjukkan semua hasil lukisannya keseluruh dunia.
Peluang yang diberikan oleh rakan baiknya untuk meletakkan hasil lukisannya di galeri rakannya itu di Australia tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Dia tahu bahawa inilah masa yang terbaik untuk merealisasikan semua impiannya yang telah terkubur sejak sekian lama.
Ini yang Nasha katakan pada dirinya:

” Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tidak boleh? “
* kata dalam TV pun boleh dapat motivasi….. best`kan?
** Terima kasih kepada En Razif Yusof kerana telah sudi menghubungi rohaizad dot com untuk menyewa ruang iklan di side bar blog ini. Semoga pengiklanan itu dapat membantu (jika ada yang ingin beriklan di sini, sila hubungi).
*** Aku semakin seronok melihat perkembangan program Chitika Premium Publisher. Peningkatan dari segi jumlah klik amat memberansangkan. Harap ini dapat menjadikan diri aku lebih bermotivasi untuk menambah pendapatan.








Jat..ko layan jugak Awan Dania eh? betul laa tgk citer tu jer ader motivasi sikit…walaupun bigor2 pompuan tu tp berwawasan…
haahlaa.. aku kalau tgk Nasha dalam citer tu rasa semakin bermotivasi jee..keh3
nuaemans entri yang terkiniAkur dengan Rancangan Tuhan..
Aku xde astro..ngeh3, aku tgok okto..hehe
chitika. aku blm daftar lagi. hehehe. nanti la aku daftar. kena ubah balik blog. hehehe.
CHUCKIESD – Itu yang kita mau. Semangat.
NUAEMAN – Ha’ah.. yelah tu. Dah namanya JANTAN`kan?
EZAD – okto?
TAUKEY – Yup, teruskan apa yang telah dirancangkan. Bila nak confirm beli domain tuh..?
Lor dduk johor xtau okto, nilah pengaruh astro dan AF..ngeh3, cari diblog gue psal channel OKTO..hehehe
Aku tak mainlah channel Singapore ni brader… wahahaha.
beli domain? domain apa erkkk? ada ke?
TAUKEY – aiseymen.. aku salah enter laa.. nak hantar YM kat orang lain tapi tak sedar masuk ke komen section plak… wahahaha.
wahahahaha…aku ingat tadi aku ada order dengan ko tadi. rupanya tersilap tekan. wahahahaha
haha.. tapi walau silap masuk.. nampak natural jeee..
nuaemans entri yang terkiniAkur dengan Rancangan Tuhan..
Biasalah… screen aku ni kadang-kadang penuh dengan YM. Sampai pening …
alahai.. terkesima aku dengan kata-kata nasha tu.
fadils entri yang terkiniChill out guys!
biasala jat..orang penting…
.. motivasi dalam blogging? Aku paling semangat bila tengok ada keyword atau trafik mencanak-canak masuk (trafik aku tak hebat lagi)..
…Jad, chitika ni khas untuk paid platform blogs je kan?
samdaddycools entri yang terkiniKluang station at TESCO Melaka
FADIL – Ko terkesima dengan kata-kata Nasah ker dengan orangnya?
SHAFFIK – Siapa org penting tu?
SAM – Chitika tu tiada kena mengena dengan paid platform blog. Semua blog boleh janji english dan ada SERP traffik dari US.
kedua-duanya sekali ZAD..wakakaka..
fadils entri yang terkiniChill out guys!
.. hmmm thanks jad.. aku dah tercampur balik blog aku ada BM sikit..
samdaddycools entri yang terkiniPainting for money, blogging for what??
blog aku dah diterima chitika. 1st time ni buat pengiklanan dengan cara tak nampak. hahahaha. nasib baik ada tutorial dia ajar cara nak tgk iklan. kalau tak memang hampeh la blog aku tu. ahahha
motivasi!
ya! itu yang aku perlukan!
pcuserzs entri yang terkiniflower needs viagra too?
Kena faham betul-betul cara nak dapat duit dari Chitika ni. Kalau tak, payah nak merasa walaupun 1 sen pun.
[...] reply di status Facebook tersebut kerana jawapan kalian juga memotivasikan aku pada malam ini (motivasi ada di mana-mana… masih ingat [...]
Diulas pada February 23rd, 2010 at 2:45 am