Datanglah ke blog rohaizad dot com jika hendak tahu cara-cara bercium.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: December 11, 2008 onlineHari ini aku agak sibuk dengan aktiviti luar. Boleh tahan jugaklah aktiviti luar aku hari ini dan terasa benar aku bersosial. Benar-benar sosial.
Lepas Subuh, aku sambung tidur sampailah handphone aku berdering (8.45 pagi). Dengan suara yang agak rabak, aku jawab panggilan itu tanpa melihat nama siapa yang tertera. Sebaik terdengar je suara di speaker handphone tu, aku dah dapat cam gerangan siapakah yang membuat panggilan itu. Dia ialah salah seorang member baik aku, lelaki.
Adehh… kan ke BEST kalau time-time gini Nora Danish yang buat panggilan dengan suaranya yang lembut tu “awak dah bangun ker?”… wahahaha!
Kemudian, aku terus ngeteh dengan member aku tu sampai pukul 11.00 pagi. Banyak betul cerita yang aku dengar dari dia. Biasalah.. orang tengah ada masalah, so aku follow je la. Lagipun, aku memang dikenali di kalangan kengkawan aku sebagai “good listener”. Serious, aku mendengarnya dan tolong memberikan idea setakat mana yang mampu. Tidak sedikit pun rahsia kengkawan aku terlepas dari mulut aku ni. Dari masalah peribadi sampailah hal bisnes.
So lepas je minum, aku terus shoot ke Car Wash di sebelah Giant, basuh kereta. Dah hampir seminggu kereta aku tak mandi (semenjak balik dari Kajang, Selangor).
Balik rumah selepas makan tengah hari, aku kena hantar adik aku pulak ke Terminal Larkin. Dia kena naik Selangor balik jumpa professor dia (pukul 1.30 tengah hari).
10 minit lepas aku hantar dia di Terminal Larkin tu, aku terus drive ke Danga Bay sebab mamat galah Menj tu nak jumpa aku (dia turun ke JB untuk jumpa tunang tersayang .. uwekkk!)
Di Danga Bay, aku dan Menj (dia ni memang tinggi … macam galah!) pun borak-borak biasa jer. Dah dasar full time blogger, takde mende lain yang dibualkan.
USD…USD…USD, itu jer motif yang selalu diperkatakan. Tapi part yang paling best sekali bila dia cuma belanja aku air Teh O Ais Limau jer! Teh O Ais Limau jer? Kelmarin masa chatting kat YM dia janji nak belanja aku Nasi Ayam… cehh, ada ke patut? Korang cakap ngan aku… ada ke patut? ekekeke.
Kemudian aku balik ke rumah. Tapi lepas aku keluar dari kereta, aku nampak kereta MyVi hitam aku ni macam tak berkilat. Apalagi, aku terus pergi beli wax cream dengan harapan untuk naikkan balik seri warna hitam tu. Lepas beli cream wax tu, aku terus balik rumah dan mula layan wax kat kereta aku. Habis semua bahagian kereta tu aku tepekkan dengan wax cream tu. Yang lepaknya bila nak gosok balik… fuhhh. Lenguh giler tangan ni.
Lepas wax, aku tengok jam kat tangan pukul 5.30 petang. Aku start enjin kereta sekali lagi sebab nak amik anak sedara aku kat Taman Sentosa. Takper, yang penting… kereta dah berkilat barat. Semangat sket!
Malam lepas Maghrib, aku mula tak senang duduk. Akibatnya, aku terus amik kunci kereta dan drive pergi ke kedai aksesori kereta. Aku dah tak tahan lagi dah. Tangan aku dah lenguh. Aku mesti beli machine polish kereta tu. Sebab esok-esok nanti tak payahlah aku wax/gosok kereta pakai tangan lagi. Duit pun boleh jimat sikit. Asyik nak wax kereta kat Car Wash… mana boleh tahan`kan? Pendek cerita, habis semua kedai aksesori kereta aku pergi. Dari Giant sampailah Brother’s Permas Jaya. Semuanya hampeh.
Aku tak tau lagi dah mana nak cari model polish machine yang aku nak tu. Sebab majoriti polish machine yang dijual adalah bersaiz 24 cm. Aku tak nak polish machine yang besar gedabak tu (24 cm). By right, jam kat tangan sudah pukul 9.00 malam. Dengan hati yang agak hampa, aku balik ke rumah dengan tangan yang kosong. Esok aku akan cari lagi.
Penat… memang penat.
Dalam perjalanan balik, aku teringatkan pulak anak-anak sedara aku yang kat rumah tu. Maklumlah, cuti sekolah. Apalagi, terus aku menyimpang ke kedai burger. Part menunggu burger tu siap yang aku lemah tapi takper.. anak sedara punya pasal, aku sanggup. Janji diaorang kenyang. Bila diaorang kenyang, aku suka sebab dapat kongsi rezeki. Esok cari lagi rezeki lain`kan? Apa ada hal….
Bila perut dah kenyang, aku terus tengok TV. Laptop tak bukak lagi sebab ada 3 cerita yang aku sibuk tukar-tukar tengok. Sekejap aku tengok cerita Renjis (lakonan Elyana), sekejap aku tengok Kelab Pop. Paling best ialah bila time iklan. Sebab inilah masanya aku dapat tengok cerita Puteri… yeehaaaa, Nora Danish lagi!!!
So genap pukul 10.40 malam, aku online balik.
Dan hari ini, ada satu rahsia yang aku nak beritahu kepada semua pembaca blog ini. Sebenarnya, ada satu perangai yang aku rasa kamu semua patut tahu mengenai aku. Selain dari bloghoping, aku memang suka monitize blog (blog monitization). Maknanya aku akan peruntukkan sedikit masa sebelum aku menaip catatan yang seterusnya such as tatistik traffik, returning visitors, feed subscribers, keyword dan juga SEO.
Dan selalunya, yang akan membuatkan aku tergelak sorang-sorang ialah bila melihat statistik keyword serta SERP untuk blog ini. Kadang-kadang tu, aku sampai dah takleh nak handle lagi. Memang aku akan ketawa seorang diri … kah…kah…kak…kah…!
Iya… sakit perut aku bila melihat kegilaan SEO. Walaupun aku tahu aku tidak boleh kawal SEO dan keyword blog ini, tapi aku boleh monitize`nya. Kamu pun boleh monitize blog kamu. Dan buat yang ke sekian kalinya, aku layan lagi keyword dan SEO blog ini. Pendek kata, ada di kalangan pengguna internet telah terjumpa blog ini hasil kegilaan dia sendiri dalam mencari tips untuk “cara-cara bercium“.
Keputusannya?
Keputusannya sungguh melucukan sebab spider crawl dan algorithm Google telah memilih blog ini. SERP yang terhasil bagi keyword itu telah melihatkan blog ini di muka surat pertama Google SERP. Kamu hendak lihat dengan mata kepala kamu sendiri?
Ini dia:

Jadi, datanglah ke blog rohaizad dot com jika hendak tahu cara-cara bercium…!!!!
SEO memang gila!
Wah…hah…hah…hah…hah…. !!!!



wahahaha..aku dah try ZAD tadi. Memang betul kuar ko punya web ranking pertama lagi bila aku search kat google Malaysia. Hebat betul seo kamu ZAD.
fadils entri yang terkiniGoogle has added digital copies including old magazines
FADIL – Bukan hebatlah… SEO ntuk keyword tu aku tak usha langsung. In fact, aku tak target keyword tu at all. Tu yang aku tergelak sakan tadi
kalo cam tu elokla buat title lain citer lain hahahah…. janji title panas!
SHAXX – Citer lain… ehem, ehem.. rekomenlah sket tajuk kat aku.
haha…sape yang gune keyword tu secara automatik akan membace blog….semoge diorang mendapat ilmu yg bermanfaat..haha
wakakakaka. aku pun nak belajar juga cara-cara bercium la kat sini. hahaha. tak sangka plak aku ada orang google keyword cara-cara bercium. hahahaha
Takdak pun cara bercium. Haha..
safwanhussins entri yang terkiniApa Peliknya Aku Tak Merokok?
Incik.. bole ajar sayacara-cara bercium.. kikiki
samdaddycools entri yang terkiniPainting for money, blogging for what??
eSEMPOI – Hahahaha…
TAUKEY – Kena tanya pada yang pakar la kot…
SAFWAN – Itulah sebab aku kata SEO gila…
SAM – Boleh, bercium dengan kambing Jamnapari boleh la wehhh….
Yeah, aku pun nak belajar cara-cara bercium jugak! Wakakakaka…….
alamak tak plak spesifik cara-cara bercium..implement dah implement dah..but nak touchup jer..hehehehehehee
hehe. aku pun penah kene macam2. Kekadang, perkataan pelik-pelik pun kuar. haha..memang gila tul seo nih..
wahkakaka…
tumpang tanye en. rohaizad..
mane tempat daftar?
saya nak tau “cara-cara bercium”.
wahkakaka…
pcuserzs entri yang terkiniflower needs viagra too?
hahaha. kelakar la. blog ni dah jadik sedikit kelucahan. hehe
ahahhaha,aku igtkan apa.buat saspen jerk.tgh tggu nak jadi mcm bro rohaizad plak,i.allah
rohaizad Reply:
December 10th, 2009 at 11:58 am
Ahahahah… kadang-kadang SEO ini pun boleh membuatkan kita tergelak sorang-sorang.
Zad, Ko nak beli mesin polish kereta kan? Aku ada mesin polish kereta jenama HITACHI model SP 18VA baru lg aku beli. Ada pemegang. Senang ko nak guna. Aku beli tuk guna sendiri tapi x brape pndai la. Kalau ko berkenan aku jual kat ko RM450.00 je….Nak ke? SMS/Call 012-3125894
rohaizad Reply:
May 21st, 2010 at 7:18 pm
Bro… ini citer tahun 2008, sekarang dah 2010… anyway, lepas entri ini dibuat… dah ada org offer pun.
Thanks
Not Reply:
May 31st, 2010 at 9:36 am
ok….tp kalau ada kengkawan cari mesin polish kereta bgtau la. tq.