Revolusi blog dan blogger Islam seMalaysia.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: December 12, 2008 online
Sebenarnya, catatan ini sepatutnya dah lama patut dipublish. Tapi sifat tangguh.. tangguh.. dan tangguhh… yang menyebabkan semuanya terbengkalai.
Aku berpendapat sudah sampai masanya kita meletakkan blog peribadi kita di atas satu lagi landasan yang boleh membantu kita dalam mengingatkan antara satu sama lain. Maksudnya kita seharusnya mempunyai satu elemen yang boleh membuatkan kita menyanyi lagu yang sama (sing the same song).
Begini.
Tadi aku singgah di blog Nuaeman. Selepas selesai aku membaca catatannya mengenai Izinkan Daku Berzina, aku rasa terpanggil untuk membuat satu revolusi yang mana semua blogger Islam boleh mendapat manfaat daripada revolusi ini. Tidak kiralah blog kita bersifat apa, sesiapa pun boleh menyertainya.
Kita pernah dicerca dengan manusia bernama Surind laknatullah sebelum ini. Malah ramai lagi manusia seperti Surind yang wujud di muka bumi Allah ini (wa’emah sejak dari zaman Nabi lagi). Tetapi apabila kita menerima negatif impact sebegitu, barulah kita sedar akan hal yang berlaku dek kerana tanggapan orang di sekeliling kita. Hendak buat report polis pun, esok-esok akan ada lagi blog yang semacam Surind ini.
Revolusi ini bukannya untuk orang bukan Islam sahaja, tetapi lebih kepada orang Islam itu sendiri. Kita mesti memahami konsep Islam itu sendiri, barulah boleh ditunjukkan kepada orang lain. Ini bukanlah ayat provoke untuk orang bukan Islam, tetapi aku pasti semua agama di dunia ini inginkan umatnya berlaku baik sesama insan yang lain. Dan inilah yang aku ingin ketengahkan melalui revolusi ini.
Bagaimana caranya?
Mudah sahaja.
Kita ada blog dan kita ada pembaca/pelawat. Mengapa tidak kita gunakannya di landasannya yang tersendiri? Berpandukan elemen yang ada, kita mampu lakukannya kerana ianya tidak memerlukan sedikit kos pun melainkan NIAT kerana Allah Ta’ala.
Kita juga mempunyai blogger yang sungguh berdedikasi dalam menyampaikan catatan niche Islam seperti blog Ustaz Zaharuddin dan blog Imam Khalid. Tapi kita lupa bahawa tanggungjawab itu sebenarnya bukan terletak di sesebuah blog yang mempunyai niche Islam, ianya terletak di bahu kita juga. Sebab itu aku katakan ianya bergantung pada hati dan niat.
Aku sendiri pun selama ini “lupa” akan tanggungjawab “tabligh” ini. Jika ramai dari kita yang keluar tabligh berminggu-minggu lamanya, blogger juga boleh cuma platform sahaja yang berbeza. Mengingatkan seseorang dengan orang lain dan mengingatkan antara sesama kita juga adalah sebahagian dari tabligh. itu semua boleh dilakukan hanya melalui blog kita sendiri.
Jadi apakata mulai hari Jumaat yang berbahagia ini, kita terbitkan bersama satu catatan yang boleh kita jadikan renungan bersama. Contohnya seperti apa yang dibuat oleh Nuaeman tadi. Sirah Nabawiyyah adalah satu contoh terbaik untuk kita recall semula apa yang kita telah lupa selama ini. Corak dan persembahan catatan terpulang dan pastinya akan berbeza. Berikut adalah antara kategori-kategori yang boleh kita kongsi pada setiap hari Jumaat:
1. Sejarah Nabi-Nabi.
2. Hadith Nabi.
3. Kalam Quran.
4. Motivasi Islam.
5. Ibadah.
Cuba bayangkan kalau setiap hari Jumaat, semua dari kita memaparkan satu catatan yang berunsurkan Islam. Pergi ke blog ini, kita dapat baca cerita Nabi.. pergi ke blog itu pula ada catatan berkenaan motivasi Islam dan pergi ke blog yang satu lagi pula bercerita pasal sejarah Nabi. Seronok bukan?
Aku sendiri tidak rasa yang ianya sesuatu yang leceh. Kita boleh menerbitkan sehingga 5 catatan dalam masa satu hari. Kita sanggup berkomentar dalam satu blog pasal Norman Hakim dan Memey, kita sanggup menulis sehingga 1000 patah perkataan mengenai adsense dan kita sanggup menulis macam-macam di blog kita. Sekali lagi, yang penting adalah niat.
Pernahkah kamu bayangkan blogger Mohd Ismail menerbitkan satu kisah motivasi Islam (besar pahalanya tu Mail) di blognya yang femes itu?
Pernahkah kita bayangkan Alang berkongsi mengenai kisah Nabi seperti yang diceritakan pada anak-anaknya?
Dan bolehkan kita bayangkan blogger Kak Jie dan bercerita tentang kisah taatnya seorang isteri kepada suaminya?
Atau blogger Nikillas yang membuat satu entri kesedaran mengenai kisah si anak yang derhaka terhadap ibu bapanya?
Walaupun hanya seminggu sekali (tidak minta komitmen setiap hari), semua catatan sebegini pastinya dapat memberi kesedaran manakala niat untuk kita muhasabah diri tetap ada. Pastinya ia boleh dibaca oleh seluruh peminat blog di Malaysia. Wanita bekerja boleh membacanya di pejabat, yang isteri di rumah boleh membacakannya pada anak-anaknya dan bagi yang ingin mencari “diri sendiri sebagai Khalifah Allah”, catatan sebegini pastinya boleh membantu.
Bukan susah pun. Kadang-kadang ramai dari kawan kawan kita yang menghantar kisah sebegini melalui email`kan? Jadi copy paste sahajalah agar dapat dikongsi bersama. Insya`Allah.
Dan sekarang dengan rasminya, aku sudahpun menambah satu lagi kategori bertajuk “Renungan Hari Jumaat”. Ad sesiapa yang ingin bersama dalam menjayakan Revolusi blog dan blogger Islam ini? Kalau ada, alhamdulillah….









wa rasa ia tidak semestinya bersifat tazkirah.
apapun, ia adalah cadangan yang baik. sambil2 cerita pasal duit, selitkan pasal isu riba.
PAKDI – Aku sebenarnya memang inginkan isu tazkirah di ketengahkan. Serious!
[...] adalah catatan pertama untuk Renungan Hari Jumaat ini. Semoga kita mendapat iktibar terutamanya [...]
Diulas pada December 12th, 2008 at 4:15 pmbetul tu. dunia tanpa sempadan (tapi ade batasan)
jadi kita boleh berdakwah & tazkirah kepada semua orang globally.
“saham” akhirat kita pon masyuk…
insyaAllah.
ps.: syabas kepada pendakwah2 siber!
pcuserzs entri yang terkiniflower needs viagra too?
betul2 rohaizat..aku sokong..mane2 blog2 yg popular sepatutnya..ada kesedaran ini..itu pon boleh dikategorikn sbg dakwah juga tue..bagus..aku sokong.
Blog Buat Duits entri yang terkiniMitos Buat Duit Dari Perniagaan Internet
Erm… sokong ker? Kalau sokong, jangan tak serta yea..!
Aku jugak sokong entri ini. Islam itu memang indah bro.
ok…rahaizat..nanti aku post..benda2 cam gini..ko kena p lah kat blog aku 2..maklumlah…blog baru..trafik bkn xdea..tp ciput jea..walaupun blog aku guna blogspot jea..tp..INSYAALLAH lepas nie aku guna blog.com lah plak..fhm2 jealah..aku baru blaja jea..benda2 cam gini..nak buat blog.com masih dlm pembelajaran lagi..huhuhu
Blog Buat Duits entri yang terkiniMitos Buat Duit Dari Perniagaan Internet
Cadangan simple tapi memang bernas. Akan dilaksanakan.
menjs entri yang terkiniDanga City Mall
… satu amanat yang seeloknya dlaksanakan kita,samada secara langsung (formal) atau pun tidak langsung.. mungkin hanya beberapa baris ayat atau hadis sudah memadai.
samdaddycools entri yang terkiniIs this your dream car???
Aku harap kamu semua akan turut serta dalam revolusi ini.
Yep, satu saranan yang sangat bernas, sememangnya perkara ini perlu. Ingat-mengingati antara satu sama lain dan sebenarnya dengan cara ini kita juga mengingatkan diri sendiri. Lebih membuatkan kita faham dan patuh.
Dalam kes surind tu bagi aku kita habiskan air liur menyumpah dia pun ianya tetap akan berlaku dan manusia-manusia begitu sememangnya wujud..
Sekurang-kurangnya dengan kaedah ini kita juga dapat menambah dan memantapkan pengetahuan agama. Tak kiralah banyak atau sedikit. Sebagaimana sabda Rasullulah SAW ” sampaikanlah walau satu ayat” dan biarpun usaha ini nampak kecil tapi signifikan.
nuaemans entri yang terkiniIzinkan Daku berzina..
satu idea yang baik…sambil kita berblogging ni kita selitkan entri / artikel yang boleh mengingatkan sesama kita ke arah kebaikan. Bersama-sama kita ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Yer laa kadang-kadang kita ni alpa dan lupa.
Insya-Allah.
[...] menyahut seruan Rohaizad untuk membuat revolusi blog Islam (baca: tazkirah), maka saya perturunkan ulasan mengenai sebuah hadis Rasulullah s.a.w. mengenai [...]
Diulas pada December 14th, 2008 at 12:49 pm[...] lalu ada satu saranan tentang Revolusi blog dan blogger Islam dan aku harap perkara ini dapat dijayakan sebaiknya oleh para-para blogger Islam. Bukanlah terlalu [...]
Diulas pada December 19th, 2008 at 12:42 am[...] ingat lagi dengan Revolusi Blogger Islam Semalaysia? Atau masihkah kita ingat pada satu kisah untuk Renungan Hari [...]
Diulas pada December 19th, 2008 at 1:43 amAq pun akan turut serta. Insyaallah.
kami di Indonesia sangat mendukung………….