Jualan Penghujung Tahun Domain dot info di rohaizad dot com.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Internet - Tarikh diterbitkan: December 13, 2008 online

Semalaman aku sibuk mengemaskinikan domain portfolio aku bagi tahun 2008 ini. Dalam usaha untuk memudahkan aku menyediakan portfolio tahun 2009 yang akan datang, aku berhasrat untuk menjual sebahagian dari domain-domain yang aku rasakan boleh dijual.

mydomain-logo.gif Mengapa domain-domain ini hendak dijual?
Seperti yang aku katakan di atas, proses pengemaskinian domain portfolio aku sedang dilakukan. Tambahan lagi, domain ini akan expire pada pertengahan Januari 2009. Jadi jika kamu rasa domain ini boleh dipelbagaikan dan boleh dibuat keuntungan daripadanya, maka rebutlah peluang ini kerana ianya akan dilelong pada harga yang rendah.

Berapa harganya?
USD2.00 per domain. Untuk blogger Malaysia, aku akan memberikan harga istimewa iaitu RM5.00 sahaja setiap satu. Tapi kalau beli lebih dari 3 domain, sudah tentunya akan diberikan discount.

Baiklah.
Inilah domain-domain yang telah diasingkan untuk dijual dan buat pengetahuan kamu semua, domoain-domain yang tersenarai dibawah telahpun diiklankan di beberapa forum yang berkaitan dengan domain. Bermakna jika tidak dijual di blog ini pun, ianya tetap akan dijual pada umum berdasarkan first come, first serve.

Domain di atas didaftarkan di Mydomain.com.
Pastikan kamu sudah mempunyai akaun di situ kerana domain ini akan ditransferkan ke dalam akaun Mydomain kamu itu. Selepas itu, kamu boleh menukar DNS (Domain Name Server) domain itu kepada hosting kamu seperti biasa.
* Domain LatesVideo.info dan NiceGirl.info mempunyai harga yang berbeza kerana ianya adalah keyword generic domain ($20 setiap satu).

Jika berminat, sila email aku untuk pembayaran dan proses transfer domain.

UPDATED !!!! 19hb Disember 2008.

*** Kesemua domain ini akan di releasekan sebagai FREE.
Iya … PERCUMA. Masih ada lebih kurang SEBULAN sebelum domain ini expired. Jika ada yang nak menjualnya semula ataupun menggunakan domain itu, ambillah peluang ini. Sila booking domain yang kamu mahu di catatan itu melalui ruangan komen yang ada. Untuk berlaku adil, satu domain untuk setiap seorang.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 29 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    walaupun semua domain tu dot info tapi meleleh gak aku tgk dia punya nama tu.

  2. rohaizad said:

    TAUKEY – Domain yang mana satu tu?

  3. taukey said:

    domain yang aku suka tengok kat situ tu latestvideo.info dan techzine.info. tapi kalau dilihat yang nicegirl.info tu ok gak. niche ketiga-tiga domain tu best gak

  4. rohaizad said:

    Ye ker?
    kalau gitu aku kasi ko terus domain TechZine.info tu. Ko sign up kat Mydomain.com. Pastu, inform aku. Aku akan transfer domain tu kat ko. FREE! (itupun kalau ko nak la).

  5. nuaeman said:

    kalau dia taknak bagi aku jee jad.. haha..

    nuaemans entri yang terkiniIzinkan Daku berzina..

  6. taukey said:

    Aku nak sebenarnya. hehehe. Cuma aku rasa nanti kelam kabut plak aku jaga niche yang sekarang ni. hehehe. sebab niche yang satu tu competitor tinggi sangat. jadi aku kena kerja keras pada blog terbaru aku tu. hehehe

    apa pun terima kasih bro kerana ingin memberikan domain tu kepadaku. terharu aku. he he he

    aku pun nak juga buat satu blog tentang technology dan techzine.info merupakan satu domain yang sememangnya meliurkan. hehehe

  7. rohaizad said:

    Taukey- Jadi ko nak ke tak?

  8. taukey said:

    LOL aku masih tak jawab pulak persoalan ko plak daaa. tak yah la bro. terima kasih kerna nak bagi kat aku gak. tak sanggup aku buat masa ni. tak tercapai tangan aku nak buat

  9. rohaizad said:

    Okay, nampaknya aku akan kasi pada Nuaeman.

  10. [...] ingin membeli domain yang menarik dengan harga yang murah saya cadangkan anda melayari blog beliar (KLIK SINI). Siapa cepat dia dapat. Promosi juga telah dijalankan di forum-forum. Jadi sekiranya anda berminat [...]

  11. Richie said:

    bro , domain2 tu ade content lg tak? ke dah kosong?

  12. rohaizad said:

    Domain sahaja without content.

  13. lankapo said:

    salam bro,

    ada lagi yg belum dijual ke ingat nak beli newtechpress.info ke

    richie, kat sini pun ko ada ke hehe

    lankapos entri yang terkiniAdd Twitter Gadget to your Gmail

  14. rohaizad said:

    newtechpress ada lagi. Ko create satu account kat mydomain.com, pastu beri aku username ko.

  15. titan said:

    huhu..jadi domain tu dah setahun la gamaknya??

  16. hanep said:

    domain tu dari awal memang xpakai ke? dah diindex google tak?

    ko mmg pakai registrar mydomain.com je ke?

  17. menj said:

    Domain yang cun jgn lupa bagitau aku……

  18. aman said:

    techzine.info tue kalo ada lagi aku nak..huhu..minat tech jerk..haha

    amans entri yang terkiniMicrosoft : Kumo Bukan Sekadar Enjin Carian

  19. rohaizad said:

    Update !!!

    TechZine.info – telah diberi kepada Nuaeman.
    NewTechPress.info – akan diberi kepada Lankapo.
    NiceGirl.info – telah dibooking.
    LatesVideo.info – telah dibooking.

    Ynag lain?
    Sila booking cepat!!!

  20. [...] Oh ya, ingat lagi pada tawaran Jualan Penghujung Tahun Domain dot info? [...]

  21. zad…aku dah email kat ko zad..tapi domain mydailyblog.info tue dah ada yang booking ker zad?

  22. alongovtx said:

    jad,viaforex tu renew tinggi ke?aku mahu…err…adsense for domains,hehehe…aku nak gelak…overlooked…

  23. corallinkz said:

    salam zad.

    domain pdablog.info ade lagi x?

    kalo ade. pass kat aku boleyh x? kalo x leyh xpe. =)

    username: corallinkz

    thanks a lot!!

  24. firdauz said:

    fuh~ taukey byk projek baru tu. hehehe

  25. rohaizad said:

    TITAN - Yup. DOmain tu lagi sebulan genap setahun.

    HANEP - Kebanyakannya belum dipakai. Kalau pakai pun, aku cuma install WordPress jer.

    MENJ - Ko pilihlah mana yang ko nak.

    AMAN - Techzine.info telah dibooking dan diberi kepada Nuaeman.

    ALIF - Domain MyDailyBlog.info akan diberi pada ko. Sila refer pada email yang aku dah hantar.

    ALONGOVTX - Yup, renew dalam 9 dollar aku rasa. Tapi kalau nak kurang, cari coupon untuk discount.

    CORALLINKZ - Domain telah pun berjaya ditransfer ke dalam akaun. Sila sign in semula di dalam MyDomain.com untuk pengesahan. Terima kasih :)

  26. terima kasih banyak2 zad..semoga ALLAH S.W.T
    murahkan lagi rezeki ko di masa yg akan dtg.

    Blog Buat Duits entri yang terkiniBlogging: Nikmat Tuhan Yang Tidak Disedari

  27. corallinkz said:

    salam zad

    thanks a lot!

    nnti biler ak da wat website, xkan kuy lupa jasamu .

    xsangka dpt rezeki domain free.

    thanks skali lagi. .semoga ALLAH S.W.T
    murahkan lagi rezeki ko di masa yg akan dtg.

  28. kakill said:

    A’salamualikum rohaizad..

    ade lagi x domain?

    nak domain seozine.info boleyh x?
    lagi satu..

    nak renew plg murah kt ne?

    accaunt name :

    kakill

  29. rohaizad said:

    KAKILL – SeoZine.info telah dihantar ke dalam akaun. Sila login kembali ke dalam Mydomain.com

    Renew dalam $9 dollar kot. Tapi cuba cari coupon discount kat internet kalau ada. Kalau tak nak review jual kat orang $1-$2 pun boleh gak. Takalu tak nak jual, bior expired je.