Ingin beriklan? Sila klik di sini


Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 3.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: December 14, 2008 online

blogging_freedom.gifAku akan sambung catatan menjana pendapatan melalui blogging bahagian ke-3 ini dengan lebih sempoi dan senang untuk difahami.

Jika ada yang tertinggal catatan ke-2 ataupun sudah lupa, silalah imbas kembali catatan tersebut di sini.

Baiklah sepertimana yang telah kita sedia ketahui, blog dan blogging pasti akan membawa keuntungan jika kena pada cara dan tempatnya. Jika di catatan bahagian-1 telah diceritakan mengenai kelemahan blog berbahasa Melayu, catatan bahagian-2 telah diberitahu tentang kelebihan blog berbahasa Inggeris, maka di catatan bahagian-3 ini aku akan terus ke perancangan yang seharusnya dibuat.

Tetapi sebelum aku tunjukkan perancangannya, ingin sekali aku tegaskan di sini bahawa apa-apa keperluan dari segi modal hendaklah dipandang dari sudut yang positif. Kalau semua nak FREE, pergilah jadi pengemis (macam Gobalakrishnan cakap). Wa’emah berniaga burger pun kena ada modal. Bukan sedikit pulak tu. Kalau tak percaya, tanya brader-brader yang baru nak mulakan perniagaan burger tu. Takde RM500-RM1000, jangan haraplah nak berniaga burger.

Kalau kamu pandang ringan perniagaan internet ini, maka poket kamu ringanlah juga.

Jadi pertama sekali, lupakan free hosting blog provider seperti blogspot dan juga wordpress. Jika kita hendak blog kita diterima oleh semua jenis advertiser yang ada dimuka bumi ini, tunjukkan seriousnya kamu dalam berblogging. Ini adalah kerana dengan mempunyai web/blog domain dot com dan hosting kamu sendiri, barulah kamu akan dipandang oleh mereka.

Seperti yang aku katakan di permulaan catatan tadi, aku akan tunjukkan perancangan menjana pendapatan dari blogging ini dengan cara yang paling mudah. Berikut adalah graf yang aku telah sediakan:

plannicheblog.gif

Diharapkan kamu semua akan dapat gambaran bagaimana aku menjana pendapatan melalui blogging selama bertahun-tahun ini. Jika ada yang tanya berapa banyakkah blog yang perlu ada dalam sesebuah niche blog network, jawapannya adalah TERLALU BANYAK. Sebab itulah datangnya perkataan full time blogger. Kerjanya memblogging sahaja (pada dasarnya begitulah), tapi hakikat yang sebenar adalah apabila kita berada dalam dunia full time blogger, kita akan jumpa dengan 1001 lagi jalan untuk menjana pendapatan melalui blog-blog kita sendiri.

Aku akan membantu untuk menjawab seberapa banyak soalan yang akan dikemukakan oleh kamu tapi biarlah seronok untuk ditanya dan seronok untuk aku jawab. Janganlah sampai makna “niche” pun perlu ditanya. Googlinglah sendiri, betul tak?

Cuma jika tiba pada satu tahap yang aku rasakan terlalu mendalam, maka aku tidak akan menjawabnya dengan secara details kerana jawapannya ada dalam perkhidmatan personal coaching (face to face di Johor Bahru sahaja) yang aku tawarkan. Adalah tidak adil jika aku berikannya secara percuma di sini kerana dalam masa yang sama, ada ramai lagi yang telahpun membayar beratus ringgit sebelum ini untuk semua tutorial berbayar itu.

Bagi mereka yang telah mendapat personal coaching dari aku, tolong fokus dan concentrate. Kamu semua masih dimonitor oleh aku. Aku ingin melihat kejayaan kamu semua. Rezeki Allah ada di mana-mana.


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 25 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Mungkin jikalau aku telah ditakdirkan untuk ke johor bharu..mungkin aku akan pergi menemui mu wahai rohaizat..tetapi apakan daya..kau dan aku saling berada berjauhan..kau berada di barat dan aku pula berada di timur..aduksss…mungkin jikalau ada rezeki daripada tuhan selepas ini..aku akan pergi berjumpa dengan kau rohaizat walaupun engkau berada nun jauh di sana…akan ku cuba mendaki gunung ledang selepas ini utk berguru dgn kau..mungkin kah?

  2. rohaizad said:

    Huuuiiii… ayat ko ni buat bulu tengkuk aku meremang la wehh. Macam dalam drama swasta kisah cinta plak.

  3. menj said:

    Wahahaha….ni nak buat pementasan drama ke?

  4. nuaeman said:

    takpe kira prospek tu jad.. ko datang jelaa JB Alif.. korban sikit duit naik bas.. tak payahlah panjat gunung ledang tu.. aku rasa line broadband teruk kat situ.. wakakaka

    nuaemans entri yang terkiniApa bestnya menonton Bola Sepak?

  5. samdaddycool said:

    Aku masih belum bersedia utk blog dot com… (tgh sengkek sebenarnya.. kikiki)

  6. xpe..nanti ade rezeki skit..aku naiklah jb..hehehe

    Blog Buat Duits entri yang terkiniMitos Buat Duit Dari Perniagaan Internet

  7. taukey said:

    hmm….aku faham cikgu. aku akan buat sedikit sebanyak macam graf tersebut

  8. rohaizad said:

    SAM – Aku ada idea untuk ko dapatkan dot com ngan hosting ko sendiri.

    ALIFF – Ko jangan lari dari rumah plak Aliff… wahahaha!

    TAUKEY – Semoga berjaya beb!!!

  9. megat said:

    adeh aku pun terkial-kial lagi huhu. terima kasih zad, artikel yg begitu menarik!

    lepas makin ramai full time blogger! lbh besar prospek & barulah prospek tempatan disegani. barulah dpt lihat prospek review dr sykt tempatan hehe.

  10. aku datang dari jauh…aku datang mencarimu ooooo..

    Blog Buat Duits entri yang terkiniBlogging: Nikmat Tuhan Yang Tidak Disedari

  11. rohaizad said:

    ?

  12. samdaddycool said:

    ..hosting caftanonline aku byk space.. + bandwith .. cuma tak beli domain je.. (aku terkial2 nak setup blog – masa=$$$..) nak upah yg tak boleh lagi..

    samdaddycools entri yang terkiniShoes thrown at Bush on Iraq trip

  13. rohaizad said:

    Yup, kadang-kadang masa tidak membenarkan. Takper.. pelan-pelan geng. Bukan semua orang boleh berjaya hanya dengan memblogging.

    * Pintu rezeki itu ada di mana-mana. Kalau hari ini aku hidup senang, murah rezeki hanya dengan menjadi penjual goreng pisang pun, dah bersyukur sangat. Aku terima. Aku redha.

  14. chuckiesd said:

    Nice entri..aku aku teruskan usaha seperti apa yang diperkatakan..wei nak lepak aliff ker? Nuaeman / Ijat..kalau nak lepak calling2..megat kalau free jom join skali…sam turun JB…wah aku mengarah jer nampak…jgn marah eh gurau2.

  15. rohaizad said:

    SHAFFIK – Baik bos! :D

  16. chuckiesd said:

    Uik blom bos lagi…ko tu yg boss…full timer..

  17. aleh49 said:

    sy pon ada cita2 nk ada blog dot com sendiri..
    tp ape kn dya..poket kekeringan..

    aleh49s entri yang terkini35 shortcuts untuk photoshop.

  18. kita said:

    aku sekarang dah ada 3 blog berbayar…fuh memang penat nak solek….nak ku hapus ku sayang..nak tak nak aku teruskan jua :)

  19. titan said:

    agree. We need more blog for more money. One is not enough.

  20. [...] Untuk mengetahui cara-cara membuat niche blog network, sila baca di sini. – Untuk mendaftar, sila lakukannya dengan klik pada banner di ruangan bawah sebelum kotak [...]

  21. j_hafiz said:

    tkebil2 mbaca.kgum! nk bljr ngn bro rohaizad ah,.

    j_hafizs entri yang terkiniTraffic Update

  22. [...] topik menjana pendapatan melalui blog. Kalau sebelum ini kita ada bahagian 1, bahagian 2 dan bahagian 3, kali ini ianya lebih realistik dan bombastik. Ini adalah kerana aku sendiri yang akan memberikan [...]

  23. AmirMohamad said:

    Baru terbaca tips ini…menarik dan detail..kalo boleh sertakan sekali bagaimana proses link building dengan berkesan lagi cantik..he2

  24. rohaizad said:

    Link building?
    Kalau nak cerita, panjang giler. Just taip je ler kat Google tu “how to do linkbuilding”.

  25. [...] – Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 3 [...]