Google SERP – apa yang kamu perlu tahu mengenainya (adakah Google menipu kita?).
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: December 15, 2008 online
Kamu tahu apa itu SEO`kan?
Kamu tahu apa itu TAG`kan?
Kamu tahu ANCHOR TEXT`kan?
Kamu tahu HYPERLINK`kan?
Kamu tahu PAGE LINKING`kan?
Dam kamu juga tahu PAGE RESULTS`kan?
Jika kamu tahu tahu semuanya itu, maka seharusnya kamu juga harus tahu apakah itu Google SERP. Jika ada yang tidak tahu apa itu Google SERP, sila duduk diam-diam dan bacalah catatan ini dengan rileks kerana ianya mungkin akan memberikan sedikit info yang mungkin berguna. Bagi mereka yang menawarkan perkhidmatan SEO, mungkin catatan ini akan membuatkan kamu tertekan. Serious.
Baiklah.
Google SERP sebenarnya bermaksud Google Search Engine Results Page. SERP wujud akibat dari permainan Search Engine Optimization (SEO) yang dikendalikan oleh pemilik sesuatu laman web/blog. SEO pula digerakkan oleh jentera internet Google yang terdiri dari Spider, Crawler, Indexing System, Computer Algorithm dan seumpamanya. Dengan adanya SEO, maka terhasillah SERP. Ini yang termaktub dalam sejarah internet Google.
Jika kamu masih kurang mengerti lagi mengenai SERP, aku sarankan kamu pergilah ke Google search column dan carilah apa-apa maklumat yang kamu mahu. Selepas itu, kamu akan dapat lihat apakah itu SERP dengan jelas. Results yang terhasil daripada carian kamu itulah yang dipangil SERP. Sebagai contoh:

Blog Rohaizad Dot Com sebelum ini tidak pernah dikenali dan tidak pernah berada dalam index Google. Setelah SEO untuk blog ini dibina, sekarang sesiapapun boleh melawat blog ini dengan mudah. Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan menaip nama “rohaizad” di enjian carian Google & Yahoo!.
Hasilnya, mereka akan dapat lihat link blog ini dibarisan atas sekali pada muka surat pertama Google SERP. Walhal, ada ramai lagi insan bernama rohaizad yang telah bertahun-tahun bersusah payah menaikkan keyword nama “rohaizad” sebelum ini.
Sebenarnya, SERP adalah sesuatu yang digilai oleh semua orang di dunia ini terutamanya kepada mereka yang mempunyai web dan juga blog. Jika hendak dinilaikan harga bagi sesebuah SERP, pastinya terlalu mahal kerana jatuh-bangun, untung-rugi dan mundur-terkenal`nya sesuatu laman web atau blog itu boleh dikatakan bergantung dengannya.
Sekarang, cuba bayangkan jika apa sahaja yang pengguna internet taip, blog kamu akan berada di muka surat pertama.
Taip bogel, blog kamu yang pertama.
Taip Google Adsense, link blog kamu yang pertama.
Taip Pamela Anderson, link blog kamu yang pertama.
Taip naked women, link blog kamu yang pertama.
Taip buat duit di internet, link blog kamu yang pertama.
Taip mohd ismail, link blog kamu yang pertama.
Taip online money, link blog kamu yang pertama.
Taip rohaizad, pun blog kamu yang pertama!
Sudah tentulah blog kamu akan menggila dan mencanak-canak traffiknya, betul?
Dan hari ini, ada satu berita yang ingin aku kongsikan dengan pembaca terhormat blog ini. Berita ini agak mendukacitakan bagi kita semua. Kalau sebelum ini, semua pengguna Internet dan pakar SEO mati-mati ingat Google menggunakan Computer Algorithm dalam menentukan keupayaan SERP`nya, tetapi kini tidak lagi. Itu semua hanyalah omong kosong kerana Google juga menghasilkan SERP secara manual!!!!!!!!!!!!!
Percaya atau tidak, berita ini sememangnya mengejutkan dunia Internet. Baru-baru ini Google telah “memecah rahsia” dan membuka pekung di dadanya sendiri apabila membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dinyatakannya sedikit masa dahulu.
Kenyataan Google dahulu:
Google disclaimed responsibility for its search results by explaining that these were chosen by a computer algorithm. The disclaimer lives on at Google News, where they assured that:
The selection and placement of stories on this page were determined automatically by a computer program.
Kenyataan terbaru Google:
Google this week admitted that its staff will pick and choose what appears in its search results. It’s a historic statement – and nobody has yet grasped its significance.
Seorang pekerja Google yang menggelarkan dirinya sebagai Dr Googler telah memberitahu bahawa semua cerita itu adalah benar. Dia mendakwa bahawa “we only do this for VERY competitive search terms”. Maknanya jika kita tidak membina SEO untuk laman web kita, laman web kita masih boleh berada di atas sekali dalam SERP! Cuma gunakan “orang dalam” di Google sahaja!
Tidak mustahil jika satu hari nanti kamu akan mendengar berita sebegini di internet:
– “Search enjin ******* dibayar untuk meletakkan blog rohaizad dot com di SERP untuk keyword Yahoo! dengan harga $100K”.
Phewww….. mana mungkin blog rohaizad dot com berada di atas sekali untuk keyword Yahoo! bukan?
Jadi, adakah ini salah satu petanda akhir untuk SEO?
Atau ada kemungkinan`kah jika satu hari nanti, kita pula yang perlu bayar untuk berada dalam list Google SERP? Kalau benarlah telahan aku, maka lihatlah dunia betapa power`nya Google. Fikir-fikirkanlah…
Ingin membaca dengan lebih lanjut?
Sila bacanya di sini.



Aku rasa bercampur baur…kroni atau ada fulus-lulus di mana-mana pun wujud.Lagi pun Jad,dengan seo yang menggila atau tak sengaja, pelawat juga yang jadi mangsa…
untuk long terms google kalah juga kalau berterusan.
pelawat cari info sekian dapatnya sekian…nak cari satu-satu info yang spesifik pun payah.
tak apalah google…
ALONGVTX – Takper. nanti kita develope satu enjin carian. Kita letak nama Goblok. Amacam?
apa yg sya nampak Google mmpunyai perancangan besar masa depan iaitu meningkatkan lagi keuntungan mereka dengan cara ‘menjual’ SERP pula.
Tak mustahil mereka akan jual 1st page SERP dan page seterusnya adalah normal seperti biasa.
Just my opinion
Lisas entri yang terkiniPendaftaran Affiliate DiBuka
KAK LISA – Tidak mustahil sebab dunia internet sekarang sebahagian besar di tangan Google. Bayangkanlah kat US sana, orang dah mula membuat satu terminologi iaitu “Google is religion”.
Pheewww…
hmm bahaya juga kalau terjadi begitu. memang tidak mustahil mungkin Google akan buat sebegitu tapi kalau kita fikirkan risikonya tinggi.
Contoh kalau kita buat search utk keyword Yahoo! dan jumpa blog Rohaizad kat first page (contoh je la). Secara tak lansungnya ia mampu meningkatkan bounce rate kan? dan in the end menyebabkan user kurang mempercayai Google untuk membuat search.
Lagi satu kan, syarikat syarikat besar terkemuka kat dunia. Contoh macam BMW ataupun Mercedes. Contoh Mercedes beli SERP untuk keyword BMW. Orang taip BMW, first page mercedes. Ini menunjukkan sesuatu yang tidak beretika dan menjahanamkan nama google sendiri. betul tak?
jom kita bincang….
x mo bayar la… hehehe…. tapi harapnya x la jadi sampai ke tahap tu kan… mungkin mamat tu bengang kat google x bayar dia bonus kot… so dia buat citer la… hahah
goblok…boleh sahaja andai ada rasa “mahu”
Dalam mana-mana industri,pioneer yang salah langkah pasti akan jatuh…sejarah beb!
Permintaan yang melampau daripada pasaran menyebabkan manipulasi negatif banyak terjadi…
contoh yang taukey beri memudahkan kita untuk memahami…
nasib baik contoh merc dengan bmw kalau search youtube pergi ke redtube atau yang seumpama dengannya…apa cerita?Nampak tak masuk akal…tapi industri itu sememangnya kilang duit di internet.
boleh beli ma itu google…
TAUKEY – Yup, itu adalah antara kes yang paling panas dalam sejarah SEO.
SHAXX – Kalau Google buat pun, dia rugi sebenarnya sebab orang akan beralih pada search engine lain yang PERCUMA.
ALONGTVX – Semuanya kerana duit kan?
Ikut logik aku, agak sukar nak berlaku. Sebab seandainya ada yang nak dapat SERP pertama, boleh guna adword je.
JIMMY – Rasanya kamu kena baca sekali lagi kot catatan ni. Kalau kamu guna adword pun, staff diaorang boleh tendang link blog kamu ke muka surat yang ke seratus. Diaorang boleh buat tu secara manually , not automated lagi dahh.
hehehe. kes ni aku boleh relate dengan kalau jual text link ads.
kita tahu gak kalau jual text link ads akan menyebabkan google bagi penampar kat blog kita dan mgkn blog kita hilang dari SERP sekaligus.
Kalau contoh syarikat terkemuka macam BMW atau Mercedes jual text link ads. Mau ke tak google bagi penampar gak? hehehe. yup mgkn bagi penampar juga cuma orang akan hairan kerana kalau search keyword BMW tetapi takder plak kat first page mau naya gak google.
hehehe. Kita bincang lagi ya….
TAUKEY – Bincang… bincang.. jangan tak bincang
nie..x boleh jadi nie..jgn sampai alexa pun buat jgk…nak dapat page rank yg tinggi just perlu bayar jea..huhuhuhu habis duit blogger kali nie..
Blog Buat Duits entri yang terkiniBlogging: Nikmat Tuhan Yang Tidak Disedari
Ye ke bro?? Cam pelik semacam je..
Siap ada kroni la pula..
Patutlah keyword cacing aku dah turun ke page kedua..
Kena bayar rupanya google nie..
Gr..
hehehehe. bro, link video youtube yang mana shoemoney cakap tentang google. hehehe
http://www.youtube.com/watch?v=vOBcXEja_dM
Google mungkin ada ‘rasuah’ juga utk keyword2 yg terlalu competitive seperti ‘money’.
Tak mustahil ada peranan ‘org dalam’ yang manually setkan SERP utk company2 yg ada deal ‘rahsia’ dgn mereka.
Just my opinion
Lisas entri yang terkiniPendaftaran Affiliate DiBuka
arghhhhh tidak
adakah ini bermakna aku kena guna cuil.com plak..hehe
harap2 ada la manusia yang boleh mencipta algorithm untuk seo neh
mungkingkah rohaizad?
harap2 orang malaysia lah ! hehe
KNizams entri yang terkiniHarga Minyak Turun Lagi 10 sen Kepada RM1.80 Bermula Malam Ini !
memang google ada buat “bid” tertutup utk certain keyword yang dirasakan relavan.
tu adalah salah satu sumber pendapatan mereka.
hafizs entri yang terkiniKylie Minogue Berkata…
tq zad. baru aku faham maksud SERP tu. anyway google ni nak kene penampar agaknya? wakaka… pada aku maybe motif diorang no money no business..
fadils entri yang terkiniBerehat sebentar di hujung minggu
aku rasa diorang dah boring x dgn perkataan ” percuma” kot?
Blog Buat Duits entri yang terkiniBlogging: Nikmat Tuhan Yang Tidak Disedari
diaorg buat tu semua (utk certain keyword) utk elakkan IM rembat SERP dgn content ala-spam..
*bagus juga dia buat mcm tu..*
MAIL - Adakalanya memang Google terpaksa buat macam tu. Kalau semua nak tahu lagi, filem JamesBond yang baru memang dibeli SERP`nya.
Sebab kalau nak dibangunkan SEO untuk filem JamesBond yang baru ini, memang teramatlah susah sebab keyword James Bond memang dah “PEKAT” sejak bertahun lamanya!
Kalau TIDAK dibuat secara manual, SUDAH TENTU semua result akan pergi pada filem James Bond yang lama-lama!!
sungguh mengharukan entry kali ini… walubagaimanapun… aku suka malam tadi pasal search ‘gambar kambing’
samdaddycools entri yang terkiniShoes thrown at Bush on Iraq trip
Kes beli membeli nie, tul short term okeyla…tapi google pun sdara bnda nie, dia pun xley selama-lamanya wat cmni. Sampai satu ms dah ramai tahu, teros mrk ilang kepercayaan n kredibiliti diorang.
Kalau tak salah aku, skrg ni Google akan memperkenalkan feature “SearchWiki” di mana user yang akan menentukan site mana yang akan naik ke atas untuk keywords di dalam SERP.
long before time, we only knows yahoo..even people those day will said “buka yahoo dahulu kemudian….” instead of ‘buka browser”
now, google rules our ‘middle earth’
later?
segalanya boleh di ‘overide’ secara manual jadi kemungkinan ‘cara tipu’ ini pernah atau sedang digunakan oleh google hahaha
who knows..
26s entri yang terkiniSenarai Fobia – Teringat Fear Factor La Plak ..
Salam, aku berani cakap… Google takkan buat macam tu. Diorang belum cukup bodoh untuk menjual SERP…
EMME - Hahahahahah! Kalau kamu berani cakap tanpa asas, aku nak bagitau lagi sekali bahwa Google lagi berani dari kamu sebab Google sendiri yang buat kenyataan tu. Bukan aku, bukan Pak Mat, bukan jiran sebelah kamu, bukan Tok Penghulu, bukan Mak Timah hujung jalan tu, bukan taukeh car wash, bukan Zaleha Hamid, bukan pembaca blog ini dan bukan sesiapapun.
* It’s Google who MADE this statement. Kenapa kamu cakap Google takkan buat macam tu? Google yang mendakwa mereka menyusun SERP secara MANUAL bagi certain keyword untuk menyelamatkan kredibiltinya.
Contoh paling mudah:
*Bayangkanlah kalau pengguna internet menaip OBAMA, SERP mereka terus pergi ke satu page mengenai kawasan OBAMA di Jepun dan bukannya Barack Obama!
Jadi, demi untuk menyelamatkan kredibiliti ALGORITHM mereka, mereka terpaksa letak link Barack Obama di first page. Kalau tidak, mereka akan di “boooo” oleh pengguna internet kerana tidak cekap.
kalo mcm ni punye hal..
parah gak la…
aleh49s entri yang terkini35 shortcuts untuk photoshop.
ALEH49 – Terima kasih sebab sudi berkunjung ke blog ini. Tapi, sebenarnya tidaklah separah mana jika kita concentrate pada niche yang tertentu.
Dan untuk orang seperti kita, effeknya tidaklah dirasakan sangat.
Menjual SERP? Wah! Sesuatu yang hebat bila semua orang berebut-rebut dan menawarkan harga yang tinggi untuk berada pada kedudukan pertama dari hasil sesebuah carian.
Dah macam orang berebut-rebut nak dapatkan no plat kenderaan idaman.
Hahah
anyway sekarang dah ada google search wiki plak… info kat sini http://wangcyber.com/forum/sembang-umum/10922-google-searchwiki-2009-a.html#post144936
muahahahahahhaa. kalau aku pun jual gak SERP. mau juta juta gak harga. sapa tak nak duit. muahahahaha. tapi jual yang relevant sahaja la.
kalo boleh jual beli serp berapa banyak serp yang nak dijual beli? pakcik kayo jadinya…
gunakan sahaja search wiki… ikut sedap aahati aje nak letakkan website /blog ke muka pertama… boleh buat sticky di muka depan. ahahahahahaa…
cepat la google wat UNIV kat cyberj. leh akoo tarpow student2. haha!
Hehe. Biasalah tu. Dah nama pun Google. Dulu orang tak kenal. Sekrang bila dah terkenal. Mesti macam2 dia nak wat..
blog aku ranking ketiga dalam google search kalau taip rapat-rapat. kalau taip jarak, ranking kedua. seronoknyaaaaaa sebab blog baru la katakan. ekekeke…
katakss entri yang terkiniBush Dodges Shoes Thrown by Iraqi Journalist
Congrats!
hehe pasni kena pakai kabel lah klu nak bagi SERP tinggi..
klu pakcik G buat camtu mau semua org boikot dia..mungkin tidak..klu dia buat mungkin ada tapi rahsia lah kut
Google memang jual SERP, bukan melalui natural SERP, tetapi dengan Google Adwords (sebab tu sekarang Google kenakan minimum bid untuk 1st page appearance).
Kalau natural SERP itu dijual, saya tak pasti ia berlaku dan setakat ini saya yakin ia masih belum berlaku.
Kalaupun ia berlaku mungkin atas dasar kerelavan laman web terhadap carian yang dilakukan. Google semestinya prihatin dengan kepuasan end user mereka sendiri.
Katakan si A buat carian keyword ‘sony psp’, dan katakan untuk 1st SERP saja, semua site yang tersenarai adalah junk site (yang target untuk dapatkan klik Adsense dan komisen affiliate). Junk site ini telah dioptimasikan melalui SEO. Katakan juga site rasmi untuk Sony PSP tidak dioptimasikan untuk Google (dari segi SEO).
Disini si A dapat impression yang buat carian di Google hanya akan dapat hasil site yang junk dan berkualiti rendah. Dan si A akan beralih ke enjin carian alternatif seperti Yahoo atau MSN.
Disini Google dah hilang satu kepercayaan dari pengguna mereka, dan untuk elakkan perkara ni dari terus berlaku, Google ‘terpaksa’ menjual ranking pertama kepada laman web rasmi Sony PSP.
Kalau betul lah ia berlaku, cerita rekaan diatas akan menjadi benar.
Pendapat peribadi saya :
- Google buat semua ni untuk protect dua parti –
1. Investor mereka;
2. End user mereka.
Cara untuk protect end user mereka adalah dengan memberi keputusan carian yang betul2 terbaik dan relevan, dan dengan kepuasan yang diterima, end user akan keep using Google, dan disini Google masih boleh ‘monetize’ end user mereka melalui pengiklanan dari pihak ketiga.
Dan hasil dari keuntungan jualan pengiklanan, Google pada masa yang sama dah protect investor mereka. Nampak tak hubungan ni?
PS : Saya meragui kesahihan artikel di TheRegister.co.uk tuh, dan bila saya dig penulis artikel tu, he seems writing various of topics, dan dari situ saya simpulkan yang dia bukanlah authoriti di dalam hal ehwal enjin carian. Dengan kata lain artikel tu hanyalah spekulasi semata-mata.
Cuba buat carian untuk ‘Google Frivolitimeter™’ dan tengok berapa banyak yang keluar. As what is written on Sphinn – “No Sphinn… Register added no value, just hype/spin/noise.” (link : http://sphinn.com/story/92645 )
AmirulFaisyals entri yang terkinisistemrahsia: Anyone’ll be attending these Sunday event? Curios to know http://www.ypim.com.my/Conference.html
Good catch Rohaizad.. never heard of it before
betul tu. aku pun dah ade jumpa kat website hosting yang menawar kan gurentee website kita 1st link yg akan muncul bagi selected keyword.
aku pun pelik nape dia boleh gurentee. siap khidmat dia berbayar lagi. sekarang baru lah aku nampak kenapa ade service mcm tu.
ingat kan dia pakar SEO kalau pakar pun takde la gurentee 100%. dia siap boleh gurentee 100% lagi yg website kita akan muncul 1st page kat Google SERP.
bye2 pakar SEO. money is important.
KEs entri yang terkiniDownload Cite Lama² kat TV3
Bagaimana kalau insert ttg site saya ni
Apapun saya ingin kongsikan fakta mengenai SERp, perkara yang paling penting ialah “backlink” dan “unique content”
The true fact is this has been made by Google long time ago, when they introduced Google Adwords and Adsense, and SERP has not yet to be saturated with Adwords advertising. So it’s not possible that Google are paid to list the SERP. But however, the are 2 parts of it, the real algorithm list, and limited paid one.
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 5:03 pm
That’s what I’m talking about. You are damn right!
setiap hari semakin byk perubahan tg akan berlaku..cm tu gak dgn google nie..apa pun kita sentiasa la kena bersedia dengan apa jua kemungkinan yg datang…En rohaizad tq for info
[...] bukan disebabkan oleh SERP mereka, tapi Google telah menggunakan salah satu dari jurus lama mereka GOOGLE SLAP [...]
Diulas pada September 24th, 2009 at 6:43 pm[...] dari teknik yang saya gunakan, akhirnya inilah satu-satunya BLOG MELAYU yang berjaya menembusi SERP Google bersama site English lain dari serata dunia untuk keyword [...]
Diulas pada March 15th, 2010 at 7:35 amSeronok baca post ini.. Saya tersenyum sorang2 jadinya.
Kebetulan, kajian saya sudah sampai ke topik ini dan seperti biasa, blog tuan keluar di muka surat pertama lagi!
rohaizad Reply:
May 4th, 2010 at 8:36 pm
This is what SEO is all about