Tips untuk menambah pendapatan adsense melalui domain.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Domain - Tarikh diterbitkan: December 18, 2008 online

adsensefordomain.jpgIngin menambah pendapatan?
Ingin melihat peningkatan adsense anda?
Atau ingin mencuba sesuatu yang baru?

Ini adalah satu lagi cara baru yang akan diperkenalkan oleh Google di mana semua pengguna internet akan mendapat faedah daripadanya.

Nama program yang akan diperkenalkan oleh Google ini adalah Adsense For Domain. Kaedah ataupun cara ini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh banyak Registrar Domain Company (iCANN licensed) termasuklah big boys seperti Sedo, WhyPark, Parked.com dan Godaddy.

Kamu juga boleh mendapat manfaatnya terutamanya jika kamu mempunyai banyak domain (seperti aku 200 domain). Senang cerita, bagi sesiapa yang mempunyai domain yang banyak, peluang pasti akan terhidang di hadapan mata. Tapi itu tidak aku merekomen sesiapa di sini untuk membeli domain yang banyak selepas ini kerana memilih dan membeli domain juga ada “seni”`yang tersendiri.

“Seni” yang tersendiri?
Iya.
Biarlah aku beritahu sekarang sebelum kamu mula sibuk membeli domain. Kang nanti tak pasal-pasal bila orang lain tinggi income adsensenya dan CTR kamu pula rendah, kamu salahkan aku pula… huhuhuhu.

Selama ini jika kamu hendak mendapat income dari adsense, kamu mesti memiliki blog/web yang yang ada content`nya bukan? Bukan itu sahaja, kamu juga tahu bahawa adsense itu bersifat CONTEXTUAL. Jadi ia bergantung sepenuhnya pada NICHE yang kamu tulis sebagai artikel kamu. Pendek kata jika kamu bercerita tentang bolasepak, bukan setakat iklan bolasepak yang akan tersenarai dalam iklan adsense kamu itu. Tetapi besar kemungkinan iklan Posh Spice Girl juga boleh termasuk sekali kerana suaminya David Beckham adalah pemain bola sepak yang terkenal. Begitu juga dengan artikel yang lainnya.

Tapi pemahaman adsense yang telah kamu lakukan selama ini mungkin berlainan dengan program Adsense For Domain. Jika kamu bertanya kenapa, apa yang aku boleh katakan ialah Adsense For Domain TIDAK MEMERLUKAN PEMILIK DOMAIN UNTUK MEMBINA SEBARANG CONTENT KE ATASNYA. Bermaksud Adsense For Domain hanyalah sekadar domain sahaja.

Bagi mereka yang masih lagi kabur, di sini aku akan tunjukkan screenshot yang sebenar. Screenshot ini adalah salah satu domain yang berada dalam simpanan aku.

blogforads.gif

Kesemua iklan dan sponsored links yang ada dalam page itu adalah free listing. Cuma bezanya selepas ini, ianya akan bertukar kepada Google Adsense kamu. Dengan hanya point`kan DNS domain kamu ke Google server, maka semua klik yang akan kamu dapat dari iklan di page itu adalah hak milik kamu.

Sungguh mudah bukan?
Tanpa membuang masa untuk meletakkan sebarang content, kamu berpeluang mendapat klik yang bernilai untuk sekian-sekian. Walaubagaimanapun, ianya tidak semudah yang disangka kerana pembelian domain mestilah menepati kehendak dan sifat CONTEXTUAL Google Adsense itu sendiri.

Di bawah telah aku sediakan 2 jenis situasi untuk kamu dalami dengan lebih lanjut:

SITUASI 1:
Katakanlah nama domain kamu ber`aura`kan Pamela Anderson (contoh: www.PamelaAndersonIsMySexyGirl.com) ataupun ber`niche`kan Britney Spears (contoh: www.BritneySpearsWillLoveMe.com), sudah pasti iklan yang berkaitan dengan Pamela Anderson dan Britney Spears akan muncul. Dan kamu tidak perlu untuk membuat sebarang artikel mahupun review berkenaan dua selebriti itu.

Seperti yang aku katakan di atas, pembelian domain ini ada seninya yang tersendiri. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, di sini aku berikan satu lagi contoh yang mungkin boleh membantu.

SITUASI 2:
- Kita semua sedia maklum bahawa keyword finance sememangnya memberikan klik yang tinggi nilainya. Jika iklan adsense kamu mempunyai list keyword seperti credit card, debt, mortgage dan CREDIT… pasti kamu akan senyum bila orang lain klik iklan adsense itu.

- Jadi selepas itu, kamu pun berpendapat untuk membeli domain yang ada perkataan CREDIT dengan harapan kalau orang klik nanti, kamu akan dapat klik yang nilainya tinggi. Sampai satu ketika tidak sedar bahawa semua domain yang kamu beli itu bukannya bertemakan KEWANGAN, tetapi membawa maksud CREDIT untuk matapelajaran (A unit of study so certified. Example: “this course carries three credits”) di universiti!

Begitu juga dengan kes orang yang membabi buta membeli domain bernama Obama. Setelah mereka membelinya, mereka terkejut beruk kerana semua iklan adsense yang terkeluar adalah mengenai iklan pelancongan tentang satu daerah di Jepun yang bernama Obama. Bukannya pasal Barack Obama!!! WAHAHAHAH

Saper nak jawab tu?
Jadi bagaimana untuk membeli domain agar adsense yang akan keluar itu sama NICHE`nya dengan nama domain yang akan kita beli itu nanti?
Apakah cara-caranya?
Apa “seni”nya?

Aku akan sambung bahagian seterusnya dalam “Tips membeli domain untuk program Adsense For Domain“. Mulai hari ini, kamu tidak perlulah MEMBELI EBOOK yang mungkin akan dijual sesetengah orang di Malaysia ini mengenai Adsense For Domain di masa hadapan (lebih-lebih lagi kalau ebook itu sama dengan apa yang aku ulas). Membazirrr…..

Semua yang aku beri ini adalah dari pemahaman aku sendiri. Tidak sesekali dicedok dari mana mana sumber. Sebagai rekod, BELUM ada satu pun ebook mengenai Adsense For Domain ini dilancarkan sehinggalah hari ini termasuklah di US ketika catatan ini ditulis. So nantikan info PERCUMA yang seterusnya.

Oh ya, ingat lagi pada tawaran Jualan Penghujung Tahun Domain dot info?

Kesemua domain tersebut sekarang aku releasekan sebagai FREE.
Iya … PERCUMA. masih ada lebih kurang SEBULAN sebelum domain itu expired. Jika ada yang nak menjualnya semula ataupun menggunakan domain itu, ambillah peluang ini. Sila booking domain yang kamu mahu di catatan itu melalui ruangan komen yang ada. Untuk berlaku adil, satu domain untuk setiap seorang.

Siapa cepat dia dapat !!!!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 41 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    muahahahaha cepat rebut. thanks utk info ini jad. Ada terfikir gak tentang benda ni sebab orang selalu sebut park kat Sedo dan sebagainya. tapi aku tak cuba lagi. lagipun aku bukan byk domain pun. hehehe

  2. rohaizad said:

    TAUKEY – No problem. Aku sekadar berkongsi pendapat.

  3. eSempoi.com said:

    hoho…terima kasih, tapi macam mane dengan traffic? Dari mana datangnya traffic tu kalau takde content?

  4. rohaizad said:

    Untuk parking domain, kebanyakan trafik adalah dari organic. Sebab itulah pemilihan jenis domain termasuklah TYPO DOMAIN sangat bernilai.

  5. salam jad..aku berminat nak tahu lagi tentang benda nie jad..tapi aku x tahu mane jad..leh x email aku.

    Blog Buat Duits entri yang terkiniBuat Duit Dengan Upload Video

  6. nuar said:

    Jad, ko dah try eh? Aku tadi go through dia punya Help Centre utk cek DNS pointing guides dia…sekali aku terperasan ayat di bawah ni:

    “Please be aware that AdSense for domains is currently available to publishers located in North America with English-language accounts”

    Not sure kalau diorang tak update lagi ke ape…

  7. rohaizad said:

    BLOG BUAT DUIT – Macam yang aku kata tadi, aku akan terangkan nanti pada catatan sambungan. Kalau aku kasi ikut email, kang orang cakap aku underground plak.

    NUAR – “Ini adalah satu lagi cara baru yang akan diperkenalkan oleh Google di mana semua pengguna internet akan mendapat faedah daripadanya.”

    Mula-mula dia open pada US resident dulu. Kemudian, internationally. Standardlah.. Google. Mestilah dia utamakan kaum kerabat sanak saudara dia dulu.

  8. owh..wokeh jad…kenapalah ko x duk kat sbelah umah aku erk…

    Blog Buat Duits entri yang terkiniBuat Duit Dengan Upload Video

  9. rohaizad said:

    Memang betul. Nasib baik aku tak duduk sebelah rumah ko.

  10. tue nasib baik lagi jad..mujur ko laki2..
    kalau ko pompuan..dah lama aku suruh mak aku pinang ko..huhuhu

    Blog Buat Duits entri yang terkiniBuat Duit Dengan Upload Video

  11. rohaizad said:

    Adehhh…. ko ni lain macam betul aku tengok. Mental ke? Ngeri plak aku.

  12. nuaeman said:

    Wahaha.. apa dah jadi ni..? ko jangan membayangkan ijad tu perempuan pulak nanti.. seram lak aku tengokkan keadaan ni.. geli pun ada..

    nuaemans entri yang terkiniDuit dari Ciao! Mereka masih bayar…

  13. taukey said:

    hahahahaha. perempuan seiras RPK… hmmmmm

  14. wakakaka..jangan takut jad..aku gurau jea..

    Blog Buat Duits entri yang terkiniBuat Duit Dengan Upload Video

  15. Blog Buat Duit > komen2 awak betul2 irritating. Blog rohaizad ialah blog informasi dan mempunyai kredibiliti. Saya rasa awak telah menyalahgunakan ‘keterbukaan’ pemilik blog ini kepada sesuatu yg agak ‘menjelekkan’. Awak harus pandai mengukur standard sesuatu blog sebelum melemparkan apa2 sahaja komen terutama komen2 yg ‘low standard’

    No offence just to remind abt ‘standard’coz as a follower 4 this awesome blog i feel irritating on ur attitude. :)
    my email: amalkita@gmail.com

  16. Richie said:

    oooo..baru aku faham..style mcm ni pun ada ek..patutu la byk domain yg mcm tak renew..

  17. rohaizad said:

    RICHIE – Tapi belum dilancarkan lagi. Takper, I will keep update this info.

  18. kita said:

    tq bro atas infor yg amat berguna….aku selalu tertanya-tanya mcm mana depa buat mcm tu….tq…cepat-cepat tulis edisi kedua k :)

  19. aleh49 said:

    owh…mcm best jerk..mmg terbaik..
    baru sy paham..ingtkan adsense kne tulis articel semata2..rupannye ada strategi lain..

  20. rohaizad said:

    KITA & ALEH – Nantikan next artikel orait? :)

  21. fadil said:

    wow… ini membuatkan aku ingin membeli domain cam gitu untuk adsense.. :-)

    fadils entri yang terkiniMat rempit kat Sarawak

  22. Jimmy said:

    Cam domain parking je. Cuma kelebihan die bayaran lebih la (syarikat2 sprti sedo akan mengenakan 10 peratus drpd hasil klik). Kalau dapat domain overture tinggi sedap la.

    Jimmys entri yang terkiniJual budu secara online, aku suka idea tu

  23. zool said:

    Satu lagi info cari duit dari Rohaizad..
    Ko kalau datang Melaka mesti aku belanja ko cencaluk..
    Banyak ilmu aku dapat dari ko ni walaupun aku lagi tua dari ko

  24. mydeuter said:

    bro ,
    ni parking domain ker ?

    bole tak buat arbitrage ?

    beli cheap trafic the forwardkan the domain tu ?

    mydeuters entri yang terkini41 sales from ebay within 1 week …is it my next big thing ?

  25. chuckiesd said:

    Thanks ijad..mmg ko ni tak lokek ilmu laa..mmg best..tapi ko mention “tidak perlulah MEMBELI EBOOK yang mungkin akan dijual sesetengah orang di Malaysia ini “..cam bahay jer ayat tu..takur kena serang nanti..tapi kalau nak serang pun ko ader fact nyer bukan..

  26. taukey said:

    hehehehe.aku rasa ebook adsense for domain takder orang malaysia buat lagi. hehehe. jadi takder masalah sebenarnya

  27. rohaizad said:

    FADIL – Boleh beli. Tapi kena tau cara yang sesuai.

    JIMMY – Yup. Sebijik macam domain parking. Cuma iklannya tu iklan adsense kita.

    ZOOL – Ko lagi best sebab tidak ada EGO langsung. Sebab ada certain orang bila dia rasa dia lebih tua, dia je betul.

    Kadang-kadang tu kalau dia tak tau sesuatu perkara, susah benar nak mengakuinya dan malu untuk bertanya dengan yang lebih muda.

    Tapi ko tidak. Asal dapat ilmu je, ko selamba. Itu yang best tentang ko ni. Semoga ko berjaya brader :)

    MYDEUTER – Itu dalam eksperimen lagi sebab Google belum launch program ini di Malaysia.

    CHUCKIESD – Aku cuma nak beri pertimbangan kepada blogger lain supaya tidak terpedaya dengan ebook karut marut yang mungkin akan dijual. Kalau bagus, takperlah jugak.

    TAUKEY – Yup. Tapi percayalah.. mesti ada yang akan amik kesempatan bila Google dah launch program ni.

  28. titan said:

    dulu memang aku nak wat benda nih. tapi tak leh wat sket-sket domain. kene wat banyak2. Jadi, aku abaikan kejap untuk wat projek lain dulu. apapun, cara ni memang still boleh buat duit.

    Ada orang wat ebook pasal parked domain. Tak tau la itu untuk adsense atau benda lain. Harga dia dalam bawah RM100. Tapi aku dah lupa link websiet dia..

  29. sufian said:

    aku nak jual 1 domain..tapi start2 jual lagi…takut tersilap langkah

    sufians entri yang terkiniPDF Converter

  30. rohaizad said:

    Takut tersilap langkah?
    Itu bagus untuk mematangkan minda. Trial-error adalah satu bentuk pembelajaran yang paling EFEKTIF. Aku dulu pun masa nak belajar jual beli domain, 10 domain pertama aku “burst” begitu jer.

    Tapi itulah yang membuatkan aku seronok dalam domaining nie… huhuhuhu :)

  31. sufian said:

    nak expert kena le fail dulu?..yup..setuju :) tapi kalu bleh taknak le fail ..eheh

    sufians entri yang terkiniVirus Internet Explorer Terkini! (lagi security holes dari Microsoft..)

  32. haritz said:

    aku lansung blur pasal domain ni cepat2 ler ajar aku

    haritzs entri yang terkiniMenjana Wang Dari Internet

  33. lankapo said:

    thanks for sharing the info.

    seni untuk membeli domain yg ada niche yang mahal sebenarnya yang harus di kuasai untuk generate more income from adsense hehe

    tak sabar utk info seterusnya

  34. [...] mana yang pernah aku ceritakan dalam catatan “Tips menambah pendapatan adsense melalui domain“, aku rasa masanya sudah tiba untuk aku mengotakan janji itu setelah sekian lama tertunda dan [...]

  35. Mohd Safuan said:

    erm, menarik betul post ni..something yg baru, yg jarang dengar IM malaysia ketengahkan.

    Mohd Safuans entri yang terkiniJualan ‘Panas’ 2009!

  36. [...] Tips menambah pendapatan adsense melalui domain 2. Adsense For Domains – tips untuk membeli [...]

  37. abdfatah said:

    aku nak try laa citer domain for adsense nih. nak tengok berbaloi ke tidaknya…

  38. roslankasim said:

    Menarik ni ..hari ni baru jumpa cerita pasal Adsense for Domain ..
    tapi tak berapa nak paham lagi ni ..

  39. edssss said:

    maksih tipsnya maz….

  40. ibenk said:

    hmmm, senangnya dapat artikel bagus macam ni. Izin bookmark ya.

  41. mfuzi said:

    terima kasih atas tips-tips anda. nampak mcm peluang baik untuk buat duit tanpa web hosting dan content..