2 nisbah traffik yang sama tapi 2 jenis pendapatan yang berbeza.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Tips - Tarikh diterbitkan: December 20, 2008 online

Semua sedia maklum bahawa traffik adalah salah satu perkara yang boleh menarik perhatian seseorang blogger ataupun pemilik blog. Tidak kiralah jika blogger itu dikategorikan sebagai blogger sejati ataupun blogger yang berorientasikan wang, semuanya ketagih dengan traffik. Jika ada traffik, adalah pengikut. Jika ada pengikut bermakna adalah wang.

Jika ada blogger sejati yang mengatakan dia blogging bukan kerana wang, cuba fikir sekali lagi. Jika ada blogger sejati yang mengatakan dia blogging semata-mata kerana minat dan bukan kerana adsense (berorientasikan wang), aku sarankan fikirkanlah sekali lagi dengan kenyataan yang kamu buat di blog kamu itu.

Ini adalah kerana semakin hari semakin banyak blogger yang sebegini (yang mendakwa kononnya tidak berorientasikan wang) telah melanggar janji yang mereka kotakan dulu. Pendek kata, dia tidak sedar akan kenyataan yang dibuatnya suatu ketika dahulu.

Dengan tidak meletakkan adsense, itu tidak bermakna mereka blogging bukan kerana wang. Ingat, meletakkan iklan Nuffnang dan Advertlets juga tergolong dalam kategori blogger “berorientasikan wang” (mesti ada yang cabut balik iklan Nuffnang ngan Advertlets lepas nih… WAHAHAHAH).

Tapi takper, bukan itu yang aku ingin tekankan di pagi Sabtu ini. Itu semua hanyalah sebagai ice breaking sahaja :) . Yang aku ingin kongsikan hari ini adalah tentang TRAFFIK dan pendapatan yang akan diperolehi.

Sepertimana yang aku jelaskan di atas, traffik sebenarnya tidak ubah seperti pemacu dan pendorong semangat kepada semua blogger. Apabila traffik sesuatu blog itu meningkat, ini bermakna blog itu berada dalam satu landasan yang bagus. Aku namakan fenomena blog sebegini sebagai “popular” dan “tidak sengaja popular”.

POPULAR.
- Popular di sini bermaksud blog itu telah mempunyai pembaca setia. Bermakna blog itu mempunyai “returning visitors”.

Jika sesuatu blog itu mempunyai “returning visitors” kebanyakan traffik itu datangnya daripada IP address yang sama kerana orang yang melawat blog itu memang orang sama juga. Inilah perbezaan yang harus diketahui oleh kita sebagai seorang blogger.

Dalam konteks mempunyai pembaca setia pula, apa yang boleh aku rumuskan ialah mereka hanya ingin membaca cerita terkini ataupun catatan terbaru dari sesebuah blog. Itu sahaja.

TIDAK SENGAJA POPULAR.
- Ini adalah terminologi yang aku buat sendiri. Tujuan aku menggunakan terminologi ini adalah untuk memudahkan sesetengah blogger yang mungkin susah hendak memahami catatan ini. Bagi orang yang lama, harap faham ye. Janganlah pula kamu mengatakan aku ni memandai-mandai plak.

Baiklah.
Traffik “tidak sengaja popular” ini sebenarnya berlawanan dengan konteks “popular” tadi. Traffik ini datangnya hasil dari pencarian pengguna internet seluruh dunia.

Sebab itu aku selalu syorkan blogger Malaysia supaya menambah koleksi English blog mereka. Barulah peluang mereka untuk mendapatkan exposure lebih meluas.

Dengan bahasa yang lebih moden, ini yang dikatakan organic traffic ataupun SEO. Pengunjung ataupun pelawat yang datang puratanya bukanlah terdiri dari “returning visitors”. Mereka datang secara tidak sengaja dan hanya suka-suka. Itu sahaja.

Terdapat 2 jenis pendapatan yang seharusnya kita tahu. Walaupun kita mempunyai kehebatan traffik yang sama, tetapi ini bukanlah alasan untuk kita mendapat pendapatan yang sama juga.

Ini adalah kerana pengguna internet di dunia ini tidak mempunyai CITARASA yang sama.

Pengguna internet asli:
- Mereka ini tidak tahu apa-apa mengenai internet advertising. Mereka tidak tahu apa itu Google Adsense, mereka tidak tahu apakah itu Nuffnang, mereka tidak tahu apakah itu Advertlets.

Mereka juga tidak tahu apakah itu ClickBank. Senang cerita mereka tidak tahu apakah itu online income dan yang lebih menarik lagi, mereka tidak mahu tahu akan itu semua.

- Apa yang mereka mahu adalah online, surf internet untuk mencari apa yang mereka perlukan. Golongan pengguna internet sebegini terlalu besar bilangannya. Berjuta-juta orang!!

Pengguna internet mahir (advance):
- Ini adalah golongan yang sudah tersedia ada dalam dunia internet. Golongan ini tahu apakah fungsi internet dalam kehidupan mereka.

Mereka tahu untuk memanipulasikan kemajuan internet demi perniagaan mereka. Mereka inilah yang bergelar blogger, internet marketer dan seumpamanya.

- Mereka tidak akan klik adsense orang lain kerana mereka tahu itu adalah iklan. Mereka juga susah untuk membeli produk orang lain kerana mereka tahu ada sesetengah produk yang dijual itu boleh diperolehi secara percuma. Mereka telah sebati dalam dunia internet.

Jadi apakah jenis pendapatan yang boleh dijana dan golongan pengguna internet manakah yang memberi manfaat kepada 2 jenis traffik ini?

1. Traffik untuk blog “popular”.
- Traffik untuk blog popular yang mempunyai “returning visitors” sebenarnya lebih kepada direct advertising. Blog sebegini mestilah pandai mencari exposurenya yang tersendiri beserta content yang power.

Exposure yang besar sebenarnya perlu kerana jika blog itu mempunyai traffik yang tinggi tetapi tidak tahu untuk menarik perhatian advertiser, maknanya pemilik blog itu sedang buat kebajikan. Bukan keuntungan.

- Blog sebegini tidak perlu bergantung kepada program PPC seperti adsense kerana ianya akan membuatkan pembacanya lari ke laman web lain. Jenis pendapatan yang boleh dijana sebenarnya lebih kepada ruang iklan. Jika kena pada tempatnya, blog itu boleh mendapat berpuluh-puluh ribu dollar sebulan.

Yang nyata jika kita ada English blog yang mempunyai traffik yang tinggi, peluang untuk pengiklan US untuk membeli ads space di blog kita adalah lebih tinggi berbanding dengan syarikat-syarikat di Malaysia.

Jangan kata syarikat biasa, syarikat konglomerat- korporat di Malaysia ini pun belum tentu nak bayar RM10,000 pada blog yang tinggi gila traffiknya. Sedih`kan market internet adverising di Malaysia ini?

Kita perlu ingat bahawa di US sana, pengiklan hanya akan mengiklan jika kena pada sasaran yang mereka kehendaki. Dan harga untuk sasaran sebegitu adalah lebih tinggi nilainya dari apa yang dilakukan oleh Nuffnang dan Advertlets di Malaysia.

Contoh yang paling jelas boleh diberi seperti ini:
* Nike dan Adidas tidak akan membuat direct advertising di blog rohaizad dot com kerana NICHE blog ini bukanlah sukan.

Simplekan?
Ini adalah kerana target pengiklan ialah golongan pembaca yang mengikuti niche blog kita. Barulah mereka rasa berbaloi untuk membayar ruang iklan yang kita jual kerana mereka tahu peluang untuk pembaca blog kita membeli produk mereka tinggi.

Contoh yang terbaik adalah laman web CuteOverload.com. Kita tahu bahawa pembaca blog CuteOverLoad ini adalah mereka yang terdiri dari penggemar binatang peliharaan.

Jadi jika syarikat-syarikat besar yang ingin menjual produk binatang peliharaan mereka tahu akan kewujudan blog hebat seperti ini, mereka tidak akan ragu-ragu untuk membeli ruang iklan di blog itu kerana mereka sudah dapat “sasaran pembeli” untuk produk mereka.

Lihat sahajalah harga ruang iklan STANDARD dan HI RISE di blog ini (based on a monthly basis):

iklan.gif

2. Traffik untuk blog “tidak sengaja popular”.
- Traffik yang datangnya dari pelbagai IP Address ini sangat bermakna bagi sesetengah blogger. Secara peribadi, aku sebenarnya lebih suka dengan traffik sebegini kerana aku bebas untuk menarik perhatian semua pengunjung internet.

Aku mempunyai blog English yang memang mendapat organic traffic setiap hari. Boleh dikatakan setiap hari IP Address yang aku monitize datangnya dari merata pelusuk. Inilah yang aku kejar iaitu SEO.

- Apa kelebihan jika kita mendapat traffik sebegini?
Mudah sahaja. Ini adalah satu petanda bahawa blog kita majoritinya dikunjungi oleh “Pengguna internet asli”. Mereka datang ke blog kita bukan untuk niat yang tertentu, tetapi untuk suka-suka.

Bila datangnya sifat suka-suka itu, segala yang menarik perhatian “mata” mereka dapat dimanipulasikan sepenuhnya oleh kita.

Untuk menjana pendapatan dari traffik sebegini, teknik “eye mapping” amat sesuai digunakan. Ini kerana kebanyakan pelawat dari traffik ini hanya akan singgah sekali sahaja ke blog kita seumur hidup mereka.

Dan disinilah semua yang diajar mengenai Adsense boleh diterapkan. Blending adsense, placement adsense dan segalanya boleh diletakkan termasuklah Chitika.

Dalam konteks “tidak sengaja popular”, purata pelawat yang akan singgah ke blog kita adalah mereka yang gemar “SURF INTERNET”. Mereka tidak tahu tentang iklan ataupun link berbayar.

Asal menarik mata dan perhatian jer, pasti mesti akan klik. Keadaan ini sama dengan keadaan kita satu masa dahulu pada waktu kita tidak tahu apa itu Gogle Adsense. Masihkah lagi kita ingat akan semua itu? :D

Iya… sekarang kita seolah-olah telah lupa akan semua itu. Tapi percayalah, masih ada lagi berjuta-juta pengguna internet yang tidak tahu akan kewujudan PPC (Pay Per Click progam) ini.

Setiap hari ada sahaja kelahiran, setiap hari ada sahaja anak ke sekolah, setiap hari anak masuk kolej, setiap hari syarikat komputer DELL menghantar pesanan ke rumah, setiap hari Microsoft meluaskan empayar Windows`nya dan setiap hari pelajar akan melayari internet. Mereka kebanyakkannya masih belum tahu! Sama seperti kita dahulu.

Jadi, inilah kunci kejayaan berblogging. Kita selalu dengar ada orang boleh mendapat USD2000 – USD3000 sebulan. Contoh yang terbaik sekali aku ingin tunjukkan ialah Hemmy.net. Aku pernah menyebutnya di dalam catatan yang lepas tentang idola aku ni. SEO`nya cukup hebat!

Tapi mengapa kita tidak mahu mencuba?
Walhal kita tahu bahawa itu semua tidak mustahil. Kita selalu kata itu semua mengarut tapi kita tidak pernah ingin membuatnya secara bersungguh-sungguh.

Bila kita tanya diri sendiri, kita pula yang tak percaya. Tapi bila ditanya berapa banyak blog English yang kita ada, dengan selamba kita menjawab TAKDE.

Halooo.. pleasee laa. Berpijaklah di bumi yang nyata. Pengguna yang membaca dalam bahasa Inggeris adalah lebih ramai dari pengguna yang membaca dalam berbahasa Melayu. Itu adalah fakta bukan?

Jadi, diharapkan catatan ini dapat memberi sedikit ilmu yang boleh digunakan untuk perancangan 2009 nanti. Aku bukanlah bagus sangat tetapi aku harap catatan ini dapat menjadi batu loncatan untuk kita sama-sama manjana pendapatan dengan lebih baik di masa akan datang.

* Untuk rekod, tidak ada satu pun idea yang ditulis dalam catatan ini dicedok dari mana-mana blog. Ini semua adalah luahan dan pendapat serta pengalaman yang aku ada selama ini. Aku buat catatan ini pun sekali jalan je. Apa yang terlintas, itulah yang masukkan.

Selamat berblogging semua! :-P


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 27 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. chuckiesd said:

    Betul. Sekarang aku ke proses untuk ke International. Thanks Jat banyak ilmu kat sini..

  2. nuaeman said:

    Begitu banyak perancangan untuk 2009.. harapan kalau tak semua pun.. biarlah ada yang menjadi.. aku ingin melihat sangat dimana letaknya aku untuk tempoh 3 hingga 6 bulan dari sekarang..setelah usaha-usaha dilakukan.. traffik? seronoknya kalau melihat online user ada berpuluh atau beratus dalam satu masa..

    nuaemans entri yang terkiniSelamat Pengantin Baru Mawi & Ekin..

  3. titan said:

    haha. itu yang aku cakap dari dulu. tapi ramai wat dek aje.

    Apapun. Market luar memang LUAS dan SEO memang best…

  4. chuckiesd said:

    Betul laa nuaeman..seronok gile tgk ramai visitor datang kan..harap2 semua berjalan lancar.

  5. rohaizad said:

    TITAN – Ko cakap apa? Ko cakap kat mana? Confuse aku nih…

  6. catzer said:

    blog atau website best mcm manapun kalau takde traffik takde makna kan kan..heheheh

    catzers entri yang terkiniSelangkah Ke Pelamin

  7. betul2 blog/ website best atau gempak pon kalau xde trafik x dea maknanya..sbb itulah kita kena berusaha kearah SEO yang mantap..belajar dan terus belajar..

    Blog Buat Duits entri yang terkiniBuat Duit Dengan Upload Video

  8. taukey said:

    hehehehehe. orait bebeh. aku dah buat tapi nak edit sikit coding. nak tambah tolak. biar menarik baru best promote.

  9. Richie said:

    haha..iklan nuffnang tak boleh cabut wooo

  10. aleh49 said:

    btol gak 2..tak kn la nak wat bhs melayu jerk..

    aleh49s entri yang terkinitutorial:abstract warna-warni

  11. fadil said:

    entri yang baik untuk newbie. ini membuatkan aku rase nak je blanja kau mee rebus muar…huhuhu.. :-)

    fadils entri yang terkiniRahsia Bantal anda

  12. rohaizad said:

    FADIL – Ye ker? Terima kasih sebab menghargai catatan aku. Sebagai seorang blogger, bila ada pembacanya yang mendapat manfaat, itu sudah memadai. Tapi kalau nak belanja mee rebus Muar, lagi bagus …! WAHAHAHAH

  13. fadil said:

    nasib baik la ko tinggal kat jb. kalo ko duduk kl mlm ni jugak kite gi ngeteh.. :-)

    fadils entri yang terkiniRahsia Bantal anda

  14. zool said:

    Pengguna asli tu..
    Tapi memang betul apa ko kata tu..
    Mungkin aku tak banyak income dlm adsense sebab kurang pelawat ‘tidak sengaja popular’..
    Huhuhuhuhuhu

  15. titan said:

    yg mana? emm..merujuk pada perenggang pertama dan kedua dan juga perenggan ketiga.

  16. laling said:

    Hi Rohaizad

    Iyerlah saya juga sangat menggemari traffic yg dijana oleh SEO..Ia ibarat memasang jaring menunggu ikan masuk perangkap..LOL

    I tak kata diorang stupid but apa yang diorang nampak 3 second sampai dilanding page betul2 mengujakan dan tepat apa yg dicari tadi..Thanks google.

    Dalam kata mudah apa yang dicari itu yang dapat dan ini berlaku pada blog yg bijak dalam SEO + ada content yang menarik.

  17. Jimmy said:

    Hu hu, menarik peribahasa laling tu. Blogger dan seo tidak dapat dipisahkan.

  18. hanep said:

    thanks jat. entri ni amat berguna buat aku. blog aku tujuan organic visitor, tapi aku still kureng bab seo ni..huhu

  19. haritz said:

    Aku tergolong dalam kategori yang lain iaitu banggang buat duit, sbb aku tak berapa mahir menulis blog tp aku faham semua bab adsense ni. Payah jugak aku ni ye rohaizat!

    haritzs entri yang terkiniMenjana Wang Dari Internet

  20. [...] search engine (SERP), maka itulah klik yang akan dikira (sila baca TIDAK SENGAJA POPULAR di catatan Nisbah Traffik untuk pemahaman yang lebih jelas). Mudah [...]

  21. samdaddycool said:

    ….. baru baca hari ini. Semangat aku mencari organik trafik tak pernah padam danpudar. Masih lagi mencari rentak dalam blogging, walaupun aku tak memasuki era pro blogger, tapi usaha aku mengikut hampir setiap entry rohaizad dot com amat berbaloi.

    ..cuma menanti langkah pertama utk memasuki gerbang pro blog,

    samdaddycools entri yang terkiniUnpublished art material

  22. pcuserz said:

    good info!
    keep up rohaizad.
    ps.: got to go SEO fishing right away!

    pcuserzs entri yang terkiniSalam Maal Hijrah 1430H

  23. fadli said:

    btl 2…sy pn pning nk cari trafik ni…tp sy nk cbe jugak…sebab sy minat…ssy hrap dpt bntuan dari org yg sudi..

  24. rohaizad said:

    Sebenarnya Fadli, bab nak cari traffik ini sekarang dah tak susah. Banyak tips yang dah diberi percuma kat internet.

    Tidak macam zaman dulu. Kalau tak percaya, just taip jelah how to increase traffic kat google, confirm berlambak. So buat je one by one.

  25. [...] Jika ada yang inginkan rujukan tambahan, entri ini mungkin boleh membantu: —> Nisbah traffik. [...]

  26. cyza said:

    Aku pernah risau ttg potensi PPC. Tapi statement ko membuatkan aku rasa kita kena buat lebih byk website dan blog yang mempunyai content yang tidak dimamah zaman…maksudnya kontent nya sentiasa ikut kehendak mana-mana zaman….jadi, sentiasa releven, dan iklan ppc berkesan…

  27. Dak Wan said:

    At least mau ada 2-3 blog nie kan? Baru berbaloi kot?