Tips menjana pendapatan dengan Chitika.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Tips - Tarikh diterbitkan: December 22, 2008 onlineAndeck said:
Hai salam kenal.
Kalau boleh bagi tau sikit, macam mana nak dapat hasil dari chitika ni. Sebab aku dh pasang iklan ni dan tak dapat duit langsung, apa ada yg salah ya?
Thx.
Ini adalah soalan yang diberi oleh Andeck di catatan Menjana Wang Dengan Chitika yang lepas. Dia ingin tahu cara-cara yang betul dalam menjana pendapatan dari program Chitika kerana menurutnya, dia telah meletakkan iklan Chitika tetapi masih lagi gagal mendapat sebarang petanda. Walaupun aku agak blur kerana dia langsung tidak beri details blognya untuk dilihat dan dikaji, tetapi aku akan mencuba untuk menjawabnya.
Hari ini aku akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang cara sebenar bagaimana menjana pendapatan dengan Chitika. Walaupun aku tahu di Malaysia ini ramai yang telah berjaya menjana pendapatan melalui Chitika, tetapi aku percaya masih ramai lagi yang belum pernah mendapat sebarang click. Jadi apakah rahsia sebenar untuk menjana pendapatan melalui Chitika?

- Ramai yang masih lagi belum tahu mengenai konsep Chitika itu sendiri. Bagaimana kita hendak menjana pendapatan dari sesuatu program sedangkan konsep program itu sendiri pun kita masih lagi kurang jelas?
Chitika mempunyai konsep yang sungguh berlainan dari semua konsep pengiklanan yang pernah kita tahu. Yang sedihnya, ramai yang tidak faham konsep Chitika kerana masih dibelenggu dengan masalah yang sememangnya tidak boleh diubah lagi iaitu “malas membaca”, walhal semua kekeliruan itu telah mempunyai jawapannya di laman web Chitika itu sendiri.
Chitika adalah satu konsep pengiklanan yang agak unik.
Untuk menjana pendapatan melalui Chitika, ianya tidaklah sama seperti apa yang kita sangkakan seperti adsense. Chitika mempunyai syarat-syarat dan teknik yang mesti difahami dalam memberikan pulangan.

- Terdapat pelbagai program yang kita boleh lakukan di dalam Chitika itu sendiri dan hari ini, aku akan fokuskan kepada Chitika eMinimalls. Program ini lebih mudah untuk di implementasikan di dalam blog kita dan lebih menarik perhatian untuk para pembaca mengklik iklan yang berkaitan.
Chitika eMiniMalls juga tidak mempunyai masalah untuk “visibility” ataupun “loading problem”. Ringan dan laju untuk diletakkan dalam setiap catatan blog. Tidak seperti iklan Nuffnang yang kadang kala membuat blog aku nampak cacat kerana scriptnya yang sungguh kelam kabut. Tidak keterlaluan juga jika aku katakan iklan Chitika sebenarnya lebih menarik perhatian mata yang memandang berbanding Google Adsense.

- Ada juga yang masih tidak puas hati kenapa Chitika hanya mengira klik/traffik dari western sahaja. Bagi aku, ini adalah perkara yang kita kena akur dan tidak boleh nafikan. Ini adalah kerana seperti yang kita sudah sedia maklum, region kita ini banyak sangat scammer dan penipu. Mereka terpaksa melakukannya untuk mengelakkan dari “Invalid Click”.
Jadi jika kamu ingin menjana pendapatan dari Chitika, pastikan kamu bina English blog dan tarik traffik dari US. Lupakan blog Melayu kamu seketika jika kamu betul-betul ingin mengenali pasaran Chitika.

- Klik hanya akan dikira jika traffik datang dari US. Tetapi ada 2 perkara yang perlu kita tahu mengenai klik yang datang dari US ini. Terdapat 2 jenis klik yang perlu difahami iaitu klik yang RASMI dan TIDAK RASMI.
Sebarang klik yang RASMI tidak akan dikira oleh Chitika kerana itu tidak ubah seperti invalid click. Di sini aku berikan satu contoh yang mudah bagi click RASMI ini. Katakanlah ada pengguna internet yang sampai ke blog kamu dengan menaip www.namablogkamu.com (seperti yang biasa kamu buat untuk pergi ke blog ini), kemudian dia klik iklan Chitika kamu, maka klik itu tidak akan dikira. Jangan tanya kenapa.
Klik TIDAK RASMI pula adalah klik yang amat bernilai.
Ini adalah kerana klik sebegini yang akan membuatkan pendapatan Chitika kamu meningkat setiap hari secara non-stop. Untuk mendapatkan klik yang sebegini lumayan, traffik yang sampai ke blog kamu itu haruslah secara tidak sengaja. Maknanya organic traffic dan SEO adala kata kunci yang kamu perlu fahami.
Kesimpulannya, sebarang klik yang kamu dapat dari traffik yang hasilnya dari search engine (SERP), maka itulah klik yang akan dikira (sila baca TIDAK SENGAJA POPULAR di catatan Nisbah Traffik untuk pemahaman yang lebih jelas). Mudah sahaja.
Jadi itulah rahsia sebenar bagaimana kita boleh menjana pendapatan melalui Chitika. Jika semua itu diikut dengan betul, maka bolehlah kamu menambah lagi blog English kamu supaya lebih banyak klik yang akan terhasil. Lama kelamaan, aku pasti kamu akan mencapai sasaran yang kamu mahu.
Aku sendiri masih lagi dalam “learning curve” setelah 3 tahun meninggalkan Chitika. Walaupun screenshot aku yang paling baru ini teramatlah sedikit kliknya, tetapi dapat dilihat peningkatan yang munasabah. Moga ini dapat membakar semangat blogger-blogger yang ingin mencuba program ini.





bagus dengan perkingsian kau bro..
masih memikirkan apa yg sesuai untuk sang western
aisey kena full english la eh
thanks for the tips !
KNizams entri yang terkiniLatest Report – “14 More Hillside Areas at Risk of Landslides” ! Termasuk Taman Melawati Dowh….
pernah try gak dulu tapi pastu balik ke adsense.. hehe…
papabears entri yang terkiniI Do Not Need GPS
adsense ngan chitika ko boley sama pasang ker kat blog?
Yup… boleh.
mmm..english blog dan klik tidak rasmi..aku kena usaha lebih lagilah untuk tarik tarik dari us..baru boleh letak chitika dlm blog aku..huhuhu
Blog Buat Duits entri yang terkiniBlogging: Nikmat Tuhan Yang Tidak Disedari
Is not the easy to pull the terafik ferom the inglish belog esepeciali the ferom the amerika…
samdaddycools entri yang terkiniBetween eBay.com.my and Lelong.com.my
rasanya..kalau chitikia nie..niche blog bagus kan bro?
soalnya sekarang..jika ingin betul-betul kaya dalam perniagaan internet,,kena ada blog bahasa inggeris ler
kalau blog english & melayu.
ok x?
pcuserzs entri yang terkiniThe Tigers unveil the new National Team Kit
Aku pun guna chitika alternate dgn nuffnang. So klu org malaysia, dot tngk iklan nuffnang, klu US & Canade dpt tngk iklan chitika
Income mmg cipot, tapi ok la, daripada takde langsung
OOo…
aku ada letak kat blog
eplwallpaper.blogspot.com
tapi tu le trafik aku banyak dari UK…
ada tak program sesuai untuk trafic UK bro?
[...] Chitika sebenarnya lebih menarik iklannya dari Adsense. Jadi ada sesiapa yang ingin mencuba dan ingin [...]
Diulas pada December 26th, 2008 at 7:03 pmAdSense + Chitika Ad yang ditampilkan oleh chitika, tidak menjejaskan adsense kita sendiri ke ?
rohaizad Reply:
September 5th, 2009 at 5:38 pm
Tidak, tapi kita mempunyai pilihan untuk memilih.
selama ni tahu juga pasal chitika ni. tapi tak amik port sangat. bila baca artikel ni baru tahu chitika pun bleh buat duit kalau kena caranya. tapi nak trafik dari US plak. kena usaha juga tuk dapat trafik dari US.
rohaizad Reply:
February 23rd, 2011 at 6:00 pm
Selalulah submit kat Digg… simple je