Ingin beriklan? Sila klik di sini


Azam tahun 2009 – mengapa yang satu ini tidak pernah dimasukkan?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: December 28, 2008 online

Adakah azam tahun 2008 ini telah tercapai? Inilah soalan yang selalu kita tanyakan pada kawan-kawan apabila tiba penghujung tahun bukan? Tapi pernahkan kita bertanya diri kita tentang azam kita sendiri?

Dahulu masa aku menjadi pelajar IPT, kenangan tentang “azam” ini tersangatlah banyak. Kehidupan sebagai seorang pelajar IPT swasta di Melaka banyak mengajar aku tentang apa itu erti kehidupan. Hidup, jatuh dan bangun semuanya terletak kepada kebijaksanaan diri sendiri. Kalau setakat azam, memang banyak. Tapi hampir tiada satu pun yang boleh dibanggakan kecuali pada satu perkara. Aku sebenarnya dari aliran sains tetapi aku bangga menjadi student yang terbaik dalam kos B.A (Business Admnistration).

Aku ingat lagi pada satu hari sewaktu aku di Melaka dahulu, ayah aku telah menghantar wang belanja (wang saku). Aku suka nak mampus sebab minggu itu, memang aku berangan-angan hendak membeli sebuah “organizer”. Ianya adalah organizer biasa (bukan organizer elektronik). Maklumlah, 11 tahun lepas mana ada semua gadget-gadget ini. Duit pun bank-in melalui BSN.

Tujuan aku membeli organizer itu sebenarnya mudah sahaja. Hanya untuk memiliki. Iya… hanya sekadar untuk memiliki. Aku pasti kamu semua pernah mengalami situasi sebegini. Kamu membeli bukan untuk satu sebab yang khusus. Sekadar untuk membeli dan menjadi tuan punya pada benda yang kamu beli itu. Mungkin sudah menjadi adat bagi student business, organizer mesti ada.

Tapi sehingga sekarang, tiada apa yang aku tulis dalam organizer itu (aku masih menyimpannya sehingga hari ini). Yang ada hanyalah koleksi tiket bas ekspress yang aku naik selama 2 tahun dan juga sekeping gambar aku semasa aku berumur 18-19 tahun. yang aku ambik di atas puncak Bukit St Paul, A Famosa. Sekali kalau aku imbas kenangan pada gambar itu, teringat kenangan yang lalu. Tapi 2 kali tengok, boleh tahan hensem jugak aku pada waktu tu… WAHAHAHAH.

Apa pun, ada satu perkara yang menarik perhatian aku apabila melihat gambar di dalam organizer itu. Aku pernah berazam untuk memiliki kereta dan motor serta rumah. Dalam pada waktu yang sama, aku juga teringin sangat hendak membawa emak dan ayah aku ke Mekah. Tak dapat naik haji pun tak mengapa, asalkan aku dapat bawa mereka ke rumah Allah itu. Dan itulah misi aku untuk tahun 2009.

Untuk motor dan kereta, azam itu telahpun terlaksana tahun ini. Aku beli motor bulan Februari dan aku beli MyVi sebelum raya. Semuanya hasil dari aktiviti blogging. Rumah? InsyaAllah.

Sepertimana yang kita tahu, semua orang ada azam. Kalau ditanya, macam-macam yang kita boleh dengar:
- “Saya ingin mantapkan kareer saya. Saya memang wanita bekerjaya”.
- “Saya akan menambah pendapatan saya. Saya akan berjaya kerana saya ingin dikenali di kalangan korporat”.
- “Saya ingin menjadi seorang yang disegani. Tidak kiralah di kalangan artis ataupun orang kebanyakan”.
- “Saya ingin sekali mengekalkan azam saya untuk melancong ke Paris. Saya adalah orang yang berpandangan jauh”.
- “Saya akan mengubah cara pemikiran saya. Saya sekarang bekerja di bandaraya besar. Saya akan menjadi seorang yang open minded. Saya tidak mahu lagi menjadi orang kampung!”

Dan sebagai salah satu utusan untuk diri aku, juga kepada pembaca setia blog yang tidak seberapa ini, ingin sekali aku tanyakan satu soalan:
“Pernahkan kita selitkan nama “ayah dan ibu” kita dalam setiap azam kita?” Tiada langsungkah impian dan harapan serta doa untuk yang satu ini dalam beribu azam kita selama ini?

Jangan bila mereka sudah tiada, barulah kita nak memasang impian untuk mereka…..

Kini kau lupakan ibu,
Lupakan juga ayahmu,
Mengapa kau begitu setelah sinar kau ketemu…

Tidakah kau kasihan,
Ibumu sendirian,
Di sini bukan syurga,
Patut kau campakkan….

Ayah… ayah…!
Jerit kecilmu,
Setia bersulam di bendul pintumu,
Tangis tawa,
Bukanlah duka,
Jadi ingatan mengusik jiwa…..

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 18 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. samdaddycool said:

    ..aku nak komen yang ni.. kereta – ada, motor – ada, rumah – menyusul, orang rumah – ……..?????

    samdaddycools entri yang terkiniIKLAN Year END clearance on ebay store Jubah Abaya Kurta

  2. rohaizad said:

    Orang rumah?
    Ekekeke…. itu kena tanya Ain kembar Ekin. Dia ON, aku follow jer…. yeee haaaaaaaa :-D

  3. samdaddycool said:

    kembar Ekin??? dah kena la tu , rambut ko ala2 mawi.. ekekekekeke..

    samdaddycools entri yang terkiniIKLAN Year END clearance on ebay store Jubah Abaya Kurta

  4. zool said:

    Hm,.. aku pun ada beberapa perkara yang masih tak berjaya lagi termasuk nak hantar mak bapak ke haji..
    Insyaallah aku akan berusaha keras mencari duit online sebagai duit tambahan.

  5. twenty-six said:

    azam?tahun baru?nak naik gaji ajer ahaha

  6. titan said:

    hehe. motor aku dah on. kete pun dah on. rumah. Insya-Allah. orang rumah. tunggu orang masuk meminang. haha..

  7. rohaizad said:

    Aku rasa mungkin ramai di sini yang orang tuanya kaya dan agak senang.

  8. Mr.Right said:

    Ini azam 2009 ke azam 1430?

    Sama je lah kan.

    Aku dulu masa remaja memang berazam nak bawa abah aku jalan-jalan. Tak kisah kemana-mana, janji melancong dan makan sedap-sedap. Sebabnya dari kecil abah aku memang suka penuhi kehendak aku terutamanya bab-bab makanan.

    Tapi apakan daya, final year aku kat university, abah aku sambut seruan Illahi. Sampai sekarang aku akan sedih kalau ingat ‘hajat’ aku yang tak sampai tu.

  9. chuckiesd said:

    ijat..ooo ader hati ngan Ain yer. Boleh jer jat tak der hal..Betul jugak aper yg ko cakap..selalau terlupa kedua ibu bapa ek…takder pun azam yg related ngan Ibu dan Bapa..nak hantar mak ayah pergi haji ker..nak belikan die kereta ker…nak kasi deorang setipa bulan rm500 ker…ermm..thanks mengingatkan aku yang mungkin selama ini tak terfikir untuk diselitkan dalam azam tahun baru…thanks bro.

  10. ezad said:

    Kedua org ibu bapa aku xpernah lupakan baik dlm doa ataupun apa pun, azam 2009 ni amat besar bg ku, InsyaAllah..semoga doaku dimakbulkan dan ku doa utk ko juga jad..ngeh3

  11. fadil said:

    azam ni la yang patut masuk dlm senarai kita. Tanpa mereka siapalah kita. btw azam yang lain mesti ada usaha nak mencapainya ok? jgn hangat je awal tahun pastu hangit tak menjadi. muhahahaha… good luck you all.. :-)

    fadils entri yang terkiniVery shocking…real story from others.

  12. azam.. hurmm.. susah tol azam ni.. apa komen kau terhadap org yang tiada azam..??

    sallikin@nikillass entri yang terkiniSalam Maal Hijrah..

  13. alongovtx said:

    Ain…biar betik!Aku doakan sahaja yang terbaik buat mu…wakaka…Oh ya,azam 2008 aku terlaksa semalam…wakaka…

  14. aleh49 said:

    apa2 pon azam kita..mak ayah jgn dilupakan..

    aleh49s entri yang terkinistylo:fabio Sasso

  15. pcuserz said:

    kita hanya ada satu ibu satu ayah tiada pengganti buat diri mereka.
    doa anak2 yang soleh adalah harga yang berharga buat ibu dan ayah.

  16. pcuserz said:

    kita hanya ada satu ibu satu ayah tiada pengganti buat diri mereka.
    doa anak2 yang soleh adalah harta yang berharga buat ibu dan ayah.

    pcuserzs entri yang terkiniSalam Maal Hijrah 1430H

  17. catzer said:

    erm..berazam untuk memberikan kebahagiaan kepada org lain mmg terhebat lah..

    catzers entri yang terkiniBekerja Sendiri Satu Alternatif?

  18. Kitul said:

    ermmmmmmm…….azam thn baru 2009 nk bagi mak dan abah duit tiap2 bulan…nk simpan duit tiap2 bulan sbb nk beli pakej haji utk mak dan abah..amin…..