Tamat sudah Cabaran Blogging 2008 – Selamat Datang 2009 – catatan penutup/penghujung tahun!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: December 31, 2008 online
Kalendar Islam Maal Hijrah 1429 telahpun berlalu dan kalendar Masihi masih lagi berbaki 6 jam lagi ketika catatan ini ditulis. Rasa gembira ada, rasa sedih pun ada. Pendek kata, perasaan gembira berbaur sedih memang ada dalam jiwa aku sekarang ini. Tak tahu apa yang nak dikatakan. Speechless.
Alhamdulillah Cabaran Blogging telahpun tamat. Aku rasa seperti sudah terlepas dari satu ikatan yang kuat antara aku dan laptop aku ini. Cabaran ini benar-benar menguji disiplin aku sebagai seorang blogger. Walaupun aku tidak nafikan mungkin aku ada terlepas satu hari dalam rutin Cabaran Blogging ini tapi aku boleh katakan ianya masih lagi berada di tahap yang boleh dibanggakan kerana ada sesetengah hari itu, aku masih lagi menerbitkan 2-3-4 catatan dalam satu hari.
Buat rakan-rakan blogger kental yang pernah ingin turut serta dalam Cabaran Blogging ini pada hari ianya dilancarkan, aku harap kamu semua berjaya dalam cabaran ini. Jika tidak, mungkin next time ya.
Apapun seperti mana yang aku katakan di atas tadi, tahun 1429 Hijrah ataupun tahun 2008 ini adalah salah satu tahun yang paling banyak memberikan aku pengajaran. Ada kenangan yang pahit dan tidak kurang pula kenangan yang manis. Keluarga, teman terdekat dan juga teman maya, semuanya membuatkan hidup aku lengkap. Dalam pada itu, masih ada juga hal-hal yang sering membuatkan aku berfikir.
Hidup seorang blogger kadang-kadang membuatkan aku terfikir siapakah aku di mata masyarakat. Pernah juga terdetik apakah yang masyarakat kata tentang perjalanan hidup seorang blogger. Tidak cukup setakat itu, ada juga yang mengumpat aku dan mak bapak aku. Yang paling baru, aku di kata oleh orang hujung jalan sana bahawa hidup aku ini ditanggung oleh mak bapak. Malah kereta yang aku pakai ni pun dikatanya dibeli oleh ayah aku. Mak dan ayah aku hanya senyum saja bila membincangkan perkara ini. Mereka tahu siapa anak mereka ini dan mereka melihat sendiri kerja yang dibuat oleh anak mereka di hadapan mata mereka.
Aku bukanlah seorang blogger yang terkenal dan aku tidak hairan dengan title “terkenal” itu. Kalau aku hendak terkenal, rasanya dah lama aku buat bengkel “Menjana Pendapatan Melalui Blogging” aku sendiri. Aku jemput IM itu, aku jemput IM ini dan aku jemput siapa sahaja yang aku rasa boleh “dijual”. Aku tahu kebolehan dan kemahiran yang telah di anugerahkan oleh Allah kepada aku. Aku juga sedar bahawa aku boleh mendapat pendapatan yang lumayan dengan mengadakan bengkel sebegitu. Berdasarkan rekod, semua peserta yang mengikuti sesi consultations aku sebelum ini telah mendapat hasil. Mereka telahpun faham dan yakin bahawa cara yang aku gunakan ini boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.
Aku berblogging atas dasar minat, rasa, kepuasan dan juga fulus. Jika aku tidak ada semua itu, bermakna aku blogging untuk kebajikan. Tetapi aku adalah seorang manusia yang ingin hidup seperti orang lain. Aku mempunyai tanggungjawab seperti kamu semua. Pendek kata, aku adalah blogger yang mencari nafkah dengan cara aku sendiri. Aku tidak pernah menyusahkan mana-mana pihak. Aku pasti kamu semua tahu akan hal itu.
Tetapi menjadi seorang blogger bukanlah membatukan diri kepada dunia blogging sahaja. Banyak yang boleh dipelajari dan inilah yang mematangkan aku. Berbagai-bagai cerita yang boleh dikongsi dalam dunia blogging ini. Terima sahajalah seadanya.
Tetapi mengapa masih ramai yang tidak faham?
Mengapa sesetengahnya masih lagi menjadi duri dalam daging dengan merendahkan usaha yang dibuat oleh orang lain?
Mengapa mereka memperlekeh orang lain dengan penipuan demi penipuan?
Mengapa mereka-mereka ini suka pada jalan singkat?
Mengapa mereka tidak hargai pada orang yang telah bertungkus lumus pada sesuatu kejayaan?
Mengapa mereka dengan mudah hendak merampas idea dan kreativiti orang lain?
Mengapa ini semua terjadi?
Mengapa ini semua terjadi kepada anak bangsa kita sendiri?
Mengapa?!!
Aku tulis apa yang aku suka, aku canang apa yang aku MAHU dan aku membebel pada apa yang aku TAHU. Itu adalah falsafah aku dalam berblogging. Jika ada yang terguris hati, aku minta maaf. Jika ada yang tersinggung perasaan, tolonglah maafkan. Jika ada yang tidak boleh terima, tolong hantar email untuk menjelaskannya semuanya seperti bila dan di mana. Aku boleh terima semua itu kerana perjalanan kita masih lagi jauh.
Aku rasa itu sudah cukup untuk menerangkan siapakah aku. Dunia internet ini terlalu besar. Malah, lebih besar dari yang kita bayangkan. Mungkin ada yang berpendapat selepas ini aku akan lebih “cool”. Cuma satu sahaja yang perlu kita ingat. Bukan semua orang boleh termakan dengan kata-kata lembut dan bukan semua orang boleh termakan dengan kata-kata keras. Aku hanyalah sebahagian dari senario itu.
Aku tahu ramai yang kurang selesa dengan cara penyampaian yang aku utarakan. Ada yang mengatakan aku ni terlalu “straight forward”. Ada yang mengatakan bahasa aku kasar. Tetapi itulah aku. Ini blog aku dan aku bayar untuk itu.
Aku bukanlah seorang hipokrit yang suka menyedapkan hati orang lain dengan maksud tertentu. Malah tidak keterlaluan jika ada yang menyuruh aku untuk menukar kata nama “aku” kepada “saya”. Pada aku, biarlah “aku” dengan cara “aku”.
Di kesempatan ini, aku juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca-pembaca hebat blog ini. Aku sedar, aku faham dan aku maklum bahawa blog ini tidak akan kemana jika tiada pembaca hebat seperti kamu semua. Sesebuah blog akan mati jika tiada pembaca. Itu pasti.
Aku sama sekali tidak menyangka kamu akan melanggan semua catatan terbaru blog ini. Aku tidak menyangka tulisan aku yang tidak seberapa ini boleh membuatkan hidup kamu seronok (walaupun hanya 1 saat dalam kehidupan kamu). Aku juga tidak menyangka bahawa blog ini mampu menarik perhatian kamu. Apa yang mampu aku katakan, kamu semua telahpun menjadi faktor dan penyebab utama untuk aku meneruskan perjalanan blog berbahasa Melayu ini.
Aku harap sinar 2009 akan lebih mematangkan kita. Janganlah suka mendongak langit jika tidak berpijak dibumi yang nyata. Janganlah sampai menjadi HAMBA DUIT sehingga hukum hakam pun dipijak dengan begitu sahaja. Carilah duit sebanyak yang mungkin tetapi biarlah di landasan yang benar. Memang 9/10 nisbah rezeki itu datangnya dari perniagaan tetapi janganlah sampai mencari kesempatan dalam kesempitan. Hidup ini pun sementara saja.
Biarlah sedikit asalkan berkat tetapi janganlah lambat dalam mengejar peluang. Peluang sememangnya ada tetapi bukan semua peluang untuk kita. Begitu juga dengan rezeki. Memang rezeki itu berlimpah ruah tetapi bukan semuanya menjadi milik kita. Akhir kata, marilah kita sama-sama menjaga dunia Internet Malaysia yang tidak seberapa ini.
“Seorang anak tidak boleh memilih ibu dan ayahnya sendiri. Jadi jika kamu rasa kamu telah gagal, fikirkanlah. Takdir sentiasa berada dalam genggaman tangan kamu sendiri”.
Selamat berazam dan rindu-rindulah aku selalu yekk!!!
p/s: Esok 1 Januari 2009, aku akan umumkan mengenai satu pemberian hadiah yang aku telah niatkan. Bermakna ada di kalangan kamu yang akan menerima hadiah dari aku. Tungguuu …!!!







muahahahahaha. cari la kembar ekin utk rindukan ko. muahaahahaha. selamat tahun baru. semoga rezeki bertambah
huhu..tamat sudaaa….
TAUKEY – Wakakakaka!
TITAN – Tamat sudah… macam Tracy je…hehehe
Yeyey.. aku berjaya tamatkan cabaran ni walaupun terlepas beberapa hari… (byk kantoi pasal outstation..)
Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada Rohaizad.com readers.. dan selamat maju jaya buat semua.. maasalamah!
samdaddycools entri yang terkiniAlternative during economy crisis
Tahniah untuk SAM !!! yaaayyyy!
Ada hadiah pulak? Kasi la 1 juta aku mau jerr. Wakakakaka……
menjs entri yang terkiniTeka Silangkata dari Aimanku
tracy tu sapa plak jad? kalau yang AF tu bukan nama dia stacy ke? atau aku tersilap orang
Wahahaha…. aku yang salah. Tracy pulak… ehh Tracy mana plak nih yea keh…keh..keh…
rohaizad…aku rasa aku dh tahu sape yg ko maksudkan itu !!
Siapa yang ko maksudkan tu L4H?
Yang mana satu?
Dah tamat dah… macam kejap pulak yek. tapi bila dah berhari-hari berblog rasa macam tak sedap lak nak tinggalkan rutin ni..
nuaemans entri yang terkiniBayi 2008 atau 2009?
selamat tahun baru…semoga lebih berjaya ditahun hadapan..
aleh49s entri yang terkinistylo:fabio Sasso
selamat tahun baru 2009
pcuserzs entri yang terkiniwelcome 2009
wah.. panjangnya. Kesian kau Izat, biar lah org macam tu, dia jelous kat kau sbb boleh kana pendapatan kat blog dan internet sedangkan dia tak. Biarkan dia dengan sombong bodoh dia ni. Anyway selamat tahun baru.