Ingin beriklan? Sila klik di sini

Cek dari ClickBank – hasil dari teknik Pakej Video.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: January 31, 2009 online

clickbank_sale.gif

Pagi semalam satu lagi sales dari ClickBank masuk.
Aku rasa bersyukur sangat pada pagi Jumaat itu sebab segala trial-error + usaha serta penat lelah dalam mencuba teknik Pakej Video Puan Lisa semakin menampakkan hasil. Dari hari pertama sehinggalah ke hari ini, percubaan demi percubaan yang telah dilakukan menerusi teknik Pakej Video Youtube ini telah membuatkan aku ingin menjadikan ia sebagai “aktiviti part time” di waktu aktiviti blogging “reda”.

Tengah harinya selepas sembahyang Jumaat, cek dari ClickBank pun sampai di peti surat jiran aku. Maklumlah, duduk rumah setinggan manalah ada peti surat sendiri. Dapat menumpang peti surat jiran pun dah kira bagus. Aku pasti inilah cek yang aku tunggu-tunggu selama ini. Dan jika ada orang yang mengatakan cek dari ClickBank lambat sampai, itu mungkin disebabkan kesilapan teknikal kerana cek itu sampai dari pejabat Clickbank ke rumah aku tidak sampai pun seminggu.

cheque_clickbank.gif

Bagi mereka yang sedang pening kepala kerana pedih memikirkan cara untuk menambah pendapatan, inilah masa yang paling sesuai. Mana tidak… di waktu sektor perindustrian dan perkilangan sibuk membuang pekerja, di waktu sektor lain sibuk mengecilkan skala pengeluarannya dan di waktu majikan menghadkan kerja lebih masa untuk kakitangannya, masih ada lagi jalan yang boleh menambahkan pendapatan walaupun hanya dari rumah.

Secara tidak langsung, aku dapat rasakan Pakej Video ini adalah salah satu dari pendapatan pasif yang paling bagus di kala ekonomi sedang merudum ini. Kemungkinan untuk mendapatkan sales dari video yang sama di Youtube tidak mustahil. Apa yang perlu dan apa yang penting, kita mesti ikut segala tunjuk ajar dari Pakej Video yang kita telah beli itu. Itu sahaja.

Jadi, mulakanlah langkah pertama.
Jadikan tahun baru 2009 ini sebagai pintu bagi kita merubah nasib dan taraf kehidupan. Pedulikan kata orang yang tidak percaya pada “duit internet”. Ini adalah nyata. Kita belajar, kita berusaha dan terus berusaha. Aku hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk mencuba dan hari ini hasilnya telahpun dapat dilihat.

clickbank_cheque.gif

Jadi apa yang ditunggu-tunggu lagi?
Lagi lambat, lagi lewatlah peluang untuk menambah pendapatan.
Dapatkanlah Pakej Video kamu hari ini juga!

———————————————————————————————
UPDATE !!!
Aku baru sahaja pulang dari membawa anak saudara ke Danga Bay. Sampai sahaja di rumah, aku terus check email seperti biasa. Dan tergerak juga hati hendak cek akaun ClickBank. Alangkah seronoknya apabila melihat satu lagi JUALAN berjaya dijana pada ketika aku berada di Danga Bay tadi!

salesclickbank.gif

Alhamdulillah…. :)

* Catatan yang berkaitan:
1. Menjana pendapatan dari Youtube.
2. Belilah Pakej Video sebagai “back up” dikemudian hari.
3. Cek Clickbank yang ke-2 dari PakejVideo.com
4) Pakej Video: Soalan dari Puan Ieda


pakej-video-youtube.GIF

Syurgamu.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: January 30, 2009 online

syurgamu.JPG

Tidak seperti catatan “Renungan Hari Jumaat” yang lepas-lepas, hari ini aku cuma ingin berkongsikan satu video dari kumpulan Ungu. Muhasabah diri dengan liriknya pun terkesan juga:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

FACEBOOK DARK SIDE – fakta yang perlu kita tahu mengenai FACEBOOK.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: January 30, 2009 online

dark_side_of_facebook.gif

Aku baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini. Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan.

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.
Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

alrajhi_logo.gif

Ini adalah waktu yang paling membosankan iaitu apabila melihat jumlah dana yang dimasukkan ke dalam akaun Al Rajhi RM hasil transaksi dari fund Paypal. Aku rasa macam dah malas nak withdraw melalui Al Rajhi kalau perkara begini masih terus berterusan. Aku tidak tahu bagaimana nak ulas mengenai perkara ini tetapi aku cukup kecewa dengan kadar yang diberikan oleh bank AlRajhi.

Begini ceritanya:
Hari ini (dalam masa 3 jam yang lepas), fund USD di Paypal aku sebanyak USD495 (setelah ditolak caj Paypal sebanyak USD5) telahpun dimasukkan ke dalam akaun Al Rajhi aku (dalam RM). Dan setelah aku login ke dalam akaun Al Rajhi sebentar tadi, alangkah hampanya kerana rate ataupun kadar pertukaran matawang asing yang dikenakan oleh Al Rajhi adalah dibawah 2.89!!!!!!!!!

Mungkin kadar yang dikenakan adalah berdasarkan pada waktu proses transfer dilakukan beberapa hari yang lepas tetapi dalam seminggu ini, rate/kadar yang wujud masih lagi di atas 3.30!

Walaupun aku bukanlah pakar ekonomi tapi satu dunia sudah tahu mengenai rate USD. Jika untuk kadar pertukaran USD ke Ringgit Malaysia, range ataupun radiusnya adalah diantara 3.2 -3.5. Jika dapat 3.6, itu sudah kira bagus. Tidak percaya? Lihatlah sendiri:

Ini adalah kadar yang termaktub di XE.com:
kadar_pertukaran_matawang_a.gif

Dan ini pula adalah rate/kadar yang diberi oleh Alrajhi bank:
alrajhi.gif

Mangkuk betul!
Ada ke rate/kadar sebegitu rendah?
Bawah 2.89??!!!
Walhal pada hari yang sama (23hb Jan 2009), MENJ juga membuat withdraw dari Paypal ke Al Rajhi dengan amount yang sama?!!
Bukan itu sahaja, Menj mendapat rate 3.50 !!!!!!!!!!!!

Berapa yang Al Rajhi caj sebenarnya???
Bagaimana Al Rajhi caj?
Mana perginya duit aku yang lagi RM300 tu?

* Ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan mengenai sistem Al Rajhi ni?
——————————————————————————-
UPDATED!
Pagi tadi aku pergi ke bank Al Rajhi.
Kes sudah pun selesai :)

Blogstarz – lupus sudah PPC mereka.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: January 28, 2009 online

blogstarz.gifBaru tadi member baik aku Radzi yang bekerja di Giant menelefon aku.

Dia telefon untuk bertanyakan satu perkara. Apabila ditanya, dia menjawab yang dia nak sangat informasi mengenai program Blogstarz.

Lepas dia habis bercakap, aku pun tanya lagi:
“Kenapa ko tiba-tiba nak tau pasal Blogstarz?

Dia kata:
“Aku nak tau je. Aku baru jer dengar pasal program ni. Dia ada buat sesi penerangan seminggu sekali…”

Dengan segera terus membalas:
“Jangan buat apa-apa pembayaran dulu…!!”

Dia pun bertanya lagi: “Kenapa?”
Aku pun dengan selamba menjawab: “Ada benda yang ko perlu tahu mengenai Blogstarz… ”

Jadi aku pun huraikanlah apa-apa yang patut. Mana program yang Blogstarz anjurkan selain dari PPC tu, memang sesiapa pun boleh join. SMS ke… macam macam lagilah.

Tapi sekarang aku nak berkongsi tentang perkara yang lain iaitu PPC. Dari cerita Blogstarz di blog Ridzuan Riche, Mail sehinggalah di blog Taukey, semua habis aku terangkan.

Cuma apabila member aku ni “blur” pasal ClickShare yang Blogstarz nyatakan di laman web mereka, aku pun memeriksa semua sekali info yang member aku nak mengenai Blogstarz. Berikut adalah pendapat serta screenshot yang aku rasa boleh dikongsi bersama:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Belilah Pakej Video sebagai “back up” dikemudian hari.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: January 27, 2009 online

pakejvideo1.gif

Pakej Video !!!
Beli…! Beli…!
Jangan tak beli..!

Jika kamu masih lagi belum membeli produk Pakej Video Puan Lisa, aku sarankan dapatkanlah produk tersebut secepat yang mungkin. Beli di sini. Sememangnya inilah antara cara yang mungkin boleh dijadikan sebagai “back up” pada masa hadapan. Lebih-lebih lagi untuk poket sendiri.

Mengapa aku berkata begitu?
Ini adalah kerana sejak kebelakangan ini, aku tidak sekalipun membuat sebarang aktiviti upload ke Youtube kerana sibuk menyiapkan order. Dateline yang diberi pula amatlah ketat.

Selain dari itu, rasa boring yang menyengat dek kerana menatap laptop juga menjadi salah satu penyebab mengapa aku “bercuti” seketika. Dan akhirnya aktiviti chatting di YM pula makin menjadi-jadi…. :) huhuhuhu.

Walaupun aku tidak mengupload sebarang video untuk seminggu yang lepas, aku dapati ramai di kalangan mereka yang terlibat dalam affiliate marketing telah mengatakan satu hal yang sama iaitu “sales agak slow”. Hasil YM aku dengan Puan Lisa juga memberikan jawapan yang sama.

Dan aku harus akui situasi semasa (Tahun Baru 2009 – Perlantikan Obama – Ekonomi – Tahun Baru China) mungkin mempengaruhi nafsu membeli pengguna internet. Biasalah, dah namanya business, ada pasang dan surutnya.

Walau apa-pun, video marketing di Youtube tidak akan terhenti selagi ada pengguna internet. Buktinya 2 minggu lepas aku telah membuat satu channel baru untuk produk ClickBank. Niche`nya masih lagi sama iaitu movie dan tv shows tetapi link affiliatenya sahaja aku tukar.

Tujuannya adalah untuk melihat video yang mana satukah bakal dibeli oleh pembeli. Dan pagi ini sebaik sahaja aku get online, inilah hasilnya:

clickbank-sales.jpg

Sekali lagi, ini semua adalah hasil dari video yang aku upload 2 minggu lepas. Bermakna video yang sudah lama pun boleh menjana sales. Pendek kata, selagi video ini berada di Youtube, selagi itulah ianya boleh menjana SALES. Benar… tidak mustahil video yang sama juga akan dibeli orang orang lain.

Video marketing di Youtube mempunyai prospek yang tersangatlah besar. Itu harus diingat. Beli di sini.

Inilah yang aku katakan sebagai “back up” untuk kita. Kita upload hari ini, esok-esok orang beli. Ini semua adalah rezeki, kita tidak tahu bila ia akan datang.

Tetapi kita kenalah berusaha. Jadi jika ada yang berasa risau dengan taraf ekonomi masing-masing, aku syorkan kamu membeli Pakej Video Puan Lisa ini.

Jadi apa yang ditunggu-tunggu lagi?
Beli Pakej Video ini sekarang !!!!

* Catatan yang berkaitan:
1. Menjana pendapatan dari Youtube.
2. Cek dari ClickBank – hasil dari teknik Pakej Video.
3. Cek Clickbank yang ke-2 dari PakejVideo.com

pakej-video-youtube.GIF

Thank you Mr Mark Evans!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: January 27, 2009 online

Sedang sibuk menyiapkan ebook untuk Text Link Ads, tiba-tiba aku mendapat email dari seorang yang tidak aku kenali. Yang pasti, dia berminat untuk menjadikan blog ini sebagai salah satu partner untuk programnya yang berasaskan eCPM.

jemm-media.gif

Tapi apa-apa hal pun aku masih lagi menilai dan berkira-kira untuk semua kadar ataupun rate yang ditawarkan. Rezeki… rezeki.

A Kugan – mati di dalam tahanan polis (video).

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: January 26, 2009 online

Sedang kita sibuk berkata mengenai kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, kini dunia semakin heboh apabila pandangan mereka tertumpu di Malaysia berikutan satu kes di mana seorang remaja berbangsa India bernama A Kugan yang meninggal dunia ketika di berada di dalam tahanan polis!

Aku hampir tidak percaya Malaysia mempunyai polis yang begitu ***** sehinggakan boleh menyebabkan kematian. Aku berkata demikian kerana mengikut apa yang tersiar di TV3, Peguam Negara sendiri mengklasifikasikan kes ini sebagai kes BUNUH. Bunuh di sini bermaksud diseksa dan dilayan sehingga menyebabkan kematian.

Memang polis mempunyai kerja yang banyak.
Memang polis mempunyai tugasan yang berat dan memang polis mempunyai misi yang berlambak sehinggakan mereka sendiri ditimpa tekanan yang amat sangat. Memang juga kerja mereka menangkap pesalah tetapi apa-apa tindakan yang boleh menamatkan riwayat seseorang manusia bukan di tangan mereka. Itu semua kerja Tuhan.

Kalau katakanlah mangsa, A Kugan dilayan dengan keras sekalipun, biarlah secara psikologi… bukan secara fizikal. Dia seorang diri di dalam tahanan, mana boleh melawan. Kalau nak lawan fizikal, gajah pun boleh mati di tangan 5 orang manusia. Adilkah semua ini?

Di dalam video yang akan ditunjukkan ini, kamu semua boleh melihat dan menilai serta membayangkan bagaimanakah A Kugan bersabung nyawa ketika saat-saat akhir kematiannya.

Hendak meminta tolong?
Siapa yang akan datang?
Bukankah tahanan polis adalah tempat yang paling selamat dari orang jahat?
Aku tidak menuduh sesiapa tapi hati ibu manakah yang sanggup melihat anaknya mati dalam keadaan yang sebegitu rupa?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya