Ingin beriklan? Sila klik di sini


Adibah Ahmad hampir dianiaya lagi – kali ini dengan nama Adibah Ahmed.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: January 1, 2009 online

adibah_ahmed.gif

Adakah ini orang yang sama menganiaya Adibah Ahmad tempoh hari?
Adakah ini kerja rakan-rakannya dalam menyambung misinya yang tergendala?
Atau adakah ini kerja manusia biadap yang ingin menangguk di air yang keruh?
Adakah ini sahaja modus operandi yang terdaya dia lakukan?
Adakah dia rasa sudah berjaya untuk memanipulasikan keadaan?
Jika itu yang dia rasa, bermakna dia telah gagal dalam menjalankan misinya!

Menj baru sahaja hantar mesej kepada aku mengenai blog ini. Secara tidak langsung, ini adalah catatan pertama kami berdua untuk tahun 2009. Walaupun aku sedih dengan hinaan yang diberikan kepada Nabi Muhammad, tetapi aku rasa tugas sebegini boleh digalas oleh aku sebagai seorang blogger.

Kali ini aku tidak terperanjat kerana taktik yang sama telah digunakan. Aku rasa kamu semua juga tidak akan terperanjat. Ini adalah kerana dia masih lagi menggunakan blogspot sebagai platform untuk mengutuk Nabi Muhammad. Tidak keterlaluan jika aku katakan orang ini adalah seorang yang penakut. Apa pendapat kamu semua mengenai hal ini?

Ramai yang mengatakan ini adalah kerja seorang wanita tapi aku rasa tidak mustahil dia seorang lelaki yang ingin mengelirukan keadaan. Dalam blog barunya iaitu AdibahAhmed.blogspot itu, aku merasakan dia adalah insan yang telah terpesong akidahnya dan telah gagal dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang umat Islam.

Untuk pemilik blog ini, jika kamu adalah seorang Islam, maka seharusnya kamu kembalilah ke pangkal jalan. Dan jika kamu adalah seorang kafir laknatullah, maka seharusnya kamu tahu apa yang telah kamu lakukan.

Dan sebagai blogger Islam, marilah sama-sama kita FLAG blog ini supaya dia akan menemui kegagalan sepertimana yang pernah dia lakukan dalam cubaannya sebelum ini.

Bismillah….


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 21 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. |1f34|-|1r3 said:

    apa lg beb…kita pakat flag sampai lebam la…

  2. Nuar said:

    Orang macam ni kalau dapat, ikat kat tengah2 di antara 2 ekor kuda, pastu soh kuda tu lari both on a different direction je…Sodakollahulazim

  3. samdaddycool said:

    Aik? tahun baru dah ada yang nak kena panah petir.. tak takutkah??

    samdaddycools entri yang terkiniNew year, new resolution, new me..

  4. izzat said:

    ni dah kira mencabar dah ni.. mmg nk declare “war” la ni.. sama2 flag..

  5. menj said:

    Aku dah FLAG orang ni, sesiapa yang belum flag lagi silakan FLAG beramai-ramai….

    menjs entri yang terkiniAdibah Ahmed pula

  6. dendang said:

    bila la diorg2 nih nk insaf…
    takde guna nyer nk buat statement bodo mcm tuh kat blog.
    orang islam takkan ape2 nyer dgn statement bodo cmtuh..

    jom flag ramai2…

  7. PM said:

    entah la.. mungkin ada yg ingin menjadi popular atau mencari kesempatan..

    dunia dunia… xpe allah swt tetap akan mengingati segala perbuatan yg anda lakukan… betul x..???

    PMs entri yang terkiniBende Nie Dapat Nama

  8. muhaimin said:

    orang ini entah apa tujuannya…kemungkinan besar orang ini adalah missionary kristian… diharap kerajaan ban website ini

    http://www.faithfreedom.org

    kerana kandungannya yang offensive dan bersifat mengkucar kacir kan akidah umat islam. Penulis website ini bersifat pentingkan diri dan gila

  9. menj said:

    Faithfreedom tu dah lama berada di dunia internet, kita sudah ada http://www.bismikaallahuma.org dan http://www.islamic-awareness.org yang menjawab tohmahan mereka.

  10. taukey said:

    hmm macam macam kan. Dunia internet memang mempunyai dugaan yang tidak terkira

  11. mmm..betul2 taukey

    Blog Buat Duits entri yang terkiniBuat Duit Dengan Upload Video

  12. nikillas said:

    Hurmm.. ape la motif diorang buat kerja macam ni.. Dia mmg nak kenakan adibah ahmad tu atau mmg nak memburukkan kesucian agama Islam tu..?? mmg xda otak la diorang ni.. letak kat kepala lutut kot..

    nikillass entri yang terkiniSelamat Tahun Baru 2009..!!

  13. Mohd Nasri said:

    ada lg makhluk ni kt dunia..
    igt dh mati dh..

    Mohd Nasris entri yang terkiniDua Ribu Sembilan

  14. pcuserz said:

    nak kene panah petir jugak orang ni!
    flag dia ramai2!

    pcuserzs entri yang terkiniwelcome 2009

  15. Salam…saya rasa blog ni adalah antara blog yg plg best yg pernah saya jumpa (ikhlas nih ) walaupun banyak artikelnya yang sy kurang faham (saya baru 13 tahun)tetapi ade juga yg boleh dijadikan panduan..harap abang atau mungkin pak cik (he.he.) sudi datang ke blog saya (baru blajar buat blog )klu bleh berilah ape2 komen yg patut.

    Megat Danish Andzars entri yang terkiniFor petai lovers…..here’s a good reason to keep on eating it

  16. rohaizad said:

    Selamat datang dik. Harap blog ini boleh membantu dalam menjadi seorang blogger yang bagus.

  17. bd fabregas said:

    kita flag ramai2.. jatuhkn blog ni plak..

    bd fabregass entri yang terkiniFlag Blog Ni Plak..

  18. rohaizad said:

    Semestinya!

  19. j_hafiz said:

    bro,mne url yg baru nih…nk flag jugak! thx for sharing..

    j_hafizs entri yang terkiniTraffic Update

  20. Puteri Ezza said:

    Salam.

    Ya, dipersilakan flag blog tersebut beramai-ramai. Namun, sangat-sangatlah diharapkan agar isu ini dapat ditangani dengan penuh berhemah dan dengan budi pekerti yang tinggi agar Agama Islam tidak dipandang seorang oleh umat-umat agama lain.

    Sama-samalah juga berdoa agar insan yang mewujudkan blog berkenaan dibukakan hati dan diberi hidayah oleh Allah Ta’ala untuk bertaubat.

  21. Amal said:

    Assalamualaikum. Saya dari Brunei, umur 16 tahun. Kalau nak tau, kes Adibah Ahmed ni dah popular sangat sampai ke Singapura & Indonesia. Saya rasa blogger tu bukan org Melayu kerana Bahasa Inggerisnya bagus sangat. Barangkali dia juga seorang hacker. Entahlah. Mungkin dia sedang memerhatikan kita di sini. Aku harap dalang sebenar di sebalik blog ini dapat ditangkap.