Ingin beriklan? Sila klik di sini

Hadiah untuk 2 blogger dari rohaizad dot com sempena tahun baru 2009!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: January 1, 2009 online

Semalam 31 Disember 2008.
Hari ini 1 Januari 2009.

Sepertimana yang telah dijanjikan semalam, aku akan memberikan hadiah kepada 2 orang blogger. Hadiah ini bukanlah ukuran kepada “setia”nya mereka kepada blog ini. Tetapi ia hanyalah sebagai satu penghargaan dari aku kepada mereka berdua kerana telah meluangkan masa dalam memberi komen kepada catatan-catatan yang ada di blog ini.

Aku sama sekali tidak akan menganjurkan pertandingan “Siapa yang memberikan komen terbanyak, akan diberikan hadiah!” kerana aku tahu itu semua adalah satu cara yang tidak akan kekal keberkesanannya. Maksudnya, mungkin pada waktu pertandingan itu berjalan berduyun-duyun komen yang akan masuk. Tetapi besar kemungkinan sesebuah blog itu tidak akan diberikan komen lagi selepas pertandingan itu berakhir. Pendek kata, ada kemungkinan komen yang diberi sewaktu pertandingan itu tidak lahir dari “keseronokan” yang sebenar (ikhlas), tetapi hanya mengharapkan hadiah semata-mata. Kurang berkualiti komen itu jadinya nanti.

Adalah lebih baik jika aku menilaikannya sendiri tanpa ada apa-apa syarat. Bermakna, hadiah yang aku akan berikan ini adalah ikhlas sepertimana mereka yang ikhlas memberikan komen di blog yang tidak seberapa ini. Tetapi itu tidak bermakna yang aku akan meneruskan “pertandingan” komentar terbanyak lagi selepas ini. Seperti yang aku kata tadi, biarlah aku yang menilaikannya. Mungkin selepas ini aku akan menilai komen siapa yang paling bernas ke… yang paling kelakar ker… siapa tahu`kan? :D

Walaupun aku tahu ramai lagi silent readers yang melawat blog ini setiap hari, tetapi aku tidak dapat mengenali kamu semua. Jadi, rajin-rajinlah visible`kan diri kamu dengan menyertai komen suka-suki di ruangan yang telah disediakan. Terima kasih aku ucapkan.

Untuk 2 blogger yang akan menerima hadiah yang tidak seberapa adanya, aku harap kamu akan suka dengan pemberian aku ini. Hadah ini tidaklah mahal tapi aku ikhlas…. ekekeke (sepertimana yang telah aku berikan kepada salah seorang advertiser di blog ini iaitu En Razif Yusof).

pengulas.JPG

Komen kamu berdua (Taukey dan SamDaddyCool)sebenarnya terlalu jauh meninggalkan komen orang lain iaitu 200 lebih! Beza antara komen kamu berdua pun terlalu kecil. Jadi silalah berikan alamat penuh kamu supaya aku dapat menghantarnya melalui pos. Sebagai rujukan, inilah hadiah yang akan kamu dapat iaitu ” Smart Calculator + Cute Pen + Pouch”. Aku pendekkan namanya jadi Smacupench. WAHAHAHAH !

smart_calculator.jpg

Smart Calculator ini memang unik. Kamu boleh menukar dari warna merah ke warna hanya dengan sekali flip sahaja. Mini Pen yang di datangkan juga amat berguna terutamanya di waktu kecemasan. Tapi awas jika kamu meminjamkan pen ini kepada orang lain di Pejabat Pos, alamat susahler nak dapat balik.

Selain itu, Smart Calculator ini juga akan diberi bersama pouch yang aku sediakan. Pouch ini mempunyai dua bahagian di mana kamu boleh masukkan sekali handphone kamu dibahagian yang satu lagi. Tujuan pouch ini diberi adalah untuk memudahkan kamu membawanya ke mana sahaja kamu pergi. Mudah dan ringkas kerana boleh dipasangkan di bahagian pinggang kamu (sepertimana yang telah ditunjukkan di dalam gambar di atas).

Amacam?
Cool`kan?
Barulah macho….! :D

« « Adibah Ahmad hampir dianiaya lagi – kali ini dengan nama Adibah Ahmed.*** Amalan minum Rasulullah S.A.W » »


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

468x60

Sudah 29 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. menj said:

    Wah…bestnya dapat hadiah! Semput aku nak jadi pengomen no 1.

  2. rohaizad said:

    Semput?
    Main PS berjam-jam tak pulak semput ye? ekekeke

  3. nuaeman said:

    aku nak juga.. nak juga.. haha.. hadiah ada lebih tak jad..?

    nuaemans entri yang terkiniSenarai 100 do follow forum untuk tujuan link building

  4. topo said:

    HOHOHOH cam best je aku tgok Smacupench. hahahha

    topos entri yang terkini2008,topo,topotato dan azam serta google bg aku pr3 sempena tahun baru..

  5. eZad said:

    Cam beli kat pasar borong pandan jek..hehehe

  6. megat said:

    nasib baik aku sedang ber’cuti’ hehe. rezeki masing-masing kan?

    tahniah kepada pemenang yang secara tak langsung mendapat ilmu berguna disini.

    megats entri yang terkiniTahun Baru, Bersihkan Minda Dan Hati!

  7. chedet pun kasik hadiah. cuba tgk. ade ruangan ads. huhuh! xsuke nye gwe.

  8. twenty-six said:

    kalau beli kat pasar borong pondan skalipun, kalau diberi percuma oleh rohaizad sapo tak nak?

    twenty-sixs entri yang terkiniapa yang wajib ada dalam drama kantonis

  9. nuaeman said:

    Pasar borong pondan tu kat mana yek..? Tertanya-tanya pulak aku.. heheh

    nuaemans entri yang terkiniSenarai 100 do follow forum untuk tujuan link building

  10. taukey said:

    wah aku dapat hadiah tahun baru la. tak sangka pulak aku pandai dapat. terima kasih bro. dapat pouch dengan pen dan kalkulator sekali. best best. handphone tu termasuk sekali ke? muahahahahah. lawak jer

  11. rohaizad said:

    Bak mai ko punya adress. Aku nak pos ni… :)

  12. eZad said:

    Mn dtgnya pasar borong pondan plak nih, ni bukan blog gei ok..ekekekek

  13. PM said:

    mereka mmg pemberi komen yang setia.. komen2 pun berisi dan bernas.. pe2 pun aku lum pernah jumpe calculator cam tue lg..cam menarik je

    PMs entri yang terkiniUndi Pas Dapat Pahala

  14. aleh49 said:

    nnt nk bli la calculator ni..heeheehee..

    aleh49s entri yang terkinistylo:fabio Sasso

  15. samdaddycool said:

    Saya amat berbesar hati menerima penghargaan yang tak ternilai daripada Rohaizat dot com..
    Kejayaan saya ini amat besar nilainya buat para peminat saya semua, tanpaanda, siapalah saya. Buat mak ayah, Adam Harith dan aweks2 yang menanti di luar sana.. Kemenangan ini merupakan titik tolak saya melibatkan diri sebagai pro blogger pada tahun 2009 ini. Akhir kata, teruskan mengundi saya.. bla.. bla.. bla.. (aku mengantuk sebenarnya, lelong / ebay tak siap upload. internet buat hal.. macam siput sedut! ) …

    muahahahahhahahahhahaha terima kasih Jad. :D

    samdaddycools entri yang terkiniNew year, new resolution, new me..

  16. taukey said:

    muahahahaahha ko macam terima anugerah jer SAm. muahahaha

  17. titan said:

    hoho. tahniah kepada korang berdua.

  18. chuckiesd said:

    Tahniah…Sam..cam AF pulak..

  19. nikillas said:

    hahaha.. telah direset nampak gayanya komentar terbanyak itu.. kena berusaha lebih lagi ini.. Tahniah kepada para pemenang..!! OMBAK..!!

    nikillass entri yang terkiniSelamat Tahun Baru 2009..!!

  20. alongovtx said:

    serius…cool!memang cool,aku ingat…johorian memang ada auralah.Aura seri…

  21. rohaizad said:

    PM – Ada hajat nak beli ker?

    ALEH – Sebenarnya aku berniat nak jual kat eBay. ekekeke.

    SAM – Wehhh… mana address ko?

    TAUKEY – Dia ingat dia Mawi agaknya… wakakka.

    TITAN – Glamer mereka berdua ni. :)

    CHUCKIESD – Aku pun rasa macam tu gak! Ingat nak mintak autograf diaorang nanti.

    NIKILLAS – Aku ingatkan dulu ko akan menjadi juara sebenarnya. huhuhu (Ombak? Macam pernah dengar nama tu, tapi di mana ya?)

    ALONG – Aura Seri? Aura Mawi laaah…

  22. Mohd Nasri said:

    mmg smart la nme Smacupench tu
    laku tu klau jual..
    produk buatan malaysia..hehe

    Mohd Nasris entri yang terkiniDua Ribu Sembilan

  23. pcuserz said:

    wah…!
    ade hadiah.
    congratz!

    pcuserzs entri yang terkiniwelcome 2009

  24. Salam, bestnya hadiah. Beli kat mane tu ye?

    Top100Entrepreneurs entri yang terkiniLatest Update

  25. fadil said:

    waahhh! manyak cantik hadiah tu. grand bangat seh! Harap-harap blog ini dapat memupuk hubungan silaturahim sesama kita.
    :-)

    fadils entri yang terkiniGambar Norman Hakim dan Memey tengah berdua-duan!

  26. samdaddycool said:

    .. aku kembali..

    Jad, dah dapat alamat?? kalau belum, aku gi JB amik sendiri..muahahhahaaaa…

  27. haritz said:

    idea jau cukup bagus izad untuk catch up visitor. Good bro..

  28. [...] 31 Disember 2008 yang lalu, 2 orang blogger telah dipilih oleh blog rohaizad dot com ini untuk menerima hadiah sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan mereka dalam memberikan komen-komen di blog ini. Walaupun hadiah yang diberi itu tidaklah semahal mana, tetapi apa yang ingin disampaikan hanyalah satu tanda terima kasih tulus dari hati aku. [...]

  29. faisalhanim said:

    bila nak bagi hadiah kereta pulak…hee..kompem aku spam nnti..hee

    faisalhanims entri yang terkiniNak Jadi Kekasih Saya? Hmm….Tengok Lah…

belanja-saya