Ingin beriklan? Sila klik di sini


Amalan minum Rasulullah S.A.W

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: January 2, 2009 online

musafir.gif

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan tersebut ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
2. Mencuci perut.
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati..

Rasullah SAW juga suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Fakta minuman manis dan sejuk.

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa:
” Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”.

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut:

” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk”.

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum.

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
2. Bacalah ” Bismillah”.
3. Minum dengan tiga nafas.
4. Minum dalam keadaan duduk.
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. Jazakallah hu khairan kathiraa.

p/s: Jika ada sebab musabab yang dirasakan tidak sesuai dengan diri kamu, sila dapatkan nasihat doktor.

*“Sebahagian dari artikel ini bukanlah artikel sebenar saya. Ada di antara artikel ini saya terima melalui sms, email dan juga PM di laman web sosial saya. Jika tuan punya artikel ini telah maklum akan hal ini, saya bersedia untuk menghubungi mereka”


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 18 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. eZad said:

    Amalan minum air sejuk ni elok sekali jika diminum seawal subuh baik untuk tubuh badan, nak elok lagi rendamkan kismis semalaman dan waktu subuhnya diminum..baik untuk minda.. ;)

  2. twenty-six said:

    aku kalau ah terdesak tu gogok ajer hahaha tak senonoh kadang-kadang

    twenty-sixs entri yang terkiniwhat the fuck is shuffle anyway?

  3. rasanya ramai yang taktau petua2 dan amalan2 nabi ni….aku sendiri pon xtau…

  4. taukey said:

    aku rasa aku tak boleh sgt minum air sejuk di awal pagi. mesti sakit perut n pastu mesti asyik rasa nak ke tandas. ke tu memang effek dia pada permulaan mengamalkan cara tu

  5. rohaizad said:

    TAUKEY – Sebenarnya “air sejuk” yang dimaksudkan itu adalah air suam yang dibiarkan semalaman. Bukan “air sejuk” yang kita letak di dalam peti sejuk.

    Contohnya jika kita letak air masak biasa di dalam gelas yang dibiarkan semalaman. :)

  6. nuaeman said:

    Hehe.. yang tak berapa faham dah tentu byk togak air sejuk lepas baca nasihat ni.. :)

    nuaemans entri yang terkiniMelayari Internet dengan Keberkesanan Allah

  7. pcuserz said:

    minum air secukupnya elakkan dehydration.

    pcuserzs entri yang terkiniwelcome 2009

  8. taukey said:

    muahahahaha. aku ingatlah air sejuk yang peti sejuk tu. muahahahaha. silap pemahaman la pulak. hehehe

  9. saya said:

    salam…
    baru barjalan2 di sini…encik, kalu saya ader kencing manis boleh ke amik itu madu…ek..sunnah kan..tapi….

  10. rohaizad said:

    CIK ROZA – Seperti yang saya telah katakan di akhir catatan ini, jika ada sebab musabab yang dirasakan tidak sesuai, sila dapatkan nasihat doktor.

  11. fadil said:

    air kosong satu mamak?? muahahaha.. tapi adab no 2 tu kadang-kadang ingat, sometimes tak kalau rushing nak minum. huh!

    fadils entri yang terkiniGambar Norman Hakim dan Memey

  12. aleh49 said:

    ustaz masa sekolah dulu slalu gak pesan..
    kalo minum air..pkai tgan kanan pegang cawan..
    pastu duduk..

    aleh49s entri yang terkinistylo:fabio Sasso

  13. alongovtx said:

    biasa buat waktu ‘mengeteh’…sibuk sembang air pun dah naik sejok.

  14. twenty-six said:

    Diam Ketika Makan
    Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : “Ayah, di…”
    Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”Setelah selesai makan…
    Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”
    Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!”

    twenty-sixs entri yang terkiniI Heard There\’s No Muslim There

  15. chuckiesd said:

    Minum pun ader adab eh..kene ikut ni..amalan nabid ni..

  16. eZad said:

    Yang tersiratnya ialah bangun lah sembayang subuh..hehe

  17. samdaddycool said:

    .. amalan yg selalu aku terlepas pandang

    thanks bro

    samdaddycools entri yang terkiniPush to the limit!

  18. amme said:

    ini bagus.Thank for sharing.