Ingin beriklan? Sila klik di sini


2009 – Antara AZAM dan ANGAN-ANGAN.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: January 3, 2009 online

berazam.gif

Naaahhh… sekarang kita sudahpun berada dalam tahun realiti 2009. Apa yang kita pernah sebut beberapa hari lepas adalah satu kenangan yang mungkin boleh ditafsirkan sebagai azam. Apa yang telah di azamkan adalah satu perancangan yang mesti di kecapi. Jika tidak diusahakan, rugilah kita berazam… betul tak?

Sebenarnya, “azam” bukanlah satu perkataan yang “positif” untuk disebut. Walaupun adrenalin badan dan jiwa kita masih mengaitkan azam sebagai satu unsur yang positif, tetapi perkataan azam itu hanyalah sekadar perkataan biasa yang boleh kita sebut setiap hari.

Azam hanya akan bermakna jika kita merealisasikannya. Jika setakat berazam dan hanya menzikirkan keinginan, alamat jiwa sendiri yang tertekan. Iya.. jika tidak kena pada gayanya, kita mungkin akan menyalahkan diri sendiri dan juga orang sekeliling dek kerana azam yang tidak tercapai.

Samalah dengan apa yang berlaku pada aku beberapa tahun lepas. Cuma bezanya, aku jarang berazam. Apa yang aku buat selama ini ialah “berangan”. Angna-anganlah yang membentuk diri aku. Aku berangan untuk memiliki itu, aku berangan untuk memiliki ini. Aku ingin merasa dan berjaya dalam sesuatu perkara, aku cuba untuk mengecap nikmat sebenar apa yang aku angankan.

Setiap malam sebelum tidur aku selalu berangan. Aku tak tipu kerana itu sudah menjadi tabiat aku. Menjadi seorang yang hanya broperasi di rumah dan mendapatkan keuntungan dari internet juga pernah aku angankan suatu ketika dahulu. Dan sekarang angan tu telah tercapai.

Tapi apa bezanya azam dengan angan-angan ye?
Entahlah.

Kadang-kadang aku sendiri rasa dua unsur ini lebih kurang sama. Tapi secara jujur, aku lebih suka pada angan-angan. Bagi aku, angan-angan itu tersangatlah penting. Orang yang tidak berangan adalah orang yang tidak normal. Aku akan berangan-angan dengan semaksimum mungkin kerana ianya SUNGGUH seronok untuk di imaginasikan.

Jadi sekarang aku ingin berkongsi sedikit angan-angan aku untuk tahun 2009 ini:

1. Aku berangan untuk berehat dari industri domaining.
2. Aku berangan untuk menjana pendapatan yang lumayan dalam affiliate marketing (untuk tujuan itu, aku akan sibuk tetapi aku akan usahakan supaya blog ini tetap aktif InsyaAllah).
3. Aku berangan untuk memberikan 20 akaun hosting PERCUMA kepada sesiapa yang berminat (dengan syarat yang mudah).
4. Aku berangan dengan pendapatan TLA aku mencecah USD1000 sebulan (supaya dapat cover modal untuk affiliate marketing).
5. Aku berangan untuk berjalan-jalan ke lebih dari 50 buah resort di Malaysia ini tanpa menggunakan seposen pun duit saku aku (ada caranya).
6. Aku berangan untuk berteman. Tapi teman wanita aku itu mestilah sekepala dengan perniagaan yang aku jalankan sekarang ini.
7. Ingin berangan untuk membuat kerja dalam bloggingspace aku sendiri. Mini home-office yang lengkap dengan air cond + blogging tools sungguh memotivasikan.

So apa yang aku akan buat selepas ini?
Berazamlah ….!!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 17 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. topo said:

    hohoho menarik jugak angan-angan kamu ini… yang no 3 tu best.. hohoho aku punya hosting pon dah nak due da ni.. hohoho

    topos entri yang terkiniblog chedet pon ade iklan weh..

  2. taukey said:

    aik….nombor 6 tu bukan dah dipenuhi oleh kembar ekin ke? muahahahaha

  3. fadil said:

    angan no 5 tu paling best. cuti-cuti malaysia tapi kamu tak update pun web yang m’sia best resort tut.. huhuhuhu… :-)

    fadils entri yang terkiniGambar Norman Hakim dan Memey tengah berdua-duan!

  4. twenty-six said:

    “kami nak jadi film staar”-bujang lapok

    twenty-sixs entri yang terkiniArtikel Segera Mi Segera

  5. Hanep said:

    wah! aku suka semua angan2 tu! angan-angan yang bukan sekadar ‘angan2′.

  6. nuaeman said:

    Aku juga ada angan-angan.. punyai azam untuk penuhi angan-angan.. yang tinggal sekarang hanyalah usaha untuk mendapatkan apa yang diangankan..

    Apa pula beza angan-angan dan Impian..??

    nuaemans entri yang terkiniApa Khabar Makcik PC?

  7. chuckiesd said:

    best gila angan-angan ko jat. Aku pun ader angan-angan. Untuk mendapatkan sesuatu daripada blogging. Apa yang aku harapkan ianay menjadi steady site income aku monthly. hehehehehe…Kena kerja keras ni.

  8. eZad said:

    Azam aku untuk mendisiplinkan diri, mengutamakan yg utama.. ;)

  9. Jimmy MRR2 said:

    Bagi aku, angan2 ialah impian tanpa usaha. Dan azam ialah impian disertai usaha.

  10. samdaddycool said:

    ..aku suka pesanan Dato’ TonyFernades dlm rancangan Nescafe Kickstart yang aku pernah tonton dulu, katanya, “dream high.. If you fall, you still can reach the clouds”

    p/s- tapi maksud dream tu bukannya angan-angan mat jenin dan takde kaitan langsung dengan “I Dream of Jeannie”

    samdaddycools entri yang terkiniPush to the limit!

  11. Mohd Nasri said:

    yg no 3 tu..
    bnyk tu..20 akaun..
    pe syaratnye? hehe

    Mohd Nasris entri yang terkiniSemalam Hari Sabtu

  12. megat said:

    benar, aku juga keliru angan-angan dan azam.

    aku beberapa kali berjumpa dengan jutawan-jutawan di kota tinggi dan memang benar bagai dikata. mereka memulai langkah mereka dengan angan-angan!

    aku juga memiliki angan-angan. dan aku sedang berusaha untuk capai setiap angan-angan yang aku pasang, insya allah.

    megats entri yang terkiniTahun Baru, Bersihkan Minda Dan Hati!

  13. [...] yang aku katakan dalam catatan azam dan angan-angan yang lepas, aku akan menumpukan perhatian kepada satu lagi industri yang sebelum ini aku cuba [...]

  14. [...] aku memang berangan untuk menjana USD1000 sebulan hanya dari TLA sahaja. Untuk tujuan itu, aku harus bekerja dengan lebih keras lagi supaya [...]

  15. BAGAK said:

    aku pun mula nak pasang angan-angan di tahun baru cina ni

    kena ada 10 angan-angan

  16. [...] Angan-angan untuk tahun 2009 ini masih lagi on the track. Angan no 1, no 2, no 3 dan no 4 dalam tangan. Yang lain tu, [...]

  17. [...] beberapa hari sahaja lagi untuk kita memasuki tahun baru Masihi. Untuk mereka yang dah tercapai azam tahun 2009`nya, tahniah di ucapkan. Tapi bagi mereka yang belum lagi, pandai-pandailah “sejukkan hati [...]