Internet Advertising dan Affiliate Marketing- Pendapatan yang tidak terhad.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: January 5, 2009 online
Seperti yang aku katakan dalam catatan azam dan angan-angan yang lepas, aku akan menumpukan perhatian kepada satu lagi industri yang sebelum ini aku cuba secara “sikit-sikit”. Walaupun sebelum ini industri affiliate marketing sudahpun terbukti keberkesannya, tetapi bagi aku yang lebih kepada niche blog network… masa adalah satu perkara yang perlu dibahagikan secara bijak.
Dan sekarang tahun 2009, aku sudahpun mempunyai satu “kehidupan” yang baru. Tiada lagi tidur lewat 2.00-3.00-4.00 pagi, tiada lagi tersengguk-sengguk depan laptop sampai waktu “sahur” dan tiada lagi muka sembap dek kerana bangun lambat selepas Subuh. Semuanya sudah berubah dan aku sudahpun dapat kembali waktu tidur yang normal seperti 3-4 tahun yang lepas. Gila.

Ekonomi di U.S sana sungguh terancam dan kebanyakan perniagaan semakin goyah. Apabila ini terjadi, sudah tentu mereka tidak akan melaburkan wang mereka untuk “mass advertising” yang memerlukan kos tinggi di dalam negara sendiri. Maknanya, mereka perlu mencari market di luar U.S yang belum terjejas ekonominya seperti Malaysia dan “internet advertising” adalah satu option yang amat tepat, murah dan berkesan.
Kalau diperhatikan betul-betul, semakin banyak pemilik-pemilik blog yang memaparkan pendapatan TLA mereka kebelakangan ini (secara drastik). Mengapa fenomena ini boleh berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Sebenarnya, advertiser telah memilih untuk meningkatkan jualan produk mereka dengan menyertai program TLA. Secara tidak langsung pendapatan pemilik blog itu juga meningkat.
Aku juga tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini kerana azam aku untuk menjana USD1000 sebulan dari TLA hanya tinggal separuh jalan sahaja lagi. Walaupun pendapatan yang lain masih lagi membantu, tetapi aku ingin memberitahu bahawa program TLA yang aku sertai iaitu Inlinks adalah satu program “buat duit di internet” yang paling MUDAH sekali di dunia ini. Tidak perlu sebarang klik seperti mana Google Adsense.
Berikut adalah screenshot pendapatan aku untuk bulan Disember yang lepas:

- Untuk mengetahui cara-cara membuat niche blog network, sila baca di sini.
- Untuk mendaftar, sila daftar di sini atau lakukannya dengan klik pada banner di ruangan bawah sebelum kotak komen.

Rasanya angan-angan yang aku katakan sebelum ini telahpun berubah menjadi azam. Aku sudah jatuh cinta dengan dunia affiliate marketing dan boleh dikatakan 80% daripada masa aku kebelakangan ini diluangkan kepada industri itu. Sememangnya affiliate marketing memerlukan “eksperimen” dan juga “trial error” yang banyak.
Cuma satu sahaja perkara yang perlu diingat. Jika ingin menjana wang, ianya mesti melibatkan WANG. Tetapi aku tak kisah sebab itu yang seronok untuk dilakukan. Aku anggapnya sebagai MODAL. Hey… ingin berniaga burger pun memerlukan MODAL, betul?
Di sini ada satu video yang aku ingin kongsikan. Di dalam video ini, mamat ini telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan hanya melalui Spider Web Marketing. Bagi yang tidak biasa dengan Spider Web Marketing, bolehlah cuba google-googling mengenainya.
Oh ya.
Aku juga suka tekankan di sini bahawa aku sebenarnya suka pada ebook yang menyertakan pakej video di dalamnya. Pada aku, ebook yang disertakan dengan pakej video adalah satu ebook yang sungguh sempurna. Cukup rempah ratusnya. Fakta ini sebenarnya telah diakui oleh ramai internet dan affiliate marketer. Ini adalah kerana video yang disertakan amat membantu untuk mereka yang kurang faham akan method yang ditulis.
Inilah yang berlaku dan sedang dilakukan oleh semua internet marketer di peringkat antarabangsa. Jika tidak, masakan pakej DVD Russell Brunson ini boleh meletup dan cukup dikenali di seluruh dunia. Lagipun, aku sendiri sudah bersedia untuk meneroka dunia affiliate yang lebih luas. Lebih luas bermakna lebih besar peluang.
Bukan itu sahaja.
Di Malaysia sendiri, kaedah begini telah lama diperkenalkan. Bagi Internet Marketer yang menyertakan pakej video di dalam ebook mereka, syabas aku ucapkan dan semoga sistem perniagaan sebegini akan berterusan. Sekali lagi aku katakan, ianya benar-benar membantu.
Jika ada yang masih tidak percaya, cubalah buka minda dan belilah Pakej Video yang diperkenalkan oleh Puan Lisa. Aku sendiri telah membeli dan mencubanya. Hasilnya amatlah memberansangkan.
Bagi orang yang mencuba secara “sikit-sikit” seperti aku (sorry ye Puan Lisa, saya tak sangka yang pakej ini benar-benar bagus…he…he..hee), apa yang aku boleh katakan ini merupakan satu Pakej Video yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Senang cerita, jika orang itu buta affiliate marketing dan tidak tahu haram satu apa pun mengenai video marketing, mereka boleh mencubanya. Malah, kamu tidak memerlukan blog untuk melakukannya. Even budak sekolah rendah pun boleh menjana pendapatan dengan senang melalui method ini!

Sebenarnya aku adalah orang yang terlalu memilih dalam membeli sesuatu produk tetapi ianya tidak berlaku apabila aku membuat keputusan untuk membeli pakej video Puan Lisa ini. Tunjuk ajar yang diberikan oleh suami Puan Lisa iaitu En Hilmi amat terang dan jelas. Pendek kata, rugi jika tidak mencuba kaedah yang diperkenalkan oleh Puan Lisa ini.
Berikut adalah jualan yang telah berjaya diperolehi setelah beberapa hari mencuba kaedah sepertimana yang diajar dalam Pakej Video ini:
Sila klik gambar dibawah untuk screenshot dari ClickBank.
Jadi kesimpulannya, jika aku buat secara “sikit-sikit” pun dah boleh menjana RM300++ dalam masa beberapa hari, aku yakin bahawa aku boleh menjana lebih dari itu jika aku lakukannya dengan serious. Modal cuma RM70 sahaja tetapi pendapatan sehingga bila-bila. Seronok`kan?
Seperti yang aku kata tadi, hendak menjana WANG mesti melibatkan WANG iaitu MODAL. Jadi janganlah ada yang bertindak “BIJAK” dengan menghantar email kepada aku dengan tujuan hendak membeli pakej video ini dari aku dengan harga yang lebih murah. Aku tidak akan layan, serious! Pergilah beli sendiri secara terus dari Puan Lisa di sini.
Mengapa dan apa sebabnya?
Ini kerana jika kamu membelinya dari aku atau orang lain yang dengan harapan hendak berjimat, baik tidak payah kerana kamu tidak akan mendapat sesi consultation yang AMAT CEMERLANG dari Puan Lisa sendiri. Terus terang aku katakan aku belum pernah mendapat khidmat “service after sales” yang sebegini BAGUS dan SUNGGUH PROFESSIONAL dari mana-mana IM di Malaysia sebelum ini. Beliau sentiasa updatekan para pembeli produknya dengan info-info terkini.
Jadi apa tunggu lagi?
Lakukanlah sesuatu kerana lebih awal kita mengorak langkah, lebih banyak pengalaman dan juga peluang yang kita jumpa!




rohaizad, thanks for the tips..sungguh berguna
nanti aku cuba
KNizams entri yang terkiniAkhirnya Aku Berjaya Set Up Maxis Punya 3G, MMS and Data Packet Setting !
KNIZAM – Cubalah. Aku yakin semua orang boleh buat. Pintu rezeki itu luas.
* Usaha, sabar dan yakin. Rezeki masing-masing
waduh.. lagi berita yang membakar semangat.. apapun fokus adalah tetap pada usaha.. bukan pada duit.. insya_Allah duit akan menyusul kemudian..
nuaemans entri yang terkiniSejarah Aku dan Handphone
uhh..ekonomi dunia macam terumbang-ambing..mungkin pengiklanan melalui internet dapat mengurangkan kos.
twenty-sixs entri yang terkinilima perkara dari sejarah.
teknik video marketing ni aku belum terokai sangat. walaupun dah tau. hehehehe. tapi memang aku tau keberkesannya.
mungkin ramai akab beralih kepada ini pulak nanti..
nikillass entri yang terkiniFriends..
Nak blaja psl affiliate nih..tapi tak sempat2 lagi..dah tengok dah video puan Lisa tuh..mmg btol2 cpt paham ar..
ak ada gak rancang nak bli..puan lisa punya produk ni..
[...] Semalam, aku telahpun berkongsi sedikit pengalaman bagaimana Pakej Video Puan Lisa boleh memberikan pulangan yang lumayan kepada pembelinya. Berdasarkan kepada komen-komen yang telah diberikan, aku lihat ramai yang ingin mencubanya dan sebagai seorang pembeli pakej video ini, aku hanya boleh memberikan sokongan kepada kamu semua. [...]
Diulas pada January 7th, 2009 at 2:16 pmaku nyer text links ads tuh tak menjadi2 lagi..aku pon tak paham kenapa…musykil btol la…
[...] Untuk pembaca semua, itulah yang aku selalu nyatakan apabila orang mula bertanya tentang kerja blogging aku. Nak diceritakan hal dan sumber pendapatan aku yang lain, mungkin takut ada yang keliru. Dipendekkan cerita, bagi mereka yang tidak nampak potensi dan keupayaan internet, agak sukar kot untuk menerima gaya dan cara untuk menjana duit di internet. Apatah lagi kalau ada yang tidak mengerti dan tidak dapat tangkap maksud sebenar pengiklanan di internet. [...]
Diulas pada February 9th, 2009 at 2:28 am