Boikot…!!! Boikot …!!!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: January 8, 2009 online
Seorang ayah bersama 6 orang anaknya berlari bertempiaran membawa haluan dan juga nyawa. Isterinynya pula baru sahaja hancur berkecai di panahi bom yang tidak tahu dari mana datangnya. Dia terus berlari sambil menjerit sehinggakan terkencing di dalam seluar. Si ayah tadi hampir tidak ada lagi perasaan takut. Kaki yang sakit itu terasa kebas dan dia sekeluarga terus berlari. Apa yang ada hanyalah satu tekad untuk menyelamatkan anak-anaknya beserta laungan Allahu Akbar.
Apabila sampai di balik tembok yang di rasakan selamat, dia terus bersembunyi dalam kegelapan sambil memeluk anak kecilnya yang berusia setahun di dadanya. Tetapi tiba-tiba, dia berasa hairan. Dia berasa hairan yang teramat sangat. Hairan bukan kerana tiada lagi bunyi bom, tetapi hairan kerana dia seolah-oleh merasakan tekaknya tidak boleh lagi bersuara.
Apa yang terjadi?
Adakah dia sudah mati?
Ohhh.. tidak mungkin!Ini kerana mulutnya masih lagi tidak putus berdoa dan bertakbir supaya nyawanya dan anaknya diselamatkan. Dia juga masih menjerit nama anak-anaknya tetapi perasaanya ketika itu tidak ubah seperti berada di alam ghaib. Sunyi sepi, tiada sahutan langsung dari anak-anaknya yang lain.
Tetapi hakikatnya, dia belum mati lagi.
Sangkaannya meleset kerana apa yang terjadi sebenarnya cukup menyayat hatinya sebagai seorang ayah. Ya Tuhan…. rupa-rupanya yang ada padanya hanyalah anak yang dipeluknya itu sahaja. 5 lagi orang anaknya tadi sudah tiada lagi dibelakangnya!!!
Terima kasih kepada Bob kerana menyedarkan aku bahawa Fotopages adalah salah satu produk kebanggaan anak tempatan Israel. Anak muda dari Israel ini telah mendapat jutaan ringgit dari hasil pengiklanan di Fotopages itu. Dan duit ini pastinya akan disadurkan kepada negara mereka dan akhirnya terbiayalah pembelian senjata mereka untuk menyerang tanah tumpah rakyat Palestin.
Cuba lihat screenshot ini:
Kita dapat lihat bahawa semua gambar di bahagian muka surat utama adalah dari rakyat Israel. Jika kurang jelas, cuba fokus pada imej bendera itu. Dan yang seronoknya lagi, Malaysia adalah negara tertinggi yang menggunakan Fotopages!!!! Sudah pasti Israel suka dengan rakyat Malaysia`kan?

Saban hari, semakin dahsyat pembunuhan terang-terangan yang dilakukan oleh askar Israel. Aku sendiri menyirap darah bila lihat berita mengenainya sampai kadang-kadang dah tak nak lihat lagi dah. Malah inilah sebenarnya NIAT ASAL mereka iaitu penghapusan etnik. Semenanjung Gaza tidak lari seperti satu medan lapang sasar dan ujikaji mereka. Saling tidak tumpah macam “fun fair” yang diterangi cahaya lampu pada waktu malam. Cuma kali ini lebih teruk kerana dihujani dengan senjata SULFUR.
Sekarang sudah sampai masanya kita mainkan peranan kita sebagai blogger untuk memboikot produk Israel. Memang benar kita tiada senjata, kita tiada kuasa politik, kita tiada kuasa veto dan kita tiada wang untuk diberi secara on the spot. Tetapi kita ada satu kuasa yang sungguh kuat. Kita ada kuasa yang kita sendiri tidak sedar. Dan yang pasti, mereka tidak boleh lawan kuasa kita ini.
Penyaduran maklumat. Boikot. Kepincangan ekonomi.
Iya.. itulah yang kita boleh lakukan. Blog dan blogger amat berkuasa dalam penyaduran maklumat. Boikot adalah salah satu cara yang terbaik yang boleh kita lakukan dalam memberi TEKANAN kepada mereka. Kita tidak boleh menyelamatkan nyawa rakyat Palestin secara serentak tetapi kita ada kuasa untuk membuat tentera Israel berundur. Kuasa membeli akan mengawal kuasa diplomatik. Ini adalah satu hakikat.
Boikot dan pulaukan sahaja semua produk Israel. Bukan setakat Fotopages malah banyak lagi. Aku berani katakan ini adalah satu “langkah” yang bijak kerana kita tidak memerlukan satu sen pun modal untuk menyertainya. Malah, dapat berjimat lagi adalah. Mulai hari ini, aku akan update semua produk Israel yang boleh kita boikot.
Berikut adalah produk-produk Israel yang aku salin dari website Inminds:




Kalau nak tengok lagi produk kebanggaan Israel, lawatilah web Innovative Minds.
Dan bagi sesiapa yang suka dengan kemenangan Obama, aku harap kamu semua fikirlah semula selepas menonton video ini. Fahamkan betul-betul apa yang dikatakannya:
1. Obama Declares Jerusalem The Capital Of Israel.
- And he promised that “Jerusalem will remain the capital of Israel, and it must remain undivided.”2. Our alliance is based on shared interest and shared values. Those who threaten Israel, threaten us.
3. Obama Promises $30 Billion To Israel.
- He promised $30 billion in military assistance for Israel. He declared that the Iranian Revolutionary Guard Corps’ Quds Force has “rightly been labeled a terrorist organization.” He used terms such as “false prophets of extremism” and “corrupt” while discussing Palestinians.Baca lagi di sini. Untuk melihat dan membaca tentang kekejaman Israel.
Berminat untuk menggunakan kuasa anda sebagai seorang blogger?
Caranya mudah sahaja:

- Terbitkan satu entri mengenai boikot produk Israel.
- Letakkan banner boikot produk Israel seperti di atas pada sidebar kamu dan link`kan semula ke entri yang kamu buat itu.
Untuk semua pembaca, aku ingin ucapkan terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca catatan ini. Ikhlas…








boikot eh…my banner will be upside down for a month as boycott sign..
twenty-sixs entri yang terkiniwhat the fuck is port side?
26 – Terima kasih!!!
wahduh….wahduh….aku masih tak faham kenapa peperangan tu berlaku? adakah sebab sifat tamak haloba untuk merebut tanah? Apa yang aku hairankan manakah kuasa PBB yang dulu nya gah tapi sekarang hanya tinggal debu debu yang berterbangan ditiup angin.
kenapakah mereka tidak menghentikan peperangan tersebut. Aku pasti sekiranya tiada langkah dari PBB selaku ketua keselamatan dunia itu tidak bertindak, lambat laun dunia ini akan memijak kepala mereka dan akhirnya keamanan sekrang hilang…
TAUKEY – *Lambat laun dunia ini akan memijak kepala mereka dan akhirnya keamanan sekrang hilang…
- Sudah terjadi pun. Malah, dah lama ianya berlaku.
taukey masih tak faham kenapa peperangan itu berlaku? jerusalem adalah tanah suci untuk tiga agama;islam,kristian dan yahudi…
siapa yang berhak?
dari zaman saidina Umar hingga ke saladin bersilih ganti edisi perang salib bersambung ke perang era 60an hinggalah ke sekarang…
twenty-sixs entri yang terkiniwhat the fuck is port side?
tapi soalan taukey aku kira..kenapa perlu terjadinya peperangan kan?
peperangan adalah tempat untuk manusia menunjukkan kekuasaan serta kebinasaan.
twenty-sixs entri yang terkiniwhat the fuck is port side?
boikot! boikot! boikot! israel. aku join!
sesungguhnya hanya allah yang maha melihat dan maha mengetahui dan kepadanya kita bermohon perlindungan khususnya kepada rakyat islam palestin, amin.
megats entri yang terkiniSejauh Mana Penulisan Blog Diberi Perhatian!?
Ya betul, mari kita sama2 boikot produk dari Israel!
[...] clipped from http://www.rohaizad.com [...]
Diulas pada January 9th, 2009 at 12:00 am[...] Anda tahu peranan anda. Kekejaman Israel yang menyebabkan kematian yang pada hari ini sudah mencecah lebih 700 orang penduduk Gaza tidak boleh dimaafkan sama sekali. Boikotlah apa jua barangan atau servis yang berkaitan dengan Israel! Anda boleh merujuk kepada tulisan Rohaizad yang menerangkan perkara ini dengan lebih mendalam. [...]
Diulas pada January 9th, 2009 at 12:30 amaku sokong boikot israel!!..hari2 mesti kuar berita kematian warga isreal..nak nangis pun ade tengok kekejaman zionis nih..obama nih pon bodo gak kan..orang ingat dia boleh la jadik harapan rakyat dunia nak stop kan war nih..tp 2×5 je ngan bush..
usha link nih http://demipena.com/2009/01/tumbesaran-kezaliman.html agak menarik apa yang ditulis kat sini.
aku sokong boikot israel!!..hari2 mesti kuar berita kematian warga palestin..nak nangis pun ade tengok kekejaman zionis nih..obama nih pon bodo gak kan..orang ingat dia boleh la jadik harapan rakyat dunia nak stop kan war nih..tp 2×5 je ngan bush..
usha link nih http://demipena.com/2009/01/tumbesaran-kezaliman.html agak menarik apa yang ditulis kat sini.
sory2..salah tulis plak tadik..terdouble comment plak..adoii..
ak akan mulakan kempen boikot secepat mungkin, masa sehaja x mengizinkan untuk sekarang. dah lama pendam dalam hati ni.
p/s: kalau la ak ni ada kuasa (tentera, teknologi, persenjataan dsb), nak je aku terus bom satu Israel tu macam mana US buat kat Jepun dulu. tapi mmg benda yang mustahil la untuk dilakukan.
26 –> jadi maksud ko disini sebab mereka berperang sebab berebut tanah Jerusalem ke? kongsi jer la kan. Bukan susah. hmm…apa faedahnya berebut ni. setahu aku dalam Jerusalem tu sendiri ada ketiga-tiga agama tersebut dan mereka tak bergaduh.
Mari BOIKOT!!! BOIKOT!!! BOIKOT!!!, Kotex pun boikot..hehe :p
berkongsi?sejarah tanah jerusalem tu panjang kalau nak kita huraikan..
nak boikot camner ek?
penah ada sorang kawan bangsa israel gua bila sampai port klang, dia anak berbelanja besar..untuk anak2 dia..tapi atas undang2 dia tak boleh jejak tanah malaysia..
bisik dia pada aku..”its from Muslim perspective that my country have done a lots of wrongful and sin, maybe yes or maybe not….but tell me my friend,what i have done wrong to your country?”
twenty sixs entri yang terkiniwhat the fuck is port side?
hurmm.. perang.. perang.. perang.. x habis2 ngan perang.. haish.. bilalah dunia nak aman..
nikillass entri yang terkiniFor MENS Only..
gud bro
Boikot! Boikot!
Israel Yahudi Laknatullah!
Allahuakbar!
Ya Allah, hancur tentera2 laknatullah dgn tentera2 Mu, Ya Allah.
Allahuakbar!
tq izad for the info. Aku baru je publish entri boikot israel lahanat ni!!!
fadils entri yang terkiniTolong boikot barangan Israel dan sekutunyer!!!!
geram betul aku
Eeeeeeeeeeeeeeeeee!
Bencinye kat dieorg!
Boycott dieorg pun, brape sangat la dieorg rugi!!!
F**KK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Love yr entry!
Meens entri yang terkiniMy baby
[...] | XeRo | MenJ | Rohaizad | [...]
Diulas pada January 11th, 2009 at 1:52 amBoikot Dell Computer dan Symantec Antivirus … dua-dua nie produk Yahudi..
Micheal Dell banyak sponsor duit kat Israel…
Symantec Antivirus HQ dia kat Israel (walaupun dia tulis HQ kat USA).
HANIM – DELL tu big boys siot… agaknya berapa banyak la yang dia salurkan ke rejim Israel tu.
[...] baca artikel yang ditulis oleh saudara Rohaizad mengenai produk-produk yang perlu di boikot.Ramai yang memberi komen menyokong.Satu komen yang aku tertarik untuk dikongsi [...]
Diulas pada January 11th, 2009 at 12:51 pmtak puas tul ak..PBB wat xtau..
negara arab wat pekak jerk..
mcm xda sape2 brani bertindak.
aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources
Bagi akulah…kalau nak boikot tu…memang susah sikit sebab produk2 nih dah sebati dalam hidup kita sejak 100 tahun yang lampau….cara lain yang kita nak tunggang langgangkan Israel ialah kita bersatu dengan semua pandai SEO dan IT dari Indonesia,sebarkan virus dan godam/hack sektor perbankan dan sistem pertahanan Israel.Lagi bagus kalau kita dapat matikan sistem radar….biar jet pejuang tu bom sasaran yang salah macam Haifa ke,Ashqalon ke,Kiryat Gat ke atau Nahariyyah….
aku skrg ni smapai tak sanggup nak tgk keadaan pernag di sana. Sedih dan terharu lebih lebih lagi lihat budak dan bayi yang terkorban..air mata aku akan megalir..
Tapi wife aku akan menenangkan, dia cakap budak-budak ni akan masuk syurga confirm dah. Kita je ta k tahu nasib di sana.
Suatu hari nanti Islam akan bangkit dan memernagi bangsa Yahudi sehingga batu pun akan berkata memberitahu di mana mereka bersembunyi. Ketika itulah tanda-tanda kiamat. Bersedikah kita?
rasa mcm xda msalah nk boikot sb memg xbyk sgt pun gune barang derang.,,
dah la menumpang, kurang ajar dan zalim plak 2..
Aduhai…boikot ape ni? Itu bukan produk Israel, itu produk Amerika.
Kalau mau boikot barangan buatan Amerika, boikot la kesemuanya. Jangan minum Coca Cola, Pepsi, oh ya, itu KFC pun boleh tutup. Aku tengok banyak lagi muslim menjamu selera kat sane, maksudnya? Pro American-branded produk lah ya? Pro-war?
Hmm, satu lagi, boikot la Microsoft, tutup PC anda and buang pergi laut, Google tu, American product jugak. Apa macam? Boiket ke tak boikot? Jangan alang alang nih.
Ya Allah… thanks for the info… baru dapat tahu yang fotopages tu milik Israelian…
Boikot jangan tak boikot…
Kita semua kena satu hati… Jom Boikot!!!
Hancur hancur!!! Hancur Zionis!!!!
Dah kenapa dengan mamat Alex nih?
boikot!!!!! boikot!!!!!!!! Jahanam ISRAEL!!
Dunkin Donut & Baskins RObbins pn YAHUDI pnye!!
[...] ingat lagi catatan mengenai boikot produk Israel di blog ini suatu ketika [...]
Diulas pada February 18th, 2009 at 3:05 pmJom kt sm2 untuk memboikot barangna israel…boikot22222
aku pelik la org malaysia ni.. suka buat bende pelik2.. pastu pakai service israel plak tu..
di iran telah haramkan membeli barangan dari israel..
Boikot aje Israel JAHAMAN!!!
Kapal bantuan Malaysia disekat dan ditawan oleh israel mmg tersangat-sangatlah kejam betul..
Didapati ada kapal-kapal dari israel jahaman masuk di Malaysia…
Dari itu kita perlu mengusulkan, yang kapal-kapal perniagaan dari israel juga perlu diboikot untuk melakukan sebarang perniagaan di Malaysia…
Kerajaan pun perlu ambil tindakan pada kapal-kapal company Israel daripada masuk diperairan Malaysia…
Contoh Kapal : searching ” ZIM Line “