Pengiklanan di rohaizad dot com.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: January 10, 2009 online

advertise.jpgBlog ini akan meraikan ulang tahunnya yang pertama tidak kurang dari sebulan pada waktu catatan ini ditulis.

Pada 2hb Februari 2009 ini, blog ini akan menjadi semakin matang dalam menerjah dan berkongsi pendapat mengenai industri blogging/internet di Malaysia ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca dan pengunjung setia blog ini.

Aku yang pada mulanya tidak menyangka blog berbahasa Melayu ini boleh mendapat sambutan terpaksa akur bahawa kuasa pembaca di Malaysia ini amat menakjubkan (walaupun rakyat Malaysia kurang membaca mengikut statistik?).

Yang pasti dan amat pasti, semua pembaca dan pengunjung blog ini bukanlah mereka yang terdiri dari mereka yang suka bergossip. Iya, blog ini bukanlah pasal Norman Hakim dan Memey. WAHAHAHAH!

Blog ini sebenarnya ditujukan kepada mereka yang berfikiran RASIONAL dan ingin berkongsi pendapat mengenai dunia internet khasnya dunia blogging. Bagi mereka yang ingin mencari duit di internet, blog ini juga mungkin boleh membantu.

Dan oleh kerana itu, aku telah mengambil keputusan untuk membesarkan lagi ruang PENGIKLANAN di blog ini dengan harapan ianya dapat memberi MANFAAT kepada mereka yang ingin beriklan.

Aku mempunyai sebab untuk itu kerana TRAFFIK dan PAGEVIEWS untuk blog ini semakin meningkat dari masa ke semasa. Apabila pageviews meningkat, peluang untuk VISIBILITY sesuatu iklan juga akan lebih tinggi. Jika ada di antara kalian yang meletakkan iklan, Insya Allah blog ini boleh membantu dari segi jualan.

Berikut adalah screenshot untuk TRAFFIK dan juga PAGEVIEWS blog ini.

Statistik untuk TRAFFIK:

stat1.JPG

Statistik untuk PAGEVIEWS:

stat2.JPG

Dapat diperhatikan di atas bahawa traffik yang diterima semakin hari semakin meningkat. Lebih best lagi, PAGEVIEWS semakin tinggi. Bermakna secara purata, pembaca dan pengunjung yang tiba di blog ini tidak akan terus “chau” sebaik saja mereka singgah. Mereka akan membaca dan terus membaca catatan yang telah menarik perhatian mereka (seperti apa yang dikatakan di dalam 2 catatan sebelum ini). Ingat lagi pada screenshot tersebut?

Terima kasih orang Melaka.

Terima kasih orang Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam pada waktu yang sama, iklan yang dipasang juga akan dapat dilihat dengan jelas oleh pembaca yang lainnya. Seperti yang dapat dilihat pada bulan Disember yang lepas, traffik yang diterima adalah 4,900 tetapi PAGEVIEWSnya hampir mencecah 13,000 !! Purata pembaca yang “stay” di blog ini pula adalah 6 minit.

Bukan itu sahaja, blog berbahasa Melayu ini juga telah difokuskan untuk menerima traffk dari Malaysia dan negara terdekatnya. Jadi amat sesuailah untuk rakyat/blogger/IM Malaysia untuk mengiklankan produk mereka di sini. Sebagai bonus blog ini juga mendapat tempias traffik dari negara jirannya seperti Brunei dan juga of course, Singapura.

Apa yang pasti, blog ini akan sentiasa menghidangkan maklumat yang boleh dikongsi bersama dan tentunya traffik akan diberi keutamaan. Jadi jika ada yang ingin mengiklankan produk mereka di sini, sila rujuk ke ruang Pengiklanan yang akan telah disediakan. Rujuk juga “Syarat-Syarat Pengiklanan”.

Untuk keselesaan semua, aku akan pastikan bahawa sudut iklan yang baru ini tidak akan menggangu konsentrasi semua pengunjung dan pembaca setia blog ini. Aku sendiri tidak mahukan blog ini kelihatan sebagai blog sampah yang penuh dengan iklan. Beriklan juga memerlukan caranya yang tersendiri. Bukan main bubuh sahaja.

Kini, semua orang boleh terbang “beriklan”….


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 19 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. aman said:

    nak gi usha jap ruangan pengiklanan..

    BTW bro, link tuk melaka ngan sabah tue terbalik. ;)

  2. rohaizad said:

    Ruangan pengiklanan belum siap sepenuhnya Aman.

    * Thanks for the correction.

  3. aman said:

    erm..mane link nak usha Ruangan pengiklanan yerk?

    amans entri yang terkiniF.E.A.R 2 Demo PC Bakal Keluar Bulan Ini

  4. aman said:

    ooo..patut tak jumpe..hehe

    amans entri yang terkiniF.E.A.R 2 Demo PC Bakal Keluar Bulan Ini

  5. rohaizad said:

    Dah siap!
    Sudah boleh diperiksa :)

  6. pcuserz said:

    selamat ulang tahun yg pertama! (in-advance)
    semoga tahun mendatang mendapat pulangan yg lebih baik dari yg sebelumnya.
    ps.: bile nk “open-table”?
    ha3.

    pcuserzs entri yang terkinicristiano ronaldo cheated death but trashed his $400,000 Ferrari F599 GTB

  7. megat said:

    wah syabas! ini membuktikan orang kita sudah semakin matang!

    megats entri yang terkiniTazkirah, Berpesan-pesanlah Mengenai Kebenaran

  8. shah said:

    Ramainye visitors..

  9. PM said:

    bagus bro… mmg penulisan ko menarik..tue yg ramai selesa membaca di blog nie..

    PMs entri yang terkiniMalayaOnline Community Forum

  10. zool said:

    Aku salah seorang dari Melaka yang rajin surf kat blog ko..
    Bagus iklan jgn tak iklan..

  11. samdaddycool said:

    berapa juta ko cas sehari (chedet nyer rm?? sehari wooo)

    samdaddycools entri yang terkiniavailable stock tudung ekin

  12. twenty-six said:

    design iklan pun kena bagus jangan sampai macam iklan kat harian metro pulak berbling2 gitu..

    chedet sold out!tapi tujuan pun bagus juga untuk memberi peluang syarikat2 kecil mengiklan…

    twenty-sixs entri yang terkiniDEP this one\’s forever review

  13. titan said:

    akhirnya. dah bukak juga ruang pengiklann. hoho..

  14. KampungBoy said:

    Owh…asal melaka rupanya. Baguslah…..makin lm makin masyuk……pastu ley r flip site ini. Gogo…Ooops!!!

  15. rohaizad said:

    Asal Melaka?
    Aku rasa ko dah miss something nih.

  16. [...] Setelah kita blog yang kita inginkan, maka kita perlu tahu HAK kita sebagai seorang advertiser (pengiklan). Dapatkan maklumat yang kamu perlukan sebelum kamu beriklan. Traffik dan pagerank seharusnya layak untuk dipertimbangkan. Sila lihat data blog ini di sini. [...]

  17. nikillas said:

    pergh.. analisis yang mantap.. ramai ye org singgah site ni december tahun lepas… hurmm..

    nikillass entri yang terkiniFor MENS Only..

  18. rohaizad said:

    Semoga terus menjadi persinggahan bagi mereka yang sudi.

  19. ben said:

    aku pun dah mula terpikat dengn blog ni..
    byk ilmu kat sini..
    tentang iklan..xde apa lg kot aku nak iklan..
    hanya sekadar singgah2 cari info jer..
    thanks