Tips untuk beriklan.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Tips - Tarikh diterbitkan: January 11, 2009 online

Pengiklanan adalah salah satu dari cara yang TERBAIK dalam mendapatkan exposure. Kalau diikutkan dari segi sejarah perniagaan, pengiklanan sebenarnya bertujuan untuk memberitahu kepada umum akan perihal yang ingin disebarkan. Istilah pengiklanan itu sendiri sudah cukup kuat untuk membawa sekali maksud PROMOSI bersamanya.

Cara manakah yang terbaik dalam beriklan?
Adakah hanya dengan mengeluarkan duit dan modal sudah cukup untuk berada dalam dunia pengiklanan?
Atau adakah dengan membayar seseorang untuk melakukan pengiklanan bagi dirinya sudah dikira cukup bagi tujuan tersebut?

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit tips yang mungkin boleh digunakan oleh kita semua dalam beriklan. Tips ini bukanlah mahal sangat ataupun bagus sangat. Tetapi bagi orang seperti aku, ianya adalah satu pengetahuan yang mahal harganya. Kalau tidak hari ini, mungkin ianya boleh digunakan di masa hadapan.

Baiklah.
Pengiklanan sebenarnya mempunyai pelbagai jenis. Ada pengiklanan yang menggunakan papan billboard, pengiklanan bergerak (contohnya teksi), media massa, surat berantai, leaflet, sms dan tidak ketinggalan juga melalui internet. Pengiklanan melalui internet pula melibatkan seribu satu cara, tidak terkira banyaknya.

Untuk hari ini, apa kata aku memilih satu topik dari cabang pengiklanan di internet iaitu pengiklanan melalui blog?

Iya, rasanya ini adalah masa yang tepat untuk aku berkongsi tips pengiklanan melalui blog kerana blog ini sendiri akan membuka ruang pengiklanannya bermula pada 15hb dan 16hb januari 2009 ini. Dalam masa yang sama, aku sentiasa berharap supaya sesiapa sahaja yang ingin beriklan (termasuklah bakal-bakal PENGIKLAN -advertiser) di blog ini dapat menjadikan catatan ini sebagai salah satu dari info tambahan yang mereka perlukan.

Basically, semua orang boleh beriklan. Aku rasa kita semua tahu akan hal itu. Asalkan ada duit saja, semuanya boleh jadi. Semua boleh dibeli. Semua boleh dikongsi. Semua boleh dipromosi. Tetapi dalam hal pengiklanan melalui blog, tidak semua pengiklanan yang kita beli itu berbaloi. Mungkin bagi sesetengah orang nilai RM30, RM50, RM70, RM100 itu kecil bunyinya tetapi bagi aku… setiap wang/modal yang kita belanjakan untuk kos pengiklanan adalah satu PELABURAN.

Apabila kita bercakap tentang pelaburan, maka seharusnya ada sesuatu yang kita inginkan iaitu pulangannya. Tetapi perlu diingat bukan semua pelaburan itu menjanjikan pulangan. Jadi jika kita hendak mengeluarkan modal untuk pengiklanan melalui blog, maka seharusnya kita perlu tahu jenis blog yang sesuai.

Bagaimana hendak memilih blog?
Inilah masalah yang sebenarnya tidak disedari oleh ramai di kalangan kita. Aku sendiri pernah membuat kesilapan yang sama tetapi hasil dari trial-and-error, maka kesilapan seperti itu tidak berulang lagi. Jadi dalam usaha kita hendak membuat pengiklanan melalui blog, kita perlu tahu beberapa perkara seperti yang disebutkan di bawah:

1. Produk.
2. Sasaran pasaran.
3. Jenis blog (niche).
4. Traffik.
5. Review.

1. Produk.

- Jenis produk memainkan peranan yang penting kerana di sinilah letaknya arah tujuan yang seterusnya. Kita perlu tahu sejauh manakah potensi produk/perkhidmatan kita. Jika kita hendak menjual produk affiliate, adalah menjadi satu bonus jika kita mempunyai review untuk tujuan itu. Ianya cukup berkesan.

2. Sasaran pasaran.

- Ini adalah salah satu elemen yang paling asas dalam dunia pengiklanan (selain dari 4P yang wujud dalam asas perniagaan). Beriklanlah di blog yang mempunyai pembaca yang ada kaitan dengan produk/perkhidmatan kita. Kita perlu tanya diri kita sendiri adakah sasaran jualan kita pada golongan remaja, suri rumah ataupun blogger-blogger yang sentiasa dahagakan ebook-ebook yang baru dipasaran?

3. Jenis blog (niche).

- Ini yang dikatakan “niche blog-niche reader”. Setelah kita tahu sasaran pasaran kita, maka proses mencari blog yang kita mahukan sudah boleh dimulakan. Mari kita fikirkan sejenak:

Jika kita hendak menjual ebook PakejVideo, takkanlah kita hendak iklankan ebook itu di resipi blog`kan? Adalah merugikan jika kita beriklan di blog yang tidak sesuai kerana kebarangkalian untuk sasaran pasaran (pembaca) untuk membeli produk kita adalah rendah.

Sehubungan dengan itu, aku syorkan jika kamu hendak berkilan di blog seperti rohaizad dot com, maka carilah produk/ebook yang sesuai untuk diiklankan. Bukan aku tidak terima iklan seperti “Ebook Masalah Rumahtangga” + “Ebook Perihal Kelamin”, tetapi rata-rata pembaca dan pengunjung blog ini tidak datang ke blog ini untuk tujuan itu.

Setelah kita kenalpasti blog yang kita inginkan, maka kita perlu tahu HAK kita pula sebagai seorang advertiser (pengiklan). Dapatkan maklumat yang kamu perlukan sebelum kamu beriklan. Traffik dan pagerank seharusnya layak untuk dipertimbangkan. Sila lihat data blog ini di sini.

4. Traffik.

- Ramai di kalangan kita yang selalu beranggapan bahawa traffik yang tinggi pasti membawa pulangan jualan yang tinggi. Tanggapan ini adalah salah kerana jika silap perhitungan, alamat tidak baliklah modal. Di sini aku berikan satu contoh yang mudah.

Katakanlah kita terjumpa dengan satu blog yang niche`nya bertemakan tv series (Prison Break, Lost dan sbg) dan kita tahu traffik blog itu juga sangat tinggi. Maka dengan rasa ghairahnya kita pun melabur pada blog itu untuk produk kita (dalam kes ini, katakanlah produk tersebut ialah Gamat dan Make Money From Blogging) dengan nilai bayaran yang TINGGI semata-mata untuk mendapatkan pulangan bagi produk Gamat ataupun ebook Make Money From Blogging kita itu tadi.

Rasa-rasanyalah…. pelaburan yang dibuat itu tadi boleh mendapat pulangan yang besar ke sedangkan kita tahu pengunjung dan pembaca blog itu terdiri dari mereka yang kaki tengok tv? Kena ke pada jiwa mereka untuk membeli produk sebegitu?

Fikir-fikirkanlah.
Dan jangan pula kita lupa tentang modal yang telah dikeluarkan. Modal yang dilaburkan sudahpun leburrrr. Perlu diingat ye… jika traffik itu tinggi, maka NILAI BAYARAN pengiklanan juga adalah TINGGI!

Sebab itulah ramai di kalangan kita yang berasa hampa setelah gagal menjana jualan setelah mengeluarkan belanja yang besar untuk tujuan pengiklanan di blog yang traffiknya tinggi. Inilah yang berlaku sebenarnya. Tepuk dada tanya selera.

Jadi mengapa tidak kita mencari blog yang ‘pertengahan’ sifatnya tetapi mempunyai pengunjung atau pembaca yang ada kaitan dengan iklan yang kita iklankan? Blog yang traffiknya sederhana juga sebenarnya BERBALOI untuk beriklan jika kena pada gayanya. Modal pun tidaklah tinggi sangat`kan?

5. Review.

- Ini sememangnya sangat membantu. Benar-benar membantu.
Untuk bakal-bakal pengiklan hebat di blog rohaizad dot com, aku ingin sekali memfokuskan tip ini kepada kalian semua kerana ianya telah terbukti dan telahpun dilakukan oleh semua pakar-pakar affiliate (pro affiliate marketer).

Sebenarnya, salah satu faktor KEJAYAAN menjual produk affiliate ialah dengan membeli dan mempraktikkannya sehinggalah mendapat jualan (sekurang-kurangnya jualan pertama). Ini amat penting kerana jualan di internet sebenarnya bergantung pada kepercayaan. Jika ada bukti, maka senanglah untuk kita menjual dan meyakinkan bakal pembeli seperti apa yang pernah aku cuba pada PakejVideo sebelum ini.

Review adalah salah satu lagi cara untuk menaikkan jualan dan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Jadi bagi sesiapa yang ingin mengiklankan ebook ataupun produk affiliate mereka di blog ini, cara-cara ini mungkin boleh membantu.

i) Sebelum kamu meletakkan sebarang affiliate link pada iklan/banner/text link kamu di blog ini, adalah lebih bagus jika kamu link`kan dahulu iklan/banner/text link kamu itu ke review yang telah dibuat sebelumnya di blog kamu. Ini adalah kerana pembaca yang melihat testimonial kamu sendiri itu akan lebih percaya dengan produk affiliate yang kamu promosikan. Pastikan sekurang-kurangnya 3 affiliate link kamu berada dalam review tersebut. Seeing is believing.

ii) Jika kamu tidak mempunyai blog, kamu boleh membeli mana-mana review di blog terkemuka di Malaysia ini dan kemudian link`kan ke review tersebut. Pastikan sekurang-kurangnya 3 affiliate link kamu berada dalam review tersebut. Lebih kurang sama kaedahnya seperti di cara di atas tadi.

iii) Meletakkan affiliate link secara direct juga boleh mendatangkan pulangan. Siapa kata tidak boleh? Jadi jika kamu ingin meletakkan banner/link/textlink affiliate kamu do ruang iklan blog ini, ianya amat dialu-alukan demikian kerana rezeki yang Tuhan beri adalah hak milik masing-masing. Kalau ada rezeki .. tidak ke mana :) Bukan begitu?

iv) Kamu juga boleh membeli review di blog rohaizad dot com ini. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di bahagian Pengiklanan.
————————————————————————

Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Happy Selling !!!!! :D


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 24 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. KNizam said:

    bagus garapam blog post ko kali neh. cooL ! hehe :)

    KNizams entri yang terkiniJom Kita Derma Kat Islamic Relief Malaysia !

  2. rohaizad said:

    Garapam? Ko buatkan aku teringat kuih APAM laa. Bukan tu jer, ia jugak buatkan aku terngat pada blog makan-makan ko tu ZAM. nyum…nyum…!

  3. nuaeman said:

    Review tu penting.. tapi jangan yang buat review pun tak beli sebenarnya.. hehe

    nuaemans entri yang terkiniBlog ini mencapai tahap bengong dengan Celcom broadband

  4. zool said:

    He he he.. Memang betul..
    Kena ikut niche blog baru nak iklan sebab tu setakat ni aku tak buka iklan sebab blog aku bercampur baur.. tu pun ada ramai sibuk iklankan produk dia kat ruangan komen.. Biaq pilah

  5. Faiz said:

    pengiklanan juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan..ha3x..bayar duit yuran pengajian ke.aha !

  6. izzat said:

    rasa-rasanya la, tahap blog yang macam mana layak offer ads space kat blog? hmmm…

  7. rohaizad said:

    Tahap Gaban kot.

    - Sebenarnya tidak muncul layak atau tidak, jika hati dah berkenan di sesuatu blog dan dapat memenuhi kehendak, kat ruangan footer pun orang sanggup beli.

  8. samdaddycool said:

    Aku memang sudah lama percaya pada keberkesananan pengiklanan. Lebih menarik lagi, pengiklanan web jualanan pada laman blog adalah 100x.. 1000x ?? lebih bagus daripada iklan pada bas mini (pasal kat blog orang boleh terus klik, bas mini tak sempat amik pen catat url – kecuali url yg unik :) ).

    … Apa-apa pun all the best untuk para pengiklan.. (iklan tudung aku setakat ni kurang sesuai masuk sini jad.. :P )

    samdaddycools entri yang terkiniavailable stock tudung ekin

  9. chuckiesd said:

    Itulah yang sedang di praktikkan sekang ni jat. Thansk atas tunjuk ajar ko..

  10. titan said:

    tips yang bagus. Itu juga aku cakap kalau ada yang tanya. Pendek cite, ada orang pernah nak beli iklan diblog aku. Iklannya cuma nak jual buku yang separuh harga aje. Kat blog aku.

    Tempat dan niche memang tak kena. Tapi untuk menyedapkan hati, aku buat juga review tentang produk beliau dan letak no hp mamat tu. Tak sangka plak. Dia kata, dia dapat sales dan orang yg beli tu tau dr blog aku.

    Kekadang, memang tempat dan niche sesuatu website tu tak kena. Tapi kalau memang nak dapat sales, letak link pun, kekadang dapat sales gak. Haha..itu la salah satu lagi x-factor dalam bisnes. Nasib juga salah satu asbab penting untuk dapat sales..

  11. rohaizad said:

    Betul tu Titan.
    Kadang-kadang rezeki ni kita tak nampak dari mana caranya dia datang. Aku setuju dengan pendapat ko.

    Cuma kita sentiasa berpeluang untuk mencuba yang terbaik.

    * Rezeki tidak datang bergolek.

  12. ZeppMalaya said:

    Aku bakal menculik salah satu top ads spot nanti Ijad.Tunggu info dari gue ya!

  13. twenty-six said:

    ada pemilik laman web bagitahu aku dulu bahawa adsense adalah yang terbaik untuk menjana duit(untuk beliau ler.hebat juga sebab boleh menampung kos server beliau tapi risiko dikata fraud click.

    apa pandangan rohaizad?

    twenty-sixs entri yang terkinihow to look simple,organize and healthy by martha stewart

  14. nikillas said:

    buka bisnes baru di sini pulak ye.. hurmm.. bijak bijak…

    nikillass entri yang terkiniFor MENS Only..

  15. aleh49 said:

    tips yg hebat..
    tima ksh sbb brkongsi..

    aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources

  16. rohaizad said:

    ZEPPMALAYA – Wan, takdak hal. Janji ko booking dulu.

    26 – Memang tidak dapat dinafikan. Tapi TLA dan adsense adalah dua program yang berbeza.

    NIKILLAS – Itupun kalau ada yang sudi.

    ALEH49 – Sama-sama :)

  17. Saya link website anda dan jadikan anda mentor saya dari jauh. Terima kasih dengan segala tips!

    Hidemichi Momotanis entri yang terkiniHail Gaza!

  18. rohaizad said:

    HIDEMICHI – Sama-sama :)

  19. manjalara said:

    aku ni baru jumpa blog kau… kagum aku tengok pe yg kau nak semua dpt hanya dr blog saja teringin plk nak belajar… bleh ke ajar ni….

  20. rohaizad said:

    Manjalara – Boleh.. apa salahnya. Semua tips yang diberikan memang tujuannya untuk dikongsi bersama.

  21. nina said:

    apa yg kita tanya tak ade!!!!

    planet_emas Reply:

    bagus tips pengiklanan di sini, tq perkongsian ini

  22. [...] ini pernah menerbitkan banyak entri mengenai PENGIKLANAN di blog seperti di sini dan di [...]

  23. [...] dari mempertimbangkan fakta Tips Untuk Beriklan yang pernah dikongsikan di sini, mereka MESTI MENGEKSPLOITASI blog di mana kita ingin beriklan [...]