Eksperimen CPC antara program Infolinks dan Chitika Premium.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Tips - Tarikh diterbitkan: January 13, 2009 online

Adakah kamu menggunakan Infolinks?
Adakah kamu menggunakan Chitika Premium?

Sudah hampir 2 minggu aku membuat eksperimentasi terhadap dua program ini. So hari ini aku rasa masanya sudah tiba untuk berkongsi dengan semua pembaca dan pengunjung blog ini hasil eksperimen itu.

Sebenarnya tiada apa yang istimewa mengenai eksperimen ini. Cuma sudah menjadi tabiat manusia untuk “ingin tahu”. Iya benar… aku benar-benar ingin mencari perbezaan ketara untuk CPC (Cost per Click) di antara program Infolinks dan Chitika ini. Kesimpulannya, walaupun kedua-dua program ini berbentuk pengiklanan tetapi ternyata, CPC`nya jauh sekali berbeza.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, aku menggunakan kedua-dua program ini pada satu english BLOG YANG SAMA. Jadi tidak ada sebab untuk aku meragukan traffik yang masuk ke blog itu. Kalau ada pun perkara yang aku perlu sangsikan, ia hanyalah berkenaan nilai keyword Infolinks dan juga nilai produk yang ada dalam Chitika eMiniMalls itu.

Berikut adalah screenshot pendapatan Infolinks dan Chitika yang aku dapat:

Infolinks:
infolinks_payment.gif

Chitika Premium:
chitika_earning.gif

Jadi, aku membuat keputusan bahawa Chitika mempunyai nilai klik yang lebih besar iaitu purata $0.10 untuk satu klik. Berbanding dengan Infolinks yang sungguh tidak stabil. Tapi apa-apa pun ini hanyalah sekadar eksperimen tidak rasmi sahaja. Bagaimana dengan kamu semua?

Don’t mind to share yours?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 9 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    hmm ini dari sudut publisher. Tapi aku rasa kalau segi advertiser rasanya infolink boleh dicuba. Tapi dari segi tu tak pernah dicubai lagi.

  2. Ishak said:

    mungkin kebetulan keywords utk iklan tu mahal sikit. kalau stats utk jangkamasa panjang mungkin boleh memberi gambaran yg lebih tepat. atau mungkin itu bermakna lebih ekonomik mengiklan kat infolinks…tapi resultsnya bagaimana pula…

    Ishaks entri yang terkiniTurn-Key Cash Secrets

  3. samdaddycool said:

    Aku perlu belajar tentang ni…
    Setakat ni tiada apa2 yang aku faham tentang kedua-dua program ni.

    Mungkin sedikit ekperimantasi ko ni Jad dapat aku jadikan panduan yang berasas.

    samdaddycools entri yang terkinixcident

  4. nikillas said:

    aku tidak tahu ape itu chitika atau pun infolink.. mungkin aku perlu mengoogle nya terlebih dahulu..

    nikillass entri yang terkiniFor MENS Only..

  5. Hanep said:

    Eksperimentasi pada 1 blog. aku penah try, tapi susah giler nak dapatkan klik. banyak lagi cara aku jauh kebelakang ni..

  6. [...] mana yang telah aku ceritakan di dalam catatan mengenai eksperimen Chitika yang lalu, CTR Chitika sememangnya lebih bagus nilainya dari [...]

  7. Amir Hamzah said:

    rasanya infolink lebih sesuai dibandingkan dgn kontera sbb dua2 program intext link..chitika premium ni satu je problem dia..ads dia akan kuar utk pelawat dari US n canada je..ssh nk dapat klik tp skali dpt klik mmg masyuk la dapat.

  8. Fatin Pauzi said:

    owh, ok. Aku da dpt, Ijad..Aku try nk wt TLA, tp cm xfhm prosedur. xpe, aku cube lg. Thanks!

  9. abdfatah said:

    mungkin kena lebihkan traffik terlebih dahulu baru bleh gunakan infolinks dengan selambanya…