Adakah ini ciri-ciri seorang PENIPU?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: January 14, 2009 online

Petang tadi aku sempat berchatting dengan Puan Lisa empunya ebook Pakej Video. Dalam kami berchatting tu, banyak juga soalan yang aku sempat tanyakan dengan Puan Lisa dan alhamdulillah, semua soalan yang ditanyakan telah dijawab dengan sungguh dedikasi.

Bagi yang sebelum ini malu-malu dan segan untuk berguru dengan Puan Lisa, pergilah belajar dan mendalami skill video marketing yang ada pada beliau. Puan Lisa adalah seorang yang rasional, bukan emosinal. Tetapi apa yang aku dapat tahu dan diberitahu, ramai yang ingin menipu beliau kerana sifat rasionalnya itu.

Sebelum hendak berbincang atau mengemukakan soalan pada Puan Lisa atau baik pada sesiapa sahaja yang ingin kita berguru padanya, buatlah sedikit homework terlebih dahulu. Sediakan dahulu soalan-soalan yang ingin ditanyakan. Apa yang susah dan yang tidak faham hendaklah disenaraikan.

Hargailah masa sendiri dan juga masa orang yang ingin menolong kita. Jangan berborak kosong dan jangan mengambil ringan pada setiap sesi. Macam kita di sekolah dulu… kalau kita tidak faham.. kita akan mengejar cikgu itu sehingga ke bilik guru`kan? Dan lagi, janganlah mengambil kesempatan dalam kesempitan. Orang berbaik, kita jangan pula kuat bodek.

Kes terbaru yang baru sahaja Puan Lisa kongsikan dengan aku tadi sungguh menjengkelkan. Aku tidak tahu apakah reaksi kamu pada kes yang akan aku tunjukkan sebentar lagi tetapi yang pasti, kes ini benar-benar mengajar aku supaya lebih bersedia di masa akan datang.

Hakikatnya, ini semua adalah satu pengalaman yang berharga lebih-lebih lagi pada aku yang akan mengeluarkan ebook pertama tidak lama lagi. Silalah baca hasil chatting Puan Lisa dengan seorang hamba Allah yang cuba untuk memutarbelitkan situasi.

Apa yang aku boleh katakan, memang orang ini berniat untuk menipu Puan Lisa dengan harapan untuk mendapatkan ebook Pakej Video Puan Lisa secara percuma:

bom****: xdapat lgi ebooknya…
soal_lisa: salam
soal_lisa: berikan maklumat terperinci
bom***: emel saya
bom****: ****wbie@gmail.com
soal_lisa: tarikh belian
soal_lisa: maklumat lengkap
bom****: 29-12-08
soal_lisa: cara bayaran
bom****: cash deposit
bom****: maybank
soal_lisa: nama
bom****: nama sapa?
soal_lisa: awak
bom****: ahmad ismail
soal_lisa: waktu bayaran & cawangan bank
bom****: maybank la
bom****: petang
soal_lisa: cawangan mana awak depositkan duit
soal_lisa: sya perlukan maklumat2 terperinci utk siasatan
bom****: cawangan tempat saya la
bom****: maksudnya
bom****: mcm mana
soal_lisa: di resit maybank tu ada tulis nama tempat
soal_lisa: dan waktu
soal_lisa: sya perlukan itu utk call pihak bank
bom****: saya dah bank in mnggu lepas
bom****: dan dah buat pengesahan
soal_lisa: resit tu ada pada awak sekarang?
soal_lisa: resit maybank
bom****: resit dah mana ada da
bom****: dah lama
bom****: 28-12
soal_lisa: tadi kata 29.12
soal_lisa: mana satu?
bom****: 28-12 la
bom****: mana ada 29

soal_lisa: bom****: ****wbie@gmail.com
Puan Lisa Hilmi: tarikh belian
Puan Lisa Hilmi: maklumat lengkap
bom****: 29-12-08
Puan Lisa Hilmi: cara bayaran
bom****: cash deposit
bom****: maybank

bom****: ok2
bom****: 28 la
bom****: tadi salah type
soal_lisa: 28.12.2008 – AHAD – tiada pembayaran melalui CDM yg diterima ke akaun Maybank saya
soal_lisa: jika awak ada buat pembayaran seperti awak katakan, sila scan resit awak utk saya laporkan kepada pihak bank
bom****: 29 pown xada?
soal_lisa: dan borang pengesahan under ****wbie@gmail.com pun tidak diterima pd 28.12.2008
bom****: apsl x terima plak
bom****: ni marah mcm nie
soal_lisa: saya perlukan resit pembayaran utk buat laporan kpd pihak bank
soal_lisa: ikut rekod bank memang tiada pembayaran CDM pada 28.12.08 Ahad
bom****: habis dah xada mcm mana
soal_lisa: cuba ingat cawangan bank mana awak depositkan duit
soal_lisa: dan waktu dia
soal_lisa: saya akan buat semakan dgn pihak bank MENGAPA wang tersebut saya tidak terima
bom****: waktu lagi la nak ingt
bom****: kang salah free2 je xdpt
soal_lisa: jika awak dapat berikan saya maklumat yg lengkap…masalah ni dapat diselesaikan dgn mudah
soal_lisa: masalahnya skrg…ikut rekod bank sendiri…TIADA CDM pada hari tersebut
soal_lisa: mungkin ada kesilapan di pihak bank…itu sebab awak perlu berikan saya maklumat terperinci
bom****: habis mcm mana skrng?
soal_lisa: cawangan ATM mana & waktu….itu akan dapat selesaikan masalah.

Okay kengkawan sekalian,
Kita tahu sememangnya ramai di kalangan IM kita di Malaysia ini selalu mendapat kes-kes sebegini dalam perniagaan mereka. Tetapi untuk kali ini, aku ingin sekali mendengar pendapat kamu mengenai orang seperti ini. Adakah orang ini memang seorang penipu? Atau adakah Maybank yang ingin menipu transaction dia?

Sila…. sila……
(IM pun dipersilakan memberi komentar anda – sangat dihargai untuk bacaan umum :) )


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 44 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Azmeen said:

    Senang jer, takde receipt/transaction slip; takde bukti. Masuk court mana pun memang menang punya.

    Yang penting kena jujur lah berniaga ni kan.

  2. rohaizad said:

    Betullah tu Meen. Aku suka dengan ayat ko ni:
    “Masuk court mana pun memang menang punya”.

    p/s: Maybank pun silap-silap boleh saman dia.

  3. Shaffik said:

    Aku rasekan seakan die ingin menipu. Sebab pada mulanya die pun tak ingat bila masa die buat pembayaran. Kalau die betul2 nak dapatkan ebook tu, dia mesti simpan resit bayaran yang telah di buat. Tak kan laa sewenang-wenangnay lepas bayar buang jer resit tu..itu pandangan aku laa..

  4. taukey said:

    tarikh tak ingat, waktu tak ingat, resit plak hilang. Jangan sendiri pula hilang lepas ni.

  5. hyperX said:

    Banyak penipu professional kat luar, baik berhati-hati.

  6. rohaizad said:

    Betullah Kong. Manusia ni memang macam-macam gaya kalau nak menipu. Dah tu, nak menipu tak professional langsung.

  7. zool said:

    Budak tu nak menipu le tu..
    Ala apa nak tipu2 tak berkat de,..
    Ingat Puan Lisa bodo cam dia agaknya

  8. dendang said:

    sengal gak org tuh…kalo takde resit pon..bkk online banking ar..mesti ade maklumat pasl account kite..

  9. aleh49 said:

    mamat 2 mesti nak tipu untuk dapatkan produk free..
    ngok tul la dak 2..

    aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources

  10. taukey said:

    wah kongtechnology masuk sini. Gua respek sama dia punya blog.

  11. megat said:

    nak tipu pun agak-agak la. nampak sangat.

    klu pro aku rasa dan bikin slip palsu dah wahaha. apa pun renungan untuk dikongsi bersama supaya dapat lebih berhati-hati.

    megats entri yang terkiniCelcom Broadband, Semakin Lama Semakin Teruk!

  12. Callister said:

    dah la penipu, kurang ajar lak 2..
    memg sah penipu 2..
    xmasuk akal bank mana pun lupa..

  13. solehpolysas said:

    compom2 budak 2 menipu.. ade ke patut, die ingat IM 2 xbleh check akaun maybank untuk tengok transaksi agaknya.. bukan semua orang beli pada waktu sama, jadi xde masalah IM 2 nak check dengan terperinci..

    janganlah menipu..

    solehpolysass entri yang terkiniCelcom Broadband VS Maxis Broadband

  14. nuaeman said:

    Nampak gaya macam menipu.. aku dulu pun penah kena gak camni.. dengan sorang budak Sarawak.. YM dia masih ada dalam simpanan aku.. kurang ajar betul!!

  15. lankapo said:

    hehe manusia klu nak menipu ni macam-macam ada…

    bagi info pun berserabut kejap 28 kejap 29

    nak berniaga macam2 ada

    lankapos entri yang terkiniWin A Bazillion Credits Plus One!

  16. rohaizad said:

    Fuhhh…. semua marah nampak? :D

  17. shahraduan said:

    Bodoh dan Banggang nak Mampos tu..hohoho

  18. maser said:

    ada juga orang nak menipu yee…. saya pun baru nak beli produk puan lisa tu.. rohaizad bila awak nak keluar ebook pertama??

    masers entri yang terkiniBuat forum phpBB

  19. rohaizad said:

    Nak beli?
    Baguslah tu. Moga mendapat sales yang banyak. Pergi je beli kat sini :) http://www.pakejvideo.com.

    * Ebook? Berminat ke? Ada org nak beli ker? Sudi ke org nak beli ebook tu? ekekeke

    Insya Allah dalam jangkamasa yang terdekat ni.

  20. asmawati said:

    saya rasa dia memang ada niat nak menipu. Kalau betul2 dia dah bayar, takkan dia letak merata2 slip bank tu selagi belum dapat produk.

    asmawatis entri yang terkiniMinggu Pertama Persekolahan

  21. NikShikin said:

    teruk betul. memalukan.

  22. samdaddycool said:

    Kadang-kadang aku pun lali untuk periksa betul-betul item yang pelanggan aku beli (utk bayaran melalui m2u)..

    harap-harap takde yang nak kencing aku.

    samdaddycools entri yang terkiniFrom pasar malam to Lelong… now Tudung Ekin on eBay

  23. aishz said:

    ler..nak menipu lah tu…memang tak tau malu..tak profesional langsung…tak logik lah…

  24. rohaizad said:

    Sabor… sabor…. semua marah nampak?

  25. nampaknya kes ni berterusan lagi…hari ini saya menerima 2 borang pesanan palsu. 1 pagi tadi yg kononnya bayar guna CDM Maybank dan baru sebentar tadi 1 lagi yg kononnya bayar guna CIMB…mungkin dia nak cuba nasib kot sebab CIMB mempamerkan waktu bayaran.

    sebenarnya wahai en.scammer…memang M2U agak tidak terperinci seperti CIMB yg meletakkan waktu pembayaran tetapi anda silap…walaupun M2U tiada waktu pembayaran tetapi PHONE BANKING Maybank membenarkan anda untuk memeriksa waktu bayaran :) ramai yg tidak sedar kemudahan ini.

    nasihat saya kepada IM2 lain…jika anda mencurigai sesuatu transaksi melalui Maybank gunakan khidmat Phone Banking dan bercakap dgn pihak Customer Service minta mereka berikan waktu bayaran. Jangan bimbang anda akan dilayan dgn profesional.

    So, mana2 scammer yg masih bercita2 utk menipu menggunakan transaksi CDM Maybank…lupakanlah hajat anda tersebut…:)

    Pn Lisa Hilmis entri yang terkini1430H & 2009 berhijrahlah, berazamlah

    mart mlk Reply:

    salam, sory if i disturbing u pn lisa. i ader bace forum, ader yg ckp aidforex tu cume scam so which one i nak percaye ni. penjelasan plZ

  26. Richie said:

    secara seriusnya..aku juga hampir ditipu oleh orang yang sama..haha.. dia ingat kita ni bengap agaknya..cehhh

  27. haritz said:

    aku ex banker, bank tak tipu org, boleh kena Bafia Act. Dia yang menipu.. selalunya gitu ler

  28. rohaizad said:

    Wooaaa.. orang bank dah keluarkan akta :)
    Thanks Haritz… info tu banyak membantu.

  29. Yaz said:

    KOnfom penipu nih..aku tengok dah tau..huhu..
    cara pon kita dah boleh agak..
    pastu siap tukar tajuk plak 2..bila tanya pasal resit untuk scan..kalo die betol..die akan scan kan.. :P

    Yazs entri yang terkini[PC] Command And Conquer Red Alert 3

  30. LetsClicks said:

    haha…org cmtu bek x yh di layan…menipu jek yg die tau..

  31. azwan said:

    haih … orang macam ni pun ada.

  32. Hanep said:

    aku tengah alami perkara yang sama skrg ni. total RM 170.00. Dia antar cek dari RHB ke CIMB aku.

    Esok aku akan pegi CIMB untuk sahkan transaksi, sbb aku call, dah seminggu lebih, tp bank kata tiada transaksi dilakukan. cek patut clear dalam 2,3 hari waktu bekerja je.

    kalo bab chargeback, toksah cerita, mmg slalu kena. skali kena mau 2-3rat usd. adoi. last2, aku stop accept order dari international.

  33. zuzila said:

    salam,

    aku banyak pengalaman macam ini. dalam kebanyakan aku biz. yang paling banyak suka menipu ni orang pompuan. siap edit guna photoshop slip m2u . ubah tarikh,masa dan lokasi.

    tapi mereka ni sebanarnya amatur.Aku boleh check terperici masa,tarikh masa dan lokasi. sebab aku ada phone banking account. kalau m2u boleh check masa dan jenis transaksi aje.

    Jadi cepat2 le korang semua daftar phone banking m2u. M2u ni walaupun senang dan ramai user.tapi sebenarnya tak bagus untuk IM kerana transaksi tak detail. kalau bank islam siap ada no rujukan yang boleh kita check lagi dalam sistem. selain daripada sms biz reminder.

    cimb pun boleh check masa dan tarikh detail.jadi bilalah m2u nak buat sistem detail.mari pakat ramai-ramai email m2u suggest kat dia orang buat detail transaksi sikit. terutama dari segi masa dan lokasi

  34. rohaizad said:

    Thanks Zuzila. Aku akan pastikan yang aku mendaftar untuk Phone M2U. Thanks lagi sekali. :D

  35. saddam said:

    hahaha..
    ape punyer mengong lah org tuh…
    nak menipu pon tak pandai…
    ade sape2 yg nak tawarkan personal coaching utk penipu tu tak?? ajar die cara2 yg betul utk menipu…
    ekekeke :p
    p/s: kalo dpt tangkap…gantung je..

    saddams entri yang terkiniAKU PENJUAL PRODUK KESIHATAN

    rohaizad Reply:

    Saddam ni memang ganaz gak ehhh :)

  36. annis said:

    Assaamualaikum,terasa tul ngan post-post korang ni,sebelum ni saya ada beli pakej you tube puan lisa,first time guna deposit machine maybank,dek terlampau kalut baru belajar bank in duit sampai resit tu ditelan balik ngan machine deposit tu,tapi alhamdulillah saya dah trace masa yang tepat waktu saya bank in duit tu.

    rohaizad Reply:

    Satu action yang bagus untuk selamatkan resit bank yea :)

  37. annis said:

    akhirnya dapat jugak paej youtube tu,tengah study….memang senang faham.Lagi ngan aku yang senang kalut ni…he..he..he

    rohaizad Reply:

    Good luck !

  38. aswill said:

    bank ni selalu semua tranksaksi akan direkod,tak kan boleh missing mcm tu je.Kalau nak free,bagitau je kita boleh kasi.Benda mcm ni pun nak menipu.

  39. nasz said:

    salam Zad..aku baru jer kena tipu laman web http://www.aidforex.com…aku dah bayar rm97 untuk ebook tu tapi dah lebih 24 jam menunggu, link downloadnya pun belum diterima lg..aku dah beberapa kali email dia (penjual ebook aidforex) tp xda reply pun..huhuhu…saudara Zad bleh bagi panduan x untuk atasi masalah ni? no hp penjual ebook pun xder…huhuh

    rohaizad Reply:

    Kalau ikutkan, at least cuba tunggu lagi sebab kadang-kadang hujung minggu ni diaorang tak online.