Pakej Lumayan – betul ke lumayan?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: January 20, 2009 online
Setelah beberapa hati blog ini tidak di update dek kerana kesibukan yang entah apa-apa entah, maka hari ini aku kembali dengan satu lagi review mengenai satu ebook yang bunyinya agak menggemparkan iaitu Pakej Lumayan.
Ebook yang akan aku huraikan kandungannya sebentar lagi adalah satu ebook yang mungkin akan membuka minda kamu sebagai seorang blogger dan juga internet marketer.
Jadi sebagai langkah untuk membuka bicara, aku akan gunakan soalan yang mungkin agak ganas tapi lebih straight to the point.
* Betul ke Pakej Lumayan ini lumayan untuk dimiliki?
Jawapannya ialah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Iya!
Memang lumayan!
Tapi dari segi apakah lumayan itu dimaksudkan?
Adakah dari segi harganya yang mampu milik?
Ataupun lumayan hanya pada sekadar namanya sahaja?
Haaa… amacam?
Ada yang rasa catatan hari ini cool ataupun lebih seronok?
Kalau cool, maknanya catatan ini tidak seronok. Tapi kalau rasa seronok, sudah tentu catatan ini coooool.
Tapi sebelum aku meneruskan bebelan aku mengenai ebook ini, ingin aku bertanya pada semua pembaca sekalian. Ada sesiapa di antara kamu yang sudah memiliki ebook ini? Jika ada, marilah bersama-sama kerana kamu juga dipersilakan untuk memberikan pandangan di akhir catatan ini nanti.
Baiklah.
Sebenarnya Pakej Lumayan ini adalah satu ebook yang bagus untuk dimiliki. Lumayannya ebook ini bukanlah pada namanya tetapi pada infonya yang mungkin akan merubah pandangan kamu pada dunia internet. Kalau ada yang mengatakan pakej ini “melampaui” batas, maka itu ADALAH BETUL.
Maksudnya jika kamu sudah membeli ebook ini, kamu akan merasakan ebook ini mempunyai BANYAK SANGAT maklumat. Jika kita inginkan penerimaan yang bagus, kita perlu tahu membahagikan semua topik berdasarkan pada kemahiran kita. Jika tidak, kita akan berdepan dengan satu situasi yang dinamakan Information Overload.
Information Overload adalah satu keadaan yang kita alami dek kerana terlalu banyak maklumat. Tetapi itu tidak bermaksud ebook ini cacat, cuma kuncinya ialah diri kita sendiri. Malah bagi aku… ini adalah satu ebook yang bagus untuk kita miliki. Ebook ini mempunyai topik-topiknya yang tersendiri. Jika dinilai dari segi maklumat yang diberi dalam ebook ini, ianya adalah umpama EMAS yang kita harus gali. Apa sahaja ilmu adalah EMAS.
Sebagai seorang blogger, aku sendiri berpendapat ada bahagian yang aku sepatutnya praktikkan dari ebook ini. Jadi memandangkan aku bukan seorang pro Internet Marketer, maka apa yang aku akan huraikan ini adalah pandangan aku sebagai seorang full time blogger.
Yang menariknya mengenai ebook ini bagi aku ialah:
1. Ada disediakan pakej asas dalam meneliti niche yang ingin dicari.
2. Boleh membantu “newbie” yang ingin mencari income mengikut kepakaran yang mereka ada.
3. Mengembangkan pemahaman kepada semua bakal-bakal blogger bahawa “make money online” bukanlah sekadar adsense dan menjual fizikal produk beserta tekniknya sekali.
4. Alternatif dalam membuat sesuatu pilihan.
5. Free list.
Sekarang aku akan tumpukan pada “side topic” (nombor 2) yang mungkin ramai blogger terlepas pandang. Aku takkan fokus pada “heavy topic” kerana kalau aku fokuskan pada heavy topic, maka sudah pasti review ni akan akan jadi seperti review biasa.
Seorang blogger juga adalah seorang opportunist.
Jika kamu seorang blogger, kamu mesti bijak dalam merebut peluang yang ada. Di dalam ebook ini, terdapat banyak langkah yang ditunjukkan untuk kamu mencari “income” di internet. Perlu diketahui bahawa blogger dan blogging tidak tertakluk kepada apa yang ditulis di dalam blog kita.
Malah jika kita menjadi guest writer kita juga boleh mendapat income dan pada masa yang sama, kita masih lagi dikategorikan sebagai seorang blogger. Yang pasti, kita juga akan dapati bahawa masih banyak lagi cara yang kita boleh gunakan dalam mencari pendapatan sampingan dari ebook ini termasuklah bagaimana menjana pendapatan dari forum-forum.
Jika kita tidak mempunyai blog, kita juga boleh menjana pendapatan hanya dari hasil penulisan kita. Banyak lagi website yang membayar untuk penulisan kita. Setelah kita berjaya mendapat hasil dari penulisan kita, maka dari situlah kita boleh kembangkan lagi “aset” online kita. Pada tahap ini, kita sudahpun mampu untuk membeli hosting dan domain kita sendiri.
Selepas kita mempunyai semua yang diperlukan, maka teruskanlah fokus kita pada affiliate marketing. Seperti yang kita telah sedia maklum, affiliate marketing adalah salah satu cara yang paling berkesan dalam memjana pendapatan di internet. Dan untuk tujuan itu, info untuk affiliate marketing juga telah disertakan sekali dalam ebook ini. Lumayan bukan?
Bukan itu sahaja, program kongsi pendapatan iklan Google AdSense juga ada disenaraikan. Jadi jika kamu seorang photoblogger dan ingin mendapat hasil dari hasil gambar-gambar kamu yang cantik itu, maka senarai website yang boleh kamu sertai juga ada di senaraikan. Tapi itu tidak bermakna kamu tidak boleh menjana pendapatan dari program yang lain.
Pendek kata, ebook ini memang banyak maklumat yang terkandung di dalamnya.
Cuma satu sahaja saranan dari aku iaitu jangan memaksa diri sendiri menerima semua maklumat yang ada. Pakej Lumayan ini memang di sediakan untuk mereka yang memerlukan info tambahan. Jadi jika kamu ingin membeli atau telah pun memiliki ebook ini, pastikan kamu memilih satu topik yang kamu rasakan sebati dengan jiwa dan cara kamu bekerja.
Bermaksud, setelah kamu boleh menguasai satu-satu topik ataupun memahami KONSEP yang diterangkan, barulah kamu boleh beralih ke topik yang lain pula. Dengan cara itu sahajalah kamu akan merasai “lumayannya” ebook ini. Jika kamu main hentam keromo, maka kamu akan merasakan ebook ini tidak berbaloi untuk kamu. Seperti cara kita makan; jika kita makan mengikut tertib, maka kita akan rasa “sedap” tetapi jika kita “gelojoh”, maka apa yang kita akan dapat ialah “tersedak”. Percayalah!



ko punya review bakal membuatkan orang tersangat nak membeli ebook nie… hehhehehe
Tapi perlu memenuhi syarat yang aku katakan di atas. Banyak sangat infonya. Harap dibaca dan difahami dengan bijak selepas membeli.
Aku suka review ko, telus dan takde nak bodek lebey2.. yg penting memang boleh masyukkkkk..
samdaddycools entri yang terkiniDana Surau SMSJ Kluang : attention : SAJOHA members
[...] Teknik Pemasaran. – Pakej Lumayan. – RM-Saver Plus. – Rahsia Blog. – Senang Hamil. – Review Pengurusan Kewangan. – Pakej Video Blog [...]
Diulas pada August 31st, 2009 at 2:57 amSalam Tuan Rohaizad.
T/kasih kerana ulasan ini. Menarik khususnya pada perenggan terakhir. Benar & lg benar.
rohaizad Reply:
August 9th, 2010 at 11:13 am
Thanks Hadi
Hadi Rofiee Reply:
August 9th, 2010 at 11:16 am
Sama2.