Krisis Ekonomi Dunia – terjejaskah kita?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: January 22, 2009 online
Sudah hampir 2 minggu aku mengikuti semua cerita mengenai krisis ekonomi dunia.
Suratkhabar, buletin tv nasional dan juga internet… semuanya menjadi rujukan aku dalam mendapatkan berita terkini mengenai krisis ekonomi dunia ini.
Yang pasti, lebih banyak yang aku ketahui, lebih seram dan takut jadinya. Tidak kira di mana sahaja, semua negara mengatakan masalah yang sama.
Singapura mengalami krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarahnya, India semakin hilang taring gergasi industrinya dan Rusia semain tandus krisis tenaganya. Baru-baru ini dalam ucapan Presiden Obama pun, dia telah menegaskan bahawa Amerika akan mula memandang ke negara-negara mundur kerana berjuta lepasan Ijazah/Master/PHD`nya sekarang masih lagi menganggur.
Di Asia sendiri, teori konspirasi yang mengatakan krisis ekonomi akan mula melanda pada tahun 2010 telah meleset sama sekali. 2009 adalah bukti sebenar yang telah menangkis teori mereka. Dan yang menakutkan sekali ialah apabila 5 krisis utama dunia akan menjadi tajuk perbualan yang paling utama dalam tahun ini.
Bagaimana dengan Malaysia?
Adakah negara kita akan terjejas akibat krisis ini?
Kalau tidak, adakah ia boleh dilihat sebagai satu jaminan?
Kalau ya, di mana kita harus melihat taraf hidup kita di masa akan datang?
Sebenarnya walaupun pada pandangan mata kasar, memanglah Malaysia tidak akan terjejas “teruk”. Tapi itu tidak bermakna ia tidak akan terjejas langsung. Dalam berita yang disiarkan semalam, telah terbukti bahawa semakin banyak pembuangan pekerja yang dilakukan dalam bidang industri. Ini sungguh menyedihkan kerana beratus keluarga akan terjejas kehidupan mereka.
Jadi di manakah kita sebagai “observer” atau “mangsa” krisis ini harus berada?
Adakah kita berada di kedudukan selesa ataupun terseksa?
Apakah tindakan selanjutnya yang kita perlu sediakan?
Hampir semalaman aku memikirkan musibah yang akan melanda jika benar ini satu malapetaka. Sebagai seorang blogger, adakah aku hanya melihat sahaja? Atau adakah aku terselamat dari musibah ini untuk beberapa ketika? Kalau ya, apakah jenis musibah yang mungkin akan aku harungi? Adakah musibah itu akan menyekat pendapatan aku yang hampir 90% dari Internet?
Di manakah aku sebagai seorang blogger?!!
Kamu pula…. adakah kamu sudah bersedia untuk menghadapinya?
Bersambung…








sedikit sebanyak aku rasa kita akan turut terjejas. Cuma diharap ia tidak membawa keburukan yang teramat sangat
kita pun terasa bahang krisis ekonomi ni. Aku pun ceritakan pasal buang kerja kat blog aku. Sama-sama lah kita hadapinya. Tapi dalam dunia blogging kita tetap teruskan. Macam ko cakap mungkin advertiser memilih pasaran internet untuk kurang kos. Itu pun ada kebenaranya jugak.
Mengikut pengamatan hasil dari pembacaan saya. Industri pengiklanan dunia tidak akan terjejas dalam krisis ekonomi untuk tahun pertama 2009. Antara alasan yang digunakan ialah, mereka yang akan terjejas dengan krisis ini akan menggunakan saluran industri ini untuk mencairkan aset yang mereka ada untuk menampung keperluan mereka.
Selain, kebanyakan mereka yang terjejas bakal mengalih perhatian kepada industri yang tidak melibatkan kos yang begitu besar dan boleh menampung perbelanjaan bulanan yang rendah. Antaranya ialah industri perniagaan di internet.
Mari kita sama-sama lihat keadaannya.
Kita mmg akan terasa tp takdelah teruk sgt aku rasa 1st sbb byk bank pakai sistem perbankkan islam skang ni. Lagi satu, kalau tgk gaya hidup mereka pun 100X lebih mewah dr kita. Aku pasti kita boleh survive asalkan pandai sesuaikan gaya hidup dgn keadaan ekonomi skang. Aku mengambil contoh diri sendiri, kalau dulu rajin pi kedai suruh org bancuhkan kopi, skang ni tuang jerklah 3in1. Jimat RM20 aku. Dulu tiap2 hari rabu tgk wayang, skang ni sebulan sekali pun malas.
Biasa pi mana2 rompak kete kakak aku, skang ni rempit jerklah senang. Dulu, minum air mineral jerk skang aku masak air minuman sendiri.
Topup hphone, biasa topup seminggu sekali. Skang ni 2 minggu sekali.
Ini akulah yg tak keje dok umah. But, kalau tak mo ubah gaya hidup jgn salahkan ekonomi bile korang tak boleh survive. Takde duit tp sibuk nak shopping..Huh..amalkan selalu.
catzers entri yang terkiniRahsia Website Flipping Part 1
Aku akan huraikan pendapat aku plak nanti dalam next episode.
Pada pendapatan aku…sori pendapat akula kite kena ubah cara dan gaya,mutu dan keunggulan..macam iklan Dunhill la plak. Kite kena tukar cara bekerja dengan cari pendapatan sampingan seperti pendapatan dari internet ke atau amik upah buat kerja masa hari minggu yang tak bekerja ke atau sewaktu dengannya. Jangan bergantung pada pendapatan kita makan gaji sekarang. Bagi aku sebagai seorang blogger kena tabah dan cari alternatif lain untuk tambah-menambah lagi income kita.”Kalau takut pada risiko usah bicara tentang perjuangan!”.
fadils entri yang terkiniRenung-renungkan dan selamat beramal…