Kepada bakal-bakal suami sekalian (macam aku).
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: January 23, 2009 online
Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu.
Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.
Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul.
Tetapi tiada pada petang ini.
Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.
Kita pun bertanya:
“Sakit ke?”
Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta.
Dalam hati kita berkata:
“Isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur’.
Sekarang cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata:
“Alhamdulillah….abang dah balik. Nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. Nanti dia naik ke bilik baru aku bersiap tukar pakaian ke klinik.
** Ada ke patut seorang suami tanya… “sakit ke?”
Dalam hati si isteri:
“Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak… sepatutnya ajaklah ke klinik…… ”
Sambil turun ke dapur hatinya berkata:
“Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah.. nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik.”
Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.
Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa ‘anak kecil’ apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi “pening-pening- morning sickness”.
Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.
TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.
Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah.
Bila tanya pada anak:
“Emak mana?”
Anak jawab:
“Dalam bilik “.
Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam – letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.
Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.
Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam… dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbaloi untuk di bawa ke klinik.
Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari “doktor yang disayangi” ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang
lain.
“Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ….”
Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu. Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.
Jadi untuk aku sendiri, InsyaAllah aku akan praktikkan ini selepas berkahwin nanti.
*Itupun kalau jodoh sampailah kan….
*“Sebahagian dari artikel ini bukanlah artikel sebenar saya. Ada di antara artikel ini saya terima melalui sms, email dan juga PM di laman web sosial saya. Jika tuan punya artikel ini telah maklum akan hal ini, saya bersedia untuk menghubungi mereka”



tips menarik utk yang dah dan bakal berkahwin.
wah..sudah mahu kahwinkah?
heheheh..kalau ko kawen ijad..aku rela lah balik kampung demi nak pi kenduri ko tu. Kalau takde kete best yg boleh aku rompak, naik bas pun boleh..kekeke
catzers entri yang terkiniRahsia Website Flipping Part 1
Kahwin?
Cehhh…
Tapi kalau Nora Danish kata ON, aku terus order print kad kahwin aku. WAHAHAHAH
hehe baguslah kalau kau nak praktik, tp kalau dah lama mcm aku kat 7 tahun dah tak praktikal lagi.
ps:sapa tak sayang bini oiiii (kata p.ramlee)
Tak praktikal lagi ker?
Aiseymen… janganlah macam tu. Tapi ko ni tak nampak tua. Nampak macam muda 10 tahun la ….
*toink… toink…toink…
belajar dari yg berpengalaman.
thanks
berpengalaman…..
akan aku copy and save dlm comp aku cerita ni..buat tatapan di masa akan hadapan.nak praktikkan skrg..calon pon lom ada..hihi
betul tu.
perhatian, sentuhan dan belaian.
ubat psikologi yg terbaik!
pcuserzs entri yang terkinipalestine – cartoonkini
betul tuh
aku suka artikel neh. hehe
ini realiti..
nuaemans entri yang terkiniKita Manusia yang berotakkan Kelkatu?
fuh..ko ni leh jadi suami mithali ni…takpon jadi doktor cinta !
Betul-betul bendr macam ni pernah berlaku pada aku. Sememangnya isteri perlukan perhatian daripada suami. Jangan ambik mudah benda macam ni.
Ya betul. Jangan amik remeh-temeh perkara macam ni. Sayangilah mereka seadanya. Kuang…kuang…kuang…
fadils entri yang terkiniRenung-renungkan dan selamat beramal…
kena amik point2 penting ni..
heehee..
aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources
Menyelami perasaan si isteri bukannya tugas mudah. pemikiran lelaki (suami ) lebih kea rah pemikiran sehala, manakal siisteri lebih kepada hal remeh temeh…
FIkir-fikirkanlah…..
aku suka artikel ni.. eh bro.. sudah pandai menyelami hati seorang isteri.. bila mau kawen..??
nikillass entri yang terkiniTell us where it hurt..