Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian terakhir.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: January 24, 2009 online

link_business.gif

Ini adalah bahagian terakhir topik menjana pendapatan melalui blog. Kalau sebelum ini kita ada bahagian 1, bahagian 2 dan bahagian 3, kali ini ianya lebih realistik dan bombastik. Ini adalah kerana aku sendiri yang akan memberikan peluang sebenar untuk kamu yang ingin menambah pendapatan melalui blog. Cakap-cakap tak guna, tembak tak kena. Sekarang biar aku yang tolong laksana.

Kenyataanya, catatan terakhir ini tidak akan mengajar cara-cara untuk kamu mencari atau menyelidik dengan lebih mendalam mengenai sesuatu program. Buang masa. Catatan ini akan terus memberikan kamu 2 jenis peluang untuk kamu membuat duit secara sampingan. Jika kamu adalah orang yang ingin membuat pendapatan secara sampingan, maka ini adalah cara terbaik.

Adakah kamu sudah bersedia?

Peluang 1 (kecil-kecilan):

Peluang yang aku maksudkan di sini ialah kamu akan dibayar untuk setiap satu tugasan blogpost yang akan diberikan pada kamu. Blogpost ini bukanlah berbentuk REVIEW, tapi setakat satu blogpost biasa yang perlu kamu letakkan link advertiser di dalamnya. Advertiser program ini tidak mahu web mereka direview. Cukuplah sekadar kamu meletakkan link mereka. Yang penting, blog kamu mesti PR3 dan English blog.

Contoh blogpost:
- Katakan kamu menerima satu tugasan laman web yang menjual hadiah dan cenderamata. Advertiser ini memerlukan kamu untuk meletakkan link mereka dalam blogpost yang bakal kamu buat tetapi jangan sesekali review mengenai laman web mereka. Iya… JANGAN SESEKALI bercerita tentang laman web itu secara DIRECT.

Satu contoh blogpost yang baik ialah seperti perayaan Tahun Baru China yang sedang disambut. Sedang kamu bercerita mengenai hadiah dan makanan di musim perayaan ini, kamu selitkanlah juga tentang laman web ini yang menjual pelbagai hadiah dan cenderamata secara online. Biarkan blogpost itu nampak “natural”.

Untuk blogpost yang sebegini mudah, kamu akan dibayar sebanyak $7.50 iaitu lebih kurang RM23.00 – RM24.00.

Peluang ke-2 (besar-besaran):

Jika di atas adalah pendapatan secara sampingan, peluang ini pula berbentuk pendapatan LUMAYAN. Peluang ini memerlukan kamu untuk bekerja dengan cara yang paling minima. Ini adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan oleh sesiapa sahaja. Di bawah adalah butir-butir yang perlu dibaca:

1. Kalau di atas minima PR adalah 3, yang ini PR2 juga boleh diterima.
2. Blog kamu mestilah mengenai FINANCE NICHE -English blog-..
3. No general blog (meskipun kamu ada kategori khas untuk financial topik).
4. Aku akan memeriksa blog kamu terlebih dahulu sebelum disubmit. Jadi, jangan cuba nak kelentong PR kamu itu ye :)
5. Blog kamu mesti menggunakan domain dot com kamu sendiri. Blogspot dan yang seumpamanya tidak akan dilayan kerana advertiser ini bukanlah sebarang advertiser.
6. Yang seronoknya, link advertiser itu bukanlah kekal di blog kamu. Ianya cuma untuk 12 bulan sahaja!
7. Untuk finance niche blog PR2, kamu akan dibayar sebanyak USD50 iaitu lebih kurang RM150!
8. Untuk finance niche blog PR3 pula, kamu akan dibayar sebanyak USD100 iaitu lebih kurang RM350!!!
9. Jika ada yang mempunyai PR4 dan ke atas, aku akan cuba untuk rekomenkan blog kamu juga. Cuma so far, aku belum menerima sebarang quotation untuk PR4 dan ke atas.
10. Selepas blog kamu diselidik oleh advertiser, maka aku akan maklumkan kepada kamu status blog kamu. Jika berjaya diterima, kamu akan menerima details selanjutnya. Selepas link advertiser itu diletakkan di sidebar kamu, aku akan request payment untuk kamu. Mudahkan?

Seperti yang aku katakan tadi, inilah kerja yang paling mudah sekali di dunia untuk mendapat wang. Hanya dengan meletakkan link yang mempunyai kaitan dengan blog kamu, maka kamu sudahpun peroleh wang antara RM150 – RM350 TUNAI melalui Paypal. Sekurang-kurangnya kamu sudahpun mempunyai dana untuk membayar domain serta hosting kamu untuk SETAHUN!

Kamu tidak akan di banned oleh Google kerana tiada siapa pun yang tahu bahawa tu link berbayar. Ini antara kamu dan aku. Daripada kamu meletakkan link yang bukan-bukan di sidebar blog kamu, baik kamu letakkan link advertiser. Dapat jugak duit.

Itu kalau kamu ada satu PR3 finance blog… kalau kamu ada 10? Tak ke RM3500 jadinya?

*Versi English, please click HERE.

Jadi adakah kamu berminat?
Jika berminat sila hubungi aku melalui email dan YM yang telah disediakan.
1st email: weirdoux@gmail.com
2nd email: contact@rohaizad.com
YM: mr_ombak@yahoo.com

- Untuk Peluang 1 (kecil-kecilan), sila submit sekali niche blog kamu. Apa-apa niche pun akan aku usahakan supaya blog kamu layak. Syarat untuk blog kamu diterima dalam Peluang 1 ini juga tidak berapa ketat.
- Untuk Peluang 2 (besar-besaran), hanya niche FINANCE sahaja setakat ini yang akan diberi keutamaan. Jika blog kamu tidak layak dan direject oleh pihak advertiser, harap janganlah bersedih. Masih ada peluang

* Sila letakkan “Finance Niche” sebagai tajuk untuk kamu menghubungi aku.

Terima kasih


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 14 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. kita said:

    tp setakat ini tak der yg berbahasa melayu kan

  2. rohaizad said:

    Dari dulu lagi aku dah galakkan “buat blog berbahasa Inggeris”. Harap jangan dibangkitkan lagi perihal blog Melayu ye :D . Peluang yang satu ini tiada kena mengena dengan blog Melayu.

    * Peluang datang hanya sekali.
    * Besarkan peluang yang datang.

  3. zool said:

    Blog aku pasal kete. PR belum sampai belum sampai 2 pun PRnya..

  4. taukey said:

    byk gak tu…..aku blm layak lagi. harap kwn2 yg lain blh ambil peluang ini dgn cepat

  5. nuaeman said:

    wah… blog aku PR0 laa bro.. ish..

    nuaemans entri yang terkiniAyah Saya Seorang Blogger Cikgu..

  6. Richie said:

    hehe..pandai outsource bro..

  7. rohaizad said:

    Orang dah lantik, aku terima je. :)

  8. [...] Ini adalah salah satu soalan yang cukup KERAMAT dalam dunia internet. Seperti kita semua telah sedia maklum, pagerank adalah petanda egoistik bagi blogger dan laman web mereka. Bagi seorang blogger, pagerank sudah cukup untuk menunjukkan betapa tingginya value laman web web kita. Sebab itulah jika kita mempunyai blog berbahasa Inggeris dengan pagerank sekurang-kurang 3, kita dah boleh “buat duit“. [...]

  9. Hanep said:

    pelaburan jangka masa panjang yg cukup bijak. :-)

  10. KNizam said:

    banyak betul peluang untuk mendapat duit kan. hehe :)

    KNizams entri yang terkiniGoogle Doodle Today – Year of The Ox !

  11. Aqif said:

    thanks bro rozaihad for sharing the info
    very helpful
    :)

    Aqifs entri yang terkiniDesign-Guru.net akan berakhir?

  12. [...] – Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian akhir. [...]

  13. naziz said:

    ingat nak join untuk tambah pengalaman dan berkenalan…boleh x…… ?

  14. naziz said:

    maafkan saya sebab x berapa paham..maklumla orang baru…harap x kisah jika ada salah silap..