A Kugan – mati di dalam tahanan polis (video).

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: January 26, 2009 online

Sedang kita sibuk berkata mengenai kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, kini dunia semakin heboh apabila pandangan mereka tertumpu di Malaysia berikutan satu kes di mana seorang remaja berbangsa India bernama A Kugan yang meninggal dunia ketika di berada di dalam tahanan polis!

Aku hampir tidak percaya Malaysia mempunyai polis yang begitu ***** sehinggakan boleh menyebabkan kematian. Aku berkata demikian kerana mengikut apa yang tersiar di TV3, Peguam Negara sendiri mengklasifikasikan kes ini sebagai kes BUNUH. Bunuh di sini bermaksud diseksa dan dilayan sehingga menyebabkan kematian.

Memang polis mempunyai kerja yang banyak.
Memang polis mempunyai tugasan yang berat dan memang polis mempunyai misi yang berlambak sehinggakan mereka sendiri ditimpa tekanan yang amat sangat. Memang juga kerja mereka menangkap pesalah tetapi apa-apa tindakan yang boleh menamatkan riwayat seseorang manusia bukan di tangan mereka. Itu semua kerja Tuhan.

Kalau katakanlah mangsa, A Kugan dilayan dengan keras sekalipun, biarlah secara psikologi… bukan secara fizikal. Dia seorang diri di dalam tahanan, mana boleh melawan. Kalau nak lawan fizikal, gajah pun boleh mati di tangan 5 orang manusia. Adilkah semua ini?

Di dalam video yang akan ditunjukkan ini, kamu semua boleh melihat dan menilai serta membayangkan bagaimanakah A Kugan bersabung nyawa ketika saat-saat akhir kematiannya.

Hendak meminta tolong?
Siapa yang akan datang?
Bukankah tahanan polis adalah tempat yang paling selamat dari orang jahat?
Aku tidak menuduh sesiapa tapi hati ibu manakah yang sanggup melihat anaknya mati dalam keadaan yang sebegitu rupa?

Sila tonton video ini dengan penuh pertimbangan:

Aku tidak pasti kesan di badannya adalah disebabkan oleh pihak polis. Semuanya masih lagi di dalam siasatan. Mungkin juga tanda calar itu kesan dari perbuatan jenayahnya dahulu. Cuma apabila video itu mula menunjukkan mukanya yang sebegitu ******, aku terus terdiam dan mula berfikir secara rasional. Mengapa boleh jadi sebegini?

Jadi kamu semua janganlah emosinal ya.
Kebenaran akan terbukti juga akhirnya.
Dan yang salah tetap akan dihukum.

Lagi satu:
Adakah mangsa iaitu A Kugan telah bersabit kesalahannya?
Jika sudah diputuskan oleh pihak mahkamah, itu lain cerita tapi jika mangsa belum lagi menerima apa-apa dan masih dalam perbicaraan, maka ini bermakna hukuman telahpun “dijatuhkan” terlebih dahulu. Apakah yang akan diperkatakan oleh masyarakat dunia nanti?

Di Amerika Syarikat, salah satu kes kematian yang paling ditakuti oleh pihak berkuasa ialah apabila seseorang pesalah itu mati ketika berada di dalam tahanan. Kes sebegini akan menyebabkan satu bandar berarak dan tunjuk perasaan akan dibuat dengan gerakan besar-besaran. Kalau tidak percaya, rajin-rajinlah menonton berita.

Mengapa mereka akan berbuat sedemikian?
Sebabnya satu sahaja. Kerana rakyat mereka sentiasa bergantung harap dengan pihak berkuasa. Mereka percaya pihak berkuasa (authority) sentiasa melakukan yang terbaik. Dan lagi, mereka membayar cukai. Mereka membayar gaji polis. Mereka inginkan yang betul dari pihak berkuasa. Mereka tahu mengenai undang-undang kerana PEGUAM adalah “buku” mereka. Pendek kata, mereka tahu hak mereka sendiri.

Jadi sebagai seorang rakyat Malaysia, aku rasa sedih dan teramat sedih. Aku tidak meletakkan polis seperti “Israel” kerana bukan semua polis begitu, tapi perkara sebegini cukup mencemarkan keadaan. Iya… lebih-lebih lagi dengan keadaan kita sekarang yang cukup “sibuk” dalam membuat kempen itu, kempen ini, tabung itu, tabung ini semata-mata untuk membantu mereka yang ditindas oleh rejim Israel yang kejam!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 7 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Dhiaqis said:

    Salam,

    Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku terutama melibatkan pihak yang menjadi contoh kepada rakyat. Bagaimanapun setiap yang berlaku itu pasti ada sebab2nya. Dan harus diadili dengan sebaik mungkin.

    Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Zaman dah berubah dunia dah nak kiamat. Semoga kita dilindungi Allah SWT dari segala kejahatan dan malapetaka.

    Dhiaqiss entri yang terkiniKeyakinan: Bagaimana mendapatkannya?

  2. rohaizad said:

    Yup… itu memang benar.

  3. BAGAK said:

    bukan jer gajah

    ikan paus pun boleh mati

  4. pcuserz said:

    kerana susu setitik rosak susu sebelanga,
    jangan kerana nyamuk seekor habis kelambu dibakar.
    fikir-filkirkan..

    pcuserzs entri yang terkinipalestine – cartoonkini

  5. taukey said:

    hmm ni sememangnya kes yang berat. Diharap dapat diadili dengna baik dan saksama. Dari satu kes kepada kes yang lain, nampak gayanya tekanan yang diterima oleh pihak polis semakin tinggi. Semoga kita semua dapat mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku

  6. KNizam said:

    kita tunggu siasatan lanjut nanti

    KNizams entri yang terkiniGoogle Doodle Today – Year of The Ox !

  7. lankapo said:

    jahat mana sekali pun, mereka perlu di hukum dgn secara adil. bukan dengan cara seksaan.

    sampai menteri pun masuk campur, kita tengok apa perkembangan seterusnya

    lankapos entri yang terkiniVote WiMAX to your place