Blogstarz – lupus sudah PPC mereka.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: January 28, 2009 online

blogstarz.gifBaru tadi member baik aku Radzi yang bekerja di Giant menelefon aku.

Dia telefon untuk bertanyakan satu perkara. Apabila ditanya, dia menjawab yang dia nak sangat informasi mengenai program Blogstarz.

Lepas dia habis bercakap, aku pun tanya lagi:
“Kenapa ko tiba-tiba nak tau pasal Blogstarz?

Dia kata:
“Aku nak tau je. Aku baru jer dengar pasal program ni. Dia ada buat sesi penerangan seminggu sekali…”

Dengan segera terus membalas:
“Jangan buat apa-apa pembayaran dulu…!!”

Dia pun bertanya lagi: “Kenapa?”
Aku pun dengan selamba menjawab: “Ada benda yang ko perlu tahu mengenai Blogstarz… ”

Jadi aku pun huraikanlah apa-apa yang patut. Mana program yang Blogstarz anjurkan selain dari PPC tu, memang sesiapa pun boleh join. SMS ke… macam macam lagilah.

Tapi sekarang aku nak berkongsi tentang perkara yang lain iaitu PPC. Dari cerita Blogstarz di blog Ridzuan Riche, Mail sehinggalah di blog Taukey, semua habis aku terangkan.

Cuma apabila member aku ni “blur” pasal ClickShare yang Blogstarz nyatakan di laman web mereka, aku pun memeriksa semua sekali info yang member aku nak mengenai Blogstarz. Berikut adalah pendapat serta screenshot yang aku rasa boleh dikongsi bersama:

Sila tunggu sehingga semua screenshot muncul ye :)

Ini dari Blogstarz:
blogstarz_program.JPG

Ini dari Ridzuan Richie:
ridzuan_statement.JPG

Ini dari Taukey:
taukey_statement.JPG

Ini dari Mail:
mail_statement1.JPG

Baiklah.
Sekarang apa yang aku boleh katakan ialah semua sekali yang pernah dikatakan oleh Blogstarz mengenai PPC itu sudah tidak relevan lagi kerana aku tidak nampak langsung sebarang iklan yang kononnya boleh di ‘share”. Dan ada 2 fakta yang mungkin boleh menyokong keadaan ini:

1) Blogstarz tidak mahu menggunakan sumber “income click” dari program PPC yang mereka katakan.
2) Mereka telahpun di BANNED oleh PPC program company !!!!

Lepas aku storykan semuanya, dia bertanya lagi:
“Jadi macam mana kalau aku nak income kalau semua program tu dah takde?”

Aku jawab:
“Setahu aku, mereka ada lagi program yang ala-ala M** tuuuu…”

Ini dari Taukey:
taukey_statement_2.JPG
Taukey menggunakan perkataan affiliate. Tapi ada yang kata perkataan itu tidak sesuai kerana affiliate hanya mengambil komisyen TANPA network di bawahnya :) Betul ke?

Lepas tu, dia terus diam dan ucapkan terima kasih. Aku rasa dia dah dapat tangkap dah maksud aku. Dan tiba-tiba satu persoalan muncul dalam kepala aku:

“Apa perasaan mereka yang TELAH MEMBAYAR tetapi TIDAK MENDAPAT INCOME income dari ClickShare seperti yang telah dijanjikan sebelum ini?”

Any idea beb?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 47 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Richie said:

    betul tu. baru dgr diorang dah lupuskan program clickshare..hoho.. terdiam carl si ceo!

  2. aleh49 said:

    cam mana rupanya blogstarz ni ek..ak xpernah tgk..dgr adalh..

    aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources

  3. megat said:

    adeh. apa jenis kesempatan yg diwar-warkan. orang yg tidak selalu ikuti perkembangan atau kurang selidik akan teraniaya.

  4. rohaizad said:

    RICHIE – Wahahaha. Kadang-kadang bila kita ingat diri kita dah expert, sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu.

    ALEH – Lebih baik tak tahu dari TAHU.

    MEGAT – Betul. Ada salah seorang dari blogger kita cakap “yang sedihnya bila ada orang lain yang buat duit atas duit orang lain”…

  5. titan said:

    haha. kat blog aku, blog mael, blog taukey, blog jimmy dan blog richie. semua member2 dan seangkatan dr blogstarz dah serbu tetapi mereka masih gagal bagitau dan jelaskan apa yg kitaorang tanyakan dengan jelas. jawapan semua samar-samar.

    sekarang, ijad plak. Kita tengok apa plak yang diorang kata dan apa plak akan karl iskandar cakap.Tak lama lagi depa datanglah. Kat Wangcyber pun dah macam2 jadi..

  6. taukey said:

    bro yang affiliate tu memang affiliate sebab tu komisen tanpa network.

    Ada satu komisen yang dia orang panggil By2AutoMatch. Tu baru komisen dari network dia. hehehe. macam MLM tapi aku nak kata MLM dia orang takder lesen AJL. Dia orang kata sebab produk IT jadi tak perlu buat gitu. Dan ia nya satu level. Mati la orang yang lambat join. Memang susah nak buat duit

  7. Shaffik said:

    Baru jer berbual pasal bender ni semalam…dah kuar entri hari ni..ermmm…

  8. rohaizad said:

    TAUKEY – Oh ye ke? Baguslah kalau ko dah beritahu. Tapi pokok pangkalnya apa yang ko cakap di ayat terakhir komen ko tu… WAHAHAHAH

    TITAN - Aku ni sebenarnya kalau pasal pasal member aku tak tanya, jangan haraplah aku nak membuang masa bercerita tentang mende yang tak mendatangkan keuntungan bagi aku. Haram….

    * Aku nak sangat dengar penjelasan dari mulut “WAKIL GOOGLE” di Malaysia ni mengenai STATUS account adsense diaorang ni.

  9. framestone said:

    thank bro untuk maklumat nie… patut leh buat ebook untuk disebarkan

    framestones entri yang terkiniKisah Budak Rumah Aku

  10. rohaizad said:

    FRAMESTONE – Ebook? Fuhhh tak payahler… buat malu kompeni je. ekekeke :)

  11. titan said:

    yup. aku tak pasti aku baca kat mana. dengar cite akaun lama dah kene ban. diorang dah ada akaun yg baru. Pakai site lain. Aku tak pasti yg nih..

    Pasal adsense nih. Aku cuma tanak jadi macam kes azoogles, clickbank dan macam2 program lagi. banyak program CPA yg best2 kat luar yg tak support negara kita..

    janganlah plak adsense kene akibat yg sama..naya je. aku tahu ramai gak yg bergantung pada adsense sahaja skrg..

    Ps: Ijad. Masa blogstarz setat dulu. Ramai gak member call dan sms tanye benda ni. Depa takut jadi cam monsun aje..

  12. rohaizad said:

    TITAN – Aku setuju tu. Dah lah orang cakap negara kita negara SCAM. Ini cukup baik Clickbank dah buka balik keahlian dia pada orang Malaysia.

    Dulu masa zaman awal Monsun dan juga kebangkitan Blogstarz, aku tak komen apa-apa. Sebab utama ialah aku nak perhatikan di mana mereka selepas beberapa bulan. Dan sekaranglah waktu yang paling sesuai kerana semua yang aku “BAYANGKAN” telah pun terjadi.

    *Terima kasih kepada orang-orang sebelum ini telah bersusah payah berjuang untuk merayu kepada Clickbank.

  13. Blogstarz said:

    I’m the blogstarz’ owner. LOL!! :P

  14. rohaizad said:

    HAHAHAHAH !!!
    Welcom…. welcome… :)

    * IP: 203.82.91.34 <—— Saperlah yang buat lawak nih.

  15. Blogstarz said:

    hahaha… well. I got free advertisement in the newspapers. :P

  16. rohaizad said:

    WAHAHAHAH!

    Suka mende free rupanya, ingatkan selama ini suka mende yang “berbayar” :D

  17. Blogstarz said:

    hehehe… Visit my blog yet?

  18. rohaizad said:

    Welcome Aboard!

  19. twenty-six said:

    waaaa itu baru betul…blogstarz.net hehe bijak bijak..

    twenty-sixs entri yang terkiniam i a racist?(come with Bunkface – Revolusi mp3)

  20. taukey said:

    muahahahah aku buat artikel kat blog aku tu sebab orang panggil aku bodoh sombong.

    Dulu ada program takeabiz.com tapi tatau mana hala tuju. Yang aku tau dah tak glamer dah program dia tu. lepas tu blog jadi glamer, terus buat blogstarz. ada gak cabang bisnes dia yang lain macam odacard.com, boss academy dot org.

    cari orang, makan orang, kaya seorang

  21. izzat said:

    lepas ni iklan apa lak blogstarz ni nak tawarkan..hehe.. haih, mari tunggu dan lihat..

  22. shah said:

    syukur diatas pendedahan saudara ttg program ini,sy hampir join,entahlah mcm2 ada..

  23. rohaizad said:

    Bila aku baca komen kamu semua ini, makin kasihan pulak aku pada mereka yang sudah bayar tapi tidak berkesempatan menjana wang dari PPC program tu :(

    *sabar-sabarlah ye …sabar itu sebahagian dari Iman.

  24. adib. said:

    aku pon dah penah kena..ada ka patut dia buat clickshare skrg nih dah dapat 14ribu..aahahahaa
    skrg nih aku rasa sgt puas nk suruh iskandar baca apa yang kita tulis…hahahahahhah gelak setan..hahahahahahaha..aku puas….terima kasih rohaizad…

  25. rohaizad said:

    ADIB – Siapa yang dapat RM14 ribu tu? Menarik perhatian sungguh dengan apa yang ko cakap ni. Minta diperjelaskan lagi boley? :) Terima kasih.

  26. Ammar said:

    rohaizad…thanx coz dedahkan psl menda neh…aq da nk join da….seb bek aq terbaca blog ko n mael…pendek kata mmg nasseb aq tersgt baek coz terbaca psl blog korunk betul2 seblom aq join…so thanx alot dude…..

  27. rohaizad said:

    AMMAR – Aku bukannya negatif pada apa yang sesetengah orang sangkakan. Seperti mana yang aku terangkan di permulaan catatan ini, program Blogstarz yang lain mungkin boleh membawa keuntungan pada sesetengah ahli.

    Aku cuma tekankan pada program PPC sahaja. Hakikatnya, jika kita hendak membuat sesuatu program yang melibatkan duit orang lain, janganlah sampai jadi macam ni ye tak?

    Orang punya duit tu banyak gunanya. Duit sekolah anak, belanja dapur dan macam-macam lagi. Kalau bagus, aku sokong. Kalau tidak bagus aku ulas.

    Dan jika kamu mendapat pendedahan yang kamu rasakan bagus dari catatan di blog ini (tak semestinya tentang Blogstaz), maka aku juga aman merasa bangga.

    “Ada mata pandang”
    “Ada telinga dengar”
    “Ada mulut diam”
    “Ada blog…?”

    :)

  28. Blogstarz said:

    better be a normal blogger like me. newborn Blogstarz! :P

  29. Ammar said:

    yepp…mmg xpatut diowunk buat camtuh….even pda sesetengah owunk,RM99 tuh nilai dia xseberapa…tapi lau dikumpl2 xke leh dpt 900k?kcian la cket kt org2 mlayu kita nih…n jgn la gunakan ayat NAK TOLONG ORANG MELAYU!!!padahal NAK TIPU&PERBODOHKAN ORANG MELAYU!!!!…skali lagii…thnx…start smalam,trus trang aq ckp..aq surf blog2 kowunk…mmg ber+ knowldge aq…dude..mmg bnyk lagik aq kna blaja….
    aq jawab pe yg ko tulis rohaizad…
    “ada blog,hurai kebenaran”!!!

    and to blogstarz…SUDA TERANG LAGIKAN NAK PKAI LAMPU SULUH!!!owg zaman skunk neh da pkai backup generator da…soo xyah nak cover lagik PENIPUAN kowunk tuh!!!

  30. Ammar said:

    satu point lagi nk tmbh….aq ade surf gak blogstarz punyer bloggers2 diowunk….TERAMATLAH KELAKAR!!!!bling2 la dianye blog….aq rase anak buah aq nye friendster lagi cantek….haha….

  31. framestone said:

    mne2 company xde yg prefect.. ebook yang boleh menyatakan bnde nie dgn lebih terperinci..

    saya pun ade kaji bnde nie..cuma xmendalam sgt

    framestones entri yang terkiniKisah Budak Rumah Aku

  32. nuaeman said:

    Banyak program yang starz-starz kat hujung-hujung nih merosakkan dan meruntuhkan bangsa.. Opss.. tapi kenyataannya begitu.. dan timbul pula Blogstarz dengan niat kononnya membantu bangsa.. benarkah begitu?? atau ada niat terselindung untuk menjerat bangsa.. utk dijadikan mangsa. Erk!

    nuaeman: Pakcik tengok Soccerstar jee..

    nuaemans entri yang terkini10 siri kartun yang pernah diminati oleh kanak-kanak 80-an dan 90-an

  33. pcuserz said:

    sometimes,
    things are too good to be true.
    watch out.

    pcuserzs entri yang terkiniGeng The Movie Feat Upin & Ipin

  34. Ammar said:

    ah…pcuzerz……..huhuh…..betol3…

  35. catzer said:

    erm..aku dok tunggu mael, bob, richie, taukey dan ramai lagi yg buat post pasal ni pampang surat saman. Erm, dia tgk tekan calculator tu kalau 1000 bloggers dia saman min X RM10k = pergh…jutawan saman menyaman dlm internet beb..itupun kalau boleh menang lah..

    Yg pasti hujah Karpal Singh pun belum tentu boleh buktikan Blogstarz ni betul.

    Korang ni baik sgt lah, biarkan lah depa leburkan duit tu. blogging is about learning, biarlah depa kena. Br best time tu kita tulis blog. Adei, dah kacau daun lah gini utk topic menarik beberapa minggu akan dtg..kekeke

    catzers entri yang terkiniPanduan Pemasangan Sistem Affiliate

  36. Ammar said:

    ehh…nk tanya cket…pagi nih aq try bukak blog mael apsal xleh??apsal account kna suspended??

  37. ini sebenarnya program diorang…ade org promote aku join ni..tapi aku xpaham ape sebenarnya diorg buat…bodoh jugak

  38. blogstarz.info said:

    blogstarz.info takder ke? rohaizadstarz?

  39. Jimmy MRR2 said:

    ha ha.. sekarang ada kemusykilan boleh tanya direct ke klon mael.. iskandar.me

    itupun kalau komen di approve.

  40. blogstarz.info said:

    itulah hakikatnya : copy paste dari bubletalk. best jugak boleh baca bubletalk blogstarz untuk tatapan umum.

  41. chemot said:

    baguih buat camni. ramai jugak member tanya pendapat saya ttg blogstarz,monsun,maroon dll. pada saya, mmg sumernya tidak akan tahan lama.

    jadi sy nasihatkan kepada semua, tak perlula kita masuk.kekadang orang kita ni malas nak buat research, cepat sgt percaya.

    saya nak linkkan post ni dalam blog saya ye.tenkiu

  42. rohaizad said:

    CHEMOT – Jika ada kesedaran, apa-apa yang kita buat pun akan mendatangkan hasil yang berbaloi.

    Nak link`kan post ni?
    Boleh takdak hal. Silakan. Backlink tuhhh… :)

  43. blogstarz.info said:

    ppc masih berjalan lancar. sila jenguk ruangan bubletalk dan klik iklan anda setiap hari. iklan milik blogstarz bukan milik persendirian.

  44. rohaizad said:

    Lawak siot komen ko nih :D

  45. kaizer said:

    Bro nak taye bro mcm mn kita nak daptkan pengiklan jenis broker.aku ada terbaca pasal bro dlm majalah im.kalau ikut pr blog aku ok la gak.Daripada layan blogstraz ni.

  46. rohaizad said:

    Kaizer – Itu semua ada diterangkan di dalam Personal Coaching yang aku anjurkan.

  47. AkuLaNS said:

    aku pon dh tkena…whuaaaaaaaaaaaa…btul kate ko bro…mne ade company suruh klik iklna sndiri bangang btul…