Mengapa kadar matawang asing di Al Rajhi berbeza sekali? Adakah USD sudah pulih?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: January 29, 2009 online
Ini adalah waktu yang paling membosankan iaitu apabila melihat jumlah dana yang dimasukkan ke dalam akaun Al Rajhi RM hasil transaksi dari fund Paypal. Aku rasa macam dah malas nak withdraw melalui Al Rajhi kalau perkara begini masih terus berterusan. Aku tidak tahu bagaimana nak ulas mengenai perkara ini tetapi aku cukup kecewa dengan kadar yang diberikan oleh bank AlRajhi.
Begini ceritanya:
Hari ini (dalam masa 3 jam yang lepas), fund USD di Paypal aku sebanyak USD495 (setelah ditolak caj Paypal sebanyak USD5) telahpun dimasukkan ke dalam akaun Al Rajhi aku (dalam RM). Dan setelah aku login ke dalam akaun Al Rajhi sebentar tadi, alangkah hampanya kerana rate ataupun kadar pertukaran matawang asing yang dikenakan oleh Al Rajhi adalah dibawah 2.89!!!!!!!!!
Mungkin kadar yang dikenakan adalah berdasarkan pada waktu proses transfer dilakukan beberapa hari yang lepas tetapi dalam seminggu ini, rate/kadar yang wujud masih lagi di atas 3.30!
Walaupun aku bukanlah pakar ekonomi tapi satu dunia sudah tahu mengenai rate USD. Jika untuk kadar pertukaran USD ke Ringgit Malaysia, range ataupun radiusnya adalah diantara 3.2 -3.5. Jika dapat 3.6, itu sudah kira bagus. Tidak percaya? Lihatlah sendiri:
Ini adalah kadar yang termaktub di XE.com:

Dan ini pula adalah rate/kadar yang diberi oleh Alrajhi bank:

Mangkuk betul!
Ada ke rate/kadar sebegitu rendah?
Bawah 2.89??!!!
Walhal pada hari yang sama (23hb Jan 2009), MENJ juga membuat withdraw dari Paypal ke Al Rajhi dengan amount yang sama?!!
Bukan itu sahaja, Menj mendapat rate 3.50 !!!!!!!!!!!!
Berapa yang Al Rajhi caj sebenarnya???
Bagaimana Al Rajhi caj?
Mana perginya duit aku yang lagi RM300 tu?
* Ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan mengenai sistem Al Rajhi ni?
——————————————————————————-
UPDATED!
Pagi tadi aku pergi ke bank Al Rajhi.
Kes sudah pun selesai








hoho…pergi jangan x pergi.. pelik tu… kalo orang len ley dapat rate 3.50 bro dapat 2.89, tu dah diskriminasi tu..
hmmm pelik jugak macam tu. takkan la rate jauh sangat jatuh. RM300 tu. Lpas semua bil-bil rumah. ada telefon dengan Al-Rajhi ke bro?
rugi banyak 2..nak kata diorg letak rate sendiri..xkn la..leh ke bank letak rate sendiri?
aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources
Takde telefon-telefon punya, esok aku pergi kasi hantam sama itu Branch Manager. Tengah mendidih nie… lepas duit motor tuh…
gile per diaorg..baik ko pi jerk tibai itu manager…
catzers entri yang terkiniPanduan Pemasangan Sistem Affiliate
sabo bro..sabo..
ok. jangan lupa update plak lepas amuk esok ye..hehe..
gilossss….rendah giler….kasik hentam sikit dia punya manager…hehee
mungkin kesilapan pihak bank?kena rujuk balik rasanya
twenty-sixs entri yang terkiniArena Wati dan laman Web DBP.suatu kesilapan.
Waduh banyak dong ah..
RM300. kena kejor tu.. kalau 30 sen takpelah jugak
Okay, ini adalah jawapan bagi segala perkara yang berlaku di atas.
Sebenarnya, ini semuanya silap aku. Aku lupa yang limit untuk withdraw hanyalah USD500. Jadi, transaksi yang berlaku hanyalah sebanyak USD400, bukan USD500 !!!
Sebagai pengajaran, jangan sesekali lupa untuk ingat had transaksi harian. Nasib baik staff kat Al Rajhi tu CEKAP giler orangnya. Niat di hati konon nak hantam Al Rajhi, tapi last-last.. kasi hantam sama diri sendiri!
** Terima kasih kepada En RIZAL dari Al Rajhi cawangan Taman Molek. Memang cool orangnya. Dah banyak kali dia attend aku.
adeh perkara macam ni yang tak sedap dengar ni. wakilkan untuk para blogger malaysia jad!
hentam sehabisnya!
MEGAT - Wehhh Megat, nak hentam apa… ini semua salah aku siot. Aku yang tak perasan limit Paypal tu. Aku cuma withdraw $400 je, bukan USD500 sepertimana yang aku beritahu di atas. Mati-mati aku claim aku withdraw USD500. Jadi jumlah yang sebenar ialah $400 x 3.5 = RM1400. Memang Al Rajhi betul.
Minta maaf ye Al Rajhi.
(Padahal aku bukan main marah lagi semalam. Ingatkan duit aku hilang tapi tidak. Untuk geng semua, jadikan ini sebagai pengajaran yea.)
* Aku salah dan aku mengaku. Gentleman!
* Hidup Al Rajhi!
Jat.Ko sempat hemtam ker tak? kalau sempat hentam ko mesti kena hentan balik ngan orang al-radji tu…aper2 semuanya settle..
Debit Card Alradji tu berapa ringgit eh jat?
FIK – Tak sempat hentam sebab tak ada apa yang nak dihentamkan. Aku yang hentam diri aku yang sengal ini adalah.
Kad Debit Al Rajhi tu harga dia lebih kurang sama dengan 2 kotak rokok Dunhill. RM20 je.
Aku pikirkan diorang tukar duit ko kepada australian currency ke atau currency lain. huhuhu…
fadils entri yang terkiniRenung-renungkan dan selamat beramal…
hehe..takpe2.. lpas ni dah takde keraguan pasal alrajhi
apa yg selesainye..dpt detect 300 tue ke
aku baru bercadang buka current account sana, terus withdraw paypal masuk account sana. al-rajhi islamic banking, mmg ikutkan sikit kita dapat, tapi tak tahu lak aku smpai tahap tu skali. rugi2..
sekarang tpaksa pk lain lak.huhu
FRAMESTONE - Aku rasa ko tak baca semua perkembangan terkini di bahagian komen. Adehhh…. boleh tanya lagi pasal RM300. Sekali lagi aku umumkan, aku withdraw USD400, bukan USD500.
HANEP – Takdak hal beb. Al Rajhi memang best… cuma aku jer salah withdraw. Ko jangan salah sangka pula sebab rate yang Al Rajhi kasi memang LUMAYAN.
Perkembangan kes ini ada diupdate di bahagian komen.
* Macam yang Richie cakap : “hehe..takpe2.. lpas ni dah takde keraguan pasal alrajhi”
Hahaha.. tak perasan lak aku update terkini
Lawak pun ada cerita nih.. hehe.. takpe boleh jadikan pengajaran untuk semua..
nuaemans entri yang terkiniBayaran dari BlogtoProfit
HA3.kne update post nih. “jgn hentam arrajhi”
aku baru je naek geram ngn post ko tu. rpnye2 silap sndri.xsempat nk marah.ha3.pgjrn jgk bg IM laen.. tgk btol2!
j_hafizs entri yang terkiniYeah, I Got New Theme
Betul betull.. nanti aku akan buat satu entri special punya untuk Al Rjahi yang ku CINTAAA … wahahahah!
Maybe ada kesilapan teknikal komp kot..xpe, alhamdulillah masalah dah selesai
Mohd Safuans entri yang terkini4 Cara membuang tabiat "buang masa"
aku gune al-rajhi.Giler lancar for transaction luar negara.Esp untuk transfer duit.Dulu maybank bising je aku transfer bnyk dari forex broker aku.al-rajhi senyap je.best!
salam.. tgh duk survey bank islam mana yang paling best nie..dup2 ada cerita nie… oo al rajhi bagus ya.. ain nak aplly sekali CC al rajhi- ok tak ya? semua nak change to al-rajhi..