Ingin beriklan? Sila klik di sini

Cek dari ClickBank – hasil dari teknik Pakej Video.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: January 31, 2009 online

clickbank_sale.gif

Pagi semalam satu lagi sales dari ClickBank masuk.
Aku rasa bersyukur sangat pada pagi Jumaat itu sebab segala trial-error + usaha serta penat lelah dalam mencuba teknik Pakej Video Puan Lisa semakin menampakkan hasil. Dari hari pertama sehinggalah ke hari ini, percubaan demi percubaan yang telah dilakukan menerusi teknik Pakej Video Youtube ini telah membuatkan aku ingin menjadikan ia sebagai “aktiviti part time” di waktu aktiviti blogging “reda”.

Tengah harinya selepas sembahyang Jumaat, cek dari ClickBank pun sampai di peti surat jiran aku. Maklumlah, duduk rumah setinggan manalah ada peti surat sendiri. Dapat menumpang peti surat jiran pun dah kira bagus. Aku pasti inilah cek yang aku tunggu-tunggu selama ini. Dan jika ada orang yang mengatakan cek dari ClickBank lambat sampai, itu mungkin disebabkan kesilapan teknikal kerana cek itu sampai dari pejabat Clickbank ke rumah aku tidak sampai pun seminggu.

cheque_clickbank.gif

Bagi mereka yang sedang pening kepala kerana pedih memikirkan cara untuk menambah pendapatan, inilah masa yang paling sesuai. Mana tidak… di waktu sektor perindustrian dan perkilangan sibuk membuang pekerja, di waktu sektor lain sibuk mengecilkan skala pengeluarannya dan di waktu majikan menghadkan kerja lebih masa untuk kakitangannya, masih ada lagi jalan yang boleh menambahkan pendapatan walaupun hanya dari rumah.

Secara tidak langsung, aku dapat rasakan Pakej Video ini adalah salah satu dari pendapatan pasif yang paling bagus di kala ekonomi sedang merudum ini. Kemungkinan untuk mendapatkan sales dari video yang sama di Youtube tidak mustahil. Apa yang perlu dan apa yang penting, kita mesti ikut segala tunjuk ajar dari Pakej Video yang kita telah beli itu. Itu sahaja.

Jadi, mulakanlah langkah pertama.
Jadikan tahun baru 2009 ini sebagai pintu bagi kita merubah nasib dan taraf kehidupan. Pedulikan kata orang yang tidak percaya pada “duit internet”. Ini adalah nyata. Kita belajar, kita berusaha dan terus berusaha. Aku hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk mencuba dan hari ini hasilnya telahpun dapat dilihat.

clickbank_cheque.gif

Jadi apa yang ditunggu-tunggu lagi?
Lagi lambat, lagi lewatlah peluang untuk menambah pendapatan.
Dapatkanlah Pakej Video kamu hari ini juga!

———————————————————————————————
UPDATE !!!
Aku baru sahaja pulang dari membawa anak saudara ke Danga Bay. Sampai sahaja di rumah, aku terus check email seperti biasa. Dan tergerak juga hati hendak cek akaun ClickBank. Alangkah seronoknya apabila melihat satu lagi JUALAN berjaya dijana pada ketika aku berada di Danga Bay tadi!

salesclickbank.gif

Alhamdulillah…. :)

* Catatan yang berkaitan:
1. Menjana pendapatan dari Youtube.
2. Belilah Pakej Video sebagai “back up” dikemudian hari.
3. Cek Clickbank yang ke-2 dari PakejVideo.com
4) Pakej Video: Soalan dari Puan Ieda


pakej-video-youtube.GIF

« « Syurgamu.*** Broadband ke Berukband? » »


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

468x60

Sudah 92 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. framestone said:

    boleh la belanje teman ek

    framestones entri yang terkiniPesal Xpakai Seat belt

  2. nuaeman said:

    Tahniah.. bila nak belanja aku.? hehehe.. Apapun semua benda bukan datang bergolek.. kalau tak usaha.. takdelaa dapat camtu..

    nuaemans entri yang terkiniDefinisi Cinta

  3. rohaizad said:

    FRAMESTONE – Dah beli ebook PakejVideo.com ke belum?

    NUAEMAN – Kata-kata tu memang PERFECT. Rezeki tidak datang bergolek.

  4. framestone said:

    belum beli lg.. ebook ni euntuk pe sebenarnye.. untuk org yg kosong ke or orang yang mmg dah ade bnde untuk menambah income

    p/s- just bertanya je

  5. rohaizad said:

    FRAMESTONE – Untuk orang yang kosong. Semua panduan dalam bahasa Melayu plak tuh.

  6. KNizam said:

    tahniah sebab hasil usaha ko berhasil
    rezeki tahun baru tuh. hehe :)

    KNizams entri yang terkiniAmik Ko Sekali Banyak Buku Aku Beli !

  7. |1f34|-|1r3 said:

    aku blm start lg aplikasikan teknik pakej video tuh…wlpn aku dh tahu teknik2 tuh tp still ada 2,3 benda baru aku leh belajar dari situ..hehe….aku ada duit sket dlm clickbank..br nak kuarkan..

  8. rohaizad said:

    KNizam – Ko punya cek bila plak nak sampai? Mesti banyak nih…. :)

    L4H – Haaa… mesti banyak jugak ni kan? :D

  9. framestone said:

    insya’lah.. aku skrg tgh nk promote buku ini. kalau boleh nk jugak ade yg nk ajar aku pasl bnde nie

    framestones entri yang terkiniBlog Korang Best Sangat Ke Ha..!!

  10. nuaeman said:

    AKu akan praktikkan apa yang terkandung dalam Pakej Video tu.. mana boleh tengok orang dapat jee kan.. nak juga rasa. hehe

    nuaemans entri yang terkiniBayaran dari BlogtoProfit

  11. Dhiaqis said:

    Wah.. tahniah ler.. kena praktikkan juga teknik pakej video tu. Setiap usaha tu pasti ada ganjarannya.

    Dhiaqiss entri yang terkiniKeyakinan: Bagaimana mendapatkannya?

  12. rohaizad said:

    FRAMESTONE – Pening gak dengan ayat kamu ni. Dalam ebook tu semua akan di ajar. Itulah gunanya kita beli ebook tu… ekekeke.

    NUAEMAN – Samalah dengan apa yang aku rasa dulu. Nak jugak “merasa” kan?

    DHIAQIS – Betul tu. Usaha dan terus usaha. “Masih banyak ikan di lautan…”

  13. framestone said:

    mmg dlm ebook tue sume de die ajar..tp nk jugak diajar or dibimbing oleh orng yg pernah pakai ebook nie cam bro..

    p/s- sekurang2nye nk nmpk jugak prosesnye..xnk terus nmpk cheque… nie pun tgh kaji clickbank walaupun xfhm

  14. samdaddycool said:

    Wohoooooo… aku tak sabo nak beli pakej video ni.. Takde aral minggu dpn aku nak order satu Jad!

    samdaddycools entri yang terkiniMuar Sunset.. My new Life (Invitation)

  15. rohaizad said:

    FRAMESTONE - Itulah PEMAHAMAN yang salah sebenarnya. Cuba baca balik di catatan ini dan fahamkan betul-betul. Sebenarnya, bila ko dah beli ebook… apa yang ko dapat sama dengan apa yang aku dapat. Bergantung pada kesungguhan kita sebenarnya, bukan pada pemahaman “jalan mudah”.

    Cuma sesiapa yang beli pada ketika ini lebih bertuah kerana banyak info tambahan yang diberi oleh Puan Lisa. Siap dengan consultation percuma di YM lagi.

    Ini bukan produk aku pun. Kalau produk aku, memang aku akan guide betul tak? Kang aku salah guide, ko salahkan aku pula, dah jadi satu citer besar. Berguru biar pada guru yang sebenar. Pengalaman aku tidaklah seberapa. Orang lain sebulan boleh cecah 100 sales. So jangan selalu banyak BERTANYA, tapi selalulah banyak MENCARI. Itu kata kunci yang Puan Lisa selalu cakap.
    ——————————————–

    SAMDADDYCOOL -
    Betul tu. Aku baru bangun tidur pagi ini dan satu lagi SALE masuk!!! Memang best.

    666999 Reply:

    kalau dah beli e book ni, banyak lagi ke lepas tu nak invest? Aku kalau beli ebook, merapu-rapu tulisannyer. Dahtu kena register sana-sini yang kena bayar monthly fee….peh tu yang sedih tu.

    rohaizad Reply:

    Tiada modal yang terlibat selepas itu.

  16. Mohd Safuan said:

    Tahniah. berjaya jugak bro dapatkan check dari clickbank..saya dah banyak baca ttg kejayaan im setelah mencuba pakej video pn lisa. pasni, saya x teragak2 lagi la utk cuba..thanks 4 da info

    Mohd Safuans entri yang terkiniJualan ‘Panas’ 2009!

  17. rohaizad said:

    MOHD SAFUAN – Kamu pun boleh buat. Opsss.. masuk satu lagi sales ni. Mari kita sama-sama menjana pendapatan pasif dengan melalui http://www.PakejVideo.com !

  18. nuaeman said:

    wah.. kencang nih.. terbukti yang pakej video nih.. bukan produk sebarangan

    nuaemans entri yang terkini279.5usd @ RM 950.30 Hanya dari Blog PR0

  19. milsum said:

    bila la cek clickbank aku nak sampai nih….
    nape la dowg x pakai Western Union jek!!
    huhuu…

  20. rohaizad said:

    MILSUM – Itu bergantung pada closing date ko berapa haribulan. Yang pasti, memang akan sampai punya.

  21. [...] Bercakap pasal Pakej Video, hari ini masuk 2 lagi sales. Pertambahan 2 lagi sales dari apa apa yang telah dikongsikan dalam catatan semalam: [...]

  22. framestone said:

    thank bro…

    framestones entri yang terkiniPsychology Kanak-Kanak

  23. taukey said:

    wah dah sampai cek clickbank. siap pampang dengan muka sendiri lagi tu. hahahaha. mesti dapat ribu ribu ringgit ni. hehehe

  24. rohaizad said:

    FRAMESTONE – No problem. Amik positif ok. Tapi aku akan tetap berkongsi mana yang aku rasakan mudah untuk pengunjung blog ini. :)

    TAUKEY – Takdelah beribu pun. Lepas bayar duit keta… oklah tu.

  25. titan said:

    hehe..not bad. aku pun tengah tunggu beberapa cek dan tunggu beberapa cek cair kat CIMB aku tuh. Lambat gila tunggu cek cair..

  26. aleh49 said:

    tahniah2…bestnye dapat duit..

    aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources

  27. rohaizad said:

    TITAN – Mesti riban tuhhh…

    ALEH – Memang best tapi setelah melalui kerja keras :)

  28. maz said:

    Salam sdr rohaizad,saya banyak dengar pasal biz tu.Berminat juga nak cuba tapi kurang pasti kebenaran yg didakwa.Kita dah keluar modal walaupun sikit.Nak tahu dari pengalaman awk program ni memang boleh dipercayai utk mendpt income sampingan.Tak nak kena tipu aje…

  29. rohaizad said:

    MAZ – Macam mana ye nak cakap sebab semua bukti dan cek telahpun diterima.

    Mereka yang membuat semua tohmahan dan juga tuduhan terhadap pakej video ini adalah mereka yang:

    1. Belum lagi membeli ebook itu tetapi bercakap bagai nak rak.
    2. Cuba untuk mendapatkan ebook itu dengan PERCUMA tanpa membelinya. Bila tak dapat, itu yang mula berhati busuk dengan pendapatan orang lain.
    3. Sudah membeli ebook, tetapi MALAS untuk mengkaji dan membuat praktikal sendiri. Kalau dah malas, memang tiada ubat.
    4. Suka kepada “magic”. Bermakna dengan RM70 sebagai modal dan baru membuat beberapa praktikal, hati sudah berangan mendapat RM10 ribu sebulan.
    5. Cemburu dengan kejayaan Puan Lisa dalam membimbing rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan. Mungkin dia ingat title “IM” yang dia berikan pada dirinya sendiri itu tercabar. Habis dicecehkan keburukan di Puan Lisa di Yahoo Messenger.

    Apa yang pasti berdasarkan pengalaman membuat pakej video Youtube ini, memang http://www.PakejVideo.com ini seronok untuk dilakukan.

    * Usaha, steady and enjoy!

  30. [...] * Catatan yang berkaitan: 1. Menjana pendapatan dari Youtube. 2. Cek dari ClickBank – hasil dari teknik Pakej Video. [...]

  31. [...] Cheque Clickbank masih belum “mencair” lagi di Maybank. Ada sesiapa yang boleh tolong mencairkannya [...]

  32. abgam said:

    bro,

    nak tanyer sikit nie?? camner nak guna pakej video Youtube tu kalau tak der pc/laptop? sya selalu guna pc kat cc jer.. boleh ker????

  33. rohaizad said:

    Boleh.
    Tapi make sure kat pc di cyber cafe tu ada program untuk download video youtube.

    * Dan lagi satu, mintak tolong jangan SPAM inbox aku dengan iklan Blogstarz, boleh tak? Thanks ye :)

  34. [...] try to explore it myself. it’s interesting but i found that a lot of people success such as Rohaizad and Asmawati from this package. so, i decided to buy [...]

  35. [...] Jika niat itu sudah ada, janganlah ditunggu lagi. Nanti orang sibuk buat duit, kamu masih lagi ingin “tunggu dan lihat”. Ayuh, kita menjana pendapatan melalui Youtube hari ini juga! * Info Terkini: 1) Belilah Pakej Video sebagai “back up” dikemudian hari. 2) Cek dari ClickBank – hasil dari teknik Pakej Video. [...]

  36. [...] Clickbank sampai lagi dan ini bermakna satu lagi SAVING dapat dibuat untuk masa hadapan. Seperti cek yang sebelumnya, cek ini juga tiba di peti surat pada Hari Jumaat cuma kali ini tiba dalam keadaan basah sedikit [...]

  37. Mohd Sawal bin alin said:

    ASSALLAMMUALAIKUM
    dah 3 bulan saya membeli pakej ini, ada utube hampir 6,000 orang yang menonton, tapi sorang pun klik pada iklan dari clickbank itu , boleh tolang beritau tak , apakah rahsianya , sbb saya kira gagal masa kini. satu lagi nak download utube itu , you pakai software apa dan dalam bentu file apa, MP4 ke , avi ke atau? .

  38. [...] yaa… rasanya masih ada lagi income yang tidak masuk dalam Paypal. Iya… cek pertama dari Clickbank sudahpun clear dan bayaran dari adsense juga sudah [...]

  39. yasmin said:

    halal ke duit tu??
    kenapa cam xcaya je program ni?
    leh buktikan lg?
    sebagai seorang student nak kluarkan duit untuk beli pakej tersebut harus d pk betul2..
    duit tu..walaupun rm 50 je, tapi bg student banyak tu..huhu

  40. rohaizad said:

    YASMIN – Apa motif komen kamu ni dik? Kalau tak percaya, jangan beli.

    Kalau tak mampu pun jangan beli sebab nanti mak ayah kat kampung tu menangis.

    RM50 kalau sayang nak kuarkan, baik buat duit makan. Bukan membuatkan student lain yang ingin mencuba rasa serba salah.

    Itu berfikiran negatif namanya sebab tak ada apa-apa PAKSAAN kat sini.

    Kamu tak tak bahawa Zyan iaitu orang yang paling banyak mendapat income (dalam masa 2 bulan) dari http://www.PakejVideo.com ini (RM15,000.00) juga ADALAH SEORANG STUDENT!!??

  41. hazel said:

    hai…saya baru je beli pakej ni tgh malam semalam…masih dok tunggu lagi balasan pengesahan pembayaran dari pihak pn. lisa…tak sabar rasanye nak mula tambahkan ilmu di dada…

    i guess…ramai org takut nak kuarkan duit utk beli2 pakej seperti ini..sbb takut kena tipu..kita kenalah carik program yg terbukti keberkesanannya…jgn pikir nak kejar duit je…penuhkan ilmu di dada tu dulu…usaha sampai berjaya..coz dah terbukti pun pakej ni boleh tambah pendapatan kita kan…tgk saje pn asmawati dan en rohaizad sendiri.

    cubalah dulu….jangan gagal sebelum mencuba :)

    Wish me all the best ya..semoga saya pun boleh ikut jejak en rohaizad ni.

  42. amy said:

    bro,pakej tu di hantar ke rumah@ ke email? cam menarik r..nk try r.. :)

  43. rohaizad said:

    HAZEL – Satu semangat yang bagus untuk fokus!

    AMY – Pakej itu akan dihantar melalui email. Apa yang perlu dibuat adalah download sahaja melalui link yang akan dihantar melalui email itu nanti :)

  44. ezal said:

    salam izad…

    package ni nampak menarik….dan terus menarik…tapi boleh x jelaskan masud kerja keras tu macam maner?
    sbb kalau melibatkan wang tambahan selepas membeli ebook ni nampak susah ckit…n mungkin jugak ader aplikasi tambahan yang lain untuk setup jadi satu video yang mendatangkan sale?

    tolong jawab ye kemuskilan hamba nie…huhu

  45. rohaizad said:

    Ezal,
    Kerja keras itu tidak melibatkan apa-apa wang walau satu sen pun selepas kita membeli ebook itu. Just praktikkan sahaja apa yang di ajar di dalam ebook ini kerana itulah yang dilakukan oleh semua pembeli http://www.PakejVideo.com termasuklah apa yang dilakukan oleh Zyan (seorang pelajar yang telahpun mendapat RM15,000.00 hasil dari kerja kerasnya selama ini.

  46. Kotak-Katok said:

    salam rohaizad. saya nak tanya la.
    kalau kita dapat cek tu.
    matawang di cek tu mesti dalam usd kan?
    boleh ke kita nak cashout dan bagaimana caranya?

    kalau boleh rohaizad bt lah artikel tentangnya.
    saya orang baru di blog ni.
    terima kasih.

    Kotak-Katoks entri yang terkiniBlogger

  47. rohaizad said:

    Armad – Wa’alaikumussalam…

    Sebenarnya ianya tidaklah sesusah manapun. Tapi walau macamanapun ini adalah sedikit tips untuk menunaikan cek yang diterima nanti:

    1. Apabila cek itu sampai ke rumah, just pergi ke bank dan tunaikannya. Maknanya, pergi terus ke kaunter bank itu dan minta form tunaikan cek dari luar negara.

    2. Cepat atau lambat cek itu di cashkan, bergantung kepada bank itu sendiri. Kalau kita ada akaun kat RHB, pergi ke bank RHB. Kalau CIMB, pergi ke CIMB bank. Macam Maybank selalunya dalam 40 hari dan yang lainnya ada yang lambat dari itu.

    3. Setiap bank juga ada caj yang tersendiri (service charge) untuk diberi kepada agen mereka (yang membuat urusan pertukaran Dollar ke Ringgit Malaysia). Bermakna, komisyen yang kita dapat dalam cek itu tidak 100% akan kita terima. Ianya akan ditolak untuk agen mereka itu tadi. Jadi sekali lagi, lagi bagus kalau tanya dahulu staff bank tersebut.

    Mudahkan?
    Harap jawapan ini dapat membantu.

    Terima kasih.

  48. Kotak-Katok said:

    penerangan yg sangat ringkas dan padat.
    sekali sahaja saya baca sudah faham.
    terima kasih rohaizad.

    Kotak-Katoks entri yang terkiniBlogger

  49. rohaizad said:

    No problem.. sama-sama.

  50. ezal said:

    Salam izad

    soalan lagi nih….kiter kener ader blog dulu ker baru all the teknik boleh pakai?
    nampak macam kener ader blog baru boleh dapat profit?

  51. [...] Menjana pendapatan dari Youtube. 2) Cek dari ClickBank – hasil dari teknik Pakej Video. 3) Belilah Pakej Video sebagai “back up” dikemudian hari. 4) Cek Clickbank yang ke-2 dari [...]

  52. budeen said:

    aku nak cuba.. insya Allah

  53. Lie said:

    Salam BRO..
    saya berminat sgt dgn teknik ni..
    Hari rabu ni ada rezeki saya akan beli pakej youtube ni..
    cuma kat sini saya ada sdikit pertanyaan..
    skang nie youtube dah bannedkan semua video copyright..so relevan lagi tak produk kak lisa ni?
    1 lagi..kita perlu ada blog ker utk buat benda nie? tgk smua orang ada blog jer..
    hope Bro dpt membantu saya..
    Thanks BRO.

  54. rohaizad said:

    LIE – Salam.
    Tentang hal copyright ini, sila baca betul-betul klaus dalam Youtube copyright terms. Aku masih lagi boleh download-pload video copyright. Takde masalah.

    Blog?
    Tidak perlu. Blog sekadar untuk berkongsi idea, cetusan dan pendapat je.

  55. Lie said:

    oo..camtu..hope dapatla jana wang jgk dgn pakej ni huhu..thanks bro :D

  56. fety said:

    antara ebay dan pakej ni,mana yang lebih baik dan mudah nak buat duit? saya pernah buat ebay,tapi byk cas nak kena bayar..

  57. flygrow said:

    salam sy bru je baya utk pakej ini,
    xsaba rasenye nk dpt pakej neh,,
    nk tnye ckit video yg pling bnyk tontonan ke lg byk profit kte dpt r,
    ke bgantung dkt click per pay ke pe r,,

  58. Ibrahim said:

    Saya ingin join untuk dapat duit

  59. shafiq said:

    Salam..
    sy dh beli pakej youtube tu..
    tp dh smnggu sy tnggu utk dpt link download..
    nape lmbt sgt ek?
    pn lisa bz ke?
    ataupn ade ape2 problem?
    tlg sy abg rohaizad…

    Admin: Shafiq, sila cek email kamu. Dan aplikasikan teknik yang diberi.

  60. shafiq said:

    Tq abg rohaizad..
    Problem sy dh settle..

    Admin: Bagus… just cool and steady. Semua masalah boleh di selesaikan.

  61. norm said:

    assalamualaikum bang…saya try nk register clickbank.com tue, tp xleh la..kena bli pakej video nie dulu baru dpt register clickbank nie ker?

    Admin: Dik, Clickbank tu sesiapa pun boleh daftar. FREE lagi dan ia takde kena mengena dengan Pakej Video. Cuma Pakej Video itu je yang ada kena mengena dengan ClickBank.

  62. norm said:

    Bang…pakej video nie pakej e-book or dia anta ke alamt kita by pos?

    Admin: Link download akan dihantar melalui email :)

  63. asri said:

    assalamualaikum, saya dah beli pakej video you tube, dah dekat 2 bulan lebih, hampeh rugi rm70, apa pun tarak, pakej yg ditunggu2 tak juga tiba, apa komen anda

    Admin: Haaaa? Dah cuba tanyakan pada Puan Lisa? Sebab tak pernah dengar lagi kes macam gini punya lama. Tapi ramai pembeli sebenarnya yang tidak perasan yang link itu telahpun dihantar ke dalam email masing-masing. Dan tidak kurang juga yang kurang memeriksa FOLDER SPAM.

    Kadang-kadang Yahoo dan Gmail akan menendang link download ke dalam FOLDER SPAM. Itu memang tidak boleh dielakkan hatta PEMILIK GOOGLE sekalipun. Sila periksa lagi sekali.

  64. asri said:

    hari2 saya periksa, yg ada cuma dari eric chia, yg tuu nak buat apa…..

  65. asri said:

    saya dah lama tinggalkan ym, mcm mana saya nak berhubung dengan puan/cik lisa? no hp saya 0195205552 asri

  66. bidin said:

    saya nk beli tp ragu2 takut jd cm asri kt atas ni.

    Admin: Bidin, Asri punya masalah tak masuk akal langsung. Dan tak logik. Satu Malaysia dapat link download tu.

  67. 666999 said:

    Zad…betul ya..ebook nie worth buying…nak master dia lama ke…?

    rohaizad Reply:

    Kalau ko tanya aku, memang aku akan cakap worth buying. Tapi kalau ko tanya nak master dia lama atau tidak, itu terpulang pada diri sendiri.

  68. aziz abdu; said:

    salam…izad cm nak tny apa beza antara youtube puan lisa n youtube masuk yg satu lg..plz xplin ya.

    rohaizad Reply:

    You tube masuk?
    Apa itu ye?

    Tak pernah dengar pun.

  69. tomcat apachee said:

    salam alaik….
    geng aku nak beli satu cara guna teknik youtube ni…http://www.PakejVideo.com…camne nak beli selain thru online…kalau jumpa boleh kaa…kedai kat mane…
    leh email or sms 0146622657 utk bg tau caranya…

    rohaizad Reply:

    Ebook ini boleh dibeli di http://www.PakejVideo.com

  70. zuraidah said:

    salam, saya telah menjengah tentg bt duit di you tube. saya amat kagum dgn hal2 tersebut akan tetapi, adakah ia akan mengajar kita dari A – Z? adakah cek yg akan dibayar kepada kita adalah cek lakudan sah disisi undang2 malaysia?maaf bertanya kerana ingin mengetahui lbh lanjut sebelum membeli produk ini.terima kasih

    rohaizad Reply:

    Semua jawapan bagi soalan Zuraidah mempunyai jawapan yang sama iaitu YA.

  71. zuraidah said:

    lagi 1, pakej video nie akn dpt by link download???

  72. iliyas.com said:

    Bagus gak ya, Bagus bagus

  73. azie said:

    i dah beli pakej video tu.. cuma satu komen saya ttg pakej ni. sepatutnya pakej ni kenalaa update dgn perkembangan youtube iaitu mengunakan version youtube yg baru. so tidaklah menggunakan version youtube yg lama. lagi satu pembeli2 yg baru tidak mendapat kemudahan yahoo messenger so rasanya dah macam ketinggalan laa student baru berbanding student lama yg dapat ym secara direct dgn puan lisa n kami tak dapat pun masuk ym secara berkumpulan. SILA KOMEN

    rohaizad Reply:

    Sedang menunggu lampu hijau dari Puan Lisa untuk kebenaran membuat seminar dan tutorial bagaimana rohaizad dot com menjana wang dari kaedah ini.

    Kalau diberikan lesen, maka bolehlah rohaizad dot com menunjukkan segala tips dan skill yang dia buat directly.

  74. Syed Asyraf B syed Omar said:

    Assalamualaikum
    abg rohaizat sy syed..
    berminat la ngan pakage youtube 2.
    sy nak amik debit kad boleh x abg tolong.
    sbb mslh sy xde debit kad je.. mane ye nak senang amik debit kad nie..

  75. sepiah said:

    salam mualaikum,umi baru nak kenal buat duit cyber.
    kat borang daftar ada tulis spam …..tu apa dia yer

    rohaizad Reply:

    Kurang jelas… boleh terangkan dengan lebih lanjut?

  76. sepiah said:

    salam,umi baca kt borang daftar at last bawah ada tulis spam
    (jangan lakukan spam kt borang ini)
    yang tu lah hok nak tanya…………

    rohaizad Reply:

    Itu maknanya kita tidak dibenarkan melakukan SPAM.

  77. Najib said:

    Memang hebatlah pakej video ni..Ramai org dah menghasilkan duit dari ebook ni. Tahniah pada penulis, kak lisa !!

    rohaizad Reply:

    Yup, dah ramai yang menjana pendapatan tambahan darinya.

  78. Azman said:

    Nak tanya Rohaizad…

    Adakah Rohaizad masih mempraktikkan teknik video youtube seperti yang diajar oleh Puan Lisa sehingga hari ini?

    Bagaimanakah hasilnya?

    Harap Rohaizad sudi jawab dengan jujur…

    Terima Kasih

    rohaizad Reply:

    “Harap Rohaizad sudi jawab dengan jujur…”

    Saya cukup tersinggung dengan nih. Apa, selama ini tuan ingat saya berbohongkah?

    Apa maksud soalan ini sebenarnya?

    Azman Reply:

    saya tak berniat nak menyinggung perasaan En. Rohaizad..Jika Encik Rohaizad rasa tersinggung, saya minta maaf banyak2..

    Saya cuma nak bertanya kepada encik Rohaizad sama ada masih mempraktikkan teknik video youtube tersebut sehingga kini dan bagaimanakah hasilnya…

    Soalan saya,adakah sampai sekarang Encik Rohaizad masih lagi mendapat hasil melalui teknik video youtube berkenaan?

    Terima Kasih

  79. muhafis said:

    kalau beli skearang masih relevan ke acra puan lisa ajar tue? yg basic kan. iaitu masukkan link kite di video yg terbaru.. ermmm

  80. duitonline said:

    Assalamualaikum…

    Encik Rohaizad, saya cuma ingin berkongsi pengalaman. Memang betul berhasil la pakej video ni, walaupun saya buat main2 je, kadang2 1minggu 1video je saya letak. Lihat bukti ni http://simplebizz.ws/clickbank1.jpg

    Walaupun tak seberapa tapi padanlah dengan usaha malas saya.

    Tak sabar tunggu cheque pertama dari clickbank
    http://simplebizz.ws/clickbank.jpg

belanja-saya