Nilai $6.97 telah meningkat ke $7.97!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: January 17, 2009 online

blogincome.JPGIngat lagi pada Pakej Blog Cash Blue Print yang telah diceritakan tempoh hari?

Jika ada yang masih ingat, ingin aku nyatakan di sini bahawa pakej ini sudahpun naik harganya kepada $7.97!
Iya… ini menunjukkan bahawa pakej ini telahpun mendapat permintaan di kalangan blogger yang inginkan info mengenai bagaimana mereka boleh menjana wang dari blog. Dan bicara kita tempoh hari tentang “nilai” sungguh bertepatan sekali.

Memang benar kata cendekiawan, “sesuatu” yang boleh kita mendapat MANFAAT darinya memang “ada nilainya”.

Pakej ini sebenarnya mempunyai 13 episod video untuk ditontoni. Percaya ataupun tidak, setiap satu video yang disertakan itu akan menunjukkan satu topik yang berlainan. Banyak yang boleh dipelajari di dalam video-video itu dan yang lebih seronok lagi, pemilik baru video ini akan diberikan BONUS yang bernilai USD131.00!

Bonus ini bukanlah sekadar “hadiah saguhati”.
Ini adalah kerana kita telah diberi kebenaran untuk MENJUAL`nya semula (Resale right). Bermakna kita mempunyai peluang untuk menjana pendapatan dari BONUS yang telah diberi itu tadi.

pakej-697-797.jpg Oh ya.
Mungkin ada yang bertanya mengapa harga pakej ini meningkat secara tiba-tiba bukan?

Jawapannya mudah sahaja. Harap kamu dapat membacanya dengan tenang:
The front-end offer is a firesale increasing by $1 every 25 sales, currently $6.97.

*Bermakna selepas setiap 25 jualan, harga akan meningkat sebanyak USD1.00 dari harga semasa!

Tolong vote untuk Palestin !!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: January 16, 2009 online

mangsa-israel.jpg

Hari ini 2 catatan telah diterbitkan.
Kedua-dua catatan tersebut adalah mengenai agama Islam dan Palestin.

Buat pengetahuan semua, aku tidak ada mood langsung hari ini untuk menulis apa-apa cerita selain dari cerita Palestin. Rasa terpanggil itu ada kerana aku rasa marah yang teramat sangat dengan apa yang sedang berlaku. Sampaikan Imam di masjid tadi pun begitu bersemangat meniupkan semangat jihad.

Apabila marah yang teramat sangat wujud, fikiran mulalah bercelaru dan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Dalam keadaan yang marah itu, terbit pula perasaan sedih dan sebak yang teramat sangat setiap kali menatap gambar suadara se-Islam kita yang dibom dan ditembak sesuka hati.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ya Allah! Kepadamu kami berserah…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: January 16, 2009 online

anak_palestin.gif

Qunut Nazillah untuk Palestin.

Hingga hari ini kita menyaksikan penindasan kaum muslimin Palestin oleh kaum yahudi. Seperti yang sudah-sudah, kita bosan melihat tingkah Barat dan kaum muslimin sendiri yang tidak melakukan aksi nyata. Oleh karena itu sebagai kaum muslimin yang jauh dan tidak berdaya mari kita membaca Qunut Nazilah yang intinya mengutuk penindasan kaum muslimin, dan melindungi kaum muslimin Palestin. Kerana Allahlah Tuhan tempat kita meminta pertolongan.

qunut_nazilah.gif
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Kadang-kadang kita terlupa…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: January 16, 2009 online

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Apakah yang kamu boleh buat dengan $6.97?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Tips - Tarikh diterbitkan: January 15, 2009 online

blogcashblueprint.JPG* Ini bukanlah satu review. Ini hanyalah sekadar satu catatan yang boleh membantu kita dalam mengenal erti “nilai” yang sebenar.

Untuk pembaca dan pengunjung blog ini, aku ada satu tawaran yang mungkin boleh memberi manfaat pada kamu semua.

Pakej Blog Cash Blue Print ini baru sahaja dilancarkan sebentar tadi oleh team CheckOutCart.

Percayakah kamu kalau aku katakan untuk nilai yang sebegitu rendah ($6.79), kamu boleh mendapat pelbagai ilmu dalam satu set VIDEO mengenai BLOG dan BLOGGING seperti berikut?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Adakah ini ciri-ciri seorang PENIPU?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: January 14, 2009 online

Petang tadi aku sempat berchatting dengan Puan Lisa empunya ebook Pakej Video. Dalam kami berchatting tu, banyak juga soalan yang aku sempat tanyakan dengan Puan Lisa dan alhamdulillah, semua soalan yang ditanyakan telah dijawab dengan sungguh dedikasi.

Bagi yang sebelum ini malu-malu dan segan untuk berguru dengan Puan Lisa, pergilah belajar dan mendalami skill video marketing yang ada pada beliau. Puan Lisa adalah seorang yang rasional, bukan emosinal. Tetapi apa yang aku dapat tahu dan diberitahu, ramai yang ingin menipu beliau kerana sifat rasionalnya itu.

Sebelum hendak berbincang atau mengemukakan soalan pada Puan Lisa atau baik pada sesiapa sahaja yang ingin kita berguru padanya, buatlah sedikit homework terlebih dahulu. Sediakan dahulu soalan-soalan yang ingin ditanyakan. Apa yang susah dan yang tidak faham hendaklah disenaraikan.

Hargailah masa sendiri dan juga masa orang yang ingin menolong kita. Jangan berborak kosong dan jangan mengambil ringan pada setiap sesi. Macam kita di sekolah dulu… kalau kita tidak faham.. kita akan mengejar cikgu itu sehingga ke bilik guru`kan? Dan lagi, janganlah mengambil kesempatan dalam kesempitan. Orang berbaik, kita jangan pula kuat bodek.

Kes terbaru yang baru sahaja Puan Lisa kongsikan dengan aku tadi sungguh menjengkelkan. Aku tidak tahu apakah reaksi kamu pada kes yang akan aku tunjukkan sebentar lagi tetapi yang pasti, kes ini benar-benar mengajar aku supaya lebih bersedia di masa akan datang.

Hakikatnya, ini semua adalah satu pengalaman yang berharga lebih-lebih lagi pada aku yang akan mengeluarkan ebook pertama tidak lama lagi. Silalah baca hasil chatting Puan Lisa dengan seorang hamba Allah yang cuba untuk memutarbelitkan situasi.

Apa yang aku boleh katakan, memang orang ini berniat untuk menipu Puan Lisa dengan harapan untuk mendapatkan ebook Pakej Video Puan Lisa secara percuma:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Teknik pemasaran dalam affiliate marketing.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Review - Tarikh diterbitkan: January 13, 2009 online

Dalam dunia affiliate, terdapat pelbagai cara untuk kita memasarkan produk yang kita inginkan. Ada yang menggunakan kaedah tradisional dan ada juga yang menggunakan kaedah moden dan terkini. Kaedah-kaedah ini sebenarnya ditentukan sendiri oleh mereka yang ada dalam dunia affiliate itu kerana hanya mereka yang dapat melihat visi dan juga target masing-masing.

Bila kita kata mengenai affiliate, secara automatik kita tahu bahawa ia akan melibatkan jualan. Bila kita berkata mengenai jualan, sudah tentulah ianya melibatkan “tukang jual” ataupun Rakan Jualan JV. Dan bila tiba pada bab produk, inilah yang perlu diberi perhatian kerana faktor jualan akan bergantung kepada teknik jualan yang digunakan oleh Rakan Jualan itu tadi.

Rakan Jualan yang bagus adalah mereka yang boleh membuat sales yang banyak. Jika tidak, sesuatu produk itu susah untuk terjual. Di sinilah datangnya kelebihan mempromosikan “Intangible Products” kerana ianya mudah untuk dilakukan. Sebab itulah pemilihan sesuatu produk itu penting.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Eksperimen CPC antara program Infolinks dan Chitika Premium.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Tips - Tarikh diterbitkan: January 13, 2009 online

Adakah kamu menggunakan Infolinks?
Adakah kamu menggunakan Chitika Premium?

Sudah hampir 2 minggu aku membuat eksperimentasi terhadap dua program ini. So hari ini aku rasa masanya sudah tiba untuk berkongsi dengan semua pembaca dan pengunjung blog ini hasil eksperimen itu.

Sebenarnya tiada apa yang istimewa mengenai eksperimen ini. Cuma sudah menjadi tabiat manusia untuk “ingin tahu”. Iya benar… aku benar-benar ingin mencari perbezaan ketara untuk CPC (Cost per Click) di antara program Infolinks dan Chitika ini. Kesimpulannya, walaupun kedua-dua program ini berbentuk pengiklanan tetapi ternyata, CPC`nya jauh sekali berbeza.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, aku menggunakan kedua-dua program ini pada satu english BLOG YANG SAMA. Jadi tidak ada sebab untuk aku meragukan traffik yang masuk ke blog itu. Kalau ada pun perkara yang aku perlu sangsikan, ia hanyalah berkenaan nilai keyword Infolinks dan juga nilai produk yang ada dalam Chitika eMiniMalls itu.

Berikut adalah screenshot pendapatan Infolinks dan Chitika yang aku dapat:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya