Sekilas

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: January 13, 2009 online

tekanan.JPG

Kadang-kadang kita perlu memberikan ‘tekanan’ kepada diri kita sendiri untuk menjadi yang terbaik di kalangan terbaik. Itulah pendorong yang paling mantap untuk berjaya!

“Berlian tidak akan menjadi sesuatu yang cantik dan bernilai seperti apa yang kita lihat ia sekarang jika bukan kerana tekanan yang diterimanya di dalam perut bumi buat beratus tahun lamanya…..”

We will not go down (Song for Gaza).

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: January 13, 2009 online

Lirik:

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight
We will not go down
In Gaza tonight.

This is a song of hope for the Palestinians in Gaza, composed and performed by Michael Heart Copyright 2009. http://www.michaelheart.com

Bayaran dari TextLinkAds bagi bulan Disember 2008.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: January 12, 2009 online

tla_payment1.gif

Baru beberapa hari lepas aku dapat payment dari Text Link Ads. Boleh dikatakan ini adalah satu payment yang paling “sweet” kerana ianya sungguh simbolik untuk dijadikan sebagai penutup tirai 2008. Walaupun payment kali ini agak lambat (disebabkan kerana sambutan tahun baru), tetapi Text link Ads tidak pernah gagal dalam membayar publisher mereka.

Sebenarnya, aku memang berangan untuk menjana USD1000 sebulan hanya dari TLA sahaja. Untuk tujuan itu, aku harus bekerja dengan lebih keras lagi supaya angan-angan itu terlaksana. Walaupun masih ada lagi sumber pendapatan yang lain, tetapi aku lebih suka jika pendapatan dari TLA ini meningkat setiap bulan. Secara tidak langsung angan-angan ini telahpun menjadi sebahagian dari azam aku untuk tahun 2009 ini.

alrajhi-transaction.gif

Dalam waktu yang sama, aku juga merasakan sudah tiba masanya bagi aku untuk berkongsi teknik-teknik yang aku gunakan dalam menjana pendapatan dari Text Link Ads selama ini. Ini adalah kerana hasil dari tindakbalas, email dan juga komen yang telah diberikan aku dapati ramai di kalangan newbie yang inginkan satu ebook untuk tujuan ini.

Jadi setelah difikirkan masak-masak, aku telah membuat keputusan untuk menerbitkan satu ebook mengenai cara-cara meningkatkan pendapatan bersama Text Link Ads. Apa pendapat kamu semua mengenai rancangan aku ini?

Penerangan selajutnya, sila klik di banner ini untuk mendaftar:

Tips untuk beriklan.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Tips - Tarikh diterbitkan: January 11, 2009 online

Pengiklanan adalah salah satu dari cara yang TERBAIK dalam mendapatkan exposure. Kalau diikutkan dari segi sejarah perniagaan, pengiklanan sebenarnya bertujuan untuk memberitahu kepada umum akan perihal yang ingin disebarkan. Istilah pengiklanan itu sendiri sudah cukup kuat untuk membawa sekali maksud PROMOSI bersamanya.

Cara manakah yang terbaik dalam beriklan?
Adakah hanya dengan mengeluarkan duit dan modal sudah cukup untuk berada dalam dunia pengiklanan?
Atau adakah dengan membayar seseorang untuk melakukan pengiklanan bagi dirinya sudah dikira cukup bagi tujuan tersebut?

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit tips yang mungkin boleh digunakan oleh kita semua dalam beriklan. Tips ini bukanlah mahal sangat ataupun bagus sangat. Tetapi bagi orang seperti aku, ianya adalah satu pengetahuan yang mahal harganya. Kalau tidak hari ini, mungkin ianya boleh digunakan di masa hadapan.

Baiklah.
Pengiklanan sebenarnya mempunyai pelbagai jenis. Ada pengiklanan yang menggunakan papan billboard, pengiklanan bergerak (contohnya teksi), media massa, surat berantai, leaflet, sms dan tidak ketinggalan juga melalui internet. Pengiklanan melalui internet pula melibatkan seribu satu cara, tidak terkira banyaknya.

Untuk hari ini, apa kata aku memilih satu topik dari cabang pengiklanan di internet iaitu pengiklanan melalui blog?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Pengiklanan di rohaizad dot com.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: January 10, 2009 online

advertise.jpgBlog ini akan meraikan ulang tahunnya yang pertama tidak kurang dari sebulan pada waktu catatan ini ditulis.

Pada 2hb Februari 2009 ini, blog ini akan menjadi semakin matang dalam menerjah dan berkongsi pendapat mengenai industri blogging/internet di Malaysia ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca dan pengunjung setia blog ini.

Aku yang pada mulanya tidak menyangka blog berbahasa Melayu ini boleh mendapat sambutan terpaksa akur bahawa kuasa pembaca di Malaysia ini amat menakjubkan (walaupun rakyat Malaysia kurang membaca mengikut statistik?).

Yang pasti dan amat pasti, semua pembaca dan pengunjung blog ini bukanlah mereka yang terdiri dari mereka yang suka bergossip. Iya, blog ini bukanlah pasal Norman Hakim dan Memey. WAHAHAHAH!

Blog ini sebenarnya ditujukan kepada mereka yang berfikiran RASIONAL dan ingin berkongsi pendapat mengenai dunia internet khasnya dunia blogging. Bagi mereka yang ingin mencari duit di internet, blog ini juga mungkin boleh membantu.

Dan oleh kerana itu, aku telah mengambil keputusan untuk membesarkan lagi ruang PENGIKLANAN di blog ini dengan harapan ianya dapat memberi MANFAAT kepada mereka yang ingin beriklan.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Wooohoooo…! Kalau sehari 10 klik, sebulan dah RM3000 !!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: January 9, 2009 online

Google Adsense.
Kalau tempoh hari aku dapat 5 klik bersamaan USD5.69, tapi kali ini aku dapat advertiser yang sanggup bayar sehingga USD3.17 untuk satu klik!!

adsense_aku.gif

Kalau macam ginilah gayanya, 10 klik sehari boleh menjadi USD31.70. Dalam ringgit Malaysia, ia akan menjana RM110. Kesimpulannya untuk satu iklan dan 10 klik seperti ini, bermakna RM3000 sebulan boleh dijana! Fuyooo …!!!!

Pembayang:
Niche untuk klik di atas adalah Finance.

*kalaulah aku tau iklan mana yang telah di klik, pasti aku akan menambah dan memberi fokus pada topik tu!

Tanda-tanda kiamat. Dah dekat dah…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: January 9, 2009 online

doa.jpgDari Auf bin Malik r.a. berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda katanya:

“Aku menghitung perkara-perkara menjelang hari kiamat” – Hadith Sahih Bukhari.

Baginda menyebutkan antaranya ialah:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Boikot…!!! Boikot …!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: January 8, 2009 online

fuck_israel.jpg

Seorang ayah bersama 6 orang anaknya berlari bertempiaran membawa haluan dan juga nyawa. Isterinynya pula baru sahaja hancur berkecai di panahi bom yang tidak tahu dari mana datangnya. Dia terus berlari sambil menjerit sehinggakan terkencing di dalam seluar. Si ayah tadi hampir tidak ada lagi perasaan takut. Kaki yang sakit itu terasa kebas dan dia sekeluarga terus berlari. Apa yang ada hanyalah satu tekad untuk menyelamatkan anak-anaknya beserta laungan Allahu Akbar.

Apabila sampai di balik tembok yang di rasakan selamat, dia terus bersembunyi dalam kegelapan sambil memeluk anak kecilnya yang berusia setahun di dadanya. Tetapi tiba-tiba, dia berasa hairan. Dia berasa hairan yang teramat sangat. Hairan bukan kerana tiada lagi bunyi bom, tetapi hairan kerana dia seolah-oleh merasakan tekaknya tidak boleh lagi bersuara.

Apa yang terjadi?
Adakah dia sudah mati?
Ohhh.. tidak mungkin!

Ini kerana mulutnya masih lagi tidak putus berdoa dan bertakbir supaya nyawanya dan anaknya diselamatkan. Dia juga masih menjerit nama anak-anaknya tetapi perasaanya ketika itu tidak ubah seperti berada di alam ghaib. Sunyi sepi, tiada sahutan langsung dari anak-anaknya yang lain.

Tetapi hakikatnya, dia belum mati lagi.
Sangkaannya meleset kerana apa yang terjadi sebenarnya cukup menyayat hatinya sebagai seorang ayah. Ya Tuhan…. rupa-rupanya yang ada padanya hanyalah anak yang dipeluknya itu sahaja. 5 lagi orang anaknya tadi sudah tiada lagi dibelakangnya!!!

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya