Ingin beriklan? Sila klik di sini


Promo code sudah diedarkan kepada semua subscriber.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hosting - Tarikh diterbitkan: February 27, 2009 online

Kepada semua email subscriber blog ini,
Jika kamu masih belum lagi memeriksa kotak email kamu, kamu bolehlah berbuat demikian kerana aku telahpun menghantar semua butir-butir mengenai Tawaran HOSTING yang telah dijanjikan kelmarin. Bagi yang baru sahaja subscribe (selepas promo code dihantar), kamu juga akan mendapat promo code itu tengah selewat-lewatnya malam nanti.

Promo code ini masih lagi boleh digunakan untuk 2-3 hari sahaja lagi (itu yang diberitahu oleh pihak syarikat hosting) dan jika ada yang tidak mahu lepaskan peluang untuk menggunakan hosting yang bersaiz 10GB pada harga $1.95 setahun itu, kamu bolehlah subscribe blog ini dengan meletakkan email kamu di kotak yang telah disediakan di akhir catatan ini nanti.

Berikut adalah sedikit tambahan bagi butir-butir yang telah dihantar kepada kamu semua malam tadi:

1. Walaupun sebelum pembelian hosting itu kamu diminta meletakkan domain yang akan kamu gunakan, itu TIDAK BERMAKNA kamu perlu membeli domain dengan mereka. Sebagai cara untuk meneruskan step pembelian hosting itu, kamu boleh letak apa-apa sahaja domain yang ada dalam simpanan kamu.

Maksudnya, jika kamu ada domain yang masih belum dipakai di Godaddy ke, Name.com ke, Namecheap ke ataupun di mana-mana sahajapun, kamu boleh gunakan domain tersebut sebagai satu cara untuk menamatkan pembelian HOSTING $1.95 itu. Ini adalah kerana pertukaran DNS domain boleh dilakukan bila-bila masa selepas pembelian hosting itu.

Aku sendiri pun kelmarin menggunakan salah satu domain aku iaitu www.laptoptutorial.com semasa proses pembelian hosting itu. Selepas beberapa hari, barulah aku setkan DNS hosting itu. Dan malam tadi, lahirlah satu lagi blog untuk niche blog network aku iaitu LaptopTutorial Dot Com. Tidak percaya? Kalau tidak percaya silalah lihat pada tarikh entri pertama —> February 26th, 2009.

2. Jika kamu masih lagi belum mempunyai domain tetapi tidak mahu membeli domain dengan company hosting itu… pun boleh. Kamu juga boleh membeli domain di tempat lain. Seperti yang dikatakan di atas, ianya terpulang kepada selera masing-masing. Ada yang suka beli di Mydomain.com, ada yang suka beli domain di Yahoo! dan bermacam lagi.

Tapi jika kamu ingin membeli domain di Godaddy, di sini aku senaraikan PROMO CODE yang boleh kamu gunakan. Promo code ini untuk membolehkan kamu untuk berjimat hampir $3.00 dari harga asal iaitu $10.00.

Cuba satu persatu ye. Jika promo code yang satu itu tidak boleh… gunakan pula promo code yang lain pula (sampai kamu dapat lihat pengurangan harga):

- Untuk dot COM domain.
Promo code: | goaz2001aa | emma30 | yhkw105a | Wyhkw105a | cjc749t2 | ZINE3 | OYH3 |

Untuk dot NET domain.
Promo code: | gdp0716a | gdp0627 |

Untuk dot ORG domain:
Promo code: | gdp0627e |

Selamat berblogging semua :D !

Tawaran HOSTING untuk subscriber blog rohaizad dot com.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hosting - Tarikh diterbitkan: February 25, 2009 online

Seperti yang telah diberitahu dalam catatan semalam, telahpun dinyatakan bahawa mungkin semua subscriber blog ini akan mendapat satu lagi offer yang agak menarik tawarannya.

Dan hari ini, ingin aku memaklumkan pada semua pembaca dan pengunjung blog ini bahawa owner syarikat hosting yang berpusat di Berkshire England itu sudahpun memberikan maklumbalasnya yang positif. Bermakna pakej hosting yang aku katakan semalam iaitu $1.95 telah diterima beserta PROMO CODE khas untuk subscriber blog ini!

Iya, diharapkan berita ini juga bolehlah dijadikan sebagai jawapan kepada apa yang ditanyakan oleh blogger Amanz di ruangan komentar semalam. Tapi apakah yang ada di dalam pakej hosting $1.95 ini?

Ini adalah butir-butir bagi pakej hosting yang akan ditawarkan nanti:

hosting_1.gif

hosting_2.gif

hosting_3.gif
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Pagi yang indah.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: February 24, 2009 online

7.30 pagi.
Selasa 24 Februari 2009.

Ikut perancangan asal, memang hendak cuti seminggu lagi kerana ada “kerja” yang perlu diuruskan. Tetapi oleh kerana pagi ini ada sales yang masuk, maka niat untuk “bercuti” sampai hari Ahad minggu hadapan bolehlah dipendekkan.

Mungkin itulah antara kelebihan menjadi seorang full time blogger. Masa dan kerja, diri sendiri yang tentukan. Berduit atau tidak, terpulang pada kerajinan. Opss… kalau begitu bagai dikata, tidak banyaklah beza antara full time blogger dengan orang lain, ye tak?

1. Bucks4Banner.com masih lagi membayar publisher mereka sebanyak £10.00 GBP untuk satu blog. Begitu juga dengan Neutron. Status pembayaran = Telah diterima.

Amount: £10.00 GBP
Transaction Date: 19 Feb 2009
Transaction ID: 4G011200BH901610H

Amount: $10.00 USD
Transaction Date: Feb 15, 2009
Transaction ID: 00V46231R1658103V
Subject: You’ve got a payment from Neutron

2. Jualan untuk Pakej Video Blog Cash Blueprint tetap berjalan seperti biasa (Bonus bernilai $97 + $ 17 + $17 masih lagi pada harga $10.97!! ). Begitu juga dengan Pakej Video Puan Lisa. Komisyen terkumpul dari affiliate link setakat hari ini adalah RM160 dan sales dari Clickbank 3 hari kebelakangan ini masih lagi maintain.

3. Ask2Link.com punya support team tak habis-habis mengirim email meminta supaya publisher mereka meletakkan code bodoh mereka itu. Apalah sengal sangat company ini sebab code yang diberikan mereka itulah yang akan membuatkan semua publisher mereka merana (pagerank akan dicantas oleh Google!)

4. Private invitation dari Intellilinks.com?
Mana punya company pun aku tak tahu tapi aku terima private invitation itu dengan hati yang terbuka. Moga dapat menjana income dengan lebih bagus lagi. Jika ada sales, akan aku update.

5. Cheque Clickbank masih belum “mencair” lagi di Maybank. Ada sesiapa yang boleh tolong mencairkannya dengan cepat tanpa melanggar peraturan serta undang-undang ataupun piagam Bank Berkanun Malaysia?

6. Feed untuk blog ini baru sahaja diupgrade dari username lama kepada email Gmail. Bermakna, feed untuk blog ini sekarang akan berpusat di feedburner.google.com dan jika kamu lihat feedburner subscriber blog ini menjadi KOSONG secara tiba-tiba, ianya hanyalah untuk sementara sahaja. Walaubagaimanapun, kamu tidak perlu risau kerana feed yang lama akan di”direct”kan secara automatik oleh Google. Jadi sebarang pengubahsuaian tidak perlu dilakukan yea.

7. Angan-angan untuk tahun 2009 ini masih lagi on the track. Angan no 1, no 2, no 3 dan no 4 dalam tangan. Yang lain tu, InsyaAllah. Kayuh pelan-pelan.

8. Terima kasih kepada pembaca dan semua pengunjung blog ini yang memang sempoi. Pada saat catatan ini ditulis, ranking Alexa blog ini sudahpun mencecah 354,312! Satu ranking yang di luar ramalan aku. Iya… ramalanku sungguh tidak benar belaka wehhh…
Terima kasih geng!

9. Terima kasih sekali lagi kerana pada saat catatan ini ditulis, kelihatan subscribers blog ini telah mencecah angka 101 orang (mungkin berubah). Bukan gila glamour, tapi aku tahu kalian tidak mahu terlepas setiap catatan dari blog ini. Yang terbaik dari aku… akan aku berikan. From the deep of my heart… you jump, I jump!

10. “Mungkin” ada hadiah untuk semua subscriber blog ini kot. 10 GB diskspace hosting, multiple domain, multiple ftp account dan macam macam lagi. Promosi untuk 12 bulan (1 tahun) pada harga $1.99 sahaja …. amacam? berbaloi tak?

Aku ada source untuk dapatkan budget hosting. Server berada diluar Malaysia (BlueSquare 2 datacenter located in Maidenhead, Berkshire London). Aku akan cuba dapatkan pengesahan untuk promosi ini. Jika promosi ini ada lagi, maka ianya akan dikhabarkan.

Tapi jika offer ini masih lagi VALID, maka ianya adalah untuk mereka yang SUBSCRIBE sahaja yea sebab offer ini akan diberikan secara private invitation via EMAIL :D

*Subscribe.. jangan tak subscribe !!!!

Suara-suara pincang mengenai ebook TLA.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: February 19, 2009 online

Belum apa-apa lagi, dah macam-macam yang aku dengar dan aku dapat mengenai ebook TLA aku ini. Suara dan kata-kata pincang sudah mula kedengaran. Yang sedihnya, mereka yang mencipta kepincangan ini adalah dari mereka yang aku kenal sangat. Tapi Tuhan Maha Adil. Semuanya sudah semakin jelas sekarang kerana info yang aku terima semakin hari, semakin tepat.

Alhamdulillah, mereka yang memberikan maklumat itu semuanya dari mereka yang aku memang percaya. Terima kasih rakan-rakan blogger sekalian yang menyokong, aku sangat menghargainya. Cuma aku cukup sedih dan masih lagi kurang jelas kenapa masih ada yang berfikiran sempit.

Nak kata hebat macam JohnChow, jauh sekali. Yang pastinya, kalau bercakap.. memang melangit punya. Takde manusia lagi di dunia ini yang boleh lawan dia. Dan ebook TLA aku itu pun kena juga. Belum keluar lagi dah dipincangkan!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Adsense For Domains – pendaftaran untuk publisher Malaysia sudah dibuka!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Domain - Tarikh diterbitkan: February 18, 2009 online

Tadi Taukey baru sahaja YM aku. Dia suruh aku check kat dashboard Adsense. Memang betul pendaftaran untuk program Adsense For Domains sudah dibuka untuk kita di Malaysia. Kalau ada masa, aku akan review sket nanti.

Tapi bagi mereka yang telah terlepas mengenai catatan Adsense For Domains dan ingin mencuba program ini, kamu bolehlah dapatkan panduan dan juga tip yang telah aku sediakan. PERCUMA !!

1. Tips menambah pendapatan adsense melalui domain
2. Adsense For Domains – tips untuk membeli domain.

Thanks Taukey!

p/s: Tak sabarnya nak BUAT DUIT! Yeee haaaa….!!!!

← Catatan sebelumnya