Adsense For Domains – tips untuk membeli domain.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Tips - Tarikh diterbitkan: February 3, 2009 onlineSeperti mana yang pernah aku ceritakan dalam catatan “Tips menambah pendapatan adsense melalui domain“, aku rasa masanya sudah tiba untuk aku mengotakan janji itu setelah sekian lama tertunda dan sengaja ditunda.
Sebenarnya ramai yang merasakan bahawa Adsense For Domains ini adalah satu program yang baru. Bagi aku, fakta ini ada juga benarnya kerana jika dipandang pada satu segi, belum banyak lagi cerita mengenai kejayaan Adsense For Domains yang kita dengar sehingga ke hari ini, betulkan? Malahan ramai juga yang kata Adsense For Domains ini sesuatu yang kekok bagi mereka.
Tapi itu semua telahan kita sahaja. Hakikatnya, AFD (Adsense For Domains) adalah satu perkara yang sudah lama tetapi ianya terhad dan terbatas kepada publisher yang tertentu dengan jumlah traffik yang tertentu dan juga pada kebolehan domain yang tertentu. Dari sinilah Google membuat keputusan untuk membesarkan dan mengkomersialkan lagi program AFD ini.
Dan kita sebagai seorang publisher adsense, apa yang perlu kita tahu dan apa yang boleh kita lakukan?

Mudah sahaja.
Jika kita ada niat untuk menceburi program ini, kita haruslah empunyai DOMAIN. Itu sahaja. Jika kita tiada domain untuk diperdagangkan dalam program AFD ini, maknanya kita tidak akan mendapat sebarang earnings dari program ini. Mudah`kan?
Tetapi sekadar memiliki domain bukanlah satu jaminan untuk mendapat pendapatan dalam program ini. Seperti yang kita telah sedia maklum, semua orang boleh membeli domain tetapi bagaimanakah kita hendak membeli domain yang boleh membawa hasil SERP+iklan yang bagus di parking page Adsense For Domains kita itu nanti?
Ini yang perlu kita ketahui kerana jika kita hanya “sekadar” membeli domain, silap haribulan lain pula SERP+iklan yang keluar (sila baca dan fahamkan semula CONTOH SITUASI 1 dan SITUASI 2 yang telah ditunjukkan di dalam catatan yang lepas).
Jadi apakah cara yang mudah untuk kita membeli domain yang boleh “support” iklan dalam Adsense For Domain itu nanti?
Berikut adalah tips-tips yang mungkin boleh membantu:
1. Belilah domain dengan meletakkan keyword yang kita mahukan di PERMULAAN domain kita.
- Maksudnya jika kita mahukan iklan yang keluar di parking page Adsense For Domains itu bertepatan dengan domain yang kita gunakan, pastikan sususan KEYWORD di dalam domain itu TEPAT.
Contoh KAJIAN KES:
Kita tahu bahawa keyword “gadget” mempunyai CTR dan CPC yang bagus.
Sebagai langkah pertama, kita pun membeli domain yang kita rasa mempunyai kaitan dengan gadget. Satu hari kita dapat tahu bahawa domain “BlogGadget.com” masih lagi available, jadi kita pun dengan HAPPY terus membeli domain tersebut dengan harapan domain itu akan dapat mengeluarkan iklan-iklan gadget yang menarik. Yelah…. dah nama domain pun blog gadget, mestilah semuanya pasal gadget, ye tak?
Tapi selepas beberapa hari, kita mula rasa sedih dan menyesal kerana domain itu tidaklah semegah mana. Iklan yang keluar pula sungguh menghampakan. Ingatkan iklan gadget yang banyak tetapi iklan mengenai “blog” pula yang memenuhi parking page Adsense For Domains kita tu.
Mengapa ini terjadi?
Mudah sahaja. Domain yang kita beli itu mempunyai susunan keyword yang tidak begitu serasi dengan sistem “contextual” dan “bot” Google. Baiklah sekarang cuba bayangkan kalau kita membeli domain BlogGadget.com dan bukan GadgetBlog.com? Nampak tak perbezaanya?

2. Fungsi GOOGLE BOT, spider dan “contextual” crawler.
- Sentiasalah ingat bahawa Google mempunyai “bot” dan “contextual”nya yang tersendiri. Semakin tepat dan accurate sesuatu keyword itu, semakin baguslah results yang akan kita dapat. Dalam kes di atas tadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa satu domain mempunyai “kepekatan” terhadap blog dan satu lagi terhadap gadget.
Mengapa perbezaan yang kecil boleh membawa kepada results yang berlainan?
Inilah yang perlu kita faham.
Google bot bersama “spider”nya ataupun “crawler”nya akan meng”index” sesuatu page bermula dari kiri ke kanan. Jadi susunan keyword dalam domain kita itu memang akan membantu dalam mendapatkan result yang bagus. Pendek kata, jika domain itu mempunyai susunan keyword yang betul, title dan description domain kita di page itu juga akan membuatkan “kepekatan” keyword itu terjadi dan ini akan memudahkan Google memberikan iklan yang “relate” dengan domain kita melalui sistem contextual yang mereka cipta.
Google Adsense juga menggunakan “sistem contextual” yang sama dengan Adsense For Domains. Malah semua iklan yang akan keluar di parking page domain kita itu nanti juga adalah iklan Google Adsense yang biasa kita letak di blog kita selama ini.
Sekali lagi diingatkan, bot dan sistem contextual Google memang akan bermula dari kiri ke kanan. Sebab itulah semua problogger di dunia ini banyak menggunakan theme yang mempunyai menu sidebar di bahagian kanan blog mereka. Bermakna mereka inginkan artikel mereka berada di sebelah kiri supaya lebih mudah di`crawl oleh pihak Google dan “spider”nya.
Sebagai contoh, cuba lihat di manakah kawasan artikel dan juga sidebar menu di blog JohnChow.com dan Problogger.net?
Kedua-dua blog ini mempunyai satu persamaan yang nyata iaitu artikel di sebelah KIRI dan sidebar menu di bahagian kanan bukan?
Kesimpulan:
Diharapkan catatan ini dapat membantu kamu semua dalam proses membeli domain untuk program Adsense For Domains nanti. Walaupun program ini belum dilaunchkan di Malaysia, tetapi bagi mereka yang ingin membeli domain sebagai persiapan… ada bagusnya juga kalau kamu menambah info mengenai Adsense For Domains di sini.
Yang seronoknya mengenai Adsense For Domains ini ialah Google sudahpun menyediakan semua tools untuk kita sebagai publishernya. Lihat bagaimana kita boleh monitize domain kita melalui Google Analytics di sini.
Oh yaaa…. jika ada yang bertanya bila Google nak launch program ini di Malaysia….. jawapannya senang sahaja.
Login ke dalam Google Adsense kamu —-> Klik pada Adsense Set Up.
Jika ada Adsense For Domains, maknanya dah boleh buat program ini. Jika belum ada lagi, maknanya belum.
Simple`kan?
Selamat berblogging!
*** Ini hanyalah tips ASAS untuk Adsense For Domains sahaja. Ianya tidak termasuk faktor lain yang boleh membantu meningkatkan traffik ke domain tertentu melalui teknik SEO dan sebagainya. Dinyatakan juga bahawa segala tips yang diberi di atas tidak merangkumi cara-cara seorang domainer membeli domain bagi tujuan perniagaan domaining`nya. Harap maklum.



Nilah Tips yang saya nanti selama ini. Thanks Rohaizad
AMIR – Sama-sama. Glad you like it
woo.. salam bro.. lama tak datang sini..
entry bersiri… payah yer nak abihkan… btw am tak tau plak yang malaysian takleh join.. nape plak bro boleh..? register as usa ke..
AM- Bukan takleh join… cuma belum boleh join. Biasalah.. western dulu, then baru kita.
oic…
bos, hehehe, konsep yang ko terangkan kat atas tu boleh diguna pakai kat SEDO atau seangkatan dengannya kan?
siapa pernah gunakan plugin:wptraffiC ?
twenty-sixs entri yang terkinibersama misteri nusantara-misteri buaya putih
TAUKEY – Boleh.
26 – Siapa pernah guna, angkat tangan
siapa mahu cuba?hayun keyboard
twenty-sixs entri yang terkinibersama misteri nusantara-misteri buaya putih
wahhhh entry berantai la….
hehe aku suka tips camni
Hoho..thnks, rohaizad. Memang nak tahu maklumat sal ni pun. tapi, leh ke kalau kite ciplak domain lain yg glamer2 tu? Contohnya, katakan lah ClickBank.com then kita beli domain ClikBank.com and letak adsense. Sebab saya pernah tengok banyak org wat cmtu. mereka memanipulasikan domain glamer dengan “menyalahejaankan” domain asal. Tapi, tak tahu la tu keje tuan punye domain asal jgk.
Fatin Pauzis entri yang terkiniTepung Gandum Penyebabkan Kanser!!!
FATIN – Yup, itu memang dibolehkan sebab itu di bawah kategori TYPO. Malah, ramai dah yang kaya pasal TYPO domain ni.
Satu ilmu baru masuk dalam khazanah otak aku. Terima kasih cikgu!
samdaddycools entri yang terkiniI’m The winner of Petronas Hot Cars cool cash
tip yang menarik bro..mekaseh..
mula fikir balik apa nak dibuat dengan domain blogproperty.net tu..haih..
sbb utama ak suka datang sini..
byk tips yg best2..
walopon ak xtau sgt pasal adsense ni..
aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources
ijad. ko wat satu nota khas la. sisipan utk ebook TLA ko tuh nanti sebagai bonus. hehe..
SAMDADDYCOOL – Wehhh.. ni apa cikgu-cikgu nih.. ko tu Cikgu Ebay sebenar.
IZZAT – Blogproperty.net? Pheeww… kalau Propertyblog.net kan ke best?
ALEH – Terima kasih.. terima kasih.
TITAN – Banyak lagi yang belum keluar dari kepala ni. Takper, memandangkan ada request, nanti aku sisipkan nota khas yang lain. Thanks untuk idea yang BERNAS tu.
en rohaizad..nak tanya tentang servis yang disediakan..saya sebenarnya nak tengok harga untuk servis..boleh bagi tak? hehehe
AMIR – Servis yang mana satu? YM aku: mr_ombak@yahoo.com
ok..saya dah add..
tq bro…memang panjang lebar penerangan..inilah penerangan yang aku impikan…
KITA – Sama-sama.
bro leh x story sikit clickbank tue cam mne?? just nk tau je
framestones entri yang terkiniBulan Pertama Hijrah ku
erm, banyak ilmu baru dapat dari post ni..thanks bro rohaizad. nampaknya, page 2 still memerlukan artikel yg related dengan domain atau x?
eg: katakan, nama domain berkaitan notebook, ttp artikel didalamnya menerangkan ttg teknologi terbaru secara umum..boleh ke kalau macam tu?
Mohd Safuans entri yang terkiniJualan ‘Panas’ 2009!
Domain ape yg agak relevan dengan masa sekarang dari segi kos & perkhidmatan. Sy ni baru memulakan tapak utk berblogging. Diharap dapat menberi tunjuk ajar. Terima kaseh
sontoss entri yang terkiniPortsmouth Defeated
FRAMESTONE – Clickbank tu lebih kurang macam Amazon. Cuma produk dan komisyen jer yang berlainan.
SAFUAN – Adsense For Domain tidak memerlukan kita untuk meletakkan artikel di dalamnya. Sila baca di catatan terdahulu berkenaan Adsense For Domains. Harap penjelasan ini dapat membantu
SONTOS – Itu terpulang pada NICHE yang tengah hangat di pasaran.
[...] 1. Tips menambah pendapatan adsense melalui domain 2. Adsense For Domains – tips untuk membeli domain. [...]
Diulas pada February 18th, 2009 at 8:35 pmmasa untuk study & survey domain and borong!
hohoho
pcuserzs entri yang terkinijail house rocks!
rohaizad Reply:
August 10th, 2009 at 1:02 am
Selamat study
salam bro….
sy masih kurang fhm la..:(
tolong~~~ ada sesiapa yg blh bantu x, baru nak jinak2 dgn adsense ni
makasih nak tutorialnya…
herm aku pernah main AFD ni tapi domain guna co.cc…pendapatan hanya usd $ 5 sahaja..ada kesilapan kot..thanks for sifu sebab bagi tunjuk ajar…memang nak beli domain .com lepas ni sebab domain .com lebi bagus untuk main afd ni…memang berbaloi