Hadiah untuk Titan dan Knizam dari rohaizad dot com.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: February 12, 2009 online
31 Disember 2008 yang lalu, 2 orang blogger telah dipilih oleh blog rohaizad dot com ini untuk menerima hadiah sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan mereka dalam memberikan komen-komen di blog ini. Walaupun hadiah yang diberi itu tidaklah semahal mana, tetapi apa yang ingin disampaikan hanyalah satu tanda terima kasih tulus dari hati aku.
Hari ini, 2 orang blogger lagi telah dipilih dengan ikhlasnya untuk menerima hadiah yang “gerek” ini sempena menyambut ulangtahun yang pertama blog rohaizad dot com. Iya… hari ini adalah hari ULANGTAHUN pertama blog ini!!

Untuk pengetahuan semua, blog ini telah membuat catatan pertamanya pada 12hb February 2008. Dengan catatan pertama yang bertajuk “Aku Datang” dan ditemani pula dengan gambar KERIS, aku rasa ianya sungguh sinonim sekali dalam melambangkan blog Melayu aku yang pertama.
Tapi, mengapa TITAN dan mengapa KNIZAM?
Bukanlah disebabkan aku ada menaruh hati pada mamat 2 orang ini (cehhh…. ) tetapi ada satu sebab bagi setiap seorang dari mereka untuk aku beri hadiah ini. Berikut adalah sebab-musababnya:
1. Kedua -dua blogger ni mempunyai style blogging yang selamba. I like that.
2. Titan adalah orang yang pertama sekali memberi KOMEN di blog ini iaitu di. Ada sentimental value`lah senang cerita. Nama Titan memang aku takkan lupa. Di JB ni pula kebetulan ada kilang TITAN yang sungguh famous namanya, jadi aku harap nama Titan juga akan famous di arena blogging Malaysia ini.
Sunguhpun begitu, aku juga minat dengan semangat dia untuk mencuba sesuatu yang baru. Aku dapat rasakan ramai blogger yang telahpun mendapat manfaat dari apa yang dia telah buat sebelum ini.
3. Knizam pula adalah seorang blogger yang rajin dan ikhlas. Buat pengetahuan semua pembaca sekalian, Knizam adalah satu-satunya blogger yang paling kerap FAVE IT semua catatan blog ini di Negaraku.net !!!!! Pantang ada catatan blog ini yang diterbitkan di Negaraku.net, mesti ada nama Knizam di ruangan “Who Fave It”. Kalau tak percaya, pergilah periksa sendiri. Aku cukup respek dengan Knizam ini.
Memang nampak benar keikhlasan dan kejujuran dia. Dia suka, dia undi. Dia tak suka, dia tak undi. Walaupun aku cukup malas untuk FAVE IT orang punya blog, tapi etika dan attitude yang ditunjukkan oleh Knizam telah membuka mata aku. Terima kasih geng!
So untuk TITAN dan KNIZAM, bak sini alamat rumah kamu. Aku nak post hadiah ini… posto !!! .. posto…!!
p/s: Beg ataupun pouch tu dah takde stok. Aku post Smart Calculator tu je ye… bolehkan?



hehe..hadiah2..best2
Congratz!
pcuserzs entri yang terkiniGeng The Adventure Begins Featuring Upin & Ipin
hepi besday to rohaizad dot com
semoga terus memberi maklumat berguna untuk semua rakyat Malaysia (yang baca blog nie jer lah.. hahha)
aku nak jugakk.. heheh.. happy bday
nuaemans entri yang terkiniEksklusif : Nuaeman, isteri dan anak-anak
tahniah pada titan dan knizam….happy birthday…
wah.. tahniah buat knizam dan titan.. kasi hombak sket..!!! ~~~~~
nikillass entri yang terkiniIt’s Magic..!!!
Happy birtday rohaizad.com…semoga terus kekal di arena blogging
happy bday rohaizad.com
aku tunggu ebook dari blog ni..
tahniah juga knizam & titan..
tahniah utk mereka berdua
Terima kasih… terima kasih semua. Ucapan ini saya tujukan kepada mereka yang menyokong saya, para wartawan, media massa dan juga media cetak.
Tidak ketinggalan juga kepada syarikat produksi saya yang telah bersusah payah menaikkan nama blog ini di peringkat mukim, desa dan juga kampung. Cehhh…. hampagas…
* Thanks untuk pengunjung dan juga pembaca setia blog ini. Tanpa kamu semua, blog ini tidak akan kemana
owh aku sungguh terharu. thanks ! hehe
selamat hari jadi pada rohaizad.com
cool ! nanti aku bagi add dalam contacts section ko
KNizams entri yang terkiniMood Bercuti Ala2 Tradisional Naik Train – Gaya Travel Nusantara Edisi FEBRUARI 2009 !
fuh..knizam dapat hadiah tuh…memang dia ni spesies rajin mengomen n update blog pon..haha
aku nak komen tak ikhlas laa boleh? tak ikhlas nih nak komen. buat buat ikhlas aje nih… wuahahaahahaahaha…
hepi besday (untuk rohaizad.com) ..hahah
congrats jugak untuk titan dan knizam
keep up!
Selamat Ulang Tahun pertama for rohaizad.com!
hepi besday….
keep up the good work
Izad aku nak gak muahahaha. Nizam syer boleh huhu
lupa lak nak wish “Happy Bday To Blog U”
haritzs entri yang terkiniOh Perak ku
selamat hari lahir rohaizad.com murah rezeki,sihat selalu,gembira selalu…Pn rohaizad.com agak² bila nak up…hehe…
ALONG – Puan Rohaizad? Dah takde yang sudi.. nak buek macam mane kan? Nora Danish pun tak lawat lagi blog ini. Kalau dia lawat, ada peluanglah aku nak usha….
aku tunggu rohaizad.com buat kurniaan tanah jer..haha
nora danish for rohaizad.com..?
ermm kita kena usahakan sesuatu..hehe
twenty-sixs entri yang terkinirecession vs boycotting
Happy bday Rohaizad dot com!
p/s – hadiah calculator tu memang gerek…
samdaddycools entri yang terkiniBen 10 : hottest cartoon in town
SAMDADDYCOOL - hahahahah… ko guna ke calculator tu untuk kira hutang? ekekekek
26 - Iya… Nora Danish
pssssttt: jangan cakap kuat-kuat, nanti orang tahu.
*Usahakan sesuatu?
You are my friend man…..
*Biasalah aku ni.. dah namanya jantan`kan?
comelnya hadiah tersebut..
selamat ulangtahun rohaizad dot com! semoga bertambah ceria dan dipenuhi artikel-artikel menarik untuk dikongsi bersama.
blog ini bertambah matang dan memberikan sumbangan yang penuh makna kepada industri blog negara.
kekkeke..kalau ada pouch tu send kat aku erk..hahahahah..erm selamat ulang thn
catzers entri yang terkiniMisi Exam PTD
Aku bawapergi niaga..senang nakkira bila ada customer beli banyak dan minta diskaun..
memang gerek dan aku guna!
hoho..thanks rohaizad aa. Nanti aku tembak aku punye alamat kat ko. Aku nak gi makan nasi lemak sat..
tak sangka nama “titan” tersemat dihatimu. Hehe..
Happy birthday to this blog. Blog ini banyak bagi info kepada mereka yang tidak tahu selok belok ttg dunia blogging termasuk aku yang cetek ilmu itu. Rugi kepada sesiapa yang tak baca dari awal posting hingga skrg ni. Sepatutnya en “rohaizad” kenakan caj untuk memberi info itu tetapi beliau bermurah hati memberikannya secara percuma kepada anda. Hargailah seadanya. Semoga kamu “rohaizad” panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah.
Terima kasih zad…
Cantiknya pouch tu. Kalau aku tersenarai kan besh!
huhuhuhu….
fadils entri yang terkiniTanda-tanda dunia di penghujung nyawa..Renungan bersama…
hoho hepy besday utk blog bro
KNizam tu satu daerah ngan aku tu,.. Tumpang bangga la jugak..
N selamat berulangtahun rohaizad.com
[...] – Nama sebenarnya adalah Ahmad Faizal dan beliau adalah antara 2 blogger yang bertuah sepanjang sejarah penubuhan blog rohaizad dot com ini. Satu perkara yang ada pada Titan untuk di [...]
Diulas pada December 5th, 2009 at 11:50 pm